Informasi, Keibubapaan, OKU, Catatan Peribadi Seorang isteri dan Ibu,semua menjadi satu..
Pages
▼
Wednesday, July 25, 2012
Tragedi Ramadhan Tetak ibu tegur tak puasa
Tetak ibu tegur tak puasa
Teluk Intan: Seorang remaja tergamak mencekik dan menetak ibunya dengan parang hanya kerana ditegur tidak berpuasa, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 petang di Kampung Redang Ponggor, Labu Kubong,
Chenderong Balai, dekat sini, mangsa berusia 40 tahun yang sedang
menyiapkan juadah berbuka, memarahi anak sulungnya berusia 19 tahun
kerana tidak berpuasa.
Capai parang serang ibu
Suspek kemudian berang dan mencapai sebilah parang sepanjang 30 sentimeter lalu menyerang ibunya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang,
berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan anaknya cuba berlari keluar
menyelamatkan diri, namun dihalang suspek yang kemudian mencekik
ibunya.
Mangsa terpaksa bergelut sebelum diselamatkan seorang
lagi anaknya, iaitu adik suspek. Akibat kejadian itu, mangsa cedera
beberapa anggota badan termasuk lengan.
Marah ibu tuntut cerai
Siasatan awal mendapati selain ditegur, suspek dikatakan marah
kepada ibunya kerana menuntut cerai daripada bapanya dan didakwa
menjalin hubungan dengan lelaki lain, katanya di sini, semalam.
Kok Liang berkata, susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Labu
Kubong, polis menahan suspek jam 12.15 tengah hari semalam sebelum dia
direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun
Keseksaan.
Allah hu Rabbi.. sedih.. kat mana la silapnya....
ReplyDeleteUjian untuk ibu dan bapa anak ini....mungkin...
ReplyDelete