Bunga Siapakah Ini?
Cantik kan bunga ni?
Gerangan siapakah agaknya yang memilikinya ya?
Teknik seni yang ada di bunga ini juga indah.
Oklah sebenarnya bunga ini ialah yang terdapat di sini;
Kebetulan minggu lepas, ada urusan di Kuantan. Bawalah anak-anak sekali.
Mengintai dari tirai kamar. Di luar masih hujan renyai. Anak-anak lihat je lah kan.
Selalu dah tengok, tapi masih nak snap juga pemandangan di sini. Indahnya alam ciptaan Allah. Subhanallah
Gambar diambil di 2 lokasi berbeza. Gambar pertama di salah sebuah R&R LPT. Gambar kedua di Giant.
Sejauh manakah kita prihatin dengan tempat letak kereta yang mempunyai lambang seperti dalam anak panah di atas?
Informasi, Keibubapaan, OKU, Catatan Peribadi Seorang isteri dan Ibu,semua menjadi satu..
Pages
▼
Saturday, October 30, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Hujan dan Mentari
Hujan yang Turun membasahi bumi...
Alhamdulillah hari ini hujan turun dengan lebatnya pada awal pagi. Hujan yang turun membasahi bumi membuatkan diri ini terasa sangat akan kebersamaan Allah itu.
Pagi ini, ada sesuatu yang berlaku di tempat kerja. Ibu tahu ibu tidak kuat menghadapi semua ini tapi ibu tahu Allah ada di sisi sentiasa dekat di hati. Ibu harus kuat meneruskan perjalanan hidup ini meski bagai meniti kerikil yang tajam. Ibu ada anak-anak. Anak-anak yang perlu ibu kasihi, sayangi. Yang masih memerlukan asuhan ibu. Yang masih memerlukan dakapan ibu.
Ibu perlu bangkit demi anak-anak ibu.
"Ibu, ibu pergi kerja juga ke ibu? Kan ibu tidak sihat?" tanya si abang semasa membantu membetulkan tayar kerusi roda ibu.
Pagi tadi memang ada sesuatu yang berlaku. Tetapi ibu mesti cekal. Ibu mesti tahu matlamat ibu datang bekerja. Ibu masih ada tanggungjawab yang perlu ibu tuntasi. Selagi khidmat diperlukan, ibu akan berusaha sedaya upaya menabur bakti, InsyaAllah.
Meskipun ibu tidak lagi seperti dahulu, hanya sebagai pemerhati namun ibu bersyukur masih ada yang sudi mendapat khidmat ibu. Alhamdulillah
Ketika hujan semakin reda, datang kawan-kawan ibu bertanya adakah ibu sudah makan atau tidak. Ibu bersyukur kepada Allah atas nikmat ini.
"Kawan yang baik bukan hanya yang bersama ketika suka dan duka tetapi yang sentiasa mengingatkan kita kpd ALLAH~~"
Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala anda lupa akan lirik-liriknya.
Hari ini, ibu turut dibelanja oleh salah seorang kawan ibu yang selalu memberi sokongan kepada ibu dan turut membantu ibu. Terima kasih, sahabat. Semoga Allah memberkatimu.
Hitungkan kesyukuranmu bukan kesangsaraanmu. Kata-kata ini bagai suntikan untuk ibu. Ibu bersyukur sangat kepada Allah atas nikmat dan rahmatNya. Terasa sangat kasih sayangMu Allah dalam setiap detik ini. Terima kasih ya Allah.
Bihun yang dibelanja oleh kawan.
hadiah yang kami bungkus, tak kemas sungguh kans
Ini pula gambar-gambar buku yang dijual oleh seorang promoter buku yang datang ke tempat kerja ibu. Ibu tukang tengok je. Suka tengok semangat adik ni bekerja menjual produk-produk buku ni. kalau siapa berminat bolehlah hubungi Cik Alia.
Alhamdulillah saat ini... mentari mulai menyinar di sebalik awan yang mendung.
Saturday, October 23, 2010
Bunyi apa itu, Ibu?
Hari ini, Alhamdulillah, sekali lagi ibu dapat menikmati kasih sayang anak-anak ibu. Syukurlah Sabtu ni ibu dapat berehat sedikit setelah untuk beberapa minggu Sabtu, ibu dan anak-anak bergelut di pagi-pagi hari.
Bagaimanapun, anak-anak ibu pun pagi-pagi sudah bangun tidur. Si kecil ibu kemudiannya muntah. Diikuti si abang selepas makan pagi.
Anak-anak ibu tidak sihat hari ini. Demam. Maklum semalam tinggal dengan tuk. Habis bermain hingga petang. Tapi kalian tetap ceria. Berlari ke sana ke mari. Tidak mempedulikan hingus yang sesekali keluar.
Kemudina dari sebalik tingkap, Anak kecil ibu kemudian bertanya,"Bunyi apa itu, ibu?"
IBu pun mendengar juga. Tetapi bila ibu lihat keluar hanyalah pepohon hutan. Ibu sendiri tidak pasti apakah nama binatang yang mengeluarkan bunyian itu. Yang pasti ia bukannya burung.
Lalu ibu jawab,"Unggas nak,"
"Nggas tu bird ke bu?" tanya si kecil ibu agak pelat sedikit.
"Serangga, dik," jawab ibu.
"Serangga seperti cengkerik bu?"tanya si abang.
"Ya,nak,"jawab ibu lagi.Tapi bunyi cengkerik lainlah bu. Yang bunyi-bunyi tu binatang serangga apa?"tanya si abang lagi.
Terkebil-kebil ibu nak mencari jawapan. Maklumlah ibu sendiri tidak mengetahui spesis apakah yang sedang berbunyi itu.
"Maaf nak, ibu memang tidak tahu. Cuba tanya ayah ya," jujur ibu berkata. Harapan ibu, anak-anak akan mencari ayah mereka pula.
"Ibu, ibu dulu sekolah tak?"tanya si abang dengan kehairanan dan sambil memegang tangan ibu.
"Sekolah. Ibu sudah tentu sekolah. Kalau tidak bagaimana ibu dapat masuk universiti kalau sekolah ibu tidak pergi,"jawab ibu lagi.
"Kalau ibu pergi sekolah, kenapa ibu tak tahu itu bunyi binatang apa?Kan di sekolah ada banyak ilmu?" tanya si anak lagi dengan menegerutkan keningnya.
Terpukul seketika si ibu. Tetapi wajarkah si sibu meninggi kan suara pada si anak kecil yang jujur ingin tahu. jujur meluahkan rasa?
Ya Allah, berikan hambaMu petunjuk untuk mencari jawapan terbaik untuk anak-anak ini.
Ibu cuba membina ayat, ayat yang mempunyai aras serendah mungkin untuk anak usia 8 tahun ke bawah boleh menerima dan anak seusia 2 tahun boleh memahami.
"Anak-anak ibu. Sekolah memang tempat ilmu. Di sekolah ada macam-macam ilmu yang kita dapat. Cikgu-cikgu ibu pun sudah mengajar ibu dengan baik sekali. Cuma, kadang kala dalam hidup kita ini, ada perkara dan ilmu yang kita perolehi bukan di sekolah sahaja. Mungkin kita boleh dapat ilmu dari seorang pakcik yang sedang menjaga anak lembu, yang sedang menyebak buah sawit, yang sedang halau kambingnya supaya jangan pergi ke ladang orang lain. Ilmu juga boleh kita dapat bila kita duduk di tempat orang, di tempat baru dan susasana baru,"jawab ibu.
anak-anak ibu mengelilingi ibu. Yang kecil di pangkuan ibu.
"Jadi, sejujurnya ibu sendiri tidak pernah mendengar bunyi haiwan apakah yang sedang kita dengar sekarang. Di tempat ibu tinggal dulu, tiada hutan pokok-pokok hijau macam di belakang rumah kita. Kalu ibu nak bermain pun, hanya dalam rumah sebab di sekeliling ibu rumah-rumah dan kalau jalan sedikit lagi dah penuh dengan kenderaan serta bangunan-bangunan."
"Di belakang rumah kita sekarang ni pula ialah hutan simpan. Banyak haiwan yang kita tidak pernah nampak di bandar ada di sini. Sebab tu anak-anak ibu kenalah bersyukur kepada Allah, kerana kita dapat merasai nikmat kehijauan alam sekitar yang masih terpelihara. Setiap hari kita dapat hirup udara yang bersih. Secara tak langsung udara yang bersih ni membantu merawat kesihatan ibu," terang ibu panjang lebar.
Kemudian ibu menunjukkan gambar cicak yang agak besar. Gambar cicak besar itu kami ambil di sekitar kami.
"Lihat contoh cicak ni. Kan besar kan?Matanya besar. badannya bintik-bintik. Ni anaknya dah dekat 5cm. Belum ibubapa dia lagi. Inilah kelebihan kawasan yang masih kaya dengan pokok-pokok hutan,"terang ibu lagi.
Syukur alhamdulillah selepas itu si abang sudah memahami apa yang cuba disampaikan ibu. Si kecil kemudian merengek meminta susu.
Ya Allah besarnya tarbiyahMu...Benarkan, anak-anak kecil itu pun juga adalah tarbiyah dariNya.
p/s: Untuk kawan-kawan ibu, nanti bila line internet agak stabil dan tak terputus-putus macam sekarang, ibu kan usahakan upload gambar cicak besar tu ya. Kalau tak di sini, mungkin di blog Jurnal kehidupan yang sekarang pun tengah tak boleh nak masuk.
Wednesday, October 13, 2010
Sebuah Tabung, Seribu Makna
Sebuah Tabung, Seribu Makna
Apakah relevennya gambar tabung haji ini saya muatkan di sini? Adakah sebab saya hendak menunaikan haji tahun ini? Gambar tabung ni saya ambil sewaktu Proram Kelab TAHA yang diadakan di tempat kerja.
Oklah, izinkan saya teruskan bercerita ya. Beberapa hari lepas, ada suatu kisah yang saya saksikan. Suatu kisah yang mencuit hati saya. Saya ternampak tabung derma di kaunter pendaftaran. Kertas biru ber not seringgit kelihatan agak banyak. Hanya sehelai dua not 5 ringgit dan lebih banyak syiling.
Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah, kegunaan duit derma orang ramai itu antaranya ialah digunakan termasuklah jika ada pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar tambang balik ke rumah mereka.
Situasi pesakit yang tiada tambang untuk balik setelah menjalani rawatan fisioterapi di sebuah hospital daerah. Kediaman pesakit itu agak jauh dari pekan itu. Untuk menaiki kenderaan sendiri, ada pesakit yang tidak mampu. ada pesakit yang perlu menyewa kenderaan. Untuk naik teksi, atau bas,mereka perlukan wang. Tiada wang, tidak dapatlah mereka menjalani rawatan.
Sudahlah diri tidak berdaya, harta tiada, diri sebatang kara, Namun dirinya tidak berputus asa daripada rahmatMu Allah. MasyaAllah..Subhanallah. Tuhanku, luasnya tarbiyahMu.
MasyaAllah. Betapa prihatinnya hati staf di unit itu apabila menyediakan inisiatif sebuah tabung derma untuk kebaikan. Betapa mulianya hati penderma-penderma tabung itu yang rata-rata terdiri daripada keluarga pesakit sendiri. pada saat mereka sendiri diuji dengan musibah menjaga keluarga yang kemalangan, atau kesakitan, mereka masih sudi menghulurkan bantuan.
Mungkin kita sendiri berfikir banyak kali untuk menghulur seringgit dua. Mungkin dengan berpandangan, "aku sendiri pun susah", atau "aku sendiri pun ada banyak hutang"dan pelbagai alasan lagi. Munngkin sepuluh sen, dua puluh sen, seringgit dua itu tidaklah banyak sangat. Namun percayalah dengan keihlasan hati kita, seringgit dua itulah yang memberi makna kehidupan kepada insan yang sangat memerlukan.

Gambar-gambar di sebuah hospital awam.
Kredit; Gambar Tabung Haji, Kelab TAHA.
Gambar Fisipterapi, Jurnal Kehidupan.
Tuesday, October 12, 2010
Kenangan Indah Itu
Kenangan Indah Itu
Alhamdulillahirabbilalamin, petang yang nyaman ini saya berkesempatan mengupdate blog yang sudah sekian lama terbiar. Bila Lama Tak Update Blog, rasa dah tak tahu nak memulakan cerita dari mana. Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk teman-teman bloggers yang sudi follow blog ini meskipun saya tidak mengemaskini blog peribadi ini.
Syawal sudah pun berlalu. Kini Zulkaedah pula menjelang tiba. Zulhijjah bakal menjenguk pula. Jaamah haji Malaysia pun sudah ada yang berlepas.
Kisah Syawal kami, belum sempat saya uploadkan di sini. Oleh itu, izinkan saya mencoret sedikit memoir indah itu. Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi, kerna Syawal ini saya berkesempatan bertemu insan yang pernah banyak berjasa kepada saya. Meski perjalanan agak jauh dan melelahkan seorang seperti diri ini, segalanya hilang pabila rindu yang bertamu sekian waktu dapat dituntasi.
Namun hajat saya untuk menemui seseorang yang sedang berada di sebuah wad ICU tidak tercapai. Ini kerna, untuk ke wad tersebut, saya dikhabarkan bahawa saya perlu naik tangga. MasyaAllah. Perkara itu agak sukar untuk saya lakukan buat masa ini. Lalu saya cuma melihat dari luar hospital. Memandang sayu.
Bumi indah itu memang menggamit memori. Tempat jatuh lagi kan dikenang. Inikan pula tempat menimba ilmu dan merajut ukhuwah. Sutera kasih yang semoga tidak kan luput dek waktu.
Syawal ini amat bermakna buat saya sekeluarga. Bersyukur ke hadrat Allah di atas kesempatan yang diberiNya. Bertemu sanak saudara. Saling berziarah dan bertanya khabar. Anak-anak kecil insan paling gembira meraikan syawal tiba.

Perjalanan melalui lebuhraya Utara Selatan setelah melewati Lebuhraya Pantai Timur
Sawah padi luas terbentang
Mereka sedang menangkap ikan
Di sekitar Bandaraya Alor Star
Di majlis sambutan Hari Lahir anak saudara sepupu, anak Bang Mie.
Meriah dengan anak-anak kecil yang jauh dan dekat saling berkumpul.
Semua berkumpul. Tua dan muda bersama.
Utamakan AMSAL Waspada Dengan HARBEN & ANIS
Utamakan AMSAL Waspada Dengan HARBEN & ANIS
Artikel ini pernah tersiar di sebuah majalah pada 2004. Saya kemudiannya menemui artikel ini di Ummu Sofea blog. Kredit; Ummu Sofea, klik sini.
Di sebuah kampong tinggal seorang tua bersama tiga anak lelakinya. Isteri beliau telah lama meninggal dunia. Anak yang sulung bernama “Anis”, kedua bernama “Harben” dan bongsu bernama “Amsal”.
Harben anak yang paling disayangi hingga tidak dibenarkan keluar dari rumah. Lelaki tua ini pun sayangkan pada Anis dan kadang kala dibawanya keluar rumah, ke pecan, ke penambang dan sekitar kampung. Tetapi, anak bongsunya Amsal langsung tidak diendahkan hingga anak itu terbiar dan merayau ke serata kampung. Tubuhnya kurus dan tidak terurus kerana kerana tidak mendapat makanan yang berkhasiat.
Suatu hari, raja yang memerintah jajahan itu mengarahkan si tua mengadap di istana. Mendengar perintah itu lelaki tua berkenaan berasa susah hati melihat keadaan dirinya yang uzur. Beliau terpaksa mengayuh penambang untuk ke istana raja. Kerisauan itu turut bertambah disebabkan tidak mengetahui kehendak sebenar si raja tersebut.
Maka dia pun mendapatkan bantuan si Harben, “Tolong hantar ayah ke pulau seberang kerana raja memerintahkan ayah mengadap, boleh nak?” Harben menjawab: “Minta maaflah ayah, Harben tidak tahu jalan ke istana. Harben Cuma boleh menghantar ayah sampai ke pintu rumah ini sahaja!” Sedih hati si ayah mendengar jawapan anak kesayangannya itu.
Si ayah pun meluahkan hajatnya kepada si Anis: “Tolong hantar ayah ke pulau seberang, Tuanku nak ayah mengadap, boleh kan?” Jawab si Anis: “Minta maaf ayah, Anis tidak pernah keluar dari kampung ini dan tidak tahu hendak ke sana. Anis boleh hantar sampai hujung kampung ini saja ayah.” Bertambah sedih hati si ayah mendengar jawapan seorang lagi anak kesayangannya itu.
Oleh kerana tiada lagi pilihan, lelaki tua itu menemui Amsal: “Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang, ayah nak mengadap Tuanku.” Amsal menjawab: “Baiklah ayah,” Lelaki tua itu menyesal kerana mengabaikan anak bongsunya.
Harben menghantar sampai ke muka pintu pagar rumah. Anis pula menghantar ayahnya sampai ke penampang. Kemudian si Amsal yang menghantar dan menemani ayahnya menaiki perahu menuju ke istana.

Malangnya, rIbut melanda dalam perjalanan itu. Si ayah ketakutan melihat keadaan dirinya yang tidak sekuat dulu dan si Amsal pula yang kurus kering. Maka dengan takdir Tuhan, mereka karam dan tenggelam dalam lautan.
Demikian kisah si tua dengan tiga orang anaknya. Sebenarnya, tiga anak lelaki dalam sketsa di atas adalah realiti kehidupan kita. Harben ialah ‘harta benda’, Anis adalah ‘anak isteri’ Amsal adalah ‘amal soleh’.

Lazimnya manusia akan lebih sayangkan ‘Harben’ dan ‘Anis’ sebaliknya mengabaikan ‘Amsal’, sedangkan apabila manusia itu mati (mengadap raja) yang hanya dibawa dan menjadi peneman ialah ‘Amsal’. ‘Harben’ tinggal di pintu pagar, sementara ‘Anis’ setakat di penambang (kubur).
Oleh itu, dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan abaikan bekalan untuk kehidupan akhirat. Laksanakan yang wajib diikuti amalansunat dan tinggalkanlah laranganAllah sepenuhnya. Berusahlah menjadikan diri kita hamba yang benar2 bersedia untuk menemui Allah Rabbul Jalil bila tiba saat dan tikanya nanti.

Kredit; Ummu Sofea, klik sini.