Manfaatkan PDK Latih kemahiran anak OKU
Di seluruh negara, terdapat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.
PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)
PENGENALAN
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya dibei peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).
Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di FELDA
Terdapat 62 buah pusat PDK di tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara termasuk Sabah yang terlibat dalam Program Semai Bakti PDK.
Pahang adalah negeri terbanyak mempunyai pusat PDK di tanah-tanah rancangan. Dari segi pentadbiran dan struktur, prasarana pusat PDK di tanah rancangan disediakan oleh pihak FELDA.
Manakala kewangan atau geran tahunan disalurkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dari segi struktur organisasi, PDK mempunyai Pengerusi dan barisan jawatankuasa manakala urus tadbir pula diketuai oleh seorang penyelia dan beberapa orang petugas serta pembantu bergantung jumlah pelatih OKU..
Latih kemahiran anak OKU
KUANTAN – Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mempunyai potensi yang luas untuk maju jika mereka dididik dengan baik serta dapat menguruskan diri sendiri
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Shamsiah Hussin berkata, ibu bapa atau penjaga disaran menghantar anak masing-masing ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) untuk melatih mereka supaya mahir dalam sesuatu bidang.
Menurutnya, kanak-kanak OKU ini tidak susah dijaga jika betul cara didikan dan komunikasi, bagaimanapun, mereka akan menjadi sukar dan agresif apabila orang sekeliling tidak tahu apa yang mereka inginkan.
“Mungkin cara layanan untuk mereka berbeza berbanding insan normal, tetapi jika kita selami hati dan bijak ikut rentak mereka, ia tidaklah sesukar mana, malah mampu jadi lebih baik daripada kanak-kanak normal lain,” katanya.
Selain itu, beliau berharap kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat agar tidak ‘simpan’ anak-anak ini di rumah kerana ‘keistimewaan’ mereka itu.
Shamsiah berkata, di PDK, mereka akan diajar cara untuk berkomunikasi dan menguruskan diri sendiri.
“Hantarlah kanak-kanak ini belajar di PDK, sehari hanya beberapa jam sahaja dan manfaatlah masa tersebut sebaik mungkin untuk kanak-kanak ini belajar.
“Walaupun tidak seperti orang lain, sekurang-kurangnya mereka boleh menguruskan diri sendiri dan boleh diawasi oleh kita semua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Perjumpaan Pengerusi PDK Pahang dan Taklimat Pengurusan PDK serta Penyampaian Geran Kepada Enam PDK di negeri ini.
Menurutnya, beliau berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap golongan ini, sebaliknya tampil membantu agar boleh berkomunikasi dalam satu rumpun masyarakat.
“Mereka berhak untuk hidup sempurna sebagaimana insan normal lain, malah mereka boleh membantu kita dalam sesetengah perkara kerana mereka mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.
Sumber; Sinar Harian
Berikut adalah modul-modul asas yang digunakan di PDK:
(1) Pembelajaran Motor Kasar
(2) Pembelajaran Motor Halus
(3) Kemahiran Urus Diri
(4) Perkembangan Bahasa
(5) Perhubungan Sosial
(6) Kemahiran Pra Bacaan dan Pra Tulisan
(7) Kognitif
(8) Komuniti dan Budaya
(9) Muzik
(10) Seni dan Kraftangan
(11) Pendidikan Moral
(12) Rekreasi dan Riadah
(13) Vokasional & Kemahiran (Kraftangan, Pertanian)
(1) Pembelajaran Motor Kasar
(2) Pembelajaran Motor Halus
(3) Kemahiran Urus Diri
(4) Perkembangan Bahasa
(5) Perhubungan Sosial
(6) Kemahiran Pra Bacaan dan Pra Tulisan
(7) Kognitif
(8) Komuniti dan Budaya
(9) Muzik
(10) Seni dan Kraftangan
(11) Pendidikan Moral
(12) Rekreasi dan Riadah
(13) Vokasional & Kemahiran (Kraftangan, Pertanian)
No comments:
Post a Comment