Syaleza Jaffar Staf TV9 Meninggal Dijerut
Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Syaleza Jaffar. Salam takziah Bicara Hati Ibu ucapkan untuk keluarga mangsa. Semoga anak kecil zuriat mangsa dipelihara dengan baik.
Ketua Polis Selangor sahkan Syaleza mati dijerut
SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca
kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang
mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai
pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar,
31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh
bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - BERNAMA
Syaleza mati akibat leher dijerut
SHAH ALAM – Polis semalam mengesahkan keputusan bedah siasat mendapati Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas.Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu.
“Selain suaminya, kita juga telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Allah... sesak kakak bila baca ini Ummu. Kakak membayangkan bagaimana terseksanya dia ketika nyawanya dipaksa keluar secara sadis.
ReplyDeleteMoga rohnya tenang di sana dan Allah memberi petunjuk pada yg melakukan kemungkaran ini..
Amin Ya Allah...
ReplyDeletesemoga arwah tenang di sana. amin...
ReplyDelete