Pages

Monday, December 28, 2009

Tentang DVT

Tentang DVT

Berdasarkan pertanyaan rakan-rakan tentang DVT pada entry saya, Dia Dihantar Allah klik sini,  saya mennyertakan artikel dari Berita Minggu, Banyak Kes DVT Gagal dikesan, 27 November 2009.Kepada ibu-ibu di luar sana, semoga ceria menjalani saat-saat kehamilan.

 

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Masalah darah beku selepas pembedahan boleh bawa maut jika tidak dirawat


RAMAI yang mungkin tidak menyedari antara komplikasi bahaya selepas pembedahan ialah pembentukan darah beku yang jika tidak ditangani dengan wajar dan segera, boleh mengundang maut.

Ini disebabkan kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan sebenarnya berisiko mengalami darah beku pada salur darah di bahagian kaki (deep vein thrombosis) atau DVT. Jika darah beku itu pecah ia akan menyekat pula salur darah ke paru-paru (pulmonary embolism).

Di England, DVT membunuh 25,000 pesakit setiap tahun. Di Amerika Syarikat, 60,000 meninggal dunia setiap tahun apabila darah beku itu pecah dan menyekat aliran darah ke paru-paru.
DVT ialah masalah berkaitan kitaran darah dan pengaliran darah melalui saluran di dalam betis atau paha selalunya agak perlahan. Ia memungkinkan darah beku terkumpul di kawasan itu.

Berikutan itu, kata Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia, Dr Jamil Azmi Mohamad, pesakit yang menjalani pembedahan berkaitan di lutut, pinggul, barah dan pelvik sebenarnya juga berisiko mengalami DVT.

Bagaimanapun, setakat ini perangkaan lebih tertumpu kepada risiko terhadap pesakit yang menjalani pembedahan penggantian pinggul (total hip replacement).

“Hakikatnya, kematian disebabkan masalah ini sebenarnya boleh diminimumkan dengan penggunaan ubat-ubatan pencegahan terutama di kalangan mereka yang digolongkan sebagai kumpulan berisiko dengan DVT seperti obesiti, perempuan, tidak boleh berjalan, hamil dan pernah mengalami DVT sebelum ini,” katanya.

Dr Jamil berkata, di Malaysia, DVT bukan saja tidak banyak dirawat, malah banyak kes berkenaan tidak dapat dikesan.

Secara umum, dalam kajian tidak rasmi DVT di negara ini, 62.5 peratus pesakit yang menjalani pembedahan gantian sendi lutut, gantian sendi pinggul dan patah tulang paha mengalami DVT.

Secara mudah, darah beku dalam salur darah disebut sebagai ‘thrombus’. Proses pembentukannya disebut ‘thrombosis”. Thrombosis boleh menyekat aliran darah, malah sebahagian darah beku boleh pecah dan menyekat menyebabkan salur darah bertambah tersekat sekali gus menyekat bekalan darah ke organ penting.

DVT ialah darah beku yang tersekat pada salur darah dalam mana-mana bahagian badan, misalnya di kaki dan pelvik. Selalunya DVT terjadi selepas pembedahan dan menyebabkan kawasan yang terjejas kemerahan, sakit dan membengkak.

Pulmonary embolism (PE) pula adalah keadaan serius yang menyebabkan arteri dari jantung ke paru-paru tersekat. Ia terjadi apabila darah beku pecah dari lokasi asalnya dan sampai ke paru-paru. Pesakit akan berasa dada seakan-akan dicucuk benda tajam, nafas pendek dan batuk darah.

Pensyarah Kanan Jabatan Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azhar Merican, berkata kebanyakan kes darah beku pada salur darah terjadi pada vena di kaki atau pelvis.

“Ia menyebabkan bengkak, tidak selesa, kulit kali kemerahan dan kaki berasa panas yang menjadi simptom pertama darah beku terbentuk. Bagaimanapun, ia tidak semestinya merujuk pada DVT,” katanya.

Dr Azhar berkata, biarpun DVT tidak mengancam nyawa tetapi jika dikaitkan dengan komplikasi lain, ia sebaliknya boleh menyebabkan maut. Antara komplikasi utama DVT ialah PE yang menyaksikan arteri dari jantung ke paru-paru tersekat.

INFO: Faktor Risiko DVT


  Usia lanjut
  Perempuan
  Tidak boleh berjalan (lebih empat hari)
  Hamil
  Mengambil estrogen dalam dos yang tinggi
  Penyakit berkaitan genetik seperti thrombophilia (darah beku tidak normal).

INFO: Rawatan
Di Britain, dua pertiga mereka yang dikesan dengan DVT memerlukan rawatan di hospital. Dalam menangani DVT, ubat diberikan bagi mencairkan darah dan memudahkan alirannya. Ada banyak jenis ubat yang diberikan kepada pesakit. Antaranya, warfarin yang boleh bertahan untuk beberapa bulan.

Selalunya, pengambilan ubat mencairkan darah memerlukan pesakit menjalani ujian darah bagi memastikan dos yang betul dan tidak berlaku risiko kesihatan yang lain.

Pesakit juga digalakkan bergerak sebanyak mungkin. Selain itu stokin khas diperbuat daripada nilon digunakan bagi memberi sokongan kepada vena dan mengurangkan bengkak.


Friday, December 11, 2009

Senduduk, Boleh Makan Ke?




Pokok Senduduk


"Senduduk, Boleh Makan Ke?" tanya seseorang pada saya.

"Boleh," jawab saya ringkas.

Di sini saya catatkan pengalaman saya semasa dalam proses berpantang bersalin.

Saya pun tahu daun senduduk ini bagus untuk kesihatan badan, dan tenaga ibu selepas melahirkan anak, setelah bapa mertua saya mencarikan beberapa jenis daun di sekeliling rumah dan di ladang.

Daun senduduk ini salah satu ramuan yang digunakan oleh bapa untuk membuat nasi ulam untuk wanita selepas beranak. Alhamdulillah, bdan saya rasa bertenaga dan proses 'breasfeeding' juga berjalan lancar.

Oleh kerana saya menjalani proses bersalin secara pembedahan, dan ada komplikasi, saya nak terus makan set bersalin atau jamu terasa tak berani. Namun dengan pemakanan nasi ulam ini, syukur Alhamdulillah tiada masalah yang timbul.

Monday, December 07, 2009

Kenangan banjir

Kenangan Banjir Semasa nak Ke hospital

Disember datang lagi. Di beberapa tempat, air bah sudah menenggelamkan penempatan. Situasi ini mengingatkan peristiwa banjir yang pernah kami lalui.

Semasa hamil anak kedua,  akhir 2007, di tempat kami tinggal dilanda banjir besar. Kebanyakan perhubungan jalan darat telah ditenggelami air. Sesetengah penempatan, jambatan telah roboh dan dihantikan dengan jambatan sementara. Waktu itu, saya sendiri merasa bimbang dengan gelombang besar itu.

Gambar di bawah ialah antara kenangan semasa banjir itu. Suami dan rakannya sedang meninjau keadaan jalan. Banjir besar telah menenggelamkan kebanyakan jalan utama.  Dalam gambar di bawah, terdapat jua jiran kami yang terpaksa dihanar ke hospital menaiki bot kerana due date dah lewat.

Saturday, December 05, 2009

Hari OKU 2009








Gambar dari internet


Hari OKU 2009




                              Selamat Hari OKU 2009,dari kami di raudhatulukhuwwah


           Buat semua teman-teman bloggers OKU, 
             buat anak-anak Istimewa,
            ibubapa dan masyarakat yang mempunyai
         ahli keluarga OKU

            Guru-guru Pendidikan Khas, 
           Pembantu Murid Pendidikan Khas 
             dan semua  yang  terlibat dalam kebajikan OKU.       


Tarikh : 5 Dis 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg - 6.00 ptg
Tempat : MAB Brickfield
Tema : Pendayaupayaan OKU ke arah Pembangunan Potensi Diri
*Perkhidmatan pengangkutan
* RapidKL, LRT dan Monorail PERCUMA kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pengiring * Bas KL HOP-ON HOP-OFF PERCUMA
- Dari pukul 7 pg hingga 6 ptg
- Pick-up Point :-
  • Terminal Bas Titiwangsa
  • LRT Bandaraya
  • KL Sentral ke Wisma MAB
http://www.jkm.gov.my

Tuesday, December 01, 2009

Aidil adha Kami

Aidil Adha Kami

Syukur Alhamdulillah,kami telah menikmati sambutan Aidil Adha dengan gembira. silaturrahim di antara sanak saudara dan jiran tetangga dapat dipereratkan pada raya ini. Juadah tradisi mesti dihidangkan, ketupat (ketupat pulut daun palas), lemang dan rendang. Kami  pakat-pakat memasak ...laksa dan nasi himpit juga ada. Kuih muih juga dihidangkan.

Istimewanya kali ini, kami menempah kek Kak Noor Paya Keladan. Ini bagi meraikan kehadiran tetamu yang istimewa bagi kami, iaitu anak angkat makcik,seorang wanita mualaf Cina Muslim. Anak angkat makcik teringin benar merasai sambutan aidil adha bersama ibu bapa kami di tanah rancangan.


gambar-gambar dicilok dari blog Kak Noor

rempeyek

gambar ketupat di sini

Kali ini,mak buat ketupat inti kacang.sedapppp..Alhamdulillah.

Terima kasih atas ziarah adik beradik saya dari Johor. Walaupun datang sekejap,syukur Alhamdulillah atas pertemuan ini.Adik saya ada yang tanya,"Eh akak siap ada kuih raya lagi?"

"kenalah ada, dik non oii. Dayoh (tetamu) datang nanti haa nak jamu apa?"jawabku.

Muhasabah Zulhijjah Kami

Zulhijjah ini,apakah dapat kami bertemu lagi Zulhijjah akan datang? Zulhijjah ini membawa seribu satu pengertian padaku lantaran terdapat beberapa peristiwa insiden yang berlaku dalam hidup ku pada Zilhijjah kali ini. Semua itu mengajar diri ini erti ketabahan, keikhlasan, kecekalan, kasih-sayang, emphati dan erti pergantungan total mutlak kepada Allah SWT. Zulhijjah mengingatkanku ketabahan Hajar, bonda Nabi Ismail a.s.


Hajar yang patuh dan taat pada perintah Allah , malah berbaik sangka kepada Allah SWT dan suaminya, Nabi Ibrahim a.s, salah seorang Rasul Ulul Azmi.


Apabila Nabi Ibrahim tiba pada hujung lembah, terdengar lagi Hajar bertanya dengan suara yang menyayat hati: “Wahai suamiku! Apakah Tuhan yang memerintahkan kamu untuk meninggalkan aku bersama anak kecilku ini di tempat yang sunyi ini?” Tanpa menoleh, Nabi Ibrahim menjawab tegas: “Ya, benar!”

Apabila mendengar jawapan itu Hajar terdiam. Beliau pasrah. Hajar berusaha menenangkan hatinya dengan berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau begitu, tentulah Tuhan tidak akan mensia-siakan kami!”


Ibrahim mengangkat kedua-dua tangannya ke langit sambil berdoa:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman berdekatan dengan Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Ingatkanlah mereka supaya mengerjakan solat dan jadikanlah hati-hati sebahagian manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, moga-moga mereka bersyukur. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami terang-terangkan, dan tiadalah tersembunyi kepada Tuhan sesuatu pun, baik yang di bumi atau yang di langit.” (Surah Ibrahim, ayat 37-38).


Selesai berdoa Ibrahim pun meneruskan perjalanannya kembali ke bumi Palestin. Tinggallah Hajar sendirian bersama bayinya, Ismail, yang menyerahkan diri dan kehidupan mereka sepenuhnya kepada Allah.


Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam Eidhul Adha 
 Kad Raya Haji Yang Dihasilkan Oleh Kami,sering mendapat carian dan dowload tertinggi setiap hari.

 

Bismillahirrahmanirrahhim. Assalamualaikum warahmatullah dan salam Eidhul Adha  buat semua pengunjung Muslim teratak Raudhatul Ukhuwwah ini. Khususnya kepada kawan-kawan kami samada di dunia nyata mahupun di alam maya ini. Teristimewa buat teman-teman followers dan link blog, Sudi-sudikanlah mengambil kad raya Eidhul Adha kami ini.

Aidil Adha akan disambut pada hari ke-10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Syukur alhamdulillah, sekali lagi kita berpeluang melangkah ke bulan Zulhijjah yang mulia ini. Pastinya ada di kalangan saudara dan teman kita yang berangkat sudah ke tanah suci. Menghantar mereka sehingga ke ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menimbulkan seribu satu rasa di hati kita. Saat itu,kita dapat menyaksikan,bakal-bakal haji dalam seragam putih, sekaligus membangkitkan rasa keinsafan dalam benak kita. Bahawa hakikatnya kita semua sama di sisi Allah SWT.

Subhanallah, itulah indahnya Islam. Perintah Allah agar jamaah haji berpakaian serba putih, tanpa mengira pangkat,darjat,warna kulit dan keturunan-semuanya dalam satu matlamat yang sama; menunaikan Rukun Islam yang kelima.Sesungguhnya amat bertuah bagi sesiapa yang telah sampai serunya itu.Taqwalah sebaik-baik bekalan..samada ketika mempersiapkan belanja mengerjakan haji, memasang niat dan memperkukuhkannya dan bekalan taqwa ketika mengerjakan haji. Ibadah haji, bagaikan kesinambungan puasa Ramadhan. Latihan mengendalikan nafsu dan didikan rohani sepanjang Ramadhan akan berkesinambungan ke perjalanan haji.

 

(gambar dari blog tuan haji CL yang selalu saya ikuti;semasa carian saya di googles)

Bagi kita yang berada jauh dari Bumi Makkah dan Madinah, hakikat "hari Raya Kurban" ini perlulah jua kita hayati. Ibadah Qurban yang dilakukan, bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam  matahari pada hari ke-13 Zulhijjah, semoga dinilai Allah sebagai suatu amal ibadah yang diredhaiNya.

Akhir kalam,kami di Raudhatul Ukhuwwah memohon maaf di atas salah silap. Salam Aidil Adha.Sekian, wassalam.



Thursday, November 19, 2009

Muhasabah Cinta

 Muhasabah Cinta Suami Isteri


Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah. Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikan kata pendita.

Benar, cinta yang lama (setelah usia perkahwinan meningkat) hanya akan bergetar semula bila berpisah.
Perpisahan yang sekali-sekala akan menyuburkan percintaan. Tetapi jangan terlalu lama, justeru jika terlalu lama ia mengundang bahaya kerana ia boleh mengundang fitnah dan mampu menghakis setia.

Untuk anda saudara ku, mari seketika ku ajak kembara bersama sepucuk surat cinta ini…(jom kita hayati warkah cinta seorang suami kepada isterinya)



Ke ribaan isteriku sayang,


Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.
 
Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.


Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.


“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”


“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”


“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”


Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan masih bertemu.


Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. 

Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang… 
bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
    “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”


Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.


Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian i
tu!kehebatan seseorang itu sering diukur oleh 'kebesaran' ujian yang dihadapinya. semakin besar ujian, semakin besarlah kehebatan seseorang.

Maka begitulah dengan cinta kita, semakin diuji, maka semakin kukuh. InsyaAllah,amin

Saya nukilkan di sini tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi klik sini  Terkenang detik PJJ...tanpa satu alat perhubungan telekomunikasi demi khidmat bakti kepada anak bangsa. Hanya air mata yang mengalir dan doa syahdu kepada Ilahi saat  kerinduan pada suami dan keluarga bertamu.Berdoa agar Allah menukarkan kerinduan kepada suami dan ibubapa kepada rindu pada Allah...




Tuesday, November 17, 2009

ABM @ BBM

Alat Bantu Mengajar @ Bahan Bantu Mengajar Prasekolah


Susah juga ya rupanya nak jadi cikgu kepada anak prasekolah. Walaupun dahulu mengambil bidang pendidikan, tetapi apabila telah lama tidak bergelumang dalam arena pendidikan, saya seakan 'blur' apabila berhadapan sendiri dengan percubaan untuk penerapan pendidikan awal kanak-kanak. Terasa  punya kekurangan dan ketinggalan. Alhamdulillah, media yang luas disediakan oleh suami saya (internet samada secara wireless di rumah mahupun broadband) memudahkan saya mendapatkan info berguna tentang parenting skills.

Bagi mengisi masa anak saya, saya perlu lakukan sesuatu berdasarkan kemampuan saya. Sebagaimana entry saya sebelum ini,klik sini, anak-anak adalah motivasi saya. Lalu terhasillah Bahan Bantu Mengajar seperti ini.

Ini adalah untuk mata pelajaran Lukisan. Melalui lukisan, anak-anak akan lebih seronok belajar dan belajar menghargai sesuatu perkara. Melaui ABM seperti yang kami hasilkan kali ini, antara Nilai Murni yang dapat saya terapkan kepada anak ialah menghargai anugerah alam ciptaan Allah.

Oklah jom layan hasil lukisan anak saya.


Riben tu saya yang tambah. Buah-buahan ni dia kata nak bawa balik Jengka nak beri pada Tok,adik,bang chik...semua dah dikira. Maknanya anak boleh belajar matematik sekali kan.


Ini pula ABM yang saya hasilkan minggu lepas. Ia hanya separuh jalan sebab dah penat. Anak saya meminta saya habiskan segera pada pagi itu juga. Saya jelaskan kepadanya,"Kita kena buat ikut kemampuan kita. Kemampuan abang laju, maka bang teruskanlah. Tak payah ikut kemampuan umi". Alhamdulillah dia mendengar kata-kata saya itu. Sambung pula pagi esoknya,Alhamdulillah dah siap tapi tak upload kat sini.

Berdasarkan apa yang saya rasai, bukan mudah sebenarnya, untuk menurunkan level pemikiran saya , pemikiran wanita dewasa kepada tahap kanak-kanak. Maklumlah selama ini saya bersama  pelajar di usia remaja. Kini murid saya inilah seorang yang juga merangkap penjaga saya. Dialah murid saya,dialah pembantu dan penjaga saya, yang Allah hantarkan untuk saya, sewaktu suami bekerja mencari rezeki halal.

Hikmah dari ini, saya dapat belajar untuk merendahkan hati, menyelami dunia anak kecil secara empathi dan bukan simpati,fantasi dan harapan anak kecil serta minat si kecil. Bukanlah bermakna saya selama ini tidak memahami anak saya, namun dek kesibukan melayani kesakitan yang dialami, saya seakan terlupa bahwa saya punya waris yang perlu saya corakkan semampu saya agar dia tidak tertekan dengan situasi yang dialami kini. InsyaAllah jika ada masa, ada rezki, ada keizinan Allah, saya akan kongsikan pada entry akan datang.

Sunday, November 15, 2009

PJJ

Tips Mengekalkan Ikatan Perkahwinan Jarak Jauh


Pepatah ada mengatakan, "Sayangkan Isteri Tinggal-tinggalkan, sayangkan anak, tangan-tangankan", menjadi senda gurauan bagi pasangan suami isteri. Bagaimanapun, sejauh manakah kebenarannya, terutama bagi pasangan suami isteri yang terpaksa melalui PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)? Mungkinkah akan menjadi "Pasangan Pi Jauh-jauh?"

Walau apa pun jua situasi pasangan suami isteri itu, yang penting menjadi teras perkahwinan itu adalah kasih sayang yang suci, kepercayaan dan komitmen yang tinggi terhadap ikatan perkahwinan yang dibina. Berdasarkan tulisan Prof Madya Dr Rusinah Siron di Majalah MIDI,1 April 2009, beliau gariskan Prinsip 5T bagi mengekalkan ikatan kasih sayang pasangan suami isteri yang terpaksa melalui PJJ ini.

1)   TAHAN

 TIPS pertama daripada Prof madya Dr Rusinah Siron ialah TAHAN. Adat berjauhan sudah tentu banyak cubaan dan dugaan dari persekitaran pasangan. ada orang yang senang dan tidak senang dengan pasangan anda. Ia mula menabur fitnah dan hasad dengki yang ingin memecah belahbelahkan perhubungan tersebut. Ada cubaan dari keluarga dan rakan. Selain cubaan dari dalam diri pasangan tersebut, iaitu keperluan, kehendak biologi serta psikologi. Jadi bertahanlah dari cubaan tersebut demi mengukuhkan perhubungan sedia ada.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya pernah melalui PJJ walaupun tidak merentasi lautan. Namun ia tetap meninggalkan memori dalam fasa kehidupan saya. Ini adalah kerana, saya melalui fasa kehamilan sulong saya tanpa suami jua keluarga di sisi. Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai kawan-kawan yang sangat membantu samada rakan sekerja dan majikan yang memahami.

2)   TABAH
Tabah, di atas segala cabaran dan dugaan yang boleh menggugat perhubungan jarak jauh ini. Semua pasangan perlulah tabah menghadapinya dengan tabah dan sabar dalam menjayakan hubungan ini.Jika sudah ada anak-anak,masih kecil dan banyak yang perlu diuruskan sendirian,ketabahan itu perlu sangat digilap.

Ibubapa saya terpaksa melalui PJJ atas tuntutan tugas. Sebagai anak sulong dan telah remaja, saya lebih banyak membantu ibu dalam menguruskan hal rumahtangga, hal persekolahan adik-adik dan menjadi kawan bicara ibu yang sendirian membesarkan anak sementara menunggu bapa pulang hujung minggu.


3)   TEKNOLOGI
Walaupun berjauhan tidak bermakna pasangan jarak jauh ini berasa jauh hati. Teknologi sedia ada boleh dijadikan pengikat kasih. Sistem SMS yang lebih murah boleh menjadi penghubung kasih dan menyatkan "Saya Masih Sayang".Sistem MMS juga praktikal kerana ia menyatakan Masing Masing Sayang. tetapi kedua belah pihak perlu saling menghubungi. Jika tidak ia menjadi Saya Syok Sendiri (SSS).

Pengalaman saya sendiri,saya pernah melalui fasa PJJ  di tempat yang tiada kemudahan teknologi. Pada masa itu, di tempat itu, langsung tiada signal talian selular di situ walaupun satu. Ini memang menyukarkan saya untuk berhubung dengan suami, dan ibubapa yang jauh di mata.

Walaupun saya sudah berumahtangga, 2 hari sekali saya kan telefon ibubapa saya, tetapi apabila berada di tempat serba baru dengan tiada kemudahan teknologi, Mula-mula saya mati kutu dibuatnya. Nak telefon guna telefon rumah pun takde juga. Nak tanya dengan mak tentang masalah kehamilan dengan mak pun payah. Kawan-kawan serumah pun bujang lagi. masing-masing gabrah bila tengok saya dok tahan sakit..

Pernah malam-malam,saya keluar ambil angin di luar rumah.Beraninya saya? Sedangkan saya penakut. Rumah itu dekat dengan hutan simpan. Saya lihat bulan dan bintang di luar. Dalam rumah saya rasa sangat panas. Saya berdoa kepada Allah kerana pada masa itu saya tidak tahu kenapa badan saya terasa sangat panas. Syukurlah kerna housemates dan jiran sangat prihatin. Mereka cepat-cepat panggil saya masuk kalau tengok saya keluar dari rumah. Kalau saya kena gi medical check up ibu hamil,di pekan, mereka sedia membantu mencarikan kenderaan.



4)   TUNGGU
Kesetiaan dan kepercayaan adalah tunggak utama perhubungan jarak jauh. janganlah mudah berubah hati dan bersikap curang. tunggulah pasangan kita dengan sabar, setia dan sayang padanya.


5)   TAKDIR
Jika semua telah dilakukan sebaik mungkin terhadap pasangan kita bagi mengekalkan  hubungan dengan kasih sayang,jika berlaku apa jua pada perhubungan seperti keretakan, perhubungan bermasalah, bertawakkallah kepada ALLAH kerana setiap manusia telah ditakdirkan oleh Allah akan nAsib dan masa depannya. Apa yang perlu dilakukan ialah berusaha untuk yang terbaik.


6)   TELUS
Saya tambah T yang ke6; iaitu TELUS. Berdasarkan pengalaman saya yang pernah melalui PJJ ini, sifat telus memang perlu. Telus dalam komunikasi dan interaksi di antara suami isteri. Telus dalam hubungan hati walaupun berjauhan itu bukan alasan berubah kasih. Telus dalam memegang status sebagai suami atau isteri orang. Telus dan tulus memegang amanah Allah sebagai isteri orang khususnya dan suami orang juga. Telus dengan suami kita apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita sepanjang suami tiada di sisi.


Saya sendiri pernah orang menyangka saya belum berumahtangga lagi memandangkan saya tinggal di rumah bujang bersama kawan-kawan serumah yang semuanya masih bujang juga. Dalam hal ini, saya perlu telus menyatakan bahawa saya sudah menjadi isteri orang.


7)   TEKAD

Saya juga tambah T yang ke 7; iaitu Tekad. Tekad untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina atas dasar mencari redha Allah, walau apa cabaran dan halangan menimpa semasa melalui PJJ ini mahupun selepas nya. Tekad untuk menjadi pasangan yang soleh dan solehah agar rumahtangga kita diberkati Allah, kerana kita tentu ingin bercinta hingga ke syurga.InsyaAllah.

Demikianlah sedikit perkongsian saya kali ini, disertakan bersama Tips daripada Prof Madya Dr Rusinah Siron  . Di luar sana, pastinya kawan-kawan tentu mempunyai pengalaman PJJ juga?

Thursday, November 12, 2009

Gadis Itu

Gadis Itu

Petang Jumaat yang lepas, kami sekeluarga bertemu adik di tempat kerjanya untuk ke bandar atas satu urusan. Sewaktu kami melepasi pondok pengawal, kelihatan seorang gadis beruniform sekolah mengheret sebuah beg hitam. Dia berjalan kaki seorang diri di tepi bahu jalan. Sebuah beg besar beroda  hitam di belakangnya manakala sebuah beg sekolah disandangnya. Sesekali kelihatan dia berhenti, kemudian meneruskan perjalanan. Beberapa kenderaan besar melalui jalan raya utama itu dan tubuhnya seakan melayang ke tepi.

Spontan suami saya bertanya,"Eh adik,tu anak murid adik? Kenapa dia tak tunggu bas je? Heret beg tu nak ke mana?"

"Cuba berhenti kejap," ujar adik.

Tingkap kereta diturunkan,"Kamu nak ke mana ni?"

Gadis beruniform sekolah itu kelihatan terkejut. Wajahnya kemerahan dan sedikit kehairanan. Garis-garis keletihan jua terserlah dari wajah cerahnya. Dia sedikit mengundur ke tepi jalan. Nampak berhati-hati melihat kami sekeluarga.

"Saya nak ke Desa M," jawabnya.

"Kenapa tak tunggu di pondok bas je? Kan pak guard pun boleh lihat kamu di situ?" tanya adik.Maklumlah sebagai warden, adik memang mengambil berat akan hal pelajarnya sehingga masanya memang banyak ihabiskan bersama pelajarnya.

Dia kelihatan terpinga-pinga. Hati saya terdetak,begitu jua adik dan suami,"Mungkin dia bukan student adik. kalau dia student adik, kenapa dia macam tak kenal adik je?'

"Saya tak pandai nak naik bas,"jawabnya.

"Erm, kamu dari sekolah mana?"tanya dik.

"Sekolah XYZ,"

"Kamu jalan kaki dari sana tadi sampai ke sini?"tanya adik,suaranya dengan nada terkejut.

"Erm ya, eh tak. Tadi tumpang kawan sampai K,"jawabnya seperti menyembunyikan jawapan sebenar.

"Ya Allah jauhnya,"ujarku. Saya pernah lihat sekolah gadis itu semasa hendak ke Jerantut. Memang jauh.Saya yang naik kereta pun terasa penat. Lebih-lebih lagi kalau jalan kaki dan kena heret beg besar macam gadis ini bawa, memang letih.

"Betul tu. Kan jauh dari sekolah ke sini,"kata adik.

"Jomlah naik kereta dengan kami. Kami pun nak ke bandar ni," pelawa suami.

Dia semakin menjauh dari kereta kami,"Takpelah. Saya nak jalan kaki je. Lagipun dah dekat dah rumah saya".

"Ha awak nak jalan kaki ke D.M?"tanya adik lagi. "Naik je lah dengan kami,"sambung adik.

"Saya orang sini juga,"kata suami.

Melihat keadaanya yang was-was dengan kami, saya mengatur ayat,"InsyaAllah naik je lah dik. Ni pun anak-anak akak tak kisah." Si kecik kami dah sibuk memanggil kakak, kakak kepadanya. Si abang pun tersenyum-senyum padanya.

Dengan izin Allah, dia tidak berapa lama kemudian sudi menumpang kereta buruk kami. Itupun setelah puas dipujuk kami. Sepanjang perjalanan pun, gadis itu nampak takut-takut. Sepatah ditanya,sepatah dijawab. Kami memperkenalkan diri kami. Kadang-kadang dia ketawa kecil melihat telatah anak-anak kami.

Kami tidak salahkan gadis itu jika dia tidak mahu menumpang kereta kami. Kami faham, dalam keadaan sekarang, keselamatan diri perlu diutamakan. Terutama dengan orang yang tidak dikenali. Namun kami kasihan melihat tubuh kecilnya berjalan kaki sejauh itu.

Seperti kata suami,"Abang dah biasa hidup susah. Tahu macam mana susahnya nak pergi sekolah....Cuma zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu, yang mana saling mengenali dan dulu juga tiada kes tidak diingini."

Sampai di hadapan kampungnya, dia menolak untuk kami hantar sehingga ke hadapan rumahnya. Kemudian, suami menurunkan beg berodanya.

"Belajar pandai-pandai ya. Nanti boleh masuk U. Kalau masuk matrik,boleh jumpa saya,InsyaAllah,"pesan suami saya.

Dia kelihatan teruja mendengar kata-kata suami saya. Sewaktu saya berjabat tangan dengannya, dia mengucapkan terima kasih.

Petang Jumaat itu meninggalkan memori yang cukup mengesankan hati kami....Seorang gadis, sebuah beg beroda,sebuah beg sekolah dibawa bersama segunung azam, demi kejayaan masa depan..



Wednesday, November 11, 2009

Sesawang Akademik

Perkongsian Sesawang Akademik
=Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Pahang 



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan? Pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, diharap sudah bersedia. Pastikan keselamatan diutamakan, samada di rumah, sekolah, lebih-lebih lagi di atas jalan raya. Juga berhati-hati dengan air...jika di tempat kamu dilanda banjir.

Di sini saya ingin kongsikan pautan website, iaitu Portal SPN JPN Pahang.  Pada pendapat saya ia boleh dilihat oleh pelajar samada yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi mahu pun yang berada di Tingkatan 4 pada tahun ini, khususnya pelajar di Negeri Pahang mahupun dari negeri lain.

Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT, khususnya pelajar Tingkatan 4 tahun 2009,  anda boleh layari portal ini,  klik sini, http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bahan-rujukan/tingkatan-4   dan  http://ict.akademikpahang.edu.my/v2/index.php/bank-soalan 

Bagi mata pelajaran di Bidang sains dan matematik, sila layari sini, http://sainsmatematik.akademikpahang.edu.my/v2/. Pautan utama, sila layari; www.akademikpahang

Selamat melayari portal berkenaan. Selamat menduduki peperiksaan SPM.Wassalam

Tuesday, November 10, 2009

Cintai Diri

"Cintai Diri Sendiri"


Hari minggu lalu, saya merasa tertarik dengan artikel yang tersiar di Mingguan Malaysia, "Hidup lebih positif - Ras Adiba", klik sini.

"Cintai diri sendiri," ringkas kata Ras Adiba Mohd Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Dib.Bagi saya, ummu masyitah, Kata-kata Dib ini bagaikan inspirasi untuk saya. Menyintai diri sendiri bukanlah bermakna saya mahu mementingkan diri sendiri. Namun, ini membawa konotasi amat mendalam bagi saya.

Menyintai diri sendiri bagi saya, antaranya, memahami bahawa kejayaan masa silam saya bukanlah kayu ukur kejayaan masa depan saya. Kecemerlangan masa silam adalah sirah kehidupan saya. Ia bukan titik nokhtah untuk saya mencapai kecemerlangan pada masa depan, bukan jua kayu ukur kegagalan saya pada masa depan. Seringkali saya menggunakan konsep "Here and Now" semasa berhadapan dengan bekas pelajar saya samada yang berisiko tinggi atau pelajar harapan sekolah. Maka, nampaknya, kali ini, sayalah yang perlu mempraktikkan kemahiran ini dalam kehidupan saya.

Apa yang penting, apa yang saya lalui kini adalah wasilah dari Allah untuk lebih memahami dan empati kepada insan lain.Apa yang saya lalui kini adalah tarbiyah beharga dari Allah untuk saya lebih memahami erti kehidupan. Seperti kata seorang kakak angkat saya  zaman sekolah, yang saya panggil sebagai Kak Chik menitipkan pesan,"Ujian Allah ini tanda kasih sayang Allah yang amat luas untukmu,dik. Usahlah bergantung kepada manusia, apatah lagi berharap pada suami.Kerana suami juga bukanlah hak milik kita...Allahlah sandaran kita dalam mengharungi kehidupan ini, dik".





Baiklah kita berbalik kepada kisah Dib.Nama Ras Adiba bukan lagi asing pada kita. Nama ini cukup sinonim dalam dunia penyiaran suatu waktu dahulu. Pada Julai 2002 Ras Adiba disahkan lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia. Dulu dia seorang yang sangat aktif, menunggang motor berkuasa besar dan beraktiviti lasak. Namun, Ras Adiba hari ini lebih optimis walaupun cacat kekal.

"Bagi saya, untuk hidup seperti orang normal yang lain tidak sukar. Saya sentiasa optimis kerana saya mencintai diri sendiri. Apabila kita mencintai diri sendiri, kita akan menjaga diri kita sebaik mungkin. Kita tidak akan pernah lupa sembahyang dan tidur yang cukup untuk mencari kebahagiaan. Itu cara saya yakinkan diri saya dan kawan-kawan saya agar hidup lebih positif," katanya.

Kini, hidupnya gembira dengan kehadiran anaknya, Umar Ras Engel Abdullah. Si kecil ini menjadi penawar dukanya.

Pengajaran dari perkongsian kisah Dib ini, sesiapa sahaja dengan izin Allah boleh menjadi insan kelainan upaya walaupun dia dilahirkan normal. Bagaimana seseorang itu mendepani ujian Allah itu yang penting.Seperti yang selalu diwar-warkan dalam radio IKIM.fm oleh salah seorang pemanggil OKU,"Sabar dan Syukur adalah kunci menjalani kehidupan secara optimis".


Bagi saya sendiri,secara peribadi,saya kagum semangat Dib untuk memelihara seorang anak kecil, anak lelaki pula tu. Lasak anak lelaki ni tak sama dengan anak perempuan.Semoga suatu masa nanti, saya dapat mendidik anak-anak saya sendiri bersama saya..Amin




Saturday, November 07, 2009

Alahai.....Abahku sayang

Hari tu aku nak ke Bandar Jengka. Biasala anak manja mak dan kaki riuh kat rumah mulutku bising-bising.

insanfakir : Kak Tan Jom pi Bandaq Pusat
Kak Tan : Aku mana ada duit
insanfakir : Mak jom pi bandaq pusat
mak : Nak pi buat apa? duit, duit tak dak ni...

Aku diam sambil bergerak ke kereta. tiba-tiba abah keluar dengan baju batik persis pakaian untuk ke bandar.

insanfakir : Abah nak pi mana?
Abah : Pi bandar pusat la.. sambil tersenyum

aku masuk ke kereta diikuti abah. Dalam benakku tertanya-tanya sebab selalu kalau aku ajak abah ke Bandar Pusat dia tak nak sebab dia pun ada kereta sendiri.

sepanjang perjalanan banyaklah yang dia cerita padaku. sebenarnya aku dan abah jarang bersembang sampaikan mywife ms insanfakir pun pelik. aku dari kecik nak apa-apa minta kat mak aku atau melalui mak aku sebab kalau aku minta sendiri :

"aku : abah nak beli buku....
abah : buku apa? (tegas)
tu yang tak best tu, tapi bila aku jadi ayah ni baru aku faham abah tanya buku apa bukannya dia marah aku beli buku, mungkin aku silap buat interpretasi keatas soalan orang."

berbalik kepada cerita abah banyaklah yang di cerita kat aku tentang peneroka, tentang abang ipar aku dan macam-macam. dipendekkan cerita selesailah kerja kami di Bandar Pusat. Dalam perjalanan balik singgah minum air kat gerai kawan abah aku. diringkaskan cerita kami dah habis makan. masa nak balik abah berborak dengan seorang kenalannya yang kebetulan makan disitu juga,

Pak cik : sapa ni tak penah nampak pun? Anak?
Abah : Anak, dulu duk Keratong, Pindah Temeloh, La ni duk Gambang, tak tau kalau tak silap lepaih ni orang suruh balik Bandaq pusat pulak. terang abah sedikit berbangga.
Pak cik :La ni senang sikit anak-anak dak lepaih semua dah.
Abah : Tu la dulu orang hairan jugak pasai apa saya tak pakai kereta. Depa tanya Pak Lang Mat macam tak dak masalah kewangan pun masa orang lain sibuk tak de duit. sebanaqnya saya nak bagi anak sekolah dulu. Lepaih dua-dua dah habis cadang nak ambik kereta, dia bagi kereta dia suruh abah bayaq bulan tengok macam buleh bayar kira ok la tu, (sambil tersenyum seperti puas dan sedikit berbangga)

Sudah terjawab persoalan aku selama ni "KENAPA ABAH TAK NAK PAKAI KERETA". Sebenarnya kereta yang aku bagi kat abah suruh sambung bayar tu adalah "FIRST CAR IN MY FAMILY". Dari kecik dalam hati aku sedikit tak puas hati kenapa ayah orang lain beli kereta tapi abah tak beli kereta. rupanya persoalan tu terjawab sekarang. Abah lebih mementingkan pelajaran kami adik beradik berbanding keseronokan sendiri.

Fikiranku terkenang pula ketika rakanku bertandang ke rumahku selepas ambil sijil kursus kahwin di KL. Masa abah bersembang dengan rakanku dipecahkan satu rahsia yang jarang-jarang didapati oleh mana-mana rakanku yang lain.

Abah : Pak cik Abis banyak dengan insanfakir ni, ribu-ribu ringgit tapi dia bukannya tahu. tup-tup gagal pulak kat USM. Tapi pak cik buat tak tau saja. Mak cik hang tu yang sampai dua minggu tak makan nasi.
Rakanku : tu la pak cik, anak memang selalu tak perasan ayah saya pun camtu, sekarang kerja kami pulak tolong orang tua.

Ketika dialog tu aku terdengar, rasa macam nak luruh jantung, rasa berdosa yang amat sangat.
Balik kuarters rakanku asyik perli je...aku seperti biasa senyum namun jauh di sudut hati aku "ALAHAI.....TERIMA KASIH ABAH & MAK, MEMANG SAYA TAKKAN DAPAT BALAS JASA MAK DAN ABAH SAMPAI BILA-BILA".

"Jadilah anak yang baik terhadap kedua ibu bapa walaupun siapa ibu dan bapa kita"

insanfakir
Temerloh

p/s: gembira bila lihat mak dan abah aku ceria ketika muka aku masuk TV dan surat khabar masa belajar dan ketika akhirnya aku mendapat juga segulung ijazah. Sekarang ni kerap aku balik jumpa mak dan abah yang dah 6+ tahun agar mereka gembira dan si kecik yang berputing aku tinggalkan dengan mak dan abah aku supaya mereka tak kesunyian. Harap mereka redha dengan aku. AMIN

Wednesday, October 28, 2009

Apalah dayaku menantu kelainan upaya








Apalah Dayaku Menantu Kelainan Upaya

Di sebalik kehangatan penderitaan natijah dari kenaikan sara hidup, sehari dua ni saya dihidangkan dengan secebis persoalan masyarakat yang entah bila akan berubah. Ianya tidak lain tidak bukan betapa kesahnya masyarakat bila "bermenantukan sicacat".

Pengalaman yang dilalui oleh rakan-rakan dan kisah rumahtangga yang setiasa dilambung ombak memberi keinsafan kepada saya betapa keluarga suatu nikmat yang perlu diperlihara.

Cuba kita renungi dua situasi yang berikut:

1. Akibat penampilan menarik, ditambah dengan pujuk rayu akhirnya seorang wanita dinikahi oleh seorang lelaki. Kerana kurangnya didikan agama dan kebertanggungjawaban, si isteri akhirnya menderita dengan pelbagai karenah suami.

2. Seorang perempuan telah dipinang oleh seorang jejaka kelainan upaya. Meskipun mempunyai kerjaya yang mampu menyara kehidupan dan cukup sifat tanggungjawabnya, pinangan akhirnya ditolak hanya kerana bimbang bermenantukan si kelainan upaya.

Demikianlah kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan pelbagai kisah masyarakat di sekeliling yang pada bila-bila masa saja boleh menimpa keluarga kita.

Begitu banyak kisah rumahtangga yang pada awalnya dijangka baik dengan penampilan sebelum berkahwin akhirnya hancur dan terlerai. Mereka yang terlibat bukan dari kelainan upaya dan sempurna pada pandangan mata.

Ada saja sebab di sebalik kerapuhan rumahtangga yang dibina. Ada antaranya persefahaman yang kian menipis dan tidak kurang juga kecurigaan yang tiada penghujung terhadap pasangan.

Selain itu, ada pula lelaki yang menikahi wanita hanya kerana kepentingan material. Ini bukan lagi kisah perempuan mata cukur tetapi kisah lelaki pisau cukur. Sifat malu kerana bergantung kepada isteri hilang hanya kerana pentingkan laba yang boleh dijala di lautan rumahtangga yang tenang yang akhirnya bergelora sudahnya.

Dalam apa juga keadaan, si isteri atau wanitalah yang sering menjadi mangsanya. Ada yang digantung tak bertali, dan ada yang hidup bagai memikul biawak yang hidup.

Berbeza dengan situasi kedua, begitu sulit seseorang yang cacat ingin menikahi wanita idamannya. Pelbagai alasan dihidangkan oleh orang tua kekasih hati yang ingin diperisteri demi menidakkan pinangan si jejaka kelainan upaya

Alasan paling standard yang dihamparkan "macam mana nak beri anak aku makan?".

Selain itu ada juga membangkitkan macam mana nak urus rumahtangga bila beranak. Sememangnya amat melucukan.

Betapa ramai pasangan yang sempurna selain menggaji pembantu rumah Indonesia, terpaksa menghantar anak-anak mereka ke rumah ibu/bapa kerana pelbagai alasan? Hal seumpama itu tidak pernah dihebohkan kerana pasangan tersebut tidak dari orang kelainan upaya.

Tidaklah dinafikan ada saja pasangan kelainan upaya yang gagal dalam mengurus rumahtangganya. Namun kelainan upaya itu sendiri bukanlah faktor utama kepada kegagalan rumahtangga yang sejahtera.

Dalam hal yang dibicarakan ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Ianya adalah tanggungjawab masyarakat secara kolektif untuk membentuk pemikiran yang lebih menjurus kepada tindakan-tindakan yang rasional.

Mungkin boleh diperbanyakkan drama-drama yang berupaya membentuk pemikiran dan tanggapan masyarakat.

 Selain itu, program-program percambahan fikiran wajar dipergiat untuk memberi input yang berfaedah kepada awam. Di sinilah pentingnya agensi-agensi seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Pembangunan Keluarga dan Penduduk, badan-badan bukan kerajaan, media-media massa  dan lain-lainnya berganding bahu menyusun dan mengatur program-program yang sesuai bertujuan memberi pendedahan secukupnya kepada masyarakat. 

Sekadar santaikan pemikiran, sama-samalah kita fikirkan.


artikel di atas ditulis oleh: Mohammad Faizal Che Yusof
dari:  http://bprihatin.blogspot.com/2008/06/apalah-daya-aku-menantu-cacat.html
 gambar : fikraa.blogspot.com/2007/11/hari-ini-menjelma...





di edit oleh:Ummu Masyitah
p/s: Bagaimana pula jika pihak wanita dari orang kelainan upaya dan lelaki insan normal?

Tuesday, October 13, 2009

Legaaa..Alhamdulillah

Oktober: Bulan Bahasa Kebangsaan



Alhamdulillah, legaaaa... PMR dah tamat


Alhamdulillah..lega rasanya apabila mengetahui peperiksaan Penilaian Menagah Rendah sudah tamat semalam. Matapelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa Arab (bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini) adalah matapelajaran terakhir yang diduduki calon peperiksaan. Saya pasti, para ibubapa dan guru-guru sudah tentunya pun mersakan lega peperiksaan anak-anak mereka sudah tamat. hanya iringan doa restu yang dipanjatkan kepada Ilahi agar anak-anak ini memperoleh kejayaan.Walaupun sekarang ini, jasad saya hanya di rumah dan anak murid saya  cuma seorang dalam kindergarden 1 (anak sendiri yang juga jururawat saya dan kawan bergaduh saya), debaran terhadap PMR itu tetap ada.


Minggu lepas sebelum PMR, (backdated punya cerita) suami ajak saya melihat waktu malam di bandar, ambil angin katanya. maklumlah mungkin dia tengok muka saya ni dah moyok semacam je. lagi-lagi sejak kami tinggal berjauhan ni. (setelah berminggu saya tak melihat waktu malam di luar kepompong saya ni) . Kereta diletakkan di hadapan sebuah rumah kedai sementara suami membeli belah. Saya seperti biasa,duduk je lah dalam kereta buruk kami ini. Ada seorang remaja lelaki yang mundar mandir di hadapan kereta saya. Nak senyum kat saya tapi macam takut-takut. Isk,saya mula tu tak perasan. Yalah dah malam gini. Takkan saya nak buka tingkap dan tersenyum-senyum jugak kat dia kan? Pulak saya tak bawa mata kedua saya, jadi tak nampak batang hidung jejaka di di luar sana.


Saya cuma rasa kat hati,mungkin remaja ini kenal saya kot. dari bahasa badan remaja itu, saya tahu dia bukannya berniat tak baik. Sehingga suami saya ke kereta saya, remaja itu masih di situ. Kemudian dia berjabat tangan dan berbicara dengan suami saya. Manakala di belakangnya ada seorang remaja perempuan lalu (mereka dalam waktu rehat kelas tuisyen). Melihat suami dan saya.Kemudian remaja perempuan itu melempar senyuman sekilas dan terus berlalu.


Namun remaja lelaki itu berbual panjang dengan suami saya. Kemudian sebelum berpisah,dia melemparkan senyuman kepada saya dan menghampiri kereta kami. Remaja lelaki ini anak muda yang baik. Walaupun pada setiap kali peperiksaan, dia tidak berada pada kedudukan di hadapan dan sederhana sahaja, tetapi kesungguhan, kerajinan dan adab sopannya menyejukkan hati. Saya doakan kejayaannya. Kejayaan anak muda ini dalam pelajarannya, kehidupannya dunia akhirat. 

p/s: Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM, STPM dan STAM, teruskan usaha anda dari sekarang. Sedikit perkongsian saya, hamba Allah yang dhaif, klik sini.

Saturday, September 19, 2009

Catatan Sebelum Raya

Catatan sebelum Raya

Assalamualaikum warahmatullah...hrm rasa nak tulis sesuatu di sini . Selagi belum raya, selagi tu nak tulis. Semalam, Hari Jumaat, kami terpaksa berurusan ke Kuantan. Masa pergi, pagi lagi. Jalan raya di Bandar Kuantan dah jammed. Masa balik, Bandar Temerloh pula jammed. Yang bestnya, gerai-gerai lemang tetiba banyak di tepi-tepi jalan raya. Ok lah tu kan, meraih pendapatan secara halal. Terdapat beberapa peristiwa di akhir Ramadhan ini dalam kehidupan kami.

1) Maid dihantar pulang

Kami terpaksa batalkan permit maid dan terpaksa ke Imegresen Kuantan pada saat lebaran bakal menjelang. Pegawai Imegresen pun kasihan dengan kami. Asyik maid kami ni ada masalah kesihatan je. Bermula masalah kesihatan (maid dah pregnant 3 bulan masa baru bekerja 2 minggu di rumah kami, maid yang bermasalah psikotik, dan macam-macam lagi). terkini maid ini ada masalah darah tinggi dan memang sudah mengambil ubat doktor khas untuk mengawal darah tingginya sejak di desanya lagi. Usia pun sudah 43.

Buat lambat-lambat karang terjadi apa-apa yang susah kami juga. Maid ada masalah hypertension. Terjawab soalan saya mengapa maid tidur atau beristirehat di kamarnya di antara 3 hingga 4 jam waktu siang. Padahal anak kami cuma 2 orang hmm tapi penat tau melayan anak hiperaktif ni.

2) Agensi bertanggungjawab

Syukurlah. Agensi yang kami berurusan kali ini orangnya bertanggungjawab. Mudah-mudahan persaudaraan atas aqidah ini diberkatiNya. Beliau memberi kami pilihan biodata maid untuk dipilih, termasuk maid dari Kemboja. Beliau tidak mengenakan charge tambahan berikutan masalah kesihatan maid.

3) Bertugas waktu raya

Sewaktu keluar di Exit Gambang LPT, kami melihat pasukan bomba yang bersiap sedia di situ. Pelbagai kempen keselamatan jalan raya oleh pelbagai pihak juga diadakan. Semoga kita selamat pergi dan balik dari destinasi mesing-masing.

Teringat kepada pasukan tentera, polis dan bomba yang bertugas waktu raya. Besar pengorbanan mereka..

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri





Salam Adidilfitri dari raudhatulukhuwwah.blogspot


Syahdu terasa di jiwa. Ramadhan Al Kareem bulan yang penuh barkath, bulan keampunan, bulan kerahmatan dan bulan pembebasan dari api neraka bakal menginjak pergi. Terasa diri ini masih sedikit bekalan untuk ke negeri abadi. Banyak peristiwa yang berlaku di sejarah Islam dalam bulan Ramadhan. Contohnya, Peristiwa badar al Kubra. dan Nuzul Quran. Peristiwa-peristiwa ini semoga menjadikan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman, ambil sebagai pengajaran.

Ramadhan menginsafkan kita, kesusahan insan yang memang sentiasa berlapar kerana sukarnya mendapatkan sesuap rezeki. Ramadhan adalah sekolah kehidupan yang mengajak kita saling membantu dan berkasih sayang, terutama kepada anak-anak yatim, orang yang sedang dilanda musibah, orang fakir, orang miskin, saudara-saudara seagama yang revert to Islam, ibu-ibu tunggal yang gigih membesarkan anak-anak, golongan Orang Kelainan Upaya dan yang terlantar . Sesungguhnya, Ramadhan mengajar kita menjadi hamba Allah yang bersabar dan bersyukur. Semoga Ramadhan kali ini kita menjadi lebih baik dari Ramadhan lalu. Walaupun Ramadhan kian pergi...Aidilfitri tetap perlu diraikan. Aidilfitri adalah hadiah daripada Allah untuk umat Nabi Muhammad SAW yang beriman dan beribadah mengikut aturan Nya.

Di kesempatan ini, saya, Ummu Masyitah dan suami dengan nama penanya, insanfakir kami sekeluarga memohon maaf di atas salah silap kami kepada sahabat-sahabat kami. Samada sahabat di alam realiti juga di alam maya ini.

Kepada yang sudi menjadi followers dan link teratak saya ini, ada yang dari awal teratak saya muncul, hingga saat ini, saya ucapkan terima kasih atas kesudian saudara-saudari. Jika kawan-kawan sudi, sudi-sudikanlah ya ambil kad raya saya nih. surry lambat wat kad. Saya ada juga cuba memasuki blog kawan-kawan yang menjadi followers saya, tetapi tidak dapat. Tidak mengapalah. Mungkin belum masanya kawan-kawan nak bagitau blog kawan-kawan. Tahniah juga pada kawan-kawan yang dah jadi online businessman/woman seperti di Echam.

Kepada followers yang juga rakan-rakan semasa saya di alam persekolahan dan alam universiti, semoga kenangan indah zaman remaja kita tetap segar di ingatan. (Erk,nape erk u alll jarang tinggalkan komen kat sini? Segan erk?)Mohon maaf andai sepanjang kita bersama mengharungi suka duka alam remaja, ada kekasaran bahasa dan tersalah tingkah dariku. Gaduh-gaduh dan merajuk-merajuk.

Kepada bekas anak-anak didik saya, yang ada mengikuti teratak usang saya nih.. (terutama xSSAJ Kluang dan x Bantura Keratong) walau di mana sahaja anda berada, saya doakan kesejahteraan hidup anda. Semoga kalian tabah harungi dugaan hidup. Bukan senang kan nak senang? So, lalui hidupmu kini dengan tabah dan habiskanlah pengajianmu dahulu sebelum memikirkan perkara lain. (Ada yang telefon, x-SSAJ bertanya, betul ke ini saya? Kenapa, tak percaya? Ya, inilah saya. Cuma fizikal saya je dah berubah. I'm OK. Inilah takdir Allah untuk saya. Kat dunia ni lagi ramai yang diuji lebih dari kita, kan? InsyaAllah, Hati, jiwa dan citra saya masih saya yang dulu)

Bagi yang dah balik bercuti..jalan baik-baik tau. Bagi yang belum lagi nak balik..pun jalan bebaik tau. raya-raya juga, seronok- seronok juga, tapi Allah jangan dilupa tau. Erk zakat fitrah jugak..Jaga kesihatan untuk elak H1N1 dan elakkan kemalangan jalan raya.

Bagi sahabat-sahabat yang terpaksa beraya di perantauan, semoga raya sahabat tetap meriah. Best tu tau, dapat merasa beraya di rantau orang. ...

Ok, sekali lagi, maaf zahir batin. Selamat hari Raya Aidilfitri buat semua kawan-kawan.




Sunday, September 13, 2009

Kisah Yang Menyentuh hati

Kisah Yang menyentuh hatiku..
di akhir Ramadhan, masih dalam suasana
Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke 52.


Kisah Makcik Mariam Johari yang terkandas di Korea dan pulang ke kampung halamannya di Plentong, Johor sekitar 2007 pernah mendapat liputan luas media. Berita tentang kematiannya di sebuah rumah perlindungan orang tua di Korea tersiar di akhbar. Boleh klik sini,klik sini, dan sini. Kasih sayang antara anak dan ibu yang terpisah membuatkan hati saya sayu. Mujurlah ada insan berjiwa murni, khabarnya seoranga rtis wanita tempatan, sanggup mengeluarkan biaya supaya jenazah makcik Mariam dapat dikebumikan di Malaysia.

Sebagai anak yang dilahirkan selepas merdeka, hati ini memang tersentuh. Rupanya di saat kita merasai nikmat kebebasan dalam sebuah negara yang aman merdeka, masih ada lagi jiwa yang sengsara akibat peperangan. Tragedi peperangan sungguh menyayat hati. Peperangan lebih banyak mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan. Peperangan telah memisahkan jiwa-jiwa yang saling menyayangi. Peperangan juga menuntut pengorbanan bukan sedikit. Peperangan jua menguji kesabaran, keimanan dan ketabahan mangsa.

Sesiapa jua yang cintakan kedamaian pasti membenci peperangan. Zaman peperangan seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua dahulu, bukanlah dongengan. Allahyarham datuk dan allahyarhamah nenek serta allahyarham pakcik sering menceritakan keperitan zaman peperangan. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Cinta dan airmata zaman itu, zaman makan ubi kayu, yang sungguh meruntun jiwa saya. Cuma saya tak sempat merakamkan semua itu sebagai Sejarah Tradisi Lisan dalam matapelajaran Sejarah yang saya ambil. Ini disebabkan, saya perlu lebih menumpukan majour course yang juga memerlukan komitmen bukan sedikit.

Antara yang allahyarham datuk, (seorang bekas tentera Melayu) ceritakan ialah tentang Kisah Panglima Salleh (yang terkenal di Batu Pahat & Muar), Kisah zaman penjajahan Britih, cerita-cerita tentera Jepun dan Komunis. Juga peristiwa pilu "Jejak Kasih" di medan pertempuran, di saat masing-masing sudah berlumuran darah...saudara yang terpisah dan dicari bertahun-tahun ditemui dalam suasana yang tak dipinta. Rupanya yang ditembak ialah saudara sendiri semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia dulu. Berpeluk-pelukkan dan bertangis-tangisan atas pertemuan yang tak terduga, di saat-saat sakaratul maut semakin menjelang tiba.

Allahyarham datuk seorang pendiam tetapi bila diminta bercerita zaman peperangan, dia sanggup bercerita walaupun sedang sakit. Namun disebabkan saya masih kanak-kanak saya tak ambil kisah sangat tentang ceritanya hinggalah pensyarah berpesan, "Hargailah generasi tua sewaktu mereka ada. Mereka lah penyimpan memori sejarah negara kita. Sebelum mereka menutup mata, sila dokumentasikan pengalaman mereka".

Manakala sewaktu Menatap wajah-wajah pilu hari ini, di akhbar, klik sini, klik sini, hati ini juga turut tersentuh. Semoga keluarga kepada Allahyarham Mejar Zulkefli Hassan dan Allahyarham Mejar Mohd. Roszaini Mustapha tabah hadapi dugaan ini. Alfatihah untuk wira-wira tanahair tercinta.

Saturday, September 12, 2009

Kad Raya yang Diterima..Terima Kasih

Kad raya... Terima Kasih... Maiyah

Tapi saya tak berjaya upload nanti saya tanya seseorang ya Maiyah..

Thursday, September 10, 2009

Sayangi Kucing








Sayangi Kucing...

Saya yang keletihan dan kepenatan, seringkali cuma merehatkan tubuh sahaja di bulan Ramadhan ini. Temujanji hospital pun kalau boleh nak elakkan masa bulan ni...sebab takut tunggu lama sementara dipanggil akhirnya saya sendiri yang letih dan terpaksa membatalkan puasa. Sewaktu saya mencari-cari dimana hp saya yang asyik KO je tu, rupa-rupanya anak bujang saya yang mengambil HP.

Habis dia round keliling rumah kami semata-mata nak ambil gambar kucing. Jadi, HP sayalah yang ajdi mangsanya! Uwaa..nak marah pun, masih kanak-kanak. Dinasihatkan pun entah dia faham entah tak.

"Abang, kenapa ambik HP Ummi?"

"Abang mahu ambil gambar kucinglah,"

" nak buat apa? habislah berat HP ummi nanti?"

Katanya, "Kan kena sayangi kucing. dia kan binatang kesayangan sahabat Rasululluah. nabi Muhammad pun sayang kan kucing. Tulah abang ambik gambar kucing. (Alasan, kata hati kecilku) saya hanya merenung matanya. Tak larat nak cakap banyak-banyak. nanti tak pasal-pasal saya yang pengsan sebab asyik cakap dengan dia, "Do and Dont's".

"Tapi kenapa orang suka buang kucing ya ummi? buang kat rumah kita pulak tu. kan ummi kita kan tak sihat, macam mana nak bagi kucung makan?" bebel dia lagi. Tak tahulah itu mekanisme bela dirinya atau memang lahir dari hatinya. Oklah layan jelah kan gambar kucing, hasil karya anak saya...

Tuesday, September 08, 2009

Menjelang Peperiksaan


Menjelang Peperiksaan....


Semalam, saya menelefon bonda saya bertanya khabar. telupa pula, Johor tidak cuti pada Nuzul Quran tetapi telah bercuti pada 1 Ramadhan. Terlupa juga, bonda saya seorang yang gigih bekerja dan telah hampir menjadi warga emas. Terlupa juga, sewaktu saya call bonda adalah masa bertugasnya. maaf mencuri sedikit masa kerja bonda. Mujur saja waktu itu bonda free.

Kami hanya dapat berbicara sebentar. Sebenarnya hampir setiap hari atau seminggu 4 kali saya menelefon bonda. Bil Telefon? Saya tak kisah kerana dalam menghubungkan silatarrahim suami berpesan usah berkira. Nampaknya, bonda sibuk dalam membuat persiapan akhir. Persiapan apa bonda? Tanya saya.

"Esok UPSR, Kakak. Kami di sini sibuk mempersiapkan dewan dan pelajar dalam menghadapi UPSR esok ni. Berdebar-debar jugak hati mak ni, kak,"

"Ya Allah, sampai lupa kakak esok ada peperiksaan besar untuk murid-murid sekolah rendah," tutur saya.

"Kasihan kakak. Banyak yang kakak tak tahu tentang perkembangan pendidikan ya. Sabarlah ya kak,"kata bondaku.

Oklah. Itu sedikit perbualan saya dengan bonda tentang debaran, harapan dan impian seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan.

UPSR, PMR dan SPM….Istilah-istilahn ini begitu sinonim dengan anak-anak kita di bangku sekolah menengah. Apa tidaknya, setiap kali menjelang musim peperiksaan, anak-anak kita bertungkus-lumus membuat latihan, ulang kaji dan menghadiri kelas tuisyen intensif serta kelas tambahan, walaupun ada juga yang ebrsikap sambil lewa dan langsung tidak peduli. Ada ibubapa yang turut bimbang dan gemuruh menjelang musim peperiksaan anak masing-masing.
Biar apa pun, kita bertanggungjawab mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

Di sini, saya tulis kembali catatan penulis Bangku Sekolah Anis, En. Mohd Hafiz Abdul Hamid memberikan beberapa tip untuk ibu bapa menjelang peperiksaan anak-anak anda.

1. KURANGKAN AKTIVITI LUAR

2. FAHAMI TEKANAN ANAK-ANAK

3. GANJARAN

4. JANGAN PAKSA ANAK

5. BERDOA UNTUK ANAK

Friday, September 04, 2009

Ketupat


Ketupat-ketupat yang tinggal tunggu nak direbus..

Ketupat


Assalamualaikum kawan-kawan. Ni dia, saya dowload kan koleksi ketupat-ketupat yang dibuat oleh MIL saya. Gambar ni diambil pada Aidil Adha tahun lepas.

Saya tolong buat sikit je. Geram betul.Asyik jadi ketupat jantan je.



Ketupat jantan yang saya hasilkan,
(dari daun palas)


Dalam 10 percubaan, 1 atau 2 je jadi ketupat betina.


Ketupat betina


Apa pun, seronok mencuba membuat sarung ketupat dari daun palas ini. Ketupat jenis ini biasanya dimakan oleh penduduk-penduduk pantai timur dan utara Semenanjung.

Sudah berumahtangga dengan orang pantai Timur,kenalah usaha juga kan buat ketupat jenis ini. Sebenarnya saya dah cuba membuat ketupat daun palas ini sejak Tingkatan Satu. namun, asyik jadi ketupat jantan. Agaknya tangan saya ni keras dah kot.

Kalau ketupat dari daun kelapa, insyaAllah saya pandai. Tapi Ketupat sate je lah. ketupat pasar dan ketupat bawang tak berapa menjadi. Kalau di tempat saya, ketupat pasar dan ketupat bawang lah yang banyak dijual kerana ramai yang suka dengan ketupat itu.Tak leh cari makan lah erk saya ni?