SHAH ALAM - Nur Suhaila Tukijan, 15, yang memerlukan RM60,000 untuk pembedahan rahim, menerima sumbangan RM5,000 daripada Kerajaan Melaka.
Ibu Nur Suhaila, Hanita Mohd Tahir bersyukur menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri, melalui Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
“Saya berkesempatan menemui beliau dan menunjukkan keratan akhbar mengenai anak saya.
“Terima kasih semua rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan untuk pembedahan ini,” katanya, semalam.
Setakat ini, RM28,778 sudah dikumpulkan untuk pembedahan yang perlu dilakukan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai. Lebih RM30,000 lagi diperlukan untuk menampung kos pembedahan itu. Hanita dan Suhaila dijadual berangkat ke Dubai, 19 Mac ini.
Assalamu'alaiikum Ummu...
ReplyDeleteBoleh kakak tertinggal kes ini dan tak tahu pun Ummu. Kakak tak terbaca lagi kisah Nur Suhaila ini...