Touch ‘n Go Percuma Diberi SILK
Sejumlah 500 kad Touch ‘n Go diberi percuma kepada pelanggan di Plaza
Tol Sungai Ramal sebagai inisiatif pemegang konsesi dan pengendali Lebuh
Raya Kajang Silk, dan Touch ‘n Go Sdn Bhd, untuk menyenangkan pengguna.
Inisiatif itu dianjurkan bertujuan menggalakkan penggunaan lorong Touch ‘n Go di samping menggantikan sistem tunai biasa.
Pengerusi Eksekutif Silk Holdings Bhd (SHB), Datuk Mohd Azlan Hashim
berkata, penggunaannya juga akan mengurangkan kesesakan di lorong
pembayaran tunai lebuh raya itu terutama pada waktu puncak.
"Silk telah memperuntukkan 4,500 kad Touch ‘n Go untuk inisiatif ini,
yang akan diberikan kepada pengguna jalan raya terpilih secara
berperingkat.
“Pemberian ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk
menyediakan kemudahan tambahan kepada pengguna jalan raya apabila
menggunakan Lebuh Raya Kajang Silk."
"Menerusi inisiatif ini, Silk juga
memberikan kesenangan dan penjimatan kos deposit RM10 yang akan diserap
oleh Silk,” katanya.
Beliau berkata, kini kira-kira 48 peratus daripada pengguna lebuh raya
tersebut menggunakan kaedah pembayaran Touch 'n Go dan syarikat
berhasrat meningkatkan kadar tersebut kepada 55 peratus.
Sumber; Sinar harian
No comments:
Post a Comment