Gaya pemakanan punca kanser payudara
DISCLAIMER:
Penulis blog bukan doktor
mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun,
perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog
ini, sangat dihargai dan dialu-alukan.
Artikel
kesihatan ini bertujuan untuk memberikan
kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang
berkaitan
dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada
sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai
perbincangan sahaja.
Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis
penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk
nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat
membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.
Gaya pemakanan punca kanser payudara
BERSENAM, mengamalkan diet seimbang dan menjalani pemeriksaan dengan kerap antara tiga perkara penting ditekankan oleh Pakar Bedah Payudara Lifecare, Dr M Devanand, untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara.Bermula dengan senaman secara teratur, cara hidup sihat itu dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
“Jadikan ia sebagai asas gaya hidup seharian agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa selain mengelakkan risiko menghidap kanser payudara.
“Senaman boleh dilakukan selama 30 minit selang sehari atau empat jam seminggu. Misalnya, berjalan kaki membakar sebanyak empat kalori (kcal) setiap minit manakala berlari membantu menghapus enam kcal,” katanya.
Selain senaman, diet seimbang juga penting untuk mengawal kalori dalam badan.
Kawalan pengambilan kalori setiap hari boleh dilakukan dengan membahagikan kepentingan dan kegunaannya kepada tubuh badan.
“Ambil hidangan berat untuk sarapan pagi bagi menjana tenaga pada permulaan hari. Namun, ia harus dilengkapi sayur, buah-buahan, protein dan daging.
“Bahagikan pengambilan kalori dalam sehari. Jika sarapan mengandungi 600 kalori, selebihnya untuk makan tengah hari atau malam. Ia sudah cukup memberi tenaga dan keperluan kalori untuk tubuh badan dalam sehari,” katanya sambil menambah, sesiapa saja yang mengawal pengambilan kalori mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Menurutnya, secawan teh yang disediakan berserta gula saja mengandungi 40 kcal dan nasi lemak pula 600 kcal.
Perubahan gaya hidup yang membuatkan masyarakat lebih suka mengambil makanan segera dan mengandungi banyak kalori juga berisiko tinggi untuk seseorang itu mengalami obesiti yang akhirnya menjurus kepada kanser payudara.
Selain itu, wanita Asia juga berisiko menghadapi kanser ini disebabkan gaya pemakanan yang diambil terutama bagi mereka yang gemar mengambil hidangan berasaskan kanji.
Perbezaan dapat dilihat jika kanak-kanak perempuan itu melakukan senaman atau sebaliknya. Misalnya, ketika berumur 11 atau 12 tahun, kanak-kanak yang melakukan senaman tidak akan menghadapi masalah kegemukan, lambat datang haid dan kurang berisiko menghidap kanser payudara.
Berbanding kanak-kanak yang tidak melakukan senaman, mereka mudah mengalami masalah obesiti dan haid awal. Wanita yang berkahwin pada usia lanjut juga berisiko tinggi mengalami kanser payudara.
Masalah obesiti bukan saja berhadapan dengan risiko mendapat kanser payudara, malah ia juga boleh menyebabkan masalah kanser ovari, usus besar serta rahim terutama bagi wanita yang sudah menopaus dan tidak melakukan senaman.
Selain senaman dan mengamalkan diet seimbang, wanita seharusnya melakukan pemeriksaan awal payudara mereka. Kebanyakan pesakit di negara ini yang menghidap kanser payudara sudah berada di tahap ketiga atau keempat.
“Jika pesakit yang dikesan sudah berada pada tahap ketiga atau keempat, hanya
30 peratus daripadanya ber�peluang untuk hidup selama lima tahun dan 70 peratus berisiko menemui ajal.
“Berbanding pesakit di tahap pertama, 95 peratus daripada mereka berupaya untuk hidup selama lima tahun dan kemungkinan dapat bertahan sehingga 10 tahun sebanyak 89 peratus.
“Disebabkan itu, kita perlu menyedarkan orang awam terutama wanita untuk
melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital secara teratur,” jelasnya.
Beliau kini juga lebih fokus kepada usaha memperkasakan wanita muda berhubung kesedaran terhadap bahaya kanser payudara yang menyerang 99.9 peratus wanita manakala satu peratus kaum lelaki.
Kebanyakan pemeriksaan payudara mendapati 90 peratus tidak berasa sakit,
90 peratus disebabkan benjolan, empat peratus berasa sakit, empat peratus lelehan pada puting, satu peratus luka di puting dan satu peratus benjolan di ketiak.
Melalui angka dilaporkan di atas, 13 peratus yang dikesan menghidap kanser payudara adalah disebabkan benjolan.
Jelasnya, pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan secara teratur di klinik atau hospital dapat mengurangkan risiko kanser payudara pada tahap kronik.
Jika disahkan menghidap kanser payudara pada tahap kronik, pesakit juga berdepan dengan masalah kos rawatan yang tinggi sehingga mencecah RM200,000 dan boleh menyebabkan tekanan kerana emosi terganggu.
Berbeza dengan keadaan pesakit yang masih di peringkat awal kerana mereka mempunyai peratusan tinggi untuk hidup lebih lama, kos rawatan rendah, emosi terkawal dan mempunyai keyakinan tinggi meneruskan kehidupan.
Pemeriksaan payudara sendiri juga perlu diajar kepada orang awam untuk menyedarkan mereka agar memahami keadaan payudara masing-masing.
Namun, pemeriksaan di klinik atau hospital dapat mengesan kehadiran kanser payudara lebih awal sekali gus memberi harapan tinggi untuk bebas daripada penyakit yang berbahaya kepada wanita.
Sumber; Harian Metro
No comments:
Post a Comment