Awas, Air Zam Zam Palsu di Pasaran
SHAH ALAM - Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan dilabelkan sebagai air zamzam.
Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu, sebenarnya tidak tulen.
Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara Islam.
Sinar Harian mengupas isu ini sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak terkeliru dan menjadi mangsa apabila air yang dijual tidak asli. Dapatkan naskhah Sinar Harian untuk liputan mendalam, hari ini.
Baru sebentar tadi makcik buang air zamzam yang dibawa dari Makkah baru-baru ni .. mungkin di sana lagi air tu dah dicampur.. rasanya bukan rasa air zamzam (berbau pula)dan kelodaknya terlalu banyak.. memang sah bukan air zamzam tulen.. bagaimana ya nak dapatkan yang tulen.. jika daripada sanapun dah ada penipuan...
ReplyDeleteSemoga terbuka hati-hati orang-orang yang menjalankan aktiviti tidak baik ini kan...
Assalamualaikum Ummu
ReplyDeletesanggup mereka tipu yer...
Makcik werdah,adik saya pun baru bawa balik air zam zam yang dia beli dari sana terus.rasanya lain sangat,dan batuk lepas minum air tu.air tersebut pun ada yang sanggup menipu kan makcik
ReplyDeletewaalaikumussalam Atuk
ReplyDeleteuntuk duit
mereka sanggup lakukan apa saja kan atuk