Pages

Friday, September 07, 2012

CUEPACS kemuka 26 pindaan dalam dua dasar baru SPA

CUEPACS kemuka 26 pindaan dalam dua dasar baru SPA 

Presiden Cuepacs
 Yang Berbahagia Dato' Hj. Omar Osman
 
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan 26 pindaan bagi menambah baik dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pindaan-pindaan tersebut akan dikemukakan sama ada pada hujung bulan ini atau pertengahan bulan depan selepas diberi masa tiga bulan oleh SPA untuk berbuat demikian.


''Selepas dipanggil berunding, ada 26 perkara dalam dua dasar baharu itu yang perlu ditambah baik dan kita akan kemukakan pindaan-pindaan tersebut kepada SPA pada pada hujung bulan ini atau pertengahan bulan depan,'' katanya pada sidang akhbar selepas sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri CUEPACS, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim.

Sumber; Utusan Malaysia

 

No comments:

Post a Comment