Haid jadi tak teratur Selepas bersalin c-sear
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wanita makhluk Allah yang begitu unik. Banyak perkara yang perlu dijaga oleh wanita, kan?
DISCLAIMER:
Penulis blog bukan doktor
mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun,
perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog
ini, sangat dihargai dan dialu-alukan.
Artikel
kesihatan ini bertujuan untuk memberikan
kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang
berkaitan
dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada
sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai
perbincangan sahaja.
Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis
penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk
nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat
membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.
Haid jadi tak teratur Selepas bersalin c-sear
SAYA berusia 28 tahun. Pada Februari 2012 saya melahirkan anak kedua ketika kandungan 30 minggu secara pembedahan akibat tekanan darah tinggi.Semasa pembedahan doktor menjumpai dan mengeluarkan cyst pada ovari saya bersaiz kira-kira 9x10 sentimeter. Sekarang, darah tinggi itu sudah tiada.
Disebabkan risau akan hamil lagi (kerana faktor menjaga anak tidak cukup bulan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit), saya menggunakan kaedah suntikan tiga bulan untuk pencegahan.
Bagaimanapun, ini menyebabkan kitaran haid saya terganggu. Genap tiga bulan saya berhenti mengambil sebarang alat pencegah kehamilan.
Pada awal Ramadan lalu, haid saya berwarna coklat dan habis selepas 15 hari.
Saya mempunyai berat 80 kilogram dan tinggi 160 sentimeter. Jika faktor obes, selama ini saya memang berat sebegini ketika hamil anak kedua. Ketika itu kitaran haid masih normal. Jika diikutkan ketika kali pertama hamil, berat saya 82 kilogram.
Harap doktor dapat membantu mengenai kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini kerana saya ingin tahu cara menentukan waktu subur apabila kitaran haid sudah tidak teratur. Saya dan suami ingin menggunakan kaedah perancangan sendiri dengan menentukan waktu subur saya.
Adakah keadaan ini juga ada kaitan dengan cyst di ovari?
NORAZURA,
Bandar Damansara Kuantan, Pahang
ANDA harus faham beberapa perkara mengenai kaedah mencegah kehamilan:
Secara perbandingan, kaedah perancangan sendiri mendedahkan anda kepada risiko hamil sehingga 25 peratus, anda perlu bersedia menghadapi kemungkinan ini. Ini bermakna dalam setahun, seorang dalam setiap empat orang yang menggunakan kaedah ini didapati hamil.
Memandangkan anda baru saja menjalani pembedahan Caesarean dan kini menjaga bayi yang tidak cukup bulan, anda disarankan berbincang semula dengan suami dan doktor. Faktor risiko darah tinggi dan kelahiran pramatang berulang juga perlu diambil kira jika anda hamil semula.
Sekiranya wanita itu kelak mengalami kesan sampingan terbabit, dia tidak mudah panik, bimbang atau putus asa lalu bertukar kepada kaedah lain.
Agak menghairankan jika cyst sebesar 10 sentimeter tidak dikesan sewaktu lawatan temu janji antenatal sebelum pembedahan Caesarean terbabit. Apapun, cyst yang dibuang lazimnya tidak lagi memberi kesan kepada perjalanan haid.
Saya masih ingin menyatakan kaitan berat badan dengan gangguan kesuburan sama ada ketiadaan pengeluaran telur (anovulasi) ataupun pengeluaran telur yang berlaku, tetapi bukan pada setiap kitaran (oligo-ovulasi), terutama setelah memasuki kategori obes iaitu dengan BMI melebihi 25kg/m2.
Kajian juga membuktikan angka yang bukannya 100 peratus, tetapi kebanyakan wanita obes mempunyai gangguan ovulasi dan seterusnya gangguan haid.
SUMBER; HARIAN METRO
No comments:
Post a Comment