Kerajaan Pahang naikkan bantuan bulanan OKU kepada RM300
Terima kasih kepada Kerajaan Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob
13/03/2012 3:59pm
TEMERLOH 13 Mac – Kerajaan Pahang bersetuju menaikkan bantuan bulanan kepada 4,000 orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar di negeri ini daripada RM70 kepada RM300 bermula 1 Januari lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan itu bagi meringankan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung golongan tersebut berikutan kadar perbelanjaan semasa yang semakin meningkat.
"Bantuan bulanan sebanyak RM70 sebelum ini dilihat tidak mencukupi dengan keadaan harga barangan keperluan yang semakin meningkat dan kita harap pertambahan ini dapat mengurangkan bebanan dan tanggungan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sambutan OKU Peringkat Negeri Pahang yang dihadiri lebih 2,000 OKU di Dewan Tun Abdul Razak Temerloh, di sini hari ini.
Katanya, OKU terbabit dijangka menerima bantuan tersebut bermula April atau Mei ini bersama dengan jumlah tunggakan sejak Januari. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment