Budak lima hari bersama mayat ibu
Gambar Rumah di mana anak kecil berusia 2 tahun ditemui hidup tetapi kekuarangan banyak air, setelah ibunya meninggal dunia 5 hari.
SYDNEY: Seorang kanak-kanak perempuan Australia berusia dua tahun menghabiskan masa lima hari bersendirian bersama mayat ibunya dengan hanya makan coklat telur Hari Easter, kata pegawai semalam. Kanak-kanak yang mengalami kehilangan air badan serius itu, ditemui pada Jumaat selepas jiran mendapat tahu dan membawa kepada penemuan mayat wanita berusia 30-an di sebuah rumah di Wagga Wagga, kira-kira 400 kilometer barat daya Sydney.
“Kanak-kanak itu kelihatan lesu dan pucat. Beliau tidak bercakap dan tidak menunjukkan sebarang emosi,” kata Inspektor Ambulans Wilayah, Eamonn Purcell merujuk kanak-kanak itu
Pihak berkuasa mengaku banyak perkara yang tidak diketahui dalam kes itu termasuk bagaimana ibu kanak-kanak itu mati. Walaupun kehilangan air banyak, tahap gula kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.
“Kejadian berlaku tidak lama selepas sambutan Hari Easter, jadi kanak-kanak ini mungkin makan coklat telur yang masih disimpan,” kata Purcell memberitahu wartawan. – AFP
No comments:
Post a Comment