Pages

Wednesday, November 25, 2015

PERSEPSI TERHADAP OKU SUATU PERJUANGAN INSHAALLAH

PERSEPSI TERHADAP OKU SUATU PERJUANGAN INSHAALLAH




Di sini. Saya berada di tempat baru. Alhamdulillah di tempat baru saya mempunyai masa lapang yang lebih banyak dibandingkan tempat kerja lama. Ada sedikit masa untuk saya mencelah ke blog peribadi ini. Saya ingin kongsikan pengalaman Persepsi masyarakat terhadap OKU. Ya OKU. Tapi terus terang walaupun saya pemegang Kak OKU dengan JKM namun sejujurnya saya tidak merasakan saya OKU. Sebab? Sebabnya saya sudah melihat keadaan insan yang lebih berat ujian yang diberi oleh kepada nya tetapi mereka sabar. 




Lihat, pekerja OKU di atas. Dapat Anugerah Pekerja Cemerlang kan?
Berikanlah postive mind kepada orang OKU....

"Boleh ke dia buat kerja?" berdesing telinga saya dengan tujahan soalan itu.

"Kat sini kerja lasak...Boleh ke awak kerja di sini?."

"Eh macam mana orang macam ni boleh dapat tawaran kerja begini?"




Sedih? Memang bohong kalau saya cakap tak sedih. Tapi bila dengar kata-kata orang seperti itu, saya mesti fikir positif. Saya terfikir. Bagaimana dengan nasib orang lain terutama OKU yang lebih berat keadaanya dari saya?

Saya mesti fikir positif. Allahu Akbar.Allah Engkau Mentakdirkan aku sebegini pasti Engkau tidak mensia-siakan aku. Air mata begitu murah... 

..bersambung...

2 comments:

  1. mereka terlupa bahawa yang segar bugar di hari ini akan bukan mustahil menjadi OKU di masa depan.... seperti isteri saya...

    ReplyDelete