Pages

Friday, September 07, 2012

Felda bantu tampung kos PTPTN anak peneroka


Felda bantu tampung kos PTPTN anak peneroka

BESUT 6 Sept. - Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluas peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.



"Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN ini dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN," katanya.

Najib berada di sini sempena lawatan singkatnya bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aifilfitri di padang bola Kg Tempinis, Kg Tasek Tok Lebai di Besut, Terengganu.

Beliau yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata Felda dianggar memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.

"Keputusan Felda itu juga dapat bantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain menunjukkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia. Dengan dana tambahan diperoleh, Felda setuju untuk agihkan peruntukan itu kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

SUMBER; ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 06/09/2012

No comments:

Post a Comment