Lebih 7,000 Penduduk Riau Dapatkan Rawatan Di Malaysia Setiap Bulan
JAKARTA, 1 Sept (Bernama) -- Lebih 7,000 penduduk dari pelbagai daerah
dan kawasan perbandaran di Riau ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan
perubatan pada setiap bulan, kata Konsul Malaysia di Riau, Azizan
Ismail.
"Walaupun bilangan pelancong Indonesia cenderung menurun setiap tahun,
jumlah penduduk Riau yang pergi ke Malaysia untuk mendapat rawatan
perubatan terus sahaja meningkat," katanya di Pekanbaru semalam.
Beliau berkata mereka mendapatkan rawatan di beberapa pusat perubatan
di Malaysia seperti Hospital Pantai, Hospital Putra dan Hospital Mahkota
di Melaka.
Pelancong perubatan dari Riau ke Malaysia kini menjadi rutin bulanan
dan perkembangan ini sekaligus menunjukkan hubungan yang amat akrab
antara Melaka dan Riau.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment