Pages

Friday, June 24, 2011

Perlukah Sebab Dalam cinta?

 Perlukah Sebab Dalam Cinta?



Pernahkah kita ditanya, sebab apa kita menyintai dan menyayangi seseorang?

Misalnya, sebab apa saya sayang dengan Cikgu Rohaida, sebagai contoh?

Oh saya sayang Cikgu Rohaida, cikgu saya sekolah menengah dulu, sebab beliaulah satu-satunya cikgu yang memarahi saya sewaktu saya tidak menyiapkan tugasan Prinsip Akaun yang diberikan beliau. Sebab kalau cikgu lain, takde yang nak marah atau tegur saya, semua asyik puji saya sehingga saya rasa lemas dalam pujian itu.

Ops itu bukan bermakna saya tak sayang cikgu cikgu saya yang lain. Cuma cikgu rohaida adalah satu-satunya cikgu yang memarahi saya, yang mana waktu tu saya rindukan ada orang nak marah saya. Hi hi. Kawan-kawan saya pun perasan saya kena marah buat kali pertama saya belajar di sekolah menengah selama 4 tahun tu.

Oklah balik pada bab cinta ini..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.

Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.

Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami.

Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi.
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah!
Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu.
Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

18 comments:

  1. salam kak ummu..
    kass pernah baca cerita ni..
    mmg tak perlukan sebab..ikhlas kerana allah swt..itu dah mencukupi..kecantikan hanya pinjaman shj..

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    ME LEBIH SUKA MENGGUNAKAN PERKATAAN "SAYANG" DRPD "CINTA" !

    ReplyDelete
  3. assalam ummu..tersentuh membacanya..terima kasih sudi berkongsi disini..

    ReplyDelete
  4. Sebab itu dalam Thauqul Hamamah, Imam Ibnu Hazm al-andalusi sebut. cinta ni tak memerlukan sebab. Nanti cinta akan pergi dengan perginya sebab

    ReplyDelete
  5. bg sy semua dlm dunia bersebab. itu cuma satu kisah yg dah lama kita baca. sbb itulah kita x boleh cintakan seseorang kerana fizikal. kita kena cintakan seseorang kerana dalaman.

    sbg cth, sy cintakan awk sbb awk baik.sy cintakan awk sbb awk pmalu.sy cintakan awk sbb perwatakan awk.sy cintakan awk krn keikhlasan dan kejujuran awk.

    ReplyDelete
  6. Betapa ungkapan cinta teramat agung dan hanya perasaan sendiri yg mengerti mengapa cinta itu ujud dalam diri. Org lain tidak boleh bertanya mengapa dan di mana cinta itu.

    ReplyDelete
  7. Sallam Ummu,

    Cinta lahir tanpa sebab,
    Indahnya cinta tidak dapat dilukis dengan gambaran,Cinta adalah rasa, yang lahir dari hati yang suci.

    ReplyDelete
  8. salam kak ummu..
    rindu pd tulisan kak..
    petikan di atas buat vic rasa terharu...
    hmm..

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam kass
    semoga kisah ini menjadi pengajaran kat kita kan kass
    sebab cinta itu konsepnya luas

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam tuan
    ia tetap memebri makna yang sangat indah kepada yang mendengarnya,kan tuan

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam kak erna
    terima aksih kak erna
    sudi singgah ke blog ummu ya
    semoga akak sihat2 selalu

    ReplyDelete
  12. jazakallah khu kairan katsira dzui haniin atas perkongsian maklumat saudara

    ReplyDelete
  13. saudara Burn
    begitulah indahnya dunia ini.
    sebab dan akibat sering bertaut.
    bukan saja dalam hal kasih sayang
    bahkan jua dalam hidup seharian.

    ReplyDelete
  14. Begitulah indahnya fitrah insan kan, kak
    cinta yang indah dan murni
    menjadikan kehidupan insan aman harmoni

    ReplyDelete
  15. salam kak lipslady
    cinta suatu yang misteri kan kak
    meskipun insan yang dicinti semakin dimamah usia
    namun cinta murni tak pernah mati

    ReplyDelete
  16. Vic
    akak pun rindu pada catatan Vic
    akak doakan Vic sihat2 saja bersama baby dan suami.
    akak pundah jarang dapat update dan blogwalking....
    maaf ya Vic

    ReplyDelete
  17. Cinta itu terlalu dalam di dasar hati.. andai ia hilang, lukanya amat perit.. sayang itu menyeluruh pada hati... kekal selagi tiada perasaan benci yang datang menjengah... wallahualam

    ReplyDelete
  18. terharunye...cinta sesuatu yang terlalu suci

    ReplyDelete