Slip Disk
Mekanisma sakit saraf
yang berpunca dari cakera tergelincir.
Petikan berikut datang dari Group Email sekadar perkongsian ...
As-salam & Salam Sejahtera...
Saya mohon jasa baik tuan/puan untuk memberi info dimana terdpt pusat rawatan untuk mereka yg mengidap penyakit Slip Disc (tulang belakang problem)...saya ingin membantu adik ipar saya yg telah setahun tidak bekerja kerana mengidap penyakit ni....
-kasturi3b@yahoo.com-
PETIKAN ARTIKEL DR NIZAR, Siapa Dr Nizar? Apa kaitan beliau dengan slip disc? Boleh layari blog beliau http://drnizarabduljalil.blogspot.com/
Apa itu penyakit cakera tergelincir tulang belakang?
Cakera tulang belakang ialah sejenis tissue kenyal leper yang melapik di antara dua segmen
tulang belakang. Terdapat berpuluh cekera sepanjang tulang belakang kita
bermula dari leher hinggalah kepinggang. Fungsinya ialah untuk menyerap gegaran
dan (shock absorber) dan mengagihkan tekanan yang sekata pada tulang
belakang.
Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc ialah disebabakan oleh berlakunya benjolan/gelinciran (herniation) cakera ini yang selalunya disusuli dengan himpitan pada akar saraf (nerve root) yang berdekatan disitu. Selain dari itu kemungkinan juga berlaku rembesan cecair kimia dari cekera yang amat toksik pada akar saraf.
Oleh itu pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica)jika ianya berlaku dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher.
Kesakitan yang turun kekaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas atau panas yang disebabkan oleh himpitan akar saraf tadi. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.
Penyakit cakera tergelincir atau slipped disc ialah disebabakan oleh berlakunya benjolan/gelinciran (herniation) cakera ini yang selalunya disusuli dengan himpitan pada akar saraf (nerve root) yang berdekatan disitu. Selain dari itu kemungkinan juga berlaku rembesan cecair kimia dari cekera yang amat toksik pada akar saraf.
Oleh itu pesakit biasanya akan memberi gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki (sciatica)jika ianya berlaku dibahagian pinggang. Manakala rasa sakit pada tengkok yang menjalar turun ke tangan akan berlaku pada pesakit yang menghidapainya pada bahagian leher.
Kesakitan yang turun kekaki atau tangan itu ialah sejenis sakit saraf yang ditafrifkan sebagai elektrik shock, mencucuk, kebas atau panas yang disebabkan oleh himpitan akar saraf tadi. Rasa sakit biasanya akan bertambah kuat jika pesakit bersin atau batuk.
Kenapa benjolan atau kegelinciran ini berlaku? Keadaan ini disebabkan oleh rekahan atau kelemahan cakera itu sendiri. Kenapa boleh berlaku kelemahan atau rekahan pada cakera ini? Kajian telah menunjukkan berlakunya proses penuan yang cepat yang selalunya disabitkan dengan penggunaan yang lasak atau melampau (wear and tear). Sebab itulah penyakit cakera tergelincir ini kerap berlaku di bahagian pinggang dan tengkok. Sebab bahagian inilah tulang belakang kita banyak melakukan pergerakan.Terdapat faktor resiko yang telah diketahui boleh menjuruskan kepada penyakit ini. Orang yang berkerja banyak melakukan angkat objek berat, membongkok, batuk kronik,obesiti telah dikaitkan dengan berlakunya penyakit ini.Ini disebabkan aktiviti ini memberikan tekanan yang kuat pada tulang belakang. Sebab itulah penyakit ini juga boleh berlaku pada orang muda.
Laporan pesakit dr Nizar:
Salam Dr Nizar,
Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah SWT dan berterima kasih tidak terhingga kepada Dr Nizar Abd Jalil. Pencarian
saya terjawab atas kesakitan saya selama 8 tahun menderita. Kesakitan
ini menjejaskan kualiti hidup saya umpama tiada tujuan hidup. Pelbagai
kaedah saya cari dari kaedah ENT hingga ke pskitrik. Sampai tahap saya
merasakan saya ini menghadapi penyakit mental kerana anxiety disorder, saya hilang pencarian hidup disebabkan penyakit ini.
Alhamdulillah
doa saya di Mekah pada bulan 3 tahun ini dimakbulkan apabila berjumpa
dengan Dr Nizar. saya sudah selesai suntikan RF keatas saya dan saya
bersyukur atas hasil suntikan.1.Sakit kepala semakin kurang dan kurang rasa hanyut.
2.Telinga tidak lagi berdesing.
3.Imbangan badan stabil.
4.Nafas kembali panjang.
5.Sakit pada tengkuk berkurangan.
6.Sakit pada belikat berkurangan.
7.Sakit pada tulang belakang berkurangan.
8.Mata ada cerah.
Benar slip disc sebenarnya kebanyakan pesakit bertambah parah kalau diurut..kerana tukang urut kebanyakan menggunakan 'seluruh kekuatan tenaga lelaki atau perempuan yg ada ' untuk menekan urat atau tulang yg dkatakan tergelincir itu..adoii!! ibu saya juga melarang anak2 dara yg belum berkahwin amal berurut..sebab katanya 'apa yang nak diurut,peranakan belum jatuh lagi sbb belum beranak...'
saya musykil,adakah mangsa pernah diurut..?kerana sakit slip disc sampai setahun.. lama tuh..?
saya pernah kena slip disc,Ya rabbi,sakit betul,x leh nak buat apa ...doktor pakar bagi saya ubat tahan sakit(arcoxia) saja,dia cakap tunggu sebulan...saya bengang waktu tu sebab fikir doktor tu buta ke apa?? ubat tahan sakit jer?... saya balik dengan kesakitan dan tangisan...suami saya sapu minyak ( kerap) tanpa tekanan urutan(pressing massage),gosok saja.cuba try minyak jeslin atau minyak MTM (minyak tradisional melayu) dari kedah. Sebulan dah Ok tapi kena berhati2 bila lakukan kerja membongkok dan jangan bangun dari kedudukan duduk spt bersila ,bertinggung secara cepat/laju.
semuga dapat membantu.
-rinzalia@yahoo.com-
saya dikesan mengalami slip disk, awal tahun lepas,
apabila kaki kiri menjadi kebas dan mula sakit-sakit,
sakitnya..terpaksa sembahyang duduk dan tidak berupaya untuk naik ketingkat atas.
disahkan apabila x-ray..memang jelas kelihatan...
menjalani terapi di hospital kerajaan..hospital temerloh..
mungkin fisitoherapy yang merawat saya tu..
mahir dan menjalankan dengan baik sekali..rawatan menggunakan
hot pad - setengah jam, diikuti tekanan pada disk secara beransur2 dan
teraphy elektrik...rawatan berlangsung selapa 4 bulan..
Alhamdulillah selepas itu boleh memandu sendiri..boleh sembahyang secara biasa.
Nasihat saya.
1. .elakkan dari berurut tradisional..dikhuatiri disk akan tergeincir/terkeluar dari
pelapik tulang belakang..jika teruk ..pembedahan untuk memotong disk yang menekan
saraf tunjang
2. amalkan cara duduk dan berehat yang betul
3.kurangkan aktiviti senaman yang lasak..termasuk sex...hu hu hu
4. bila duduk rehat waktu malam..lapik dengan bantal panas..beli kat kedai aje..
kat GM plaza dalam10rm aje..
ingat..
slip disk yang tidak dirawat atau salah rawatan...akan menekan saraf tunjang dan boleh mengakibatkan lumpuh.
tkasih
hu hu hu dahlah duda lumpuh pulak.....
- kamalzaman@gmail.com-
Saya adalah penghidap slip dics dh 6 thn saya alaminya. Mmg takde ubat ttp blh kurangkan sakitnya. Cuba try pergi ceragem dan cuba dptkan treatment di sana sbb saya dulu pergi berurut pun masih sakit tapi bila buat diceragem alhamdulillah dari sembahyang x blh rukuk terus blh rukuk. Saya x blh buat traction di fisioterapi kerana kalau buat tu lagi sakit. Cuma nasihat saya, kalau dh ok kena berpantang mkn dan gerakan kalau x sakitnya dtg balik.
-azlina1512@yahoo.com-
Salam,
Abang ipar dan anak saudara saya kena slip disc dan sedang dirawat mengguna kaedah chiropractic. Kesannya nampak positif.
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut.Cubalah. Taklah mahal sangat rawatan dia.
-taski_almustaqim@yahoo.com-
As Salam
Cuba perubatan otopedik Akupuntur , Tulang Belakang, patah Tulang dll,
Kedai ubat hwa nam,
52 jln chengal, taman Batu Pahat ,
830000 Batu Pahat, Johor.
07-434 1370
Saya selalu berubat slip disk saya di sini,
-aesa786@yahoo.com-
Di Pasir Puteh, Kelantan ada Dr. Kamal
-guntur397@yahoo.com-
Cuba di hukm.ramai pakar2 disana.buat appointment dan sabar dengan karenah tempat orang ramai. tapi once you ada appoint dah mudah utk follow up.
-qs_travel@yahoo.com-
Saya jugabary terkena slip disc.. X blh nak angkat berat lebih dr 2kgs pun... InsyaAllah akan pulih jika melakukan beberapa rawatan alternatif seperti chiropractic dn acupulture.. Try la, sy cuma 2 kali melakukan 2 rawatan diatas sudah tidak sakit lagi....
-iza79_69@yahoo.com-
-spellexi@yahoo.com-
...rawatan slip disc adalah di hospital. Dokter akan xray dan lihat kedudukan dan tulang belakang sampai ke tulang punggung tu. Lepas tu baru tahu tulang yang mana satu dah terkeluar atau senget kedudukanya untuk dirawat..... thanks.
-abangrahim43@yahoo.com-
Salam,
Anda tinggal di mana? Boleh cuba cari Great Life Physio 0173985214( Pn Fazilah)
rujuk dengan belaiu di mana cawangan yg terdekat dengan anda. InsyaAllah beliau dapat membantu.
Beliau merupakan tuan punya Great Life Physio. Jangan risau tentang bayaran, beliau
boleh bawa berbincang.
-linda.arshad@gmail.com-
Assalamualaikum,
Saya juga mengalami masalah tulang belakang, selepas buat MRI tiga tahun lepas, pakar radiologis mengesahkan saya mengalami masalah "Degenerative Disc Desease (DDD)" di Lumbar 4 dan 5 (tulang belakang bahagian bawah). Doktor pakar dari hospital kerajaan dan swasta di Ampang mengesyorkan saya buat pembedahan, tapi masalah saya tidak serius. Bila saya jumpa doktor pakar di satu lagi hospital swasta, beliau tidak menggalakan saya buat pembedahan kerana masalah saya tidak teruk. Dia cuma suruh saya buat senaman rengan, duduk dengan cara yang betul, jangan duduk bersila dan jangan pergi berurut.
Disamping itu saya juga melakukan terapi dirumah dengan menggunakan alat yang dipanggil "inversion table", Alhamdulillah alat ini banyak membantu saya mengurangkan rasa sakit. Selain dari alat ini, saya juga mengenakan "back support for heavy lift" dipinggang bila saya perlu berdiri lama dirumah (seperti memasak / mengemas rumah).
Kesan yang dialami dari masalah tulang belakang ini adalah bila berdiri atau berjalan terlalu lama, pinggul akan merasa sangat sengal, pinggang akan merasa sakit dan kaki merasa lenguh. Disamping itu bila buat kerja rutin dirumah, badan jadi cepat penat, kena kerap berehat menyebabkan kerja menjadi terlalu lama.
Saya pernah pergi berurut tetapi rawatan ini tidak membantu saya. Doktor saya disini (Fort Wayne, Indiana, USA) memberitahu saya, masalah tulang belakang saya ini tidak boleh sembuh melainkan dengan menjalani pembedahan (ini merupakan langkah terakhir, jika terpaksa buat). Dia menasihati saya supaya sentiasa berjaga-jaga supaya masalah saya tidak menjadi lebih teruk.
Doa dari saya semoga adik ipar saudara/saudari menemui cara rawatan yang sesuai yang dapat mengatasi masalah sakit tulang belakangnya, InsyaAllah.
Salam dari Fort Wayne, Indiana.
-zainah_1305@yahoo.com-
Blog dr Nizar boleh ke link ini:
http://drnizarabduljalil.blogspot.com/
Slm saya nk tanya ada x rwatan untuk pesakit slip disc yg sedang mengandung..isteri saya mngandung 4bulan mngalami msalah slip disc..mnyebbkan dia tidak boleh bergerak atau berjalan..masa first kena time pergnat pertama.masa tu kndungan 6 bulan n terus xboleh berjalan sehingga bersalin..selepas tu buat rawatan fisio..dan selepas 3 tahun prengnat kali kedua masalah yang sama berulang kembali..saya mohon pencerahan atau sesiapa yg boleh tolong sila maklumkan kepada saya..xsanggup tengok isteri saya menanggung kesakitan
ReplyDeleteSlm saya nk tanya ada x rwatan untuk pesakit slip disc yg sedang mengandung..isteri saya mngandung 4bulan mngalami msalah slip disc..mnyebbkan dia tidak boleh bergerak atau berjalan..masa first kena time pergnat pertama.masa tu kndungan 6 bulan n terus xboleh berjalan sehingga bersalin..selepas tu buat rawatan fisio..dan selepas 3 tahun prengnat kali kedua masalah yang sama berulang kembali..saya mohon pencerahan atau sesiapa yg boleh tolong sila maklumkan kepada saya..xsanggup tengok isteri saya menanggung kesakitan
ReplyDeleteSlm saya nk tanya ada x rwatan untuk pesakit slip disc yg sedang mengandung..isteri saya mngandung 4bulan mngalami msalah slip disc..mnyebbkan dia tidak boleh bergerak atau berjalan..masa first kena time pergnat pertama.masa tu kndungan 6 bulan n terus xboleh berjalan sehingga bersalin..selepas tu buat rawatan fisio..dan selepas 3 tahun prengnat kali kedua masalah yang sama berulang kembali..saya mohon pencerahan atau sesiapa yg boleh tolong sila maklumkan kepada saya..xsanggup tengok isteri saya menanggung kesakitan
ReplyDelete