Kembar Hilang Pada Malam Hari
Norliana nafi pura-pura mengandung
NORLIANA bersama suami, Aziz Hussein menunjukkan barangan yang telah dibeli untuk menyambut kelahiran bayi kembarnya di Kampung Kelut Jabi, Pokok Sena, Kedah kelmarin.
CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di
Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah
Kembar Hilang Ketika Sarat Hamil
Norliana nafi pura-pura mengandung
Secara peribadi, pernah mendengar cerita rakan yang mengalami perkara yang sama. Apa pun pasti ini semua berlaku dengan izin Allah dan ia sebagai tanda kebesaran Allah jua.
SEBAGAI hamba yang mengaku beragama Islam, mempercayai perkara ghaib merupakan bukti keimanan kita kepada kekuasaan Allah.
Justeru,
bayangkan perasaan seorang wanita apabila anak dalam kandungan yang
ditunggu untuk dilahirkan ke dunia tiba-tiba hilang dalam sekelip mata
tanpa mengetahui puncanya.
Sebagai seorang muslim, semoga kesabaran terus memayungi kehidupan kita yang sementara di dunia ini.
Pasti setiap sesuatu kejadian samada ia menggembirakan atau mendukacitakan hati seorang Muslim itu, ia mengandungi hikmah yang kadang kala waktu musibah itu berlaku, tidak kita ketahui.
Setelah kita berjaya mengharungi musibah itu, barulah kita tahu dan sedar rupanya banyak hikmah yang Allah berikan pada kita, sebenarnya Allah itu terlalu baik buat kita.
Allah tahu apa yang terbaik buat kita meski saat mengharungi musibah kita sudah rasa tidak tertanggung lagi.
p/s: Ketika
mengandung, ibu Muslim digalakkan untuk perbanyakkan amalan sunat dan
membaca Al-Quran agar sentiasa terpelihara dari anasir-anasir jahat yang
kita tidak nampak. Membaca Ayat Qursi juga digalakkan.
Kembar Hilang Ketika Hamil
Norliana nafi pura-pura mengandung
POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.
Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.
“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.
“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.
“Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.
“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,” cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam.
Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.
Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.
“Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” ujarnya.
Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.
“Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya.
POKOK SENA - Norliana Manaf yang mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu menafikan bahawa dia menghidap pseudosiesis iaitu kehamilan palsu kerana dia mendakwa benar-benar mengandung sebelum kandungan itu 'ghaib'.
Norliana, 28, seorang pembantu kedai makan memberitahu, dia tidak mereka-reka cerita mengenai kehamilan itu sebaliknya merasai sendiri pengalaman mengandung termasuk pergerakan kandungan ketika berusia lapan bulan.
Bagaimanapun katanya, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya kerana tiada sebarang makna jika dia berbohong berhubung perkara itu.
"Saya berbelanja lebih RM500 membeli kelengkapan pakaian bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi kembar perempuan, namun sedih apabila ada pihak menyatakan kehamilan saya palsu
.
"Buat apa saya berpura-pura mengandung. Selama sembilan bulan saya mengusung perut yang berat tetapi lain pula pandangan orang. Apa pun itu hak mereka, namun tetap dengan pendirian, saya memang hamil," tegasnya ketika ditemui di Kampung Kelut, Jabi di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Norliana kebingungan apabila mendapati bayi kembar berusia sembilan bulan yang dikandungnya didapati hilang secara misteri.
Norliana dari Bukit Jambul, Pulau Pinang mendakwa, kehilangan bayi kembar perempuan itu ketika dia bermimpi dikunjungi lima wanita berjubah semasa tidur di rumah ibunya, Cik Som Endut.
Bagaimanapun, Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamarulzaman Ali berkata, simptom pseudosiesis itu bukan sahaja membabitkan perubahan fizikal malah gangguan mental serta tekanan perasaan.
Katanya, pesakit akan mengalami pertambahan berat badan khususnya di bahagian perut selain tidak datang haid, rasa mual, muntah dan ketegangan perut.
Norliana memberitahu, ketika hamil berat badannya meningkat kepada lebih 50 kilogram (kg) berbanding sebelum itu 40kg.
SUMBER; KOSMO
Bayi hilang dalam kandungan
Betapa terkejut, tidak percaya dan juga luruh emosi seorang bakal ibu apabila mengetahui kandungannya yang berusia lebih lapan bulan tiba-tiba hilang. Dari sudut apakah fenomena ini hendak dihuraikan?DISEMBER tahun lalu, impian sepasang suami isteri di Kedah untuk menimang cahaya mata sulung selepas dua tahun berkongsi hidup tidak menjadi kenyataan apabila mendapati bayi yang dikandung si isteri tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan melalui teknik imbasan.
Segalanya umpama sebuah misteri bagi si wanita yang berbunga harapan selama hampir sembilan bulan itu. Dalam kes tersebut, wanita itu telah disahkan mengandung pada Mac 2008 melalui pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur.
Dia dijangka bersalin pada tarikh yang telah dicongak iaitu 29 November. Namun, kelahiran yang ditunggu-tunggu itu tidak menjadi kenyataan.
“Doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung. Bentuknya juga sudah kempis,” ujarnya yang mendakwa terasa lenguh-lenguh badan, perut memulas dan kemudian mengalami demam panas pada hari-hari terakhir sebelum kandungannya hilang.
Sudah banyak kes yang dilaporkan media mengenai kejadian seperti ini. Bukan sahaja di Malaysia, kegemparan cerita kandungan yang lesap ini berlaku di seluruh dunia tanpa mengira latar bangsa, status sosial dan kepercayaan agama.
“Kes kehamilan palsu yang menyebabkan kandungan menghilang secara tiba-tiba memang wujud dalam dunia perubatan.
“Ia dikenali sebagai pseudosiesis atau dalam istilah Inggeris – phantom pregnancy,” kata Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.
Pseudosiesis adalah suatu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik. Ia membabitkan gangguan faktor mental dan fizikal yang menyebabkan perubahan pada badan hinggakan sosok tubuh wanita yang tidak mengandung menyamai ciri-ciri wanita hamil.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) itu menjelaskan, apabila seseorang wanita terlalu percaya atau mengharapkan kehamilan, tubuhnya akan menghasilkan hormon yang menyebabkan perubahan-perubahan tertentu.
Paling jelas adalah pertambahan berat badan (khususnya di bahagian perut) selain simptom-simptom klasik lain seperti rasa mual serta tegang perut.
Hujah medikal dan psikologi
“Apabila minda ‘menipu’ tubuh, paras estrogen mereka melonjak naik. Apabila dalam keadaan sakit, stres atau tertekan, mana-mana wanita pun boleh mengalami gangguan dalam sistem badannya. Ini termasuklah ketiadaan haid, rasa loya dan muntah,” jelas beliau.
Tidak hairan juga kalau ketidakseimbangan hormon itu turut membuatkan payu dara membesar dan mengeluarkan susu.
“Perut yang semakin membesar sebenarnya disebabkan lemak yang terkumpul di bahagian tersebut. Ada juga yang merasakan seperti ada pergerakan bayi dalam kandungan walhal tiada janin di dalamnya,” terang Jamiyah.
Beliau merumus, belum ada kajian menyeluruh tentang punca pseudosiesis. Ia tidak boleh sepenuhnya ditangani dari perspektif medikal atau ginekologi tanpa mengambil kira keseriusan permasalahan emosi.
ADAKAH imej daripada imbasan ultra bunyi boleh berlaku ralat hingga memberi harapan palsu kepada ibu hamil?
Hakikatynya, sutradara yang mengarahkan sistem tubuh untuk melakukan sesuatu dalam menjalani rutin kehidupan adalah otak.
Apabila otak mencetus isyarat untuk bekerja matlamat tertentu, maka faktor biologi akan menurut dan di situlah bermulanya konsep kepercayaan.
“Sama seperti wanita yang mahu dirinya hamil untuk melepaskan diri daripada desakan sosial, fizikalnya akan terdorong ke arah keinginan tersebut.
“Lebih-lebih lagi jika pasangannya (suami) mengizinkan perkara itu berlaku dengan turut memberi harapan,” jelas Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Maizatul Akmam Abu Bakar.
Menurutnya, secara tidak langsung sokongan itu akan meningkatkan keberkesanan emosi isterinya sedangkan akhirnya mereka yang akan kecewa.
Lebih malang, tekanan yang dihadapi lebih menyeksakan apabila cerita ‘kehilangan’ kandungan itu dilabel sebagai karut oleh doktor dan masyarakat yang melemparkan tuduhan seperti wanita itu sengaja mengada-adakan cerita kehamilannya.
“Selain sokongan keluarga, wanita itu perlu dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri. Mereka diajar untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri.
“Ini bermakna minda mereka perlu dilaras semula agar memikirkan perkara-perkara yang lebih positif,” terang Maizatul.
“Hanya apabila seseorang ibu itu boleh menunjukkan bukti sahih bahawa pemeriksaan ultra bunyi sebelum itu sudah menunjukkan sifat fizikal bayi atau denyut jantung, tetapi akhirnya bayi itu hilang, maka kita perlukan penjelasan lain,” ujar Jamiyah apabila diajukan tentang sisi mistikal bayi yang ghaib dalam kandungan.
Serba-sedikit pertembungan konsep itu dihurai oleh pakar khidmat runding dan nasihat spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus. Beliau mengakui pernah merawat tidak kurang daripada 10 wanita yang terganggu emosi akibat kehilangan bayi dalam rahim.
Muslihat dari alam lain
“Wanita-wanita itu mendakwa mereka bermimpi didatangi entiti yang mengingatkan bahawa kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula,” ujar Engku yang tidak menolak kemungkinan kehamilan yang disebabkan ‘dampingan’ atau ‘tumpangan’ makhluk halus.
Walau bagaimanapun Engku menegaskan, perhubungan antara manusia dan jin sebenarnya tidak akan menghasilkan anak manusia.
“Sebaliknya, anak-anak daripada kaum jin itu yang bertambah bilangannya jika berjaya memperdaya manusia melalui apa cara sekalipun,” katanya.
Apabila diperdaya, seseorang mudah taksub kepada sesuatu. Ini termasuklah meyakini paparan imej bayi dalam rahim melalui teknik imbasan di hospital, sedangkan mereka perlu sedar bahawa ralat teknikal dan muslihat jin juga suatu faktor penyebab.
“Oleh itu, kaum ibu perlu kembali kepada apa yang diajar melalui al-Quran dan Sunah.
Adab, petua dan doa perlu sentiasa mengiringi langkah dan setiap perbuatan agar dilindungi Allah daripada fitnah, penipuan dan helah jin serta syaitan. Golongan itu sentiasa mahu menggoyah akidah umat Nabi Muhammad s.a.w.,” pesannya.
(Sumber Kosmo, Terima kasih portalbugis)
Artikel lain berkaitan kisah kandungan hilang boleh baca di blog http://mylightsaber2803.blogspot.com//
aduhaii...jdi ibu ni pun sye bole emosi..perubtn mane nk kaitkn dgn ghaib yr ummu
ReplyDelete