Pages

Sunday, November 21, 2010

Perjuangan Demi Rezeki

Perjuangan Demi Sesuap Rezki




Susulan penemuan mayat amah di tong sampah. Ops bukan di Malaysia ya. Tapi di Saudi,
""Amah Indonesia dibunuh majikan Saudi" klik sini.

Hari ini keluar berita di Metro, Pembunuh amah ditangkap, klik sini.

Myukhuwwah ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Untuk rakan-rakan follower dan pembaca myukhuwwah dari negara seberang, myukhuwwah juga turut  bersimpati membaca kisah amah ini. 

Walaupun myukhuwwah mempunyai pengalaman pahit dengan salah seorang pembantu rumah tangga myukhuwwah, namun ada juga di kalangan mereka yang sangat jujur dan ikhlas mahu bekerja di Malaysia.Malahan menjaga myukhuwwah dan anak kecil dengan sepenuh kasih sayang,kayaknya bagai keluarga sendiri.

(Rindu sama mbak,apa khabar agaknya dia? Kampongnya dekat dengan Gunung Merapi)

Mereka pun saudara seIslam kita,kan. selain kebudayaan ada sedikit kesamaan.

Mungkin kita boleh rujuk link ini, "Adab Terhadap Pembantu Rumah Tangga", klik sini.

RIYADH: Seorang lelaki Saudi dan isterinya ditangkap atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Kikim Komalasari. Nama pasangan yang ditangkap itu belum didedahkan.

Bagaimanapun, duta Indonesia di Arab Saudi, Gatot Abdullah Mansyur berkata, mereka sudah disoal siasat oleh polis.

Gatut memberitahu wartawan Arab News, Kikim didera sebelum dibunuh dan mayatnya dicampakkan di tepi jalan oleh majikannya pada 11 November lalu. 
 
 berita lanjut, silakan ke Harian Metro ya, tak sanggup nak tempek kat sini. Sedih.

19 comments:

  1. pembunuhan dah berlaku sejak zaman nabi adam a.s lagi

    pernah tengok youtube, org dibakar hidup2 di afrika

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Betul...ada di kalangan pekerja dari seberang jauh lebih baik dari pekerja tempatan, meski tak kurang juga yang mencipta pelbagai angkara...

    Saya selalu pesan kepada murid saya..
    Jangan pandang hina kepada pendatang Indonesia yang datang ke sini. Datuk nenek kita dulu pun begitu...datang ke sini demi sesuap nasi. Cuma, pada zaman datuk nenek kita dulu belum ada undang2 imigresen, passport dan sebagainya. Mujur datuk nenek kita sudah terfikir untuk berhijrah lama dulu. Kalau tidak, agaknya kita yang jadi amah kat rumah orang sekarang. (Itu yang asal salasilahnya dari seberanglah) Kepada murid Cina dan India pun saya kata begitu..

    ReplyDelete
  3. Salam Ummu,

    Kakak dah setahun tak pakai maid lagi. Segala yang berlaku hanya Allah jua yang tahu. Yang pasti pembalasan tetap ada.

    ReplyDelete
  4. salam takziah juga utk keluarga amah tersebut & juga follower2 kak ummu dari seberang atas berita ini..

    ReplyDelete
  5. bebaru ni kes bunuh amah indon oleh lelaki india di penang kerana cinta tak dibalas rupanya adalah amah kepada rakan sekereta IM.

    tapi heran, bagaimana wartawan itu boleh tahu details cerita mereka sedangkan keluarga kawan IM tu tak seorang pun ditemuramah.

    ReplyDelete
  6. salam ummu..kejam..
    manusia tu..bukan haiwan..main bunuh dan campak je..

    ReplyDelete
  7. selalu dengar pembantu rumah warga asing kat arab kena dera...kesian depa.

    ReplyDelete
  8. moga yang ikhlas keluar bekerja tu Allah bantu memudahkan dan menjaga kebajikan mereka


    dibiar kesepian

    ReplyDelete
  9. imanshah.semoga kita menjadi manusia yang berperikemanusiaan tinggi, kan bro

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Kak CKlah
    terima kasih ya kak atas perkongsian pengalaman akak ini.
    semoga generasi muda hari ini mensyukuri nikmat.

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam kak Zakie
    pasti akak punyai pengalaman yang banyak kan dengan maid.apapun,setiap amalan kita pasti mendapat balasan,tak di dunia, di akhirat,kan kak

    ReplyDelete
  12. semoga keluarga mereka tabah kan Vic

    ReplyDelete
  13. Oh tu maid kawan sekereta IM ya?
    itulah hebatnya kerjaya wartawan kan IM.

    ReplyDelete
  14. waalaikumussalam Kak Erna.
    mereka yg terlibat pastinya mempunyai masalah,dan mungkin masalah komunikasi faktor kemarahan. Marah yang tak terkawal pastinya bahaya hingga manusia menjadi kejam

    ReplyDelete
  15. Ieda, harap2 mereka bersyukur kan bila mendapat majikan yang baik dan melayan mereka seperti keluarga sendiri

    ReplyDelete
  16. akl citizen
    harap begitulah,kan kak normah

    ReplyDelete
  17. tertarik dengan komen ckLah@xiiinam. Ha..aa ek. kita semua asal dari sana. kalu tak tatau apa nasib saya sekrg ni.

    ReplyDelete
  18. nasib pembantu rumah yang dapat majikan berlagak 'aku boss'

    kesian pada mereka yang betul2 datang mencari rezeki

    ReplyDelete
  19. Fizanur,tulah saya pun tak terikir macam tu.

    Ibuintan,untung sabut timbul,untung batu tenggelam, mungkin begitulah ibarat kisah mereka,kan ibuintan

    ReplyDelete