Pages

Friday, December 17, 2010

Rindu Itu Fitrah

Rindu Itu Fitrah




Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya...


Tiba-tiba teringat dendangan Hijjaz, Rindu ...


semoga kerinduan ini 
Semakin mengeratkan kasih sayang
antara 2 hati yang saling menyinta
meski berjauhan seketika
namun cinta suami isteri
moga kan terus bersemi
dalam redha Ilahi....


 kemaafaan jua buat teman-teman blog
kerna rehat ku yang panjang ini...

Saturday, December 04, 2010

Cuci-cuci dan Pegaga

Pegaga



Khasiat Pegaga

Selain sebagai ulam-ulaman, pegaga  juga dapat mengurangkan sengal-sengal sendi badan. Caranya rebuslah daun pegaga bersama dengan sedikit bawang merah dan gula. Kemudian, tapis dan minumlah airnya setelah ia suam. Cuba amalkan setiap hari.

Khasiat pegaga ini memang banyak temasuklah dalam kecantikan wajah. Sebab itu, pegaga juga merupakan salah satu  bahan penting dalam produk kosmetik alami.

Bagi saya, pegaga ini memang bagus untuk membantu mengecutkan rahim selepas bersalin. Tambahan pula selepas berlaku sedikit komplikasi luka pada pembedahan, apabila mengambil pegaga dan makanan tambahan lain seperti kurma dan gamat, ia membantu mempercepatkan kesembuhan komplikasi luka pembedahan. Menurut mertua saya, akarnya lah yang lebih berkhasiat. Jom lihat Penjagaan Selepas Bersalin, klik sini.

Jom Cuci-cuci

Ini pula ialah kisah kedai Cyclone Temerloh, dekat tepi jalan je kedai cuci kereta ini.

Masuk kereta sekejap je dalam ini, dah bersih kereta.





Thursday, December 02, 2010

Untuknya, Yang Jauh Di Mata

Untuknya: Yang Jauh Di Mata
Doa Untukmu Putera Harapan
http://www.myukhuwwah.com/



Ketika ini hujan di luar masih turun dengan renyai-renyai. Dingin malam semakin mencengkam. Air di kali semakin mulai penuh. Namun hidup mesti diteruskan.


Kala ini, hati seorang ibu terusik. teringat kenangan beberapa minggu lalu. Bagai semalam baru berlalu.


Anak muda, pemuda lelaki yang sangat santun bicara katanya. Punyai rasa hormat dan meraikan orang yang lebih tua. Cepat mesra dan mudah emphati serta mudah menghulurkan bantuan, tidak seperti sesetangah anak muda yang memandang 'aneh' kepada seorang cikgu perempuan mereka yang sedang terkial-kial berusaha menolak kerusi rodanya daripada jatuh ke dalam longkang.


Anak muda ini sepantas nya berlari mendapatkan cikgunya. Lariannya memang pantas, maklumlah atlet.


"Mari saya tolong cikgu," ujar  anak muda itu lantas tangannya memegang kerusi roda cikgunya daripada terjatuh ke dalam longkang.


Dengan senyuman, cikgu perempuan itu pun menutur bicara, "Terima kasih, Za. Kamu tak de kelas ke masa ini?"

"Oh ni on the way ke kelas Cikgu Na. Kat makmal atas je ni," jawab Za jujur.


"Nanti maklumkan ya kepada Cikgu Na yang kamu membantu saya," kemudian cikgu perempuan itu menulis  suatu notes untuk diberikan kepada Cikgu Na, bagi memaklumkan yang Za ada membantunya pada sekian masa dan sekian tempat. 


Sejak itu, apabila berpapasan di jalanan, pasti Za menawarkan dirinya membantu cikgu itu.


Suatu hari, sewaktu semua pelajar Tingkatan 5 sedang sibuk berurusan bagi mendapatkan No Pin ID BSN, klik sini, muncul Za. Kelihatan dia di penjuru bilik, dalam keadaan wajahnya agak murung. 


Cikgu perempuan itu perasan akan keadaan Za. Tetapi demi menjaga air muakanya, cikgu perempuan itu tidak menegur mengapa Za mengasingkan diri daripada rakan-rakan lain.


Za kemudian menemui cikgu perempuan itu. Pada ketika pelajar lain semua sudah tiada, Za bertanya dengan agak perlahan,"Cikgu. boleh saya pinjam duit cikgu? Hari ini saya tidak bawa duit sebanyak itu. Semalam saya MC dan kawan-kawan takde pula beritahu tentang kena beli no pin ni,"


Cikgu perempuan itu bertanya pula kepada Za,"Kenapa Za MC? Za sakit lagi ke?"


Za menganggukkan kepalanya,"Ya cikgu. Kalau saya tahu kena bawa duit, pasti saya bawa lebih cikgu. Boleh saya pinjam duit cikgu?".

Cikgu perempuan itu memerhatikan Za dengan simpati,"Boleh. Za tak payah bimbang. Benda ni urgent. Kena settle hari ni juga. Jadi biar saya dulukan wang saya, ya".

"Terima kasih, cikgu. hari Isnin nanti saya bayar, ya,cikgu," ceria wajah Za pada masa itu. 


Berulang kali Za melafazkan ucapan terima kasih.


Isnin itu, setelah semua pelajar memperoleh No Pin masing-masing, kelibat Za tiada. Lalu cikgu perempuan itu bertanya kepada rakan-rakan sekelas Za. Bukanlah bermakna menuntut hutang Za, cuma bimbang, adakah Za sakit lagi di tulang belakangnya kesan kemalangan jalan raya dilanggar kereta beberapa bulan sebelum ini.


"Cikgu, Za, kemalangan jalan rayalah cikgu. Semalam, kereta langgar dia. Khabarnya kena hantar HOSHAS," ujar seorang pelajar perempuan.


"Alah sapa suruh race. Padanlah muka dia," pintas seorang pelajar lelaki lain.


"Eh , kamu tak baik cakap begitu. Betul ke dia race? Atau kamu cuma dengar cakap orang sahaja? Sekarang ni,kita doakan semoga dia selamat. Hari ini hari dia, esok lusa belum kita tahu," kata cikgu perempuan itu.


Dan sehingga kini, Za dilaporkan masih belum stabil. Khabarnya dihantar pula ke HKL. 


Cikgu perempuan itu ingin sangat menemui Za, ingin berikan semangat agar Za bangkit dari 'lenanya", sebagaimana Za pernah sering bertukar kisah dengan cikgu perempuan itu, yang mana dalam kisah-kisah itu sebenarnya, Za memberi motivasi secara tidak langsung kepada cikgu perempuan itu untuk terus menabur jasa mengikut kemampuannya kini.

Za bercita-cita tinggi. Za punyai perwatakan yang baik. Za punyai semangat yang tinggi. Za pelajar cerdik semasa peringkat menegah rendah.  Atas sebab-sebab tertentu, Za ditakdirkan berada di dalam kelas sangat sederhana semasa menengah atasnya.

Harapan cikgu perempuan itu, Moga dengan kekuatan yang ada pada Za itu menjadi kekuatan untuknya sedar dari 'lena' itu. Moga ingatannya kembali pulih.


Iringan doa untuk Za kepada Allah...di malam yang hening ini.

Wednesday, December 01, 2010

Nak Domain Percuma?

Nak Domain Percuma Oleh Diariniaga.com?

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.


Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.



Assalamuaikum/ hai kawan-kawan. Entry kali ini,saya ingin mewar-warkan kepada rakan-rakan pengunjung  blog ini terutamanya rakan-rakan followers,  satu giveaway yang sangat menarik yang dianjurkan oleh Puan Niz Azmier, DiariNiaga.com.

Siapa nak domain dot com percuma? Inilah masanya join. Dan mencuba nasib. Manalah tahu kan nasib menyebelahi.

Ini tagline yang myraudhatulukhuwah buat;

Diariniaga.Com: Mai Singgah Selalu

Ini syarat-syaratnya:
Semua pertandingan mestilah ada syarat-syaratnya . Jom baca ;
  1. Anda mestilah seorang blogger dan mempunyai blog sendiri .
  2. Letakkan link blog ini di dalam bloglist anda .
  3. Buat satu entry tentang pertandingan ini dengan tajuk ini sahaja ; ” DiariNiaga.com : Siapa Mahu Domain PERCUMA ? ” Tajuk-tajuk lain tidak diterima sama sekali .
  4. Letakkan banner pertandingan dalam entry anda serta di mana-mana bahagian sidebar blog anda beserta link ke entry Contest  di Diari Niaga.com 
  5. Ciptakan satu tagline paling menarik untuk blog ini . Biar ringkas tapi padat dan menepati citarasa Puan Nis .
6. Boleh buat penyertaan sebanyak mana yang anda mahu dengan syarat ; 1 penyertaan , 1 entry .
7. Tarikh tamat pertandingan ialah pada jam 12 tengah malam , 1 Januari 2011 . Penyertaan yang diterima selapas tempoh itu tidak akan dilayan . Harap maaf .
8. Mana-mana syarat yang tidak dipenuhi akan menyebabkan penyertaan gagal .

Selain hadiah domain percuma, ada juga hadiah cabutan bertuah. Berkenaan cabutan bertuah tersebut , hadiahnya ialah BARANGAN MISTERI dari Pink Muslimah Store . Boleh layari blogshopnya di SINI
Ha nak dapat cabutan bertuah ni kena ada akaun muka buku..Nak tahu syaratnya lebih lanjut, klik sini.

Mudah saja bukan ?
Apalagi, jom join.

Tuesday, November 30, 2010

Lambaian Pandanus Odorus

Lambaian Pandanus Odorus

Ketika myukhuwwah baru berpindah ke tempat tinggal baru kami beberapa bulan lalu, rumah yang kami duduki telah lama ditinggalkan penyewa lama. 

Masalah lipas adalah salah satunya di rumah baru yang kami tinggal ini. Mungkin disebabkan penyewa lama telah lama meninggalkan rumah ini.

Keadaan ini sangat tidak digemari oleh myukhuwwah yang alergik dengan lipas. Nak-nak kalau dia terbang.  Rasa macam nak terbang juga macam dia dan tangkap dia,:)



Apabila kami meletakkan pokok pandan, sekali dengan akar-akarnya, syukur alhamdulillah masalah ini dapat diatasi.

Lipas lari, rumah berbau wangi, jimat pun jimat sebab pokok pandan ini merimbun di belakang rumah jiran. Minta aje dengan jiran sebelah rumah yang sangat baik hati dan banyak membantu kami.Alhamdulillah.

Ternyata, pandan bukan setakat berguna untuk wangian, bunga rampai dan masakan seperti nasi lemak.


 Bunga rampai, sumber gambar, klik sini

 Nasi lemak.

 Bahkan jua dalam menghalau serangga seperti lipas ini.

Di sini saya muat naik juga, artikel Bagaimana Untuk Menghapuskan Lipas. Semoga ianya bermanfaat.
Bagaimana cara untuk menghapuskan lipas.

Artikel tulisan : HAFIZ ANUAR BIN ABDULLAH 

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.


Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
Selalu cuci bilik air. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.

Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi. 

2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
*Ingat : MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Entry prihatin

Assalamualaikum. apa khabar kawan-kawan?
Jom kita bantu Baby Afiq, klik sini.
Baby Afiq. klik sini.
Sekian,wassalam

Sunday, November 28, 2010

Jom Undi Mereka

Jom Undi Mereka
 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera teman-teman. Ketika terjah sekejap ke blog Insan Marhaen, terbaca tajuk, Syok sendiri, klik sini,   dan terus ke Blog Pilihan Malaysia 2010, Senarai Undian Peringkat Pertama,

Ternampaklah  senarai blog yang terpilih di situ. Termasuklah Insan Marhaen dan beberapa teman followers blog myukhuwwah.com ini. Rasa gembira sangat sebab followers teratak bicara hati ibu ini terpilih.


Tahniah kepada rakan-rakan bloggers yang tersenarai. Anda semua memang hebat.


Di kesempatan ini, saya ingin mengajak teman-teman mengundi tanda sokongan kita kepada teman-teman. Oleh kerana, beberapa orang follower teratak myukhuwwah ini turut tercalon, maka di sini saya  sertakan link mereka. Jom undi mereka.


Dah boleh mengundi sekarang. Tempoh sehingga jam 8 pagi 30 November, Selasa

Blog Personal Lelaki Pilihan

 HOK SENGOTI, Cikgu Iman


Blog Personal Suami Pilihan 

insan marhaen, klik sini.


Blog Personal Wanita Pilihan
 
Cik Tom,tomatogurlslife

Blog Personal Isteri Pilihan 



Kak Chik Keluargakusayang, klik sini.

Boleh mengundi sekarang. tempoh sehingga jam 8 pagi 30 november (Selasa).. Jom kita  pakat mengundi di:


Ada juga rakan-rakan bloggers lain yang terpilih seperti AkuAnakPahang. Tahniah juga  diucapkan.  Jika ada rakan-rakan followers blog ini yang tersenarai di sana tetapi asaya tak catatkan di sini, saya minta maaf ya.

Good Luck kepada yang tercalon.

Sekian, terima kasih,wassalam

Saturday, November 27, 2010

Abang Tak Nak, Adik Nak

Abang Tak Nak, Adik Nak

Ketika saya sedang menguruskan si adik yang sedang memakai pakaian selepas dimandikan, dan mata pula melihat kepada si abang yang sedang memanjat-manjat. Risau sebenarnya kalau dia jatuh tapi dah puas ditegah.

Penat rasanya menguruskan semua ini dalam keadaan tubuh diri sendiri tidak kuat. Melihat si abang, saya pun bertanya,"Abang, abang dah makin besar. Abang nak tak sunat?"

"Aaaa..", dengan kerut muka yang bengang, si abang tergagap-gagap nak menjawab.

Si adik yang sedang dipakaikan baju segera menjawab, "Adik nak sunat,"

Tergelak saya. "Aik, ibu tanya abang. Adik yang jawab?"

"Adik nak sunat-sunatlah. Abang tak mahu sunat," jawab si abang.

Saya pun memandang si abang,"Kenapa tak mahu, bang? Orang lelaki kena  bersunat juga."

"Abang taknak,tak nak lah, ibu."

"Adik nak, " jawab si adik lagi.

"Laa, korang ni selalu je berbeza pendapat,"cetus hati ibu.

"Wokeylah, cuba abang bilang dengan ibu, kenapa abang tak mahu sunat?" tanya saya lagi.

"Takut sakit, ibu."ringkas jawab si abang tapi ada jujur kata di situ.

"Abang, bersunat ni bagus untuk kesihatan. Bila bersunat, bersihlah sikit 'anu' abang,"

Selepas itu, bermulalah sesi penerangan ibu yang panjang lebar kepada anak-anak ibu tentang bersunat atau khitan ini.  Terasa macam doktor pula menerangkan kepada pesakit, atau Sister kat ward yang sedang menjelaskan cara-cara menyusukan bayi,:).

Di sini ibu sertakan sedikit info berkenaan berkhitan ini. Ibu minta Maaf tak dapat jalan2 blog kawan-kawan ibu semalam memandangkan ada temujanji dengan pihak hospital sepanjang minggu ini.





Hujan mengiringi perjalanan pergi dan balik kami. Syukur Alhamdulillah,perjalanan ini selamat.



Hukum Berkhitan

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.

Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.

e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam.

Khitan dari segi kesihatan

a) Mengurangkan Risiko Kanser

Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan.

Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Perkhidmatan berkhitan, SOPD HTAA Kuantan, Pahang


Atas: Klinik Pakar SOPD. Seperti slogan yang mereka tulis di S= Sabar, O= Optimis, P=Peramah, D= Dinamik, begitulah perkhidmatan mereka. Tahniah.
Bawah: Ruang Legar bangunan Klinik Pakar di HTAA.
Gambar ni, 6 bulan dulu. semalam, ada Pameran pendidikan penyusuan ibu.


Unit Berkhitan
Unit ini menyediakan perkhidmatan berkhatan untuk murid-murid pada musim cuti sekolah. Temujanji untuk berkhatan boleh dibuat 2 minggu sebelum sekolah tutup. Borang-borang tersebut boleh di dapati di bilik no. 9 Day Care Centre atau bilik no 10 unit Perkhidmatan Endoscopi. Unit ini boleh juga dihubungi melalui talipon 09-5133333 Samb: 3018 atau terus ke Unit SOPD, Klinik Pakar SOPD, HTAA. (Di bangunan baru)

Kaedah Smart Clamp

Mengenai kaedah atau teknik Smart Klamp pula ia merupakan satu teknik berkhatan atau bersunat yang cepat, mudah dan selamat. Dengan teknik itu, lima orang kanak-kanak dapat dikhatankan setiap jam oleh seorang doktor yang terlatih. Dengan 10 orang doktor, 200 kanak-kanak dapat dikhitankan dalam masa empat jam berbanding lapan jam dengan cara jahitan.

Selain itu, penggunaan Smart Klamp juga telah diterima pakai oleh lebih 200 klinik di seluruh Malaysia, ia juga merupakan teknik yang mudah dikendalikan oleh doktor, tanpa jahitan dan mudah dijaga. Sehingga kini, lebih 50,000 kanak-kanak telah dikhatan menggunakan teknik ini sejak ia diperkenalkan seawal 2003.

Teknik ini merupakan kaedah terbaik untuk pesakit diabetis, hemophilia, kanak-kanak autism dan kanak-kanak hiperaktif.


Masjid Negara pun ada mengadakan Khitan beramai-ramai. 

Masjid Negara untuk mendapatkan borang penyertaan daripada urusetia di urusetia Program Berkhitan, Unit Perkhidmatan Sosial, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur atau layari laman web rasmi Masjid Negara di www.masjidnegara.gov.my.

 P/S: Alhamdulillah blog ini telah boleh dilayari dengan firefox. Mungkin setelah tukar themes. Saya pun tak buat apa-apa melainkan tukar themes dia je.

Friday, November 26, 2010

Sukarkah Menemui lelaki Baik?

Sukarkah Mencari Lelaki Yang Baik?
http://www.myukhuwwah.com/






Tajuk entry kali ini tidaklah berkaitan dengan suami atau ahli keluarga saya yang lain. Juga tidak berkaitan dengan kawan-kawan bloggers dan saudara mara jiran tetangga yang tahu akan kewujudan teratak alam maya saya ini. Maaf ya jika isu gender, kali ini saya ketengahkan.


Cuma sejak akhir-akhir ini, apabila membaca laporan akhbar tentang beberapa perkara yang berlaku di dalam negara, minda ini bagai diterjah soalan,"Sukarkah Mencari lelaki yang baik?"


Menyingkap beberapa insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini, membuatkan diri ini mengalir air mata.


Antara insiden yang dimuatkan di akhbar arus perdana, misalnya, Isteri Mati Dikelar Suami, klik sini.  Murtad Kerana Digantung Tidak Bertali, klik sini.  Ditendang Lelaki Semasa Kemalangan, klik sini. Beginikah Calon Menantu, klik sini.


Sedangkan, cinta itu suci dan murni. Cinta itu fitrah manusia. Seringkali  cinta yang cuba diimplemantasikan itu  tersasar dari landasan syariat Islam.


Apabila membaca seerah (sejarah) hidup Rasululluah SAW, Baginda begitu memuliakan wanita. Baginda menyelamatkan wanita dari menjadi hamba nafsu dan objeks permainan kepada takhta mulia seorang khalifah Allah.


Wanita diangkat setaraf dengan lelaki.


Kalau tidak masakan Rasululluah SAW ada bersabda tentang hormati ibu, sebanyak 3 kali Baginda SAW ulangi dan barulah bapamu..


