Selamat Bercuti Semua
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Selamat bercuti semua. Bagi yang travel jauh, hati-hati dalam perjalanan. Semoga kita memulakan perjalanan kita dnegan doa kepada Allah dan semoga Allah memberkati percutian kita ini. Menziarahi ibubapa dan kaum keluarga jua aadlaah suatu amalan soleh dan smeoga Allah pandang usaha murni kita itu sebagai amal ibadah yang ikhlas di sisiNya,
Untuk kawan-kawan housewife, samada graduated housewife atau yang bukan, jasa kalian tetap disanjung tinggi, sungguh besar jasa dan pengorbanan seorang housewife di sisi Ilahi dan ummah.
Saya tetap di sini. namun tidak dapat blogwalking ke blog teman-teman atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan..mohon maaf ya...
Informasi, Keibubapaan, OKU, Catatan Peribadi Seorang isteri dan Ibu,semua menjadi satu..
Pages
▼
Saturday, April 30, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Tip mengambil hati pasangan
Tip mengambil hati pasangan oleh Ustazah Nor Bahyah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. kawan-kawan myukhuwwah yang dihormati, semoga dalaam kesejahteraan jua. Kali ini myukhuwwah ingin berkongsi tip oleh Ustazah Nor Bahyah.
Tips mengambil hati suami

- Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
- Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
- Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
- Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
- Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
- Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
- Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
- Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
Tuesday, April 19, 2011
Bicara Hospital Lagi...
Bicara Hospital Lagi...
Alhamdulillah malam ini ibu ingin mencatatakan kenangan hari ini ibu. Maaf seandaninay sekali lagi hanya bicara hospital yang ibu nukilkan di open diary ibu.
Hari ini, ibu perlu hadir satu temujanji dengan salah satu klinik pakar di sebuah hospital besar di negeri tempat ibu bertugas ini.
Pagi-pagi lagi ibu sudah menyiapkan persiapan yang patut bagi menghadiri temujanji ini. Memandangkan temujanji dengan pakar pada waktu pagi, ibu mengambil keputusan untuk tidak pergi bekerja. Selalunya, jika temujanji waktu petang, paginya ibu akan pergi bekerja seperti biasa.
SUASANA DI KAUNTER PENDAFTARAN
Suasana ketika itu, agak sesak dengan pesakit dan pengiring pesakit. Kerusi di ruang menunggu sementara urusan pendaftaran selesai, juga sudah penuh.
Ibu terus pergi ke mesin pengeluar kertas. Oh sudah ada pegawai yang membantu pesakit mendapatkan nombor rupanya. Punyalah lama ibu tidak ke hospital ini, di bahagian klinik pakar luar. Setahun lalu, adalah kali terakhir ibu ke sini....
"kakak datang seorang ke?" tanya penjaga mesin angka giliran itu.
"Ye, seorang," jawab ibu.
Pegawai yang ada di kaunter yang mengawal mesin kertas angka giliran itu, ada 2 orang. Walaupun ibu sampai dahulu ke kaunter berkenaan, namun disebabkan ibu berseorangan dan perlu mengurus diri sendiri serta mengeluarkan kad serta surat temujanji yang baru, ibu hanya mendapat angka giliran setelah 3 orang mendapat nombor masing-masing.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada pegawai berkenaan, seorang lelaki dan seorang wanita, yang sentiasa melemparkan senyuman kepada pelanggan-pesakit, ibu mencari-cari ruang untuk ibu menyelit. (saya gunakan pesakit sebagai pelanggan walaupun ia berada di hospital awam).
Maklumlah situasi yang sesak begitu, ibu tidak mahu ibu menambah faktor kesesakan ruang menunggu tersebut. Syukur alhamdulillah kemudiannya ibu mendapat tempat. Jika ibu dduk di tempat itu, ia tidak mengganggu pesakit lain untuk berjalan.
Melihat persekitaran, ada pesakit ibu hamil, yang dirujukkan ke Gyne. Pesakit kanak-kanak adalah beberpa orang. Manakala yang lain-lain terdiri daripada warga emas dengan keluarga masing-masing. Alhamdulillah, anak-anak mereka anak-anak yang prihatin.
Setelah menunggu lebih kurang sejam, nombor ibu dipanggil. Oleh sebab kedudukan ibu agak terceruk, perjalanan untuk sampai ke kaunter yang memanggil nombor ibu agak lambat. Sewaktu ibu sampai ke kaunter berkenaan, nombor selepas ibu telah dipanggil.
Sekali lagi, ibu perlu menunggu....
Seterusnya, ibu diberi nombor giliran yang baru untuk bertemu pakar. Ibu terus ke klinik pakar. Orang telah ramai. Yang patah-patah, yang berkerusi roda, yang bertongkat, semua ada di klinik ini.
Semua pesakit dan keluarga sabar menanti giliran masing-masing. Ada sepasang suami isteri Tionghua, anak kecil mereka dalam sekitar 4 bulan mungkin, ditidurkan di katil bonser bayi. katil kecil bewarna pink itulah yang ibu tatapi bagi menghilangkan rasa bosan menunggu.
Alahai siannya bayi kecil itu. Kecil-kecil sudah kena ke hospital ...
Lebih kurang pukul 1.00 petang, nombor ibu dipanggil. Kali ini peneman ibu telah datang setelah mendapat parking kereta. Peneman ibu membantu ibu berjumpa doktor di klinik pakar tersebut.
SEHELAI KERTAS KUNING, SANGAT BERMAKNA BUAT IBU, NAMUN PAYAH MEMILIKNYA, BAGAI PENGEMIS MEMINTA WANG...
Setelah doktor memeriksa keadaan kesihatan ibu dan beberapa perkara lain diselesaikan, ibu memohon izin agar ibu diberikan MC selama sehari. Memandangkan hari ini telah seharian suntuk ibu berada di hospital. duduk...walaupun duduk...tapi dalam keadaan belum makan lagi kerana takut terlepas angka giliran, ibu ketepikan rasa lapar.
Padahal waktu itu, ibu sudah mula rasa pusing-pusing di kepala.
"Klinik pakar tak boleh beri MC sekarang ni. hanya boleh berikan time slip sahaja, puan," kata doktor.
Ibu sedikit kehairanan. Adakah ini prosedur baru? Ibu ingat, kira-kira 3 minggu lalu, ibu ada hadiri satu temujanji dengan pakar di sebuah hospital awam juga di tempat lain. Ketika itu ibu hanya ingin mengambil time slip sahaja, doktor yang merawat ibu menasihatkan ibu agar mengambil MC Sehari sahaja. Kata doktor ini disebabkan ibu nerada di hospital sehingga lewat tengah hari. Jika ibu ambil time slip, bermakna petangnya ibu kena ke tempat kerja kembali.
Lalu ibu akur dengan nasihat doktor. Tambahan pula, ibu bekerja secara office hours.
Lalu, Ibu menjelaskan jika ibu mendapat time slip, bermakna ibu perlu kembali ke tempat kerja. sedangkan masa untuk pulang ke tempat kerja sudah mengambil masa hampir sejam. sekurangnya, ibu keluar dari hospital ini mungkin saja selepas 1.45 p.m.
Akhirnya, ibu keluar dari klinik berkenaan tanpa ada MC.
Entah mengapa ketika mengambil ubat di kaunter farmasi, ibu merasakan ibu perlu mengambil MC juga.
Ketika itu, peneman ibu sudah berlalu pergi. dia sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan ibu.
Ibu kuatkan semangat ibu. Airmata bukan penyelesai maslah, meskipun airmata yang tumpah bisa mententeramkan jiwa, namun Allah menyuruh hambaNya berusaha mengubah nasib.
"Maaf, cik. Boleh akak tumpang tanya, di manakah boleh akak dapatkan MC di hospital ini?" tanya ibu kepada farmasi di kaunter.
"Maaf kak. Saya cuma pharmachist je. Untuk MC, eloklah akak pergi bertanya dengan kaunter sekian," terang farmasis berkenaan.
Lalu ibu kuatkan diri menuju ke kaunter klinik pakar tadi. Ada seorang Pembantu Kesihatan Awam wanita sedang duduk di situ. Namun sebaik akak sampai, rupanya dia hendak bangun dengan menjinjit sebungkus polisterin berisi makanan.
Ibu terlupa, bahawa sekarang waktu rehat. Ketika itu, pesakit masih ada lagi menunggu giliran dipanggil doktor di dalam.
Lalu ibu berundur seketika. Ibu toleh ke kaunter sebelah. masih ada jururawat lagi. Alhamdulillah, getus hati ibu.
Ibu menuju ke kaunter sebelah. walaupun ibu tahu kaunter sebelah ialah kaunter Gyne, ibu tak kisah. Sebab Bukankah kalau malu bertanya, sesat jalan?
"Maaf nurse, boleh saya tumpang tanya?" tanya ibu kepada Jururawat Masyarakat(ibu agak sebab listnya color purple) yang duduk paling kanan di hadapan ibu.
readmore...

Blog Akan Dihapuskan?
Blog Akan Dihapuskan?
Blog Akan Dihapuskan? Blog yang tidak menggunakan akaun google akan dihapuskan. jadi, apa yang perlu kita buat sekarang ini?
Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google.
Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti.
Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.
Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan. Maklumat lanjut sila klik http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html atau terus ke blog kak kujie kujie.com
Wah nampaknya, blog ibu yang menggunakan akaun selain gmail, kenalah dikemaskini....
Sunday, April 17, 2011
Bangku Kosong: Erti Persahabatan
Bangku Kosong: Erti Persahabatan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada malam ini, ketika terjah je salah satu blog followers myraudhatulukhuwah, http://ibusumaiyah.blogspot.com/2011/04/bangku-kosong-saya-seorang-blogger.html
saya tertarik dengan salah satu entry Bangku kosong: Erti persahabatan.
Saya memohon maaf jika ayat saya tidak berapa bagus. Namun saya terpanggil menyertai entry ini.
PENGERTIAN PERSAHABATAN
Sahabat, meskipun dalam perjalanan hidup kita, kita akan temui pelbagai jenis insan yang boleh dipanggil rakan, kenalan, kawan mahupun sahabat.
Kita manusia, makhluk Allah yang perlu bersosial dan bergaul dengan insan yang lain.
Di dalam menjalinkan hubungan silatulrahim dan persahabatan, selain sifat harga menghargai, kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda.
Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya, lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.
SAHABAT BAIK ITU ANUGERAH ILAHI
Dan bagi saya, sahabat itu, hadirnya adalah suatu anugerah Ilahi. Meskipun mungkin bilangannya dalam satu-satu masa cuma boleh dibilang dengan jari, namun ia tetap anugerah yang beharga.
Seorang sahabat itu, tidak segan silu akan menegur kekhilafan kita secara hikmah dan bukannya memalukan kita sebaliknya untuk memajukan kita. Saling bekerjasama dalam satu pasukan untuk kebaikan organisasi yang kita terlibat jika kita bekerja.
Di luar bidang kerja, sahabat tetap bersahabat. Menjaga kerahsiaan sahabatnya dan menjaga kebajikan sahabatnya.
Sahabat itu bisa bersama kita. Ketika saat tangisan kita tiada lagi iramanya, dia hadir agar tangisan itu benar-benar boleh meleraikan kekusutan kita. Ketika kita memerlukan bantuan, dia sedia berikan kerjasama, walaupun mungkin apda masa itu dia sibuk amat.
Maklumlah zaman kini, semua orang mengejar masa. Sebab, semua tugas perlu diselesaikan dengan cepat. Namun sahabat itu sanggup korbankan masa emasnya demi membantu sahabatnya, insan yang memerlukan bantuan.
PENGALAMAN PERSAHABATAN
Sebagai contoh, salah satu kisah saya yang masih segar di ingatan saya ialah salah seorang sahabat saya akan sedia membantu saya menolak kerusi roda di kawasan tempat kerja kami. Pada masa itu, saya masih baru di tempat kerja baru dalam suasana baru, dalam situasi untuk menyesuaikan diri sebagai OKU Fizikal.
Tambahan pula kawasan tempat kerja kami berbukit, Untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain, saya terpaksa meminta bantuan orang lain bagi mengendalikan kerusi roda saya daripada tergolek atau terbabas. Dan sahabat saya ini, tanpa saya luahkan kata-kata, dia sudah sedia membantu saya.
Kami bekerja dengan baik dalam satu pasukan ketika kami bekerja. Tanpa memandang keadaan fizikal saya sebagai suatu kelemahan, sebaliknya sebagai satu kekuatan.
Di luar kerja, kami saling berkongsi kehidupan sosial bersama, seperti menyertai kenduri kendara dan ziarah menziarahi.
Kesan kisah pengalaman myukhuwwah ini dengan kehidupan myukhuwwah sekarang.
Kini, sahabat baik myukhuwwah telah pun pergi. Pergi meningglakna myukhuwwah kerana beliau telah mengikut suaminya bertukar daerah, jauh dan jauh dari sisi myukhuwwah. Entry sebelum ini, http://www.myukhuwwah.com/2011/04/dia-pergi-jua-akhirnya.html adalah catatan tentang persahabatan kami.
Alhamdulillahirabbila'alamin, salah satu daripada kebaikan yang saya perolehi daripada kebaikan sahabat saya ini ialah saya dapat menyesuaikan diri sebagai pekerja. Saya kini lebih berdikari. Alhamdulillah saya dapat kekuatan daripada Allah. Saya bersyukur dikurniakan sahabat sebaik sahabat saya.

Saya nak tulis panjang-panjang kisah saya ini rasanya tidak dapat memandangkan masa untuk menulis entry ini hanya sehingga 12 a.m malam ini.
Bagi myukhuwwah, kehadiran rakan-rakan followers juga sangat beharga walaupun mungkin cuma bertemu di ruang maya ini. Sekian, wassalam.
Wednesday, April 13, 2011
Cendawan tahun, kulat istimewa...
Cendawan tahun, kulat istimewa...
update; Isnin, 18/4/2011, 12.10 a.m,saya mohon maaf belum berkesempatan membalas komen kawan2 followers.terima kasih banyak atas sokongan kawan2.
Alhamdulillah hari ini, tugas yang diamanahkan oleh majikan ibu sejak 2 minggu lalu telah ibu selesaikan dengan baik. Terima kasih atas kerpercayaan majikan ibu atas serahan amanh tugas tersebut. Pengalaman yang sangat beharga. InshaAllah.
Baiklah berbalik pada entry pada kali ini...
Bila pertama kali saya nampak akan kulat ini, ketika itu my father in law menjinjit seguni besar sejenis kulat.
Lalu, dengan rasa takjub, saya melihat dan membelek-belek akan kulat ini. Panjang-panjang...Lalu, saya bertanyakan akan nama kulat ini...
KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan ladang diminta tidak memakan cendawan yang tumbuh liar di kawasan mereka dengan sewenang-wenangnya terutamanya pada musim hujan ketika ini kerana dibimbangi terkena keracunan.
Menurut Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, terdapat banyak cendawan beracun yang tumbuh selepas hujan tetapi bentuknya sekan-akan cendawan yang boleh dimakan.
Ekoran persamaan itu, katanya, ia sering mengelirukan orang ramai yang gemar memakan cendawan liar dan mereka berisiko terkena keracunan akibat cendawan beracun yang dikutip.
update; Isnin, 18/4/2011, 12.10 a.m,saya mohon maaf belum berkesempatan membalas komen kawan2 followers.terima kasih banyak atas sokongan kawan2.
Alhamdulillah hari ini, tugas yang diamanahkan oleh majikan ibu sejak 2 minggu lalu telah ibu selesaikan dengan baik. Terima kasih atas kerpercayaan majikan ibu atas serahan amanh tugas tersebut. Pengalaman yang sangat beharga. InshaAllah.
Baiklah berbalik pada entry pada kali ini...
Bila pertama kali saya nampak akan kulat ini, ketika itu my father in law menjinjit seguni besar sejenis kulat.
Lalu, dengan rasa takjub, saya melihat dan membelek-belek akan kulat ini. Panjang-panjang...Lalu, saya bertanyakan akan nama kulat ini...
"Ini namanya Cendawan Tahun," ujar my FIL.
Lalu saya bertanya, "Kenapa namanya, cendawan tahun, ayah?"
Secara ringkas ayah memberitahu mungkin disebabkan cendawan ini hanya tumbuh setahun sekali. Pada kebiasaannya sekitar Mac dan April.
Kulat atau cendawan tahun ini, buat pertama kalinya saya ketahui apabila saya menjadi sebahagian keluarga suami. Dulu, masa mula-mula kahwin, nampak ada orang jual kulat ni di tepi jalan utama Kuantan-Muadzam Shah-Pekan, saya tidak berapa nak kisah.
Tetapi bila dah rasa sendiri keenakan cendawan ini, barulah saya tahu, mengapa ramai kawan-kawan sekerja suka dengan cendawan tahun ni.
Hmm...kalau nak beli mahal juga rasanya. Maklumlah selalunya my FIL ambil je kat dalam ladang.
Tapi,apa-sapa yang ada sakit urat, myukhuwwah tak berapa nak galakan makan cendawan ni, bukan apa takut makin sakit.
Yang menariknya, cendawan ni, setahu myukhuwwah belumlah lagi dikomersialkan macam cendawan tiram. Rasanya, kenyal, manis dan aroma yang seda, sesetengah penggemarnya, ops kebanyakan rodhong-rodhong myukhuwwah kata, rasanya seperti daging ayam tapi lembut, bagi sape sape yang giginya sedang sakit dan teringin nak makan ayam, lagi suka.
Kata-kata rodhong-rodhong myukhuwwah menyebabkan salah seorang sahabat myukhuwwah yang sedang hamil dan tak pernah jumpa dan tak pernah makan lagi cendawan ni, terus terasa ingin nak makan cendawan ni. My MIL cerita kat saya, bila ade guruh yang kuat , keesokan harinya biasanya banyaklah cendawan tahun ni tumbuh.
Bila saya tengok sendiri situasi itu, ia memang benar. bak kata pepatah Melayu, "Bak Cendawan Tumbuh Selepas Hujan".
Gambar cendawan tahun dalam ladang ni,koi ambil di blog rodhong koi, klik sini.
JUMAT Moi menunjukkan kulat tahun yang dijualnya di tepi Jalan Gambang-Kuantan, Pahang. sumber; Utusan Malaysia, 2010
Biasanya, cendawan tahun ni sedap dibuat sup. Kalau goreng dengan sedikit minyak pun, lagi sedapppp. Nyum nyum. alamak, takde gambar cendawan tahun yang dah siap dimasak. sorry ya kengkawan.
Jangan sembarangan makan (artikel daripada Kosmo)
Cendawan Liar Yang Boleh dimakan dan cendawan Liar Yang Beracun:
(Kiri:cendawan liar yang boleh dimakan )schizophyllum Commune atau cendawan sisir, termitomyces atau cendawan busut,(Kanan:cendawan liar yang beracun ) macrolepiota dan lepiota
Menurut Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, terdapat banyak cendawan beracun yang tumbuh selepas hujan tetapi bentuknya sekan-akan cendawan yang boleh dimakan.
Ekoran persamaan itu, katanya, ia sering mengelirukan orang ramai yang gemar memakan cendawan liar dan mereka berisiko terkena keracunan akibat cendawan beracun yang dikutip.
Saturday, April 09, 2011
Kenapa Perlu Balik Awal?
Kenapa Perlu Balik Awal?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ketika malam semakin larut,
ketika diri tak larat,
tetapi masih nak berblogging,:)
ops nasib baik bukan joging malam hari kan?
terasa sayang pula blog tak dikemaskini...
dan tetiba terasa nak publish artikel ini...
Artikel Kenapa Perlu Balik Awal?
Jom kita baca catatan seseorang...
FAMILY =

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?

(F)ATHER
(A)ND
(M)OTHER
(I)
(L)OVE
(Y)OU " HARGAILAH KELUARGA KITA "
Wednesday, April 06, 2011
Sunday, April 03, 2011
Dia Pergi Jua Akhirnya
Dia Pergi Jua Akhirnya
Fitrah makhluk, tiada suatu apa pun yang kan kekal.
Pertemuan, maka adalah kemudiannya perpisahan.
Kehidupan, datang ebrsama dengannya perjuangan.
Perjuangan untuk survive....
Esok, bermula hari baru tanpa si dia
Si dia yang cuba menyelami sisi seorang OKU Fizikal
Si dia yang tidak mahu melihat warna gelap melatari sang teman
Dalam hidup ini, persahabatan, persaudaraan dan ukhuwah itu,
adalah nikmat yang sangat mahal harganya...
Ukhuwah merupakan nikmat suci
diiringi dengan keimanan.
betapa dia bersabar
berjauhan dengan anak-anak dan suami
sendiri
di sini
bersama bayi kecilnya
demi sebuah tanggungjawab
yang perlu dituntasi...
Kini,
penantian kepada doanya telah terjawab
bersatu kembali bersama keluarga tercinta
dan akhirnya
Dia pergi jua akhirnya...
Sumber gambar, klik sini.
Update 5/4/2011, 3.26 p.m: Mohon maaf kerana teman-teman followers agak keliru dengan posting saya ini. Entry ini saya nukilkan berikutan seorang sahabat baik saya telah dapat berpindah. Sebelum ini, sahabat saya ini menjalani PJJ iaitu Perkahwinan Jarak Jauh selama beberapa tahun. Alhamdulillah kini, beliau telah dapat mengikut suami dan anak-anaknya.
Ketika menulis puisi yang agak berterabur ini, kami baru sahaja menjayakan satu program bersama. Dan kemudian air mata kami sama-sama tumpah. Terima ksih buat teman-teman followers kerana sudi meninggalkan komen pada entry ini. Sekian, wassalam.
Dia Pergi Jua Akhirnya
Pertemuan, maka adalah kemudiannya perpisahan.
Kehidupan, datang ebrsama dengannya perjuangan.
Perjuangan untuk survive....
Esok, bermula hari baru tanpa si dia
Si dia yang cuba menyelami sisi seorang OKU Fizikal
Si dia yang tidak mahu melihat warna gelap melatari sang teman
Dalam hidup ini, persahabatan, persaudaraan dan ukhuwah itu,
adalah nikmat yang sangat mahal harganya...
Ukhuwah merupakan nikmat suci
diiringi dengan keimanan.
betapa dia bersabar
berjauhan dengan anak-anak dan suami
sendiri
di sini
bersama bayi kecilnya
demi sebuah tanggungjawab
yang perlu dituntasi...
Kini,
penantian kepada doanya telah terjawab
bersatu kembali bersama keluarga tercinta
dan akhirnya
Dia pergi jua akhirnya...
MUET oh MUET
MUET oh MUET
Alahai MUET . Esok dah mula MUET.
Good Luck ya buat yang ambil MUET esok ni.
Bittaufik wan najah.
Alahai MUET . Esok dah mula MUET.
Good Luck ya buat yang ambil MUET esok ni.
Bittaufik wan najah.
Kod IKIM.fm
Kod IKIM.fm
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Oleh kerana saya dapat banyak email bertanyakan apakah kod Radio IKIM.fm, maka saya rasa baik saya buat satu entry berkenaan soalan ini.
Saudara saudari boleh klik link ini, http://www.jalinanukhuwah.com/ikim.fm/, untuk mendapatkan kod tersebut.
IKIM.fm, sedekad menghibur jiwa
sekian terima kasih.

Friday, April 01, 2011
Sakit Itu sebab kita ada dosa, ke mama?
Sakit Itu sebab kita ada dosa, ke mama?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan ibu?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar kawan-kawan ibu?
Hari ini, ibu ingin mencatatkan suatu pertanyaan anak ibu.
Sewaktu ibu sedang sibuk mengemas barang-barang di rumah, datang anak ibu menghampiri.
"Sakit tu sebab kita ada dosa banyak ke mama?" tanya si abang.
Terkesima seketika ibu.Ketika tercari-cari jawapan untuk budak seusia 7 tahun itu, otak ibu ligat memikirkan jawapan yang sesuai.
"Jadi, maknanya, Allah marah kat kawan abang ke?" tanya anak ibu lagi.
Terkesima seketika ibu.Ketika tercari-cari jawapan untuk budak seusia 7 tahun itu, otak ibu ligat memikirkan jawapan yang sesuai.
"Jadi, maknanya, Allah marah kat kawan abang ke?" tanya anak ibu lagi.
Ibu yang sedang sibuk mengemas, menoleh kepadanya. Barang-barang di tangan, ibu letak ke tepi.
Ibu tidak segera menjawab, tetapi menyoalnya kembali. Walaupun ibu tahu cara itu mungkin tidak betul dalam kaedah psikologi awal kanak-kanak.
"Siapa yang kata begitu?"
"Mama, jawablah dulu soalan abang ni?"
Ibu termenung seketika. Soalan anak ibu ini nampak mudah. Nampak enteng.
Tapi soalan anak ibu ini, ibu bimbang jika ibu tersalah terang, anak ibu tersilap menerima kefahaman, impaknya besar. Ibu khuatir jika ibu tersalah memberi keterangan, anak ibu akan memegang pula konsep itu hingga dewasa.
Selain itu, pertanyaan anak ibu itu juga adalah klausa yang sering dilontarkan kepada ibu sewaktu ibu terlantar di wad. Jadi, saat ibu hendak menjawab soalan yang nampaknya mudah itu, ibu perlu berhati-hati, agar si kecil ibu tidak tersalah tanggapan.

Ibu ambil tangan anak ibu. Ibu meminta anak ibu duduk di sebelah ibu.
"Ya Allah berikan daku kekuatan untuk kujawab soalan ini, ya Allah," doa ibu dalam hati.
"Kan, abang belum baligh lagi.Mama kata, orang yang belum baligh belum ada dosa. Habis tu kenapa kami sakit juga dengan sebab dosa kami?" soal abang lagi.
"Baiklah, sebelum mama menjawab soalan abang, mama ingin tahu, siapa yang beritahu pada abang, sakit tu sebab kita ada dosa?" tanya ibu lagi, dengan nada memujuk.
Anak ibu kemudian mengalah, menjawab dengan mendatar," Cikgu K".
"Kenapa cikgu beritahu begitu?"
"Sebab kawan abang, Yana sakit. Kan dia sibuk menolong ibu bapanya membersihkan rumah. Kan baru-baru ni tempat kita ni banjir. Rumah dia pun kena banjir".
PAHALA ANAK YANG BELUM BALIGH
PAHALA ANAK YANG BELUM BALIGH
Lalu ibu teringat akan sebuah hadis sebuah hadis riwayat Muslim :
"Daripada ibn Abbas, bahwa ada seorang wanita mengangkat anaknya kepad aNabi pada haji Wida' lalu berkata : "Wahai Rasulalluah, adakah anak ini akan mendapat pahala haji?" Rasululluah S.A.W menjawab : "Ya, dan kamu juga memperoleh pahala".
Daripada hadis ini, kita dapat fahami bahawa anak yang dimaksudkan oleh ibu di dalam Hadis di atas adalah anak kecil.Ini kerana, anak yang sudah baligh biasanya tidak mampu diangkat oleh ibunya.
Jadi, berdalilkan hadis ini, sekiranya anak itu melakukan amal ibadah sepert i puasa, solat dan lain-lain lagi padahal anak itu belum baligh (Baligh adalah syarat wajib untuk melakukan amalan. Baligh itu dikira sebagai mukallaf - orang yang dipertanggungjawabkan dengan dosa pahala) maka anak itu tetap dapat pahala. Tetapi jika dia melakukan dosa, maka tidaklah anak itu berdosa.
Ini berdasarkan hadis riwayat at-Tirmidzi :
" Diangkat kalam (tidak dicatat apa2) dari tiga golongan: orang tidur hingga dia jaga, kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia berakal."
Kebetulan pula ibu teringat akan persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang klien ibu tentang bagaimana dengan ibu bapanya?
Berdasarkan hadis pertama di atas riwayat Muslim, maka ibu bapanya juga mendapat pahala sebab bersama-sama menunjuk kepada anaknya cara2cara melakukan haji.
Jadi, jika ibu bapanya mengajarkan anaknya solat, berpuasa, mengambil wudhuk dan lain-lain amal kebaikan yang lain dan anaknya melakukan ibadah tersebut, maka inshaAllah ibu bapanya juga akan mendapat pahala.
Hadis riwayat Muslim :
"Sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, maka baginya pahala dan pahala orang yang melakukannya"..
SAKIT ITU SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH
Lalu ibu cuba menerangkan serba sedikit tentang persoalan anak ibu semampu ibu.
"Kawan abang belum baligh, namun Allah beri sakit. Itu maknanya, Allah sayangkan kawan abang," tutur ibu.
"Maknanya, Allah tak marah kawan abang? Kalau abang sakit pun, maknanya Allah tak marah kat abang?" bertalu-talu soalan abang lagi.
"Tak, abang. Malah Allah berikan sakit tu sebab Allah sayang. Dan sebenarnya, sakit tu pun memang salah satu cara Allah nak hapuskan dosa kita. Kalau abang belum baligh, sakit tu pun sebagai hadiah daripada Allah. Allah nak abang dan kawan abang ingat Allah selalu. Kan biasanya, orang bila sakit atau dalam kesusahan, dia akan ingat Tuhan. Bila dia ingatkan Tuhan, biasanya orang tu akan selalu berzikir kepada Allah, memuji Allah dan berdoa kepada Allah. Dengan cara tu, moga-moga ada pahala yang anakanda perolehi,"kata ibu lagi.
"Jadi, walaupun abang dan kawan abang belum baligh, tapi kenalah jaga kelakuan supaya jangan buat kelakuan yang tak baik. Kalau abang dan kawan abang sabar dengan ujian Allah, ujian sakit dan demam tu, inshaAllah nanti abang pun dapat pahala," terang ibu lagi.
Ibu lihat anak ibu mengerut-ngerutkan muka. Mungkin masih ada yang dia tidak berpuas hati.
"Sakit pun, kita dapat pahala ya mama?" tanya si abang lagi.
"InshaAllah, kita akan dapat pahala kalau kita redha dengan apa yang Allah beri," terang ibu lagi.
"Redha tu bagaimana mama?" tanya abang lagi.
"Redha tu, abang tak marah-marah, tak nagis-nangis dan mengamuk-ngamuk apabila abang sakit atau demam. Abang sabar, baru Allah sayang," kata ibu memujuk abang, juga sebenarnya memujuk diri ibu sendiri yang sering jua terbabas dari landasan kesabaran.
Iya, berkata sabar itu mudah. Namun bila sesuatu perkara itu menimpa diri dan menghenyak diri, barulah diri ini tahu betapa sukarnya untuk sabar. Termasuklah ketika pengalaman ibu dilontarkan dengan kata-kata,"sebab dosa awaklah maka awak OKU,".
Kata-kata yang dilontarkan oleh salah seorang keluarga pesakit di wad itu membuatkan pesakit di sebelah saya, yang seorang OKU fizikal dan Penglihatan, menjadi murung seharian. pesakit di sebelah saya terdengar kata-kata pengunjung tersebut terus mengalirkan air mata.
Puas juga myukhuwwah memujuknya, untuk tidak mengambil hati kata-kata pelawat pesakit di sebelah kami. Secara tak rasmi, myukhuwwah menjadi kaunselor untuk pesakit di wad tersebut. walaupun perlu berkerusi roda, bagi myukhuwwah, saya bersyukur dapat menggembirakan hati hamba Allah lain.
Pesakit yang telah myukhuwwah konsult tersebut, juga seorang ustazah dan banyak hafaz Quran. Sepanjang di wad tersebut, ustazah tersebut membaca hafazan Quran sambil dibetulkan bacaan tajwid dan taranum oleh ibunya, yang juga seorang guru Al Quran.
Berbalik kepada anak ibu, Ketika itu, ibu melihat abang ada kepuasan di wajahnya.Alhamdulillah.
InshaALLAH ada ruang waktu dan rezki daripada Allah, akan myukhuwwah cuba kongsikan lagi pengalaman ibu di sini.