Alhamdulillah, ibu nak catatkan sesuatu di sini.
Ibu sedih, bilalah ibu nak pandai buat ketupat daun palas ni.
Padahal dari umur 13 tahun semasa bersekolah di utara tanahair, ibu dah belajar buat ketupat ni. Tapi tak pandai-pandai juga.
Ketupat dari daun kelapa, bolehlah ibu tolong buat walau tak pakar tapi alhamdulillah, menjadi.
entry ini ibu buat sebab ibu Rindu ayah bonda... yang suka dengan ketupat dari daun kelapa
lagipun leluhur ibu memang dengan ketupat jenis ini je
Yang ni, tak mahir lagi. Untuk makan sendiri, boleh,kalau dengan mertua, tak lulus lagi.
...Ketupat yang ni, ibu reti....
Kek keju nanas dan kerepek bawang yang sedap...
Entry ibu tentang sambutan Aidil Adha, klik sini.
Sekian, Wassalam...
Salam Ummu ,
ReplyDeleteadakah kita saling mengenali d dunia realiti ? cewwahhh...;p
terime kaish utk komen ummu di chatbox blog Hanie/Nisa tu...best ke blog sy?biase2 je...blog Ummu lg bagus ;)
hurm,at least pandai juge anyam ketupat,sy langsung tak reti ;)
hehehe.. ingatkan bila nk pandai ber blog (vic) hehe.. rupanya buat ketupat.. suspen je akak ni.. hehe.. vic dah sihat sikit.. Alhamdulillah boleh menulis lg..
ReplyDeletesalam ummu..ketupat daun palas..akak juga tak pandai buat..tapi suka makan..suka sangat..cuma nak buat bentuk itu tak pandai langsung..
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha ibu..;)
ReplyDeleteSalam ummu
ReplyDeleteUmur kak sebeginipun belum pandai buat ketupat.. makan je yang tahu.. pernah juga belajar tapi tak dapat-dapat...
salam..
ReplyDeletehehe.. sy pun x mahir gak, tp ketupat biasa tu mmg terror :D
kakyong baru ni tolong mertua buat ketupat palas... adoi la, terasa nak menangis,berkali2 dok pulas sana sini tak menjadi.. dlm 50 biji tu.. ade lah kot 10 biji jer yg kakyong sempat buat... tu pun memang belum pass lagi...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Ummu...
ReplyDeletekakcik juga dah 'hilang' kepandaian menganyam ketupat. Tapi, kakcik lebih suka makan lemang walaupun tak pandai juga membuatnya! :)
ketupat daun palas tu peberet saya...
ReplyDeletesalam Ummie hanie
ReplyDeleteakak rasa kita mungkin kenal kot.
entahlah sebab zaman sekolah dah terlalu lama ditinggalkan.ramai dah lost contact.tq ya sudi tinggalkan jejak di teratak akak
tajuknya suspen ya Vic?
ReplyDeletehi hi tajuk org tengah tension tak menjadi je ketupat tu.
salam kak erna,ketupat tu sedap kan kak,rasa lemak2 manis masin smeua ada.
ReplyDeletetq cik tiniey,erm maccam mana ya akak nak gi blog cik tiney?sebab dekat profile cannot access
ReplyDeletewaalaikumussalam kak werdah
ReplyDeletesedap kan kak ketupat ni,tapi kita tak leh ambil banyak sangat.
salam Maiyah
ReplyDeletewah mesti macam2 bentuk yang Maiyah dapat buat kan?
ketupat sate, ketupat pasar dan apa lagi ya...
Kakyong,samalah kita
ReplyDeletedalam 50,10 je menjadi
punyalah laju mertua saya buat.
orang dah sampai bulan,
saya baru sampai everest
waalaikumussalam kakchik
ReplyDeletebetul lah kakchik,kalaus esuatu kemahiran tu dah lama kita tak buat,kita akan lupa nak buatnya kan.macam saya, menjahit yg saya dah lupa.:)
sedap kan ketupat tu, Kamsiah.
ReplyDeletesedap nye..
ReplyDeletesy x pndai pon buat.. huhu
hehe
ReplyDeletesy tak kesah rupa bentuk
asalkan sedap
sy pun dulu kene belaja buat ketupat sebab dah tak sempat sangat dah..
satu rumah kene buat ketupat. haha
IM lebih suka lemang dari ketupat. tapi nak cari lemang kampung di penang ni..susah sebab dah banyak jadi taman..
ReplyDeletesalam singgah Ibu..
ReplyDeletesaya pun tak reti buat ketupat yang pakai 2 daun tu..
tp kalo guna 1 daun, pandai pula...
salam again ummu,erm name real ape yer?
ReplyDeletenak komen kat blog sy tu kna klik title entry dulu ;)