Kepada wanita-wanita yang diuji dengan sikap suami yang berlaku zalim, moga  jadikan kisah  Asiah isteri firaun, sebagai suntikan motivasi diri untuk berjaya di dunia dan akhirat.


 Salam ketabahan dihulurkan. Usah biarkan mendung memayungi dirimu. Berurusanlah dengan mereka yang arif dalam hal bab hukum hakam Islam, termasuk bab nikah kahwin, agar kemelut rumahtangga dapat diselesaikan dengan segera.


Kata pujangga, dan ini bukan Hadith Rasululluah SAW:

  "Wanita diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang"


Kepada kawan-kawan, mungkin boleh lihat entry Vic ini, Ciri-ciri Suami Soleh dan Isteri Solehah, klik sini.


Di sini, saya turut muatnaik tentang,  
"Harapan Seorang Gadis Terhadap Lelaki Impiannya".

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…




Puisi di atas dipetik dari bloggers perhiasandiredhai, klik sini.


Sekian,wassalam.

Wednesday, November 24, 2010

Mama yang Cekal

Mama Yang Cekal



Alhamdulillah, malam ini saya cuba blog walking followers teratak myukhuwwah ini. Pada kali ini, saya ingin mencoretkan entry berkenaan blog para ibu yang cekal. Samada mereka insan istimewa atau anak mereka insan istimewa.

Sue, klik sini.
Umi Sofie, klik sini.
Kak Werdah, klik sini.
Maiyah, klik sini.
Mommy fahry, klik sini.
Sis Sueleen, klik sini.
Mummy Mujhee, klik sini.
YM Raja Rohaisham, anakanda AnNuur dan AnNisa', klik sini.
Sis Ita, klik sini.

Dan
kaum bapa yang cekal sedang diuji,

Bro Pie, klik sini.
Bro KS, klik sini.
Bro IM, klik sini.
Wak Mizie, klik sini.

Seandainya ada di kalangan kawan-kawan yang saya tidak senaraikan, saya mohon maaf ya.

Apapun, terima kasih atas sokongan kawan-kawan.

Sekian,wassalam

Ukhuwwah Bukan Slogan

Ukhuwwah Bukan Slogan

Ukhuwwah Bukan Slogan
Yang kedengaran berdegar-degar
Namun rupanya
Hanyalah tin-tin kosong

Ukhuwwah Bukan Slogan
Bagai isi dan kuku
Bagai aur dan tebing
Hanyalah tebu di pinggir bibir

pabila datang ujian dan musibah
kepada sahabat
bukannya sokongan moral
bertanya khabar tidak sekali
datang menziarahi jauh sekali
dengan anggapan sahabat itu
...merajuk
...membawa diri
lalu dipulaukan?

Apakah
yang diperoleh oleh sahabat yang sedang diuji?
bahkan fitnah dan tohmahan
yang dilemparkan
kepada sahabat itu

Itukah ukhuwwah?
Itukah manifestasi ukhuwwah?
Itukah yang Islam ajarkan?

Berhentilah slogan ukhuwwah itu
Andai hak seorang sahabat kepada sahabat
yang lain tidak ditunaikan.

p/s; Entry ini tiada kena-mengena dengan rakan-rakan followers
Just menarikan jemari mengikut kata hati orang muda-ops semakin tua.

Alhamdulillah, TQ ServerFreak

Alhamdulillah, TQ ServerFreak

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, masalah blog ini nampaknya dapat diatasi. semoga takde masalah lagi lepas ni.

Sebelum Subuh pagi tadi, saya dah perasan blog ini tidak boleh masuk dengan firefox. Lalu, saya menghantar email kepada serverfreak pada pukul 10.14 pagi. Alhamdulillah tak sampai 20 minit saya mendapat maklum balas begini:

   Saya sudah membetulkan A Record settings blog anda. 


Kemudian atas cadangan Serverfreak, saya pun buat update Blogspot settings dalam Blogspot.

Dan juga buka link yang diberikannya:

klik sini

Saya juga delete blog-blog lain di dashboard saya. Termasuk lagu Maher Zain. Semoga masalah ini takde lagi. Semoga blog Fizanur pun kembali pulih.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada bloggers Denai hati, klik sini, kerana setelah dengan membaca review di blognya, saya pun menggunakan khidmat ServerFreak. Beliau juga ada menganjurkan pelbagai contest, termasuk Hidup Untuk Memberi, klik sini.
  
Malaysia Web Hosting

Blog Tak Boleh Buka di Firefox?

Blog Tak Boleh Buka di Firefox?

Alhamdulillhirabbilalamin,syukur ke hadrat Allah SWT, pagi yang hening ini dapat saya menulis sesuatu di blog ini.

Merujuk kepada tajuk entry kali ini, myukhuwwah tidak boleh dibaca di firefox. Myuskil juga dibuatnya. Ada kawan-kawan yang boleh membantu? Maklumlah myukhuwwah pun sangat baru di blogsphere ini.

Blog ini boleh view di IE dan chrome tapi di firefox,tak boleh.

Sebelum ini, myukhuwwah cuba masuk di blog Fizanur, klik sini, http://mybeautifulaisyah.blogspot.com/2010/11/something-wrong-with-my-blog.html

Sekian, terima kasih

Wassalam.

Tuesday, November 23, 2010

Oh Zea Mays

Oh Zea Mays; 
Oh Zea Mays. Dirimu sungguh enak bila dimakan. Selain itu, bekhasiat tinggi. Antaranya jagung kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan mempunyai minyak yang baik untuk kesihatan. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah ini. 

Jom kita makan jagung. 



 Jagung Segar dari ladang

Jagung ni jagung madu Cameron Highlands. Alhamdulillah, segar dari ladang. Boleh dikatakan setiap minggu ada je stok jagung ni.

Khasiat Bulu Jagung



Bulu jagung yang halus warna kuning itu pun rupanya ada khasiatnya. Pernah uncle Cina jiran sebelah rumah kelihatan selalu membawa balik bulu jagung. Beliau mengambil bulu-bulu jagung itu di pasar awam. kata uncle, ia baik untuk orang yang menghidap diabetis.

lepas tu, ada makcik yang selalu membantu saya di tempat kerja memeberitahu, bulu jagung ini boleh merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari.

Mungkin kawan-kawan ada petua yang lain?


Petua Agar Jagung Sentiasa Manis

bagi mengekalkan kemanisan jagung, letakkan jagung di tempat yang terbuka untuk seketika sebaik sahaja dikeluarkan daripada bungkusannya.

Kemudian, rendamkannya di dalam air dingin selama satu jam sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Apabila ingin memasak jagung, pastikan ia direbus dengan menggunakan api yang besar supaya ia cepat masak.

Pantun Tradisional Yang Ada Perkataan Jagung

Pantun Perpisahan, sedih pula. Macam nak berpisah je kan. 
Tapi tetap nak bubuh juga pantun ni.

Hari ini menanam jagung,
Hari esok menanam serai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bersurai.

   Malam ini menanam jagung,
   Malam esok menanam serai;
   Malam ini kita berkampung,
   Malam esok kita bercerai.

Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai 


sekian,wassalam.

Monday, November 22, 2010

Semoga Kejayaan Mengiringi

Semoga Kejayaan Mengiringi



Assalamualaikum
Salam kejayaan untuk adik-adik dan para pelajar yang bakal menduduki SPM esok.

Kejayaan adik-adik, kebanggan ibubapa dan keluarga.
Jua masyarakat.

Untuk saat-saat akhir ini, teruskan doa dan solat.

Siapkan alat tulis. Periksa kad pengenalan dan slip menduduki peperiksaan.

Malam ni tak mahu tidur lewat,ok?

Tidurlah dengan tenang.

Rehatkan minda dari sebarang kekusutuan.

Moga anda cemerlang .

p/s: Untuk Tips Menjelang peperiksaan, sila klik sini.

Sedikit perkongsian Doa Menghadapi peperiksaan, klik sini.

Sekian,wassalam

Terima Kasih

Terima kasih



Terima kasih
buat dia
yang setia
meladeni diri ini
yang serba kekurangan
dan serba dhaif

Terima kasih
buat dia
yang tidak malu
berjalan beriringan
menolak kerusi roda buruk
seorang wanita
yang tidak pernah tahu
hendak bersyukur

Terima kasih
pada dia
yang sudi di sisi
ketika hujan membasahi bumi
ketika kemarau tanpa setitis air
ketika ribut membadai

Tautan hati
kerna Ilahi
bertemu tak jemu
berpisah tak gelisah

tautan Hati
yang bukan hanya
di pinggiran bibir sahaja
bahkan ia
sejati
dariMu Tuhan
bersatu dalam cintaMu
gemesik gemalai cintaMu

Benarlah
ketika dilanda ombak
ketika tangan telah hampir kelemasan

...ketika itulah
kita kan dapat menilai
siapa
sahabat sejati
atau cuma
teman ketawa di perjalanan

Alhamdulillah
bersyukur ku padaMu

Allahu Akbar

Engkau sentiasa ada di sisi
dekat di hati
halus di sanubari

....dan pesanan seorang kakak kesayanganku
"maafkan kak ya dik. Akak tak tunaikan hak-hak seorang sahabat kepada sahabatnya".

kakak...
yang kini jauh di utara
yang kurindui selalu
kan kusemat di hati

BiLa EngKau MemAndanG SeGalAnyA daRi TuhAnMu...
YanG MenCiPTaKan SegaLaNya... YaNg MenimPakaN UjiAn... YanG MenJadiKan SaKit HatImu.. YanG MemBuaTkan KeiNginaNMu TerHaLang... SeRta MenYusaHkan HiDupMu... PasTi AkaN DamaILah HatImu kerAna... MasaKan ALLAH SenGaja MenTakDirKan SesUatu UntUk seSuaTu YanG Sia2... BuKan ALLAH TidAk Tahu DerItanyA HipduPmu,RetAknYa HatiMu... TapI muNgKiN ItULah Yang DIA MahU... KeRana.. DIA TahU Hati YanG SebeGiNiLah YanG SeLalUnyA LebIh LunaK DaN MuDah UnTUk DeKat DaN AkRab DenGanNYA...
Terima kasih
jua kuucapkan
buat semua teman maya
myukhuwwah
.........

Sunday, November 21, 2010

Perjuangan Demi Rezeki

Perjuangan Demi Sesuap Rezki




Susulan penemuan mayat amah di tong sampah. Ops bukan di Malaysia ya. Tapi di Saudi,
""Amah Indonesia dibunuh majikan Saudi" klik sini.

Hari ini keluar berita di Metro, Pembunuh amah ditangkap, klik sini.

Myukhuwwah ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa. Untuk rakan-rakan follower dan pembaca myukhuwwah dari negara seberang, myukhuwwah juga turut  bersimpati membaca kisah amah ini. 

Walaupun myukhuwwah mempunyai pengalaman pahit dengan salah seorang pembantu rumah tangga myukhuwwah, namun ada juga di kalangan mereka yang sangat jujur dan ikhlas mahu bekerja di Malaysia.Malahan menjaga myukhuwwah dan anak kecil dengan sepenuh kasih sayang,kayaknya bagai keluarga sendiri.

(Rindu sama mbak,apa khabar agaknya dia? Kampongnya dekat dengan Gunung Merapi)

Mereka pun saudara seIslam kita,kan. selain kebudayaan ada sedikit kesamaan.

Mungkin kita boleh rujuk link ini, "Adab Terhadap Pembantu Rumah Tangga", klik sini.

RIYADH: Seorang lelaki Saudi dan isterinya ditangkap atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Kikim Komalasari. Nama pasangan yang ditangkap itu belum didedahkan.

Bagaimanapun, duta Indonesia di Arab Saudi, Gatot Abdullah Mansyur berkata, mereka sudah disoal siasat oleh polis.

Gatut memