Fibroid Bukan Kanser Tapi Ketumbuhan Rahim Perlu Dirawat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Wanita makhluk Allah yang begitu unik. Banyak perkara yang perlu dijaga oleh wanita,kan?
Artikel Pertama di bawah disalin dari tulisan Prof Datuk Dr Hamid Arshat. Pada saya secara peribadi, Prof adalah seorang doktor yang mesra. Jadi, tidak perlulah takut untuk berjumpa Dr Hamid Arshat. Kita ikuti tulisan beliau pada artikel pertama. Kenyataan beliau ialah;
"Fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid, kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya.
Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya di internet. Sebenarnya berat nak kongsikan bimbang dikatakan menagih simpati tapi mungkin ada kebaikan di sebalik perkongsian ini.
Yang penting, apabila telah didiagnos menghidapi sesuatu penyakit, usah runsing memikirkan sakit itu. Ubah memikirkan sakit kepada membuat suatu perkara yang menyeronokkan dan menggembirakan mengikut acuan Islam. InshaALLAH, Allah sangat hampir dengan kita kalau kita hampir denganNya.
Apa Itu Fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
DISCLAIMER:
Penulis blog bukan doktor
mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun,
perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog
ini, sangat dihargai dan dialu-alukan.
Artikel
kesihatan ini bertujuan untuk memberikan
kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang
berkaitan
dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada
sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai
perbincangan sahaja.
Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis
penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk
nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat
membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.
ARTIKEL PROF DR HAMID ARSHAT
MENGAPA WANITA TUMBUH FIBROID?
Umur
empat puluhan merupakan umur yang penting bagi seseorang wanita kerana dalam
jangka waktu ini banyak perubahan yang berlaku sama ada perubahan jasmani, mental,
emosi atau rohaniah. Kali ini, saya ingin membincangkan satu aspek perubahan
jasmani yang boleh mengancam atau menjejaskan kesihatan seseorang wanita yang
menjangkau umur empat puluhan. Saya percaya ramai di kalangan mereka yang berumur
dalam lingkungan empat puluhan bersetuju dengan saya bahawa dalam peringkat
ini mereka mengalami berbagai-bagai perubahan. Salah satu daripada perubahan
itu ialah gangguan haid.
Pelbagai
Gangguan Haid
Pelbagai gangguan haid boleh berlaku sama ada haidnya berjalan secara tidak teratur atau secara teratur tetapi keluar dengan banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami masalah sakit (senggugut) ketika turun haid dan darahnya keluar berketul-ketul sehingga badannya menjadi lemah disebabkan kehilangan darah yang begitu banyak. Ada pula yang diganggu oleh perjalanan haid yang tidak betul seperti keluar tidak tentu masa dan sedikit demi sedikit serta berpanjangan pula. Ada pula yang tidak keluar haid selama beberapa bulan dan apabila keluar, wanita itu mengalami pendarahan yang begitu banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid seperti keluar sekali dalam dua atau tiga bulan dengan sedikit sahaja. Bagi mereka yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid ini selalu berasa bimbang sama ada dia akan mengalami putus haid (menopaus) atau tidak. Ada sesetengah wanita pula mengalami masalah turun darah selepas melakukan persetubuhan dengan suami. Ini mungkin menandakan sesuatu yang berbahaya seperti ketumbuhan besar.
Saya ingin
menekankan di sini, bahawa gangguan haid pada wanita dalam umur sekitar empat
puluhan atau lebih, boleh menandakan penyakit yang sangat berbahaya dan ditakuti
seperti kanser pangkal rahim.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika dia mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit puan.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika dia mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit puan.
Gangguan
Haid Boleh Menandakan Ketumbuhan Dalam Rahim
Gangguan haid yang berbagai-bagai bentuk boleh menandakan sesuatu penyakit dalam rahim. Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan, penyakit yang sering menyebabkan gangguan haid ialah ketumbuhan daging pada dinding rahim, iaitu ketumbuhan yang dinamakan fibroid.
Walau bagaimanapun, ada penyakit-penyakit
lain yang lebih ditakuti seperti kanser pangkal rahim, kanser rahim dan ketumbuhan
lain seperti endometriosis, adenomysis dan jangkitan kuman di dalam perkakas
peranakan.
Bagaimanapun, saya hanya akan membincangkan
tentang fibroid kerana saya percaya, bahawa ini merupakan ketumbuhan dalam rahim
yang paling sering menyerang wanita. Walaupun, ketumbuhan fibroid sering berlaku,
namun tidak kesemua ketumbuhan ini menimbulkan masalah dan kadang-kala seseorang
wanita tidak sedar dia mempunyai ketumbuhan tersebut sehingga akhir hayatnya
kerana ketumbuhan itu tidak menimbulkan apa-apa tanda ataupun gejala yang boleh
mengancam kesihatannya.
Apakah
Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.
Bahagian tengahnya ialah
lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika
seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum
bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin,
otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan
boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu
otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.
Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah
campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium,
lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan
“darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar
dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa
seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca
bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah
orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa
lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi
penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan
daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda
atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan
fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat
berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak.
Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah
ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap
penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah
ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan,
kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid
ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata
masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun
demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit
fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga
puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah
melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati
sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai
masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami
ketumbuhan fibroid.
Fibroid
Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa
kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya
adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak
di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental,
emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian
hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh
terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita
yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal
pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit
ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita
moden yang bekerja.
Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan,
bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan,
keracunan ataupun jangkitan kuman.
Gangguan
HaidSaya
telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid
ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan
ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan
kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami
kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Masalah
Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan
wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun
kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor
pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim.
Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh
mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah
yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan
itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan
dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti
songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran
bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun
ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami
kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia
mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan
kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
Fibroid
Boleh Menekan Pundi-Pundi Air KencingPundi-pundi
air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing
terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi
air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing
juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita
itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak
boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal
perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan
fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang
mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan
ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid
Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps
atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami
kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang
sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau
vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam
hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.
Apakah
Fibroid Perlu Dirawat?Seperti
yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan
sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita
yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut
dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini,
pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat
ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan
fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau
daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh
mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha
yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya
kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
Fibroid
Dirawat Secara PembedahanRawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan
masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan,
menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun
ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu
diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan.
Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau
tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami
masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan
fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi.
Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut
dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi
beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang
saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan
fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang
di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang
akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan
tersebut perlu dibuang sekaligus.
Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya
mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka
telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih
daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan,
ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu
pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama
seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih
kepada keadaan sediakala.
Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Kejelitaan
Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan.
Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa
mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa
ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang
lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan
kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku
lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera
selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim,
biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak
ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan
akan dilakukan menerusi saluran faraj.
Di samping itu, kekenduran pada saluran
faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai
punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka
selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj,
kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di
samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.
Akhir kata, saya ingin menekan sekali lagi, bahawa fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid, kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya.
Setakat ini tidak
ada ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan ini. Rawatan yang mutlak baginya
ialah pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut sama ada ketumbuhan itu
disertai dengan pembuangan rahim atau hanya pembuangan ketumbuhan sahaja. Umur
empat puluhan ialah tahap umur yang sering diserang dengan masalah ketumbuhan
fibroid.
Oleh
itu, saya ingin menyeru sekali lagi supaya wanita perlu bertemu dengan doktor
pakar sakit puan untuk dapat pemeriksaan, khususnya mereka yang mempunyai masalah
yang saya nyatakan di atas.
Apa Itu Fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.
Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.
Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.
Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.
* Tidak pernah mengandung
Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.
“Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.
“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.
Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.
Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.
* Diagnosis
Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.
“Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.
“Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh.
Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.
Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.
Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”
* Jenis-jenis fibroid
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
* Waktu sesuai merawat fibroid
“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
“Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.
“Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.
* Rawatan fibroid
Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.
- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.
- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.
- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.
Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.
Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.
- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.
Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.
- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.
Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.
* Nasihat pakar
Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.
Sumber:Utusan Malaysia
Fibroid hadir tanpa gejala
SALAM. Saya kini berumur 35 tahun dan baru mempunyai dua orang anak. Saya merancang untuk mengandung lagi. Baru-baru ini saya terbaca tentang tanda-tanda penyakit fibroid yang hampir sama dengan apa yang saya alami. Saya sering membuang air kecil dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Bolehkah doktor jelaskan lebih lanjut tentang masalah fibroid. Adakah ia mengganggu kesuburan seorang wanita? Apakah tanda-tanda dan rawatan penyakit ini?
Su, Perak.
JAWAPAN:
Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid.
Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.
Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti.
Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).
Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.
Bertakung
Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza.
Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti.
Punca Fibroid
Punca Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan kaum wanita. Saya akur bahawa perkataan infertiliti sudah cukup untuk menyalakan api ketakutan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum mempunyai anak.
Begitu jugalah masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia pasti akan menimbulkan seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus diingatkan tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami masalah infertiliti.
Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai permasalahan tersebut dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya, penghidap hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, menjalani pemeriksaan dan berbincang tentang perawatan yang dapat ditawarkan.
Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung. Lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.
Sukar
Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvik.
Tidak semua wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu. Fibroid yang kecil tidak memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu gejala yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid. Saya nasihatkan supaya Puan Su berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan.
Sumber; Utusan Malaysia
akak pun ada share kat blog artikel tentang penyakit ni..ngeri tengok ketulan fibroid yg dah dikeluarkan..
ReplyDeletefibroid ni setengah orang tak sakit dan tak sedar pun kak kak
ReplyDeleteHi.. saya terjumpa artikel ni. Sgt menarik, saya diagnos ada 10 ketulan fibroid dan skang tak pasti apa perlu dibuat. Umur saya 39 tahun dan bercadang utk berkahwin dan zuriat.
ReplyDeleteDari kisah sis pernah lalui surgery dgn 20 ketulan fibroid kan. Boleh share skit info dgn saya (zima.yusoff77@gmail.com)
salam sis Zima
ReplyDeleteSis dah jumpa doktor pakar sakit puan?
saya merujuk kes saya kepada Prof Hamid
selain ke General Hospital
saya pernah operation,sis.
ketumbuhan agak besar di sebelah ovari dan dibuang.
selepas itu, saya mengambil supplement
perahan biji anggur
kawan saya juga telah menjalani membuang ovari.
alhamdulillah dengans ebelah ovari,kawan saya
dapat mengandung dan mempunyai zuriat sendiri...sepaasang..
Salam ummu,
ReplyDeleteYe saya dah bjumpa Gynea, dinasihatkan surgery utk buang semua ketulan fibroids, next checkup bln depan. Tetapi risiko agak tinggi sekiranya berlaku pendarahan teruk, ovari perlu dibuang.
Saya pun sedang ambil suplement, cuba untuk mencegah kesan lebih teruk.
Nak tnye Ummu, Prof Hamid ke yg buat operation buat 20 ketulan tu?
Thanks
salam pn Zima Yusoff
ReplyDeletemaaf saya baru buka blog saya petang ni.
berkaitan 20 ketulan tu,boleh rujuk website prof.
saya cuma copy paste artikel prof untuk mudahkan saya buat rujukan.
pengalaman saya dulu, saya selalu kirim doa kepada sesiapa yng pergi umrah
agar saya sembuh.
selain supplement,saya juga pergi mendapatkan nasihat prof.