Wanita Diculik Terjun kereta dipandu 100km/j Alhamdulillah Selamat
Alhamdulillah wanita ini selamat.
Terjun kereta dipandu 100km/j
KUCHING – Seorang wanita tidak menyangka sehelai jubah hitam
pemberian suami yang dibeli di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun
ini menjadi perisai apabila dia hanya cedera ringan ketika nekad terjun
dari kenderaan yang sedang bergerak laju kelmarin.
Wanita yang ingin dikenali sebagai Nor, 41, itu bertindak demikian
selepas menyedari kenderaan jenis Mitsubishi Pajero milik suaminya
dipandu seorang pencuri dengan kelajuan 100 kilometer sejam dalam
kejadian pukul 11 malam di Jalan Main Bazaar, Kuching Waterfront di
sini.
Selepas berguling beberapa kali di atas jalan, ibu kepada lima anak itu hanya cedera di lengan, siku, kedua-dua lutut dan kaki.
Mengimbau semula kejadian itu, peniaga gerai makanan itu mendakwa,
dia terlena di kerusi penumpang depan dalam kenderaan yang diletakkan di
bahu jalan kira-kira 20 meter dari gerainya dalam keadaan enjinnya
hidup manakala pintu tidak dikunci. Dia dan suami berniaga di Kuching
Waterfront.
sUMBER; KOSMO
Wanita diculik terjun kereta
KUCHING: “Saya nekad terjun menyelamatkan diri walaupun kenderaan
dipandu penjenayah itu sedang bergerak laju,” kata Nor Shereen Ahmad,
menceritakan detik cemas apabila pacuan empat roda Mitsubishi Pajero
milik suaminya dilarikan seorang lelaki di Jalan Main Bazaar, Tebingan
Kuching, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 11 malam, peniaga berusia 42 tahun
itu berkata, dia di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan itu kerana
menunggu suami menutup premis perniagaan sebaik selesai berniaga.
Menurutnya, akibat kepenatan, dia terlelap seketika sementara
sebelum seorang lelaki tidak dikenali memasuki kenderaan lalu memecut.
“Saya terjaga sebaik menyedari kenderaan bergerak dan terkejut
apabila mendapati pemandunya bukan suami. Saya nekad untuk keluar,
tetapi lelaki itu menarik baju dan tudung.
“Bagaimanapun,
saya mencuba sekali lagi untuk keluar daripada kenderaan dan berjaya
membuka pintu sebelum nekad terjun,” katanya ketika ditemui selepas
membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga, di sini, semalam.
Menurut Nor Shereen dari Kampung Cemerlang, Jalan Lapangan Terbang,
di sini, sebelum berjaya melarikan diri, dia sempat mendengar lelaki
terbabit meluahkan kata-kata mendendami dirinya.
“Ketika itu, saya hanya memikirkan bagaimana mahu menyelamatkan
diri dan bernasib baik apabila berjaya terjun daripada kenderaan yang
sedang bergerak laju itu.
“Saya bernasib baik kerana tidak
dilanggar kereta di belakang selepas berjaya terjun. Saya cedera di
lengan selain sakit di pinggang akibat terjatuh di atas jalan,” katanya.
Dalam pada itu, suaminya yang enggan namanya disiarkan berkata, dia
hanya menyedari isterinya dilarikan penjenayah sebaik dimaklumkan orang
awam yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.
“Orang ramai memberitahu isteri saya terbaring di tepi jalan dalam keadaan kesakitan akibat luka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan
Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan
mengenai kejadian itu.
sumber; Harian Metro
No comments:
Post a Comment