Keluarga mangsa rogol kecewa kes ditutup
Ipoh: Keluarga seorang gadis 13 tahun yang mendakwa anak mereka dirogol
remaja lelaki berusia 16 tahun tidak berpuas hati dengan keputusan polis
menutup kes itu tanpa sebarang tindakan terhadap suspek.
Mereka mendakwa tidak menerima sebarang perkembangan siasatan kes
berkenaan dan kecewa hanya diberitahu tiada bukti mencukupi bagi
mensabitkan kesalahan itu.
Berkenalan di Facebook
Dia mendakwa adik perempuannya berusia 13 tahun mula berkenalan dengan remaja itu melalui laman sosial Facebook tanpa pengetahuan keluarga sejak Mei lalu, sebelum mereka bertemu beberapa kali di bandar raya ini.
Perbuatan itu terbongkar apabila adik saya hilang 27 Mei lalu, dipercayai dilarikan suspek. Selepas beberapa hari, adik ditemui dan dibawa ke balai polis sebelum mengaku dia dirogol suspek, katanya di sini, semalam.
Lee berkata, susulan kejadian itu, dia membuat laporan polis, namun mendakwa sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil dan remaja terbabit masih bebas.
Adik saya masih mentah dan bawah umur, mudah terpedaya pujuk rayu lelaki itu, katanya.
Polis sepatutnya mengambil tindakan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, katanya.
No comments:
Post a Comment