Pages

Wednesday, July 25, 2012

Gambar Wajah 'The Joker' seperti zombie

'The Joker' seperti zombie

Apa Itu Skizofrenia

Penyakit Skizofrenia atau Schizophrenia ertinya keperibadian seseorang itu berpecah belah, dan mendapat gangguan perasaan. 

Dalam erti kata yang lain apa yang dilakukan tidak sama dengan apa yang bermain difikiran dan perasaanya. Secara lanjutnya penyakit  skizofrenia ini adalah orang yang mengalami gangguan emosi, dan memberi kesan kepada fikiran dan peribadi seseorang. 

Oh iya. Skizofrenia ini bukan histeria ya. Info lanjut berkaitan penyakit ini, sila klik readmore pada entry ini.


Kombinasi foto menunjukkan beberapa reaksi wajah Holmes di mahkamah Arapahoe.

Centennial: Lelaki menggelar dirinya The Joker selepas membunuh 12 orang di sebuah pawagam di Aurora, Denver, mungkin ada penyakit mental selepas muncul di sesi mahkamah dengan penampilan tidak bermaya, tiada emosi selain mendapat tumpuan kerana rambutnya yang berwarna merah.

Pakar jenayah Universiti Virginia, Dr Joan Neff, berkata tingkah laku James Holmes di mahkamah konsisten dengan seseorang yang menderita penyakit mental seperti skizofrenia.  

Kita tahu masalah mental cenderung bermula awal 20-an. Jika begitu, dia mungkin ada masalah itu. Sebab itu, Holmes seperti tidak tahu apa yang berlaku di sekitarnya, kata Neff.

Holmes, 24, yang ditahan di luar pawagam selepas pembunuhan itu, juga terhuyung hayang ketika sesi keterangan singkat, merenung kosong dan kerap menutup mata seolah-olah menahan mengantuk. Kaki dan tangannya juga digari.

Kira-kira 40 anggota keluarga mangsa duduk di bahagian kiri mahkamah. Seorang lelaki yang duduk di baris hadapan galeri merenung Holmes sepanjang prosiding. Apabila Hakim Daerah Arapahoe, William Sylvester menyoal Holmes, wajah The Joker tiada ekspresi dan peguam menjawab bagi pihaknya.

Pakai baju perisai

Polis berkata, dia kelihatan seperti individu lain berbanding Jumaat lalu, apabila memakai baju perisai dan topeng muka sambil memegang tiga senapang, melepaskan tembakan ke arah penonton tayangan sesak tengah malam Batman: The Dark Knight Rises di kompleks pawagam Aurora.

Yang maut termasuk veteran perang, penyampai sukan bercita-cita tinggi yang nyaris ditembak di sebuah pusat beli-belah di Toronto awal musim panas ini dan kanak-kanak perempuan enam tahun.

Teman wanita seorang mangsa, Alex Teves, 24, berkata kekasihnya kena tembakan ketika melindunginya daripada serangan Holmes dalam keadaan pawagam gelap.

Dia lindungi saya. Kekasih saya tidak teragak-agak. Saya keliru tetapi dia tidak teragak-agak, kata Amanda Lindgren, 24, sambil menangis.

Reuter

Penyakit Skizofrenia atau Schizophrenia ertinya keperibadian seseorang itu berpecah belah, dan mendapat gangguan perasaan. Dalam erti kata yang lain apa yang dilakukan tidak sama dengan apa yang bermain difikiran dan perasaanya. Secara lanjutnya penyakit  skizofrenia ini adalah orang yang mengalami gangguan emosi, dan memberi kesan kepada fikiran dan peribadi seseorang.

Adakalanya orang yang mengalami gejala awal skizofrenia tidak menyedari dirinya. Skizofrenia dimiliki kerana beberapa penyebab . Biasanya  kerana unsur genetik, keadaan sekeliling  dan pengaruh psikologi.

Masalah kewangan biasanya yang mengakibatkan dan menimbulkan skizofrenia. Dengan cara yang bagaimana? Seperti kehilangan pekerjaan, mengalami tekanan muflis, sehinggakan rumah tangga yang tercerai-berai.

Dalam penyakit ini ada terkandung tiga peringkat. Peringkat pertama pesakit gemar duduk bersendirian dan  suka mendiamkan diri. Dimana ketika ini, seseorang yang tertekan mulai melamun, merenung sendiri. Diam bersendirian. Tidak mahu berbicara atau bertemu sesiapa. Pada tahap ini, biasanya pesakit ini boleh di sembuhkan dengan cara mendapat perhatian atau bantuan dari orang di sekelilingnya. Dan sentiasa mendapatkan sokongan dari orang lain, seperti teman, sahabat dan keluarga.

Jangan dibiarkan penyakit ini ke tahap yang seterusnya. Kerana jika tidak di ubati, dari suka mendiamkan diri dan duduk bersendirian, pesakit akan suka bercakap seorang diri dan jika di ajak berbuaal, segala pertanyaan orang lain tidak dilayan nya. Kembali lah pada keadaan yang asal. Cara yang lebih praktikal ialah mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala. Kerana semua penyakit datangnya dari-Nya, sudah semestinya kepada-Nya juga kita memohon kemujaraban dari-Nya.

Inilah penyakit hati di dunia. Bagaimana jika terkena penyakit hati yang sebenar? Nauzubillah ~  


2 comments:

  1. Orang kena sakit ni selalu dengar arahan2 dari dalam diri dia sendiri untuk buat benda2 tak betul kan... mungkin syaitan agaknya kan..

    ReplyDelete
  2. Makchaq
    yang penting orang tu kena dirawat dari awal. Kalau dalam Islam, kita digalakkan membaca Quran bagi menangkis suara-suara jahat ni. Dalam psikoterapi pula, ada rawatan dan penulihan yang ditawarkan oleh hospital.

    ReplyDelete