Lelaki Amuk Ngaku Imam Mahdi Di Putrajaya,
adalah juga seorang Blogger
adalah juga seorang Blogger
Muka Hadapan Utusan Malaysia
SUSUNAN gambar yang dirakam kamera litar tertutup
menunjukkan Khalil Afandi dan Muhdalina memasuki pekarangan pejabat
Jabatan Perdana Menteri di Presint 1, Putrajaya semalam sebelum
memecahkan cermin kereta petugas di situ. Mereka bertindak agresif
apabila diarahkan menyerah diri sebelum ditembak oleh anggota polis.
Gambar kecil, Khalil Afandi dan Muhdalina.(Sumber: Kosmo)
Allahyarham rupa-rupanya seorang blogger. Benarkah blogger JAYA NEGARA adalah allahyarham?
Jika tengok kat blog allahyarham, allahyarham sempat menulis entri terakhir tentang
HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.
Tapi saya tak faham apa yang ditulis. Pening.
Oklah, tentang amuk.
Oklah, tentang amuk.
Amuk. Di dalam kesihatan psikologi, amuk merupakan salah satu tindakan yang bilazim.
Amuk, ia suatu tingkah laku yang sudah diterima oleh ahli psikologi sebagai abnormal yang bersifat sejagat.
Malah ia disenaraikan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. Amuk ni termasuklah dalam dissociative trance disorder.
Disorder ialah tindakan yang individu berkenaan tidak sedar apa yang individu itu buat. Selain amuk, disorder lain dalam kategori ini turut disenaraikan.

Buku Kesihatan Keluarga yang diterbitkan PTS, ada menerangkan punca Amuk dan rawatan.
‘Imam Mahdi’ ditembak mati
Putrajaya: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahdi’ mati
ditembak polis selepas mengamuk sambil melibas pedang samurai di
pekarangan Kompleks Pejabat Kerajaan Blok B1, Jabatan Perdana Menteri
(JPM), petang semalam.
Suspek dikenali Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dan seorang kenalan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28, mulanya ke Pondok Pengawal JPM sambil menghunus pedang sebelum dihalang anggota Polis Bantuan di situ, tetapi selepas tidak mengendahkan arahan menyerah diri, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran.

Tembakan amaran
Dua daripada tembakan itu masing-masing mengenai bahagian tangan dan ari-ari suspek lelaki dan satu lagi mengenai paha kanan Muhdalina. Walaupun terkena tembakan, Khalil dikatakan mengacu pedang samurai ke leher salah seorang anggota Polis Bantuan sambil memaksa dibenarkan masuk ke pejabat kerajaan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek kemudian meluru masuk ke perkarangan Blok B1 sambil melibas pedang dan cuba menetak kenderaan serta orang ramai di situ.
Berikutan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah serta Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikerah ke situ untuk mengawal keadaan, namun Khalil terus agresif dan bertindak lebih ganas menetak sebuah kereta HYUNDAI Accent dan PERODUA Kancil milik seorang anggota Polis Bantuan.
“Lelaki itu turut menetak cermin PROTON Waja polis walaupun anggota yang tiba memperkenalkan diri. Tidak lama kemudian, sebuah lagi MPV datang membantu dan cuba memujuk suspek, tetapi diserang dengan pedang samurai sehinggalah polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dua suspek itu kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi Khalil disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan kira-kira jam 3 petang, manakala keadaan Muhdalina dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata polis yang turut merampas sebilah keris kecil dan tiga pisau lipat daripada kedua-dua suspek, masih menyiasat motif kejadian itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Baru berkenalan
Katanya, Khalil dan Muhdalina yang masing-masing mempunyai seorang dan dua anak, tidak bekerja tetapi wanita itu dikatakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dikatakan baru seminggu berkenalan menerusi laman blog.

Lelaki mengamuk ditembak mati (Petikan Kosmo)
PUTRAJAYA - Seorang pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya
sebagai Imam Mahdi mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam.
Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang
itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam
kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das
tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.
Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad, 28,
cedera apabila terkena tembakan di paha. Ketika itu mereka membawa
bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah
pisau.
Beberapa saksi memberitahu, Khalil Afandi yang pada mulanya memakai
jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak
berbaju, dia menjerit mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa
kali.
Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat
pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14
tahun lalu.
semoga negara kita sentiasa aman dan sejahtera, takutnyaaaa..
ReplyDeleteKakak baca juga blog dia utk N3 terakhirnya juga kacau-bilau - musykil betul kakak. Tak faham walau berjela-jela tapi maksud utk apa pada kakak 'zero' - sebab kakak tak tahu message apa yg nak disampaikan...
ReplyDeleterasa sedih pun ada .. rasa tak paham pun ada lepas baca blog arwah.
ReplyDeletehurmm..
takziah pada keluarga arwah.
Sariyusa,
ReplyDeleteamin...ya Allah
kita sayang negara kita kan Sari
Kakzakie
ReplyDeletebanyak sangat yg nak diberitahu tapi berbelit tu yang saya tak faham juga..
Hidayah bach
ReplyDeletetakziah juga saya ucapkan pada family arwah