TIP DAN PETUA PENJAGAAN TULANG BELAKANG
Tulang belakang rasa nyeri? Nyeri atau
sakit pada tulang belakang biasanya berlaku pada tulang belakang di
sekitar bahagian pinggang. Nyeri atau sakit pada bahagian tulang
belakang ini berpunca daripada gangguan yang terdapat pada struktur
tulang belakang dan otot-otot yang terlibat pada bahagian tersebut.
Kajian yang dilakukan oleh pihak American Pain Sosiety dan American
College of Physician mendapati bahawa rasa sakit atau nyeri pada tulang
belakang boleh dikurangkan tanpa melakukan pembedahan. Antara kaedah
untuk mengurangkan sakit tulang belakang termasuklah kaedah manipulasi
tulang belakang atau akupuntur.
Kaedah terapi seperti ini adalah
alternatif terhadap penggunaan ubat-ubatan. Saranan supaya pesakit
berbaring di tempat tidur untuk merehatkan tulang belakang selama
bebarapa hari bukanlah cadangan yang baik.
Berbaring terlalu lama akan
menyebabkan tulang belakang menjadi lemah kerana tidak digunakan.
Pesakit digalakkan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sinar-X ray
juga cuma akan dilakukan ke atas pesakit untuk mengesahkan andaian
doktor terhadap punca atau faktor rasa nyeri atau sakit belakang yang
berlaku ke atas pesakit.
Cara-cara menjaga tulang belakang:
1.
Semasa mengangkat barang dari lantai, jangan bongkokkan badan dan terus
mengangkat barang tersebut, terutama kotak ataupun barang yang berat.
Ini merbahaya untuk tulang belakang. Urat dan otot badan di bahagian
belakang dan punggung akan sakit. Beban yang berat akan memberi tekanan
kepada tulang punggung. Oleh itu, jika mahu mengangkat barang yang
berada di atas lantai, pastikan anda duduk dahulu. Luruskan tulang
belakang, dan angkat pada paksi menegak atau secara menegak ke atas
seperti lif.
2. Gunakan tangga apabila mengangkat barang yang
berada di kedudukan yang tinggi daripada kita. Jika kita mengangkat
barang-barang berada di keduduka yang lebih tinggi daripada pundak atau
tulang punggung kita, tekanan yang akan dikenakan pada tulang belakang
adalah sangat berat.
3. Gantikan posisi sesering sekirannya kita
perlu berdiri dalam waktu yang lama. Contohnya kalau kita iron baju
sambil berdiri, gunakan kerusi kecil untuk meletakkan kaki kita secara
berganti-ganti. Ini dapat menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat
badan. Berdirilah secara tegak , dan janganlah membungkuk .
3.
Jika kita terpaksa berdiri dalam jangka masa yang lama, pastikan kita
tahu menyeimbangkan dan mengubah kedudukan atau tumpuan berat badan.
Berdirilah secara tegak dan jangan membongkok.
4. Semasa
berjalan, pastikan postur badan adalah tegak. Letakkan buku di atas
kepala dan berjalan. Jika buku itu jatuh, maknanya postur badan semasa
berjalan adalah tidak betul. Kasut bertumit tinggi juga amat berbahaya.
Apa faedahnya pakai kasut tumit tinggi?
5. Semasa duduk, pastikan
anda menyandar. Belilah kerusi yang mempunyai penyandar. Elakkan lutut
daripada sejajar dengan pinggul semasa duduk. Jika sedang memandu kerea
pula, pastikan ada sokongan terhadap punggun di bahagian bawah. Pastikan
kedudukan kaki tidak terlalu jauh dari pedal minyak untuk mengelakkan
regangang otot yang melampau dan boleh menyebabkan kekejangan kaki dan
tekanan pada tulang punggung.
6. Sewaktu duduk di hadapan
komputer atapun menonton TV, selalunya orang yang kerjanya menghadap
komputer 24jam...ahakks pastikan paha kita sejajar atau selari dengan
lantai, jangan biarkan lutut kita lebih tinggi dari paha atau kaki
terggantung jauh dari lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung
mendapat sokongan dari belakang kerusi.
6. Semasa duduk di atas
meja, menghadap komputer atau menonton televisyen, pastikan peha kita
selari dengan lantai. Jangan biarkan lutut berada di aras yang lebih
tinggi daripada paha atau kaki tergantung tidak menyentuh lantai.
Pastikan kaki kita rata dan punggung kita mendapat sokongan dari
belakang kerusi.
Jangan biarkan bahagian atas badan memberi tekanan
kepada tulang belakang khususunya di bahagian pinggang atau tulang
belakang di atas bahagian punggung. Kawasan inilah yang selalu sakit
jika kita duduk terlalu lama (tekanan secara terus daripada berat badan
di atas kawasan pinggang.
7. Untuk menjaga tulang belakang
pastikan tempat tidur cukup keras dan rata. Jangan terlalu keras dan
jangan terlalu lembut sehingga tidak dapat menampung tulang belakang.
Sekirannya kita tidur telentang, letakkan 1 bantal di bawah lutut,
bengkokkan sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertumpukan.
RUJUKAN 2: Cara untuk mengelakkan sakit belakan
Cara untuk mengelakkan sakit belakang
Oleh : Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam sekitar
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Segala
kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samada
duduk, berdiri, membongkok, mencapai/ terdongak kepala untuk mengambil
sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun
atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun
belakang anda sedang berperanan. Sakit belakang adalah masalah otot dan
tulang.
Apa yang menyebabkan sakit belakang (Faktor risiko)
1. Postur yang tidak betul
Berdiri,
duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang
lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan
menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.
2. Kurang senaman
Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.
3. Kegemukan
Perut
buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen.
Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan
baik untuk jantung.
4. Stres
Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.
5. Tersalah urat belakang
Anda
boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya
membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat
barang dengan cara yang salah.
6. Piring ruas tulang belakang tergelincir
Kadangkala
piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada
kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan
kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan
Doktor.
Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.
Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.
Semasa berdiri :
Rihatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.
Kebiasaannya
kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda
duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah
dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.
Semasa memusing badan :
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.
Semasa duduk :
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.
Semasa berjalan
Kepala tegak ke depan dan angkat dada sedikit.
Sewaktu tidur.
Tidur
diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur
mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin
dalam perut ibu.
Semasa mengangkat barang.
Mengangkat
barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang.
Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3 kg
( anggaran purata berat bayi baru lahir)
Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul di artikel yang lain.
Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
Satu
cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai
dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai
sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.
Penutup
Kita
mesti ingat, untuk mendapat belakang yang sihat, kita hendaklah
mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh
menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebra leher, tulang ruas
vertebra toreks dan tulang ruas vertebra pinggang pada tempatnya serta
seimbang kedudukannya.
Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang
dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah
dalam kedudukan semulajadi, dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada
dengan berat badan.
Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.
Selamat mencuba.
Bibliographi :
Back care : National Safety Council
Ergonomics for beginners a quick reference guide : J.Dul and B.Weerdmeester
No comments:
Post a Comment