Bilal Masjid Negeri Pahang maut kemalangan selepas solat Subuh
Al Fatihah untuk Allahyarham Azamuddin Mansor, 40.
Bilal Masjid Negeri Pahang maut kemalangan selepas solat Subuh
KUANTAN - Beberapa jam selepas melaungkan azan bagi solat Subuh di
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam
kemalangan jalan raya hari ini.
Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7 pagi.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang,
ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 6.40 pagi itu, Azamuddin
yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di
persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail, di sini.
"Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan
kereta terbabit ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau.
"Mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke HTAA untuk rawatan
namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian," katanya kepada Bernama.
Zainalabidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan di
tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu
isyarat yang tidak berfungsi.- Bernama
No comments:
Post a Comment