Kad Raya Haji Yang Dihasilkan Oleh Kami,sering mendapat carian dan dowload tertinggi setiap hari.
Bismillahirrahmanirrahhim. Assalamualaikum warahmatullah dan salam Eidhul Adha buat semua pengunjung Muslim teratak Raudhatul Ukhuwwah ini. Khususnya kepada kawan-kawan kami samada di dunia nyata mahupun di alam maya ini. Teristimewa buat teman-teman followers dan link blog, Sudi-sudikanlah mengambil kad raya Eidhul Adha kami ini.
Aidil Adha akan disambut pada hari ke-10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Syukur alhamdulillah, sekali lagi kita berpeluang melangkah ke bulan Zulhijjah yang mulia ini. Pastinya ada di kalangan saudara dan teman kita yang berangkat sudah ke tanah suci. Menghantar mereka sehingga ke ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menimbulkan seribu satu rasa di hati kita. Saat itu,kita dapat menyaksikan,bakal-bakal haji dalam seragam putih, sekaligus membangkitkan rasa keinsafan dalam benak kita. Bahawa hakikatnya kita semua sama di sisi Allah SWT.
Subhanallah, itulah indahnya Islam. Perintah Allah agar jamaah haji berpakaian serba putih, tanpa mengira pangkat,darjat,warna kulit dan keturunan-semuanya dalam satu matlamat yang sama; menunaikan Rukun Islam yang kelima.Sesungguhnya amat bertuah bagi sesiapa yang telah sampai serunya itu.Taqwalah sebaik-baik bekalan..samada ketika mempersiapkan belanja mengerjakan haji, memasang niat dan memperkukuhkannya dan bekalan taqwa ketika mengerjakan haji. Ibadah haji, bagaikan kesinambungan puasa Ramadhan. Latihan mengendalikan nafsu dan didikan rohani sepanjang Ramadhan akan berkesinambungan ke perjalanan haji.
(gambar dari blog tuan haji CL yang selalu saya ikuti;semasa carian saya di googles)
Bagi kita yang berada jauh dari Bumi Makkah dan Madinah, hakikat "hari Raya Kurban" ini perlulah jua kita hayati. Ibadah Qurban yang dilakukan, bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah, semoga dinilai Allah sebagai suatu amal ibadah yang diredhaiNya.
Akhir kalam,kami di Raudhatul Ukhuwwah memohon maaf di atas salah silap. Salam Aidil Adha.Sekian, wassalam.