Pages

Wednesday, June 22, 2011

Terima Kasih Buat Bapa-bapa

Terima Kasih Buat Bapa-bapa Dalam Hidup Saya

Bapa Mertua, bapa kandung...

Mereka insan yang tidak dinafikan sangat banyak menabur jasa dan budi kepada saya dan suami. 

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala (artinya):

"Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa".

(An Nisa’ : 36).

Allahyarham datuk...

Allahyarham pakcik....

dan Bapa angkat yang sangat behemah, berhikmah dalam tutur katanya, akhlak dan perilakunya.

Bapa yang kadang ku panggil Sir, Cikgu atau  kupanggil BAPAK, telah pulang ke rahmatullah tahun lalu di Jeddah.

Kenapa ku katakan insan yang kupanggil bapak ini seorang yang berhikmah?

Apabila diri ini membuat salah, dia akan menegur saya.

Lemah lembut tutur bicaranya. Menerangkan kekhilafan saya dengan santun dan tidak menjatuhkan maruah saya. Setiap bicaranya mesti ada selingan Hadith Nabi SAW atau tidak pun Firman Allah.

Biar berhikmah, tetapi tegas. Apa yang dikata, itulah dirinya. 

Bapak juga tidak pernah kedekut. Bapak tidak pernah berkira dengan anak-anak muridnya yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.

Sebagai contoh, saya waktu usia 13 tahun, ketika itu datang bertandang ke rumahnya. Saya masa itu rasa lapar sangat. Mak (isteri bapak) dah pesan kalau lapar, ambil je makanan di dapur. Mak masa itu di sekolah lagi.

Saya pun ke rumah bapak. Setelah memberi salam, bapak yang membuka pintu. Bapak terus menyuruh saya masuk ke dapur ambil apa yang saya hendak makan.

Saya dan 2 orang kawan, A.S dan D.N.F.A.F masuk ke dapur. Saya ambil roti dan sapukan keju dan bakar roti. Alhamdulillah...Kawan-kawan saya yang berdua itu pun ikut mengambil lauk mana yang ada.

Jika hari raya, saya tidak dapat pulang ke kampung halaman, terutama cuti Hari Raya Aidil Adha yang cuma 2 hari. Mak dan bapak akan memujuk saya pabila saya bersedih. Bapak akan bawa saya sekali dengan anak-anak bapak pulang beraya di kampung bapak di Kedah.

Saya dapat merasakan kasih sayang seorang bapa daipada guru saya yang saya panggil bapak itu. Kasih sayang.

Ketika saya meraih kejayaan cemerlang dalam PMR dan SPM, saya tahu, saya sedar dan saya insaf, salah seorang individu yang paling berjasa dalam hidup saya ialah Bapak...

Dan hari ini, 22 Jun 2011, selepas setahun 2 hari pemergian allahyarham, saya kuatkan semangat agar jemari ini dapat menari di blog ini dengan menaip aksara dedikasi buat allahyarham.

Alfatihah untuk Sir Yahya.

Dan ketika pelajar-pelajar saya bertanya, walau di mana saya berada, samada ketika saya mengajar di pedalaman Perak, Pahang, atau di tengah bandar raya di negeri saya, akan ada soalan yang lebih kurang begini:

"Mengapa cikgu melayan kami dengan baik?"

Dan jawapannya, sukar untuk saya luahkan.

Melainkan di minda ini, teringat akan layanan baik para guru saya yang telah pergi dahulu, khususnya insan yang dipanggil Bapak oleh anak-anaknya, Sir oleh para pelajarnya,  yang bakal saya susuli jua  nanti suatu masa  perjanjian dengan Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan semesta alam....

Catatan Hilal Asyraf, setahun yang lalu sila klik http://ms.langitilahi.com/dedikasi-sir-yahya-yang-telah-pergi/

6 comments:

  1. Assalamualaikum Ummu,

    Semoga sihat hendaknya.

    Kasih ayah jalan.

    ReplyDelete
  2. Peja tak pernah ucap Selamat Hari Bapa kt ayah Peja... pernah ucap satu ketika dulu, tapi kene marah... tu r sampai skrg xucap....
    ala, menyambut hari bapa xsemestinye pada ucapan... asalkan kita menghargai mereka dgn cara perbuatan pun dah cukup :D

    Artikel terbaru:
    Apa Itu Ebook dan Lesen PLR?

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam kak hanim
    terima kasih kak
    atas doa akak
    semoga Allah merahmati akak jua

    ReplyDelete
  4. Peja, menghargai dengan perbuatan dan doa itu adalah lebih baik,kan Peja.

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    rindu pada arwah..

    ReplyDelete