Pages

Monday, September 03, 2012

Bisa Labah-labah Penawar Mati Pucuk

Labah-labah Haiwan Berbisa 

Boleh Dijadikan Ubat Mati Pucuk


Gambar Labah-labah Wandering Spider

Labah-labah mempunyai makna, cerita dan perspektif yang tersendiri. 

Daripada perspektif Islam, terdapat satu Surah yang dinamakan dengan “Labah-labah” (Al-Ankabut), dimana ayat 41 Surah ini ada membuat perumpamaan yang berkaitan dengan labah-labah:

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا  
وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ 

Perumpamaan bagi orang-orang yang menjadikan benda-benda yang selain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya), padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.” 

Bisa labah-labah ubat mati pucuk

London: Satu ubat yang diperbuat menggunakan cecair bisa labah-labah paling berbisa di dunia mungkin boleh menjadi penawar terbaik mati pucuk.

Penyelidik dari Brazil dan Amerika Syarikat mendapati, bisa labah-labah ‘Wandering Spider’ dari Brazil mengandungi toksin yang membantu aliran darah dan seterusnya menghilangkan mati pucuk selepas 20 minit memasuki sistem tubuh, lapor akhbar di sini.


Bunuh ramai orang

Labah-labah berkenaan bertanggungjawab membunuh lebih ramai orang berbanding spesies lain. Mangsa yang kena bisanya biasanya maut selepas sejam kena gigitan.

Beberapa ujian yang dilakukan pada tikus menunjukkan prestasi aliran darah meningkat selepas bisanya memasuki badan dan melepaskan oksid nitrik, sejenis kimia yang mencairkan darah dan membantu aliran darah menjadi lebih baik.

Proses itu sama seperti yang dilakukan ubat anti mati pucuk. Meskipun ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra berjaya membantu ramai lelaki sejak 10 tahun lalu, 30 peratus lelaki masih mendapati prestasi mereka masih sama.

Oleh itu, ubat daripada bisa labah-labah mungkin dapat menjadi kaedah lain. - Agensi

1 comment: