Bukan sakit belakang biasa
DISCLAIMER:
Penulis blog bukan doktor
mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun,
perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog
ini, sangat dihargai dan dialu-alukan.
Artikel
kesihatan ini bertujuan untuk memberikan
kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang
berkaitan
dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada
sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai
perbincangan sahaja.
Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis
penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk
nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat
membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.
Nota Kaki:
Untuk info lanjut sila hubungi:
Dr Nizar Abdul Jalil
HP no; 6 013 9803389
Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.htmlBukan sakit belakang biasa
Asalamualaikum Dr Nizar,
Saya ingin bertanya beberapa soalan. Begini, saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Ketika itu pinggang saya seakan berbunyi (meletup) dan saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu setiap kali mendapatkan rawatan fisioterapi, badan saya jadi lemah dan sakit.
Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Saya juga terasa sakit di bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk.
Soalan saya:
1) Adakah rawatan cara lain tanpa perlu memasang plate?
2) Sekiranya Dr. Nizar mengesyorkan cara rawatan lain, berapakah pula anggaran kos yang diperlukan?
Untuk pengetahuan Dr, laporan MRI tulang belakang saya menyatakan:
1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe narrowing of the neural foramine.”
2. “Posterior bulge of C4/5, Tanya Dr Nizar Bukan sakit belakang biasa Cakera tergelincir boleh menyebaban sakit belakang yang turun ke kaki dan terasa seperti renjatan elektrik. C5/6 and C6/7 disc that moderately indent the central canal at level of C5/6 and mild indentation at the other levels.”
Diharap Dr Nizar dapat mengesyorkan rawatan terbaik untuk mengubati penyakit saya.
Sekian, terima kasih.
Abdullah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
JAWAPAH: Sakit belakang pinggang boleh berpunca daripada beberapa sebab. Sebab paling kerap berlaku ialah sakit urat yang dikenali sebagai muscle sprain atau strain. Biasanya keadaan ini berlaku jika kita membuat kerja berat atau pergerakan melebihi julat biasa.
Sakit biasanya sederhana atau boleh juga menjadi teruk. Apa yang pasti, semua sakit ini akan beransur pulih dalam masa satu minggu dan berkesan dengan memakan ubat penahan sakit biasa seperti celebrex dan ponstan. Tapi jika sakit berlarutan hingga lebih dari tiga bulan, ada kemungkinan anda mengalami penyakit tulang belakang yang lebih serius.
Penyebab utama sakit belakang yang kronik ini ialah sakit sendi faset, cakera tergelincir (slipped disc), tulang belakang tersumbat (spinal stenosis), sakit discogenic, sakit sendi pinggul (sacroiliac joint) dan lain-lain. Jika anda mengalami sakit belakang yang rasa turun ke kaki terutama jika berasa seperti mencucuk atau renjatan elektrik, besar kemungkinan anda mengalami sakit cakera tergelincir atau spinal stenosis pada tulang pinggang anda.
Perbezaannya, cakera tergelincir lebih kerap berlaku pada orang muda dan spinal stenosis pula lebih kerap berlaku pada orang berusia 50 tahun ke atas. Biasanya (lebih 50 peratus) sakit cakera tergelincir ini tidak datang sendirian, kerap kali ada sakit secondary lain menyusul pada masa sama seperti sakit sendi faset atau sakit sendi pinggul. Ini akan menambah rasa sakit dan ketidakupayaan untuk bergerak.
Jika sakit anda mula berjangkit pada eher, itu tidak pelik kerana penyakit cakera tergelincir dan faset memang kerap berlaku pada leher atau pinggang. Biasanya kedua-dua bahagian ini berlaku serentak, cuma salah satu lebih ketara. Ini disebabkan tengkuk dan pinggang
merupakan bahagian tulang belakang yang paling banyak bergerak, maka lebih cenderung berlaku proses penuaan disebabkan oleh proses 'wear and tear'.
Siasatan MRI boleh memastikan penyakit cakera tergelincir di samping menilai darjah keterukan penyakit tersebut. "Disc protrusion" atau "extrusion” bermakna cakera tergelincir yang serius, manakala “disc bulge” tidak memberi makna apa-apa yang serius. Kalau ada
“spondylosis”, itu hanyalah istilah umum untuk merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang.
Istilah ini tidak menolong dalam merawat pesakit secara tepat. MRI juga penting untuk mengagak peratus kejayaan jika anda memilih rawatan suntikan Radiofrequency yang saya lakukan sebagai opsyen kepada pembedahan. Suntikan Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression (IDRFDD) ini bertujuan untuk mengecutkan disc yang tergelincir agar masuk ke dalam semula.
Secara umumnya jika sakit yang turun ke kaki masih di peringkat sederhana (ubat makan berkesan) dan boleh dibawa berjalan (tapi terbatas) kejayaan melalui rawatan suntikan Radiofrequency boleh mencapai 80 peratus. Tapi jika ada penyakit sendi faset, adalah perlu rawatan pada masa sama kerana gejala kedua–dua masalah tulang belakang ini berkait dan mirip antara satu sama lain.
Anggaran kos rawatan Radiofrequency sekitar RM3,500 hingga RM10,000 dan turut bergantung pada beberapa faktor. Berapa banyak diagnosis sakit belakang yang ada, di hospital mana suntikan itu dibuat, sama ada anda memiliki polisi insurans atau tidak dan berapa hari anda masuk wad turut menentukan jumlah kos yang perlu dibayar.
No comments:
Post a Comment