Pages

Tuesday, July 24, 2012

Jasad Kanak-kanak Ditemui di Kolam Takungan Air

Jasad Kanak-kanak Ditemui di Kolam Takungan Air

                 Alfatihah untuk Allahyarham  Nurul Yaqin Makasar.  
Salam ketabahan untuk keluarga mangsa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
InshaAllah, pasti ada hikmah menanti untuk
 ibu dan ayah ini jika mereka tabah hadapi ujian pahit ini.

Jasad anak ditemui



SEDIH...Misnati (tengah) bersama suami, Markasan dan anak mereka, Nikmatul menunjukkan pakaian kegemaran Yaqin. Gambar kecil, Yaqin. 

AMPANG: Mayat kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di lubang saliran air Taman Putra di sini, sejak Jumaat lalu, Nurul Yaqin Makasar, 11 ditemui di kolam takungan air berhampiran Flat Sri Johor Bandar Tun Razak, di ibu negara, petang semalam.

Mangsa ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang menjalankan operasi mencari mangsa jam 5.30 petang.

Sementara itu, ibu mangsa, Misnati Hullah, 48, yang dihubungi mengesahkan penemuan anak bongsunya itu sebelum diminta ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Kami dimaklumkan oleh anggota polis mengenai penemuan Yaqin sejurus masuk waktu berbuka puasa kira-kira jam 7.35 malam dan membuat pengecaman di hospital pada jam 8.35 malam.

“Memang sah itu jasad Yaqin, namun kami hanya dibenarkan membawa pulang jenazah pagi esok (hari ini) kerana hospital perlu melakukan bedah siasat,” katanya.

Misnati berkata, sejak anak bongsunya itu hilang selepas terjatuh dari longkang dan dihanyutkan arus deras, dia sentiasa berdoa dan mengaji al-Quran berharap jasad anaknya itu ditemui untuk disemadikan dengan sempurna.



“Kali terakhir Yaqin mencium saya sebelum ke sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Tasik Tambahan. Saya tidak menyangka itu ciuman terakhirnya. “Malah, kami sekeluarga tidak sempat menyambut kedatangan Ramadan kali ini bersamanya. Sejak Yaqin berusia tujuh tahun, dia tidak pernah tinggal puasa. Dia berpesan kepada saya supaya belikan baju Melayu merah dan sampin hitam untuk hari raya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tasik Tambahan, di sini, semalam.

Dengan nada sebak, Misnati yang berstatus penduduk tetap memberitahu dia yakin dan reda dengan takdir Ilahi anak lelaki daripada empat beradik itu sudah tiada lagi selain berdoa anaknya itu ditemui semula.
“Sejak mengetahui Yaqin lemas hingga semalam (kelmarin) kami pergi ke Sungai Kerayong melihat operasi mencari dan menyelamat. Setiap saat saya berdoa jasadnya ditemui kerana sudah tiga hari ia belum ditemui.

“Tadi (semalam) saya membaca surah Luqman sebanyak tiga kali. Mungkin terlalu penat, saya terlelap lebih kurang satu minit dan bermimpi Yaqin senyum kepada saya, malah bibirnya merah,” katanya.

Menurutnya, dia yang tersedar dari tidur menceritakan mimpi itu kepada suami, Markasan Markadi, 58, dan anak perempuan ketiganya, Nikmatul Hanafia, 17. Katanya, anaknya yang bersekolah di tahun lima tergelincir dalam lubang saliran air di Taman Putra jam 6 petang, Jumaat lalu, selepas keluar bermain dengan empat rakannya.
 
Sumber: Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/


No comments:

Post a Comment