Pages

Thursday, December 27, 2012

Doaku Untukmu Adikku Agar Allah Berikan Jodoh Terbaik

Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa



Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa



Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
 Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
 (Surah Al-furqan: 74)

Rasullullah diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud, 

"Ingatlah, terimalah wasiatku, pergaulilah wanita (isteri) dengan baik kerana sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali perkara itu melainkan jika mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji. 

Apabila mereka melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka. Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu. 

Adapun hak kalian ke atas isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik."


Di saat sangat ramai gadis yang solehah berdoa memohon kepada Allah untuk diberikan seorang suami yang soleh dan boleh menjadi pembimbing kehidupan dunia dan akhirat untuknya, Allah dah berikan kepada saya seorang suami.Alhamdulillah...syukur kepada Allah.

Doaku  buatmu adik-adikku. Baik adik kandung, sepupu, saudara mara, sahabat handai yang masih bujang...

Walau di mana kalian berada. Walau kita kian dihambat masa yang sangat mencemburui kita. Walau jauh beratus batu dan jua beribu batu terpisah oleh gunung dan lautan.

Tiada  pernah kulupa wajah-wajahmu adik-adikku. Adik lelaki. Adik perempuan. Khususnya wajah adik perempuanku...samada adik kandung, adik sepupu, adak saudara jauh dan ....



 

Bukan ku tidak risau akan adik lelakiku. Tetapi kebanyakan adik-adik lelakiku (adik kandung atau adik saudara dan adik angkat dana dik junir sekolah dan ...) Alhamdulillah, mereka mudah menemui gadis solehah impian mereka sebagai cqalon isteri. Syukur Alhamdulillah

Tidak dinafikan, jodoh tidak akan lari dan akan datang pada waktunya. setelah berusaha mengikut batas syariat Islam, teruskanlah doa kudus mu sayang.  Bersabarlah dan sibukkan diri dengan amal sholehah.

Hadapilah dengan sikap tenang, santai, tidak mudah emosi dan sensitif, tidak larut dalam kesedihan, tidak berputus asa dan tetap bersemangat.

Jodoh itu sudah diatur Allah. Cuma masanya sahaja adikku, tidak kita ketahui masanya bila. Kadangkala calonnya jua seakan samar dalam bayangan. Usah berputus asa adikku.

Bagi seorang lelaki beriman, TIADA yang lebih membahagiakan buat seorang suami selain dikurniakan isteri yang solehah.

Allah berfirman yang bermaksud: 

“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”. (Surah an-Nisaa’ ayat 34)

Tidak Putus Asa Berdoa

Untuk adik-adik perempuanku, (adik kandung, adik sepupu, adik saudara jauh, adik angkat....)

Untuk mencari pasangan yang soleh seorang wanita hendaklah memilih calon suaminya yang faham dan menjalankan perintah agama. Jangan terlalu mementingkan perkara yang bersifat kebendaan atau meterialistik.

Sebab harta, kecantikan, kedudukan dan pangkat tidak akan bertahan lama. Seandainya calon suami seorang yang soleh, Insya Allah rumahtangga akan bahagia dan diberkati Allah SWT. 

“Ya Allah kurniakan aku calon suami yang baik dan yang soleh. Berikan padaku suami yang dapat ku jadikan imam dalam keluargaku.”

DOA DARI AL QURANUL KAREEM

Salah satu doa daripada al-Qur'an ialah:

 (Dan di antara mereka ada yang berkata: "Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab neraka.") (Al-Baqarah 2:201).

Doa Mohon Keturunan, Anak/Isteri/Suami Yang Sihat/Soleh, Bahagia dan Jodoh

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89). 

Ali Imron :38 : Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar kan doa.

Al A’raf : 189 : Sungguh, jikalau Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.

Al Anbiya : 89 : Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.


Al Furqan : 74 : “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

Ash Shafaat : 100 : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang tergolong soleh.

Nabi Musa as berdoa setelah menolong dua perempuan penggembala kambing: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.” (QS 28:24).  

Allah swt memahami keperluan dan prioritasnya, sehingga tidak saja memberi makanan, tapi juga memberi jodoh, tempat tinggal dan pekerjaan.

Bacalah doa: “Ya Rabb kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al Furqon: 74).

WAKTU MUSTAJAB DOA

Doa lebih terkabul pada tempat mustajab, waktu mustajab dan memperhatikan adab berdoa. Berdoalah menurut apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya. Tempat mustajab: masjid, majlis ta’lim, Arafah, Hajar Aswad, Hijr Ismail, di atas sajadah, dll.

Waktu mustajab: 
sepertiga malam yang akhir, selesai sholat wajib/tahajjud/hajat, saat sujud/I’tidal terakhir dalam sholat, sedang berpuasa, berbuka puasa, dalam perjalanan, selesai khatam qur’an, hari Jum’at, baru mulai hujan, diantara azan dan iqamat, ketika minum air zamzam, bulan ramadhan/lailatul qodar, antara zuhur dan ashar juga antara ashar dan maghrib, selesai sholat subuh, dalam kesulitan, sedang sakit, sedang ada jenazah.

Adab berdoa: 

menjauhkan hal yang haram, ikhlas, diawali dan diakhiri tahmid/sholawat, menghadap kiblat, suci dari hadats  dan najis, khusyu’ dan tenang, menengadahkan kedua tangan, dengan suara rendah dan pengharapan sepenuh hati, mengulangi berkali-kali, tidak berputus asa, menghadirkan Allah dalam hati, tidak meninggalkan sholat wajib, tidak melakukan dosa besar, tidak minta sesuatu yang dilarang Allah, sambil menangis.

Klik di sini untuk info berkaitan yang mungkin boleh membantu, Adab Doa

Sesungguhnya Islam menetapkan hak seorang wanita dalam perkara memilih calon suami.

Ini jelas sepertimana ingatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang janda lebih berhak terhadap dirinya dari walinya. Seorang gadis harus diminta izinnya oleh ayahnya mengenai dirinya. Adapun izin gadis itu diketahui menerusi sikap diamnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Ulama bersependapat dalam masalah hak wanita dalam aspek pemilihan calon suami. Ini diakui sendiri oleh Imam Syafie, Ibnu Lailah, Imam Ahmad, Ishak dan ramai lagi yang mengatakan bahawa meminta izin daripada seorang gadis untuk mengahwinkannya adalah satu perintah agama.

 
Walaupun begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah pasangan yang mulia pula. 

Doa yang di panjatkan oleh seorang gadis solehah yang 

saya pernah kenali...



Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…


Artikel berkaitan Di sini

No comments:

Post a Comment