Bayi mati tersedak susu
Georgetown: Seorang bayi lelaki berusia 17 hari meninggal dunia akibat
tersedak susu botol di kediaman keluarganya di Desa Indah Relau, di
sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, Ng Kian Weng ditemui dalam keadaan
muka kebiruan dan tidak bergerak oleh ibunya yang baru bangun tidur.
Beri susu botol 2 jam sebelum kejadian
Menurut sumber, dua jam sebelum kejadian itu, ibu mangsa memberi susu botol kepada bayi itu selepas anaknya dikatakan menangis kerana kelaparan.
Wanita itu kemudian menidurkan bayinya, sebelum dia turut tertidur. Sebaik tersedar daripada tidur beberapa jam kemudian, dia memeriksa keadaan bayinya. Wanita itu terkejut apabila mendapati anaknya itu sudah tidak bergerak dan mukanya bertukar menjadi biru sebelum dia mengejutkan suaminya, katanya.
Selepas bedah siasat dilakukan, seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga mangsa dilihat membawa keluar mayat mangsa dengan keranda untuk urusan pengebumian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian menerima laporan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat tersedak susu.
sumber; BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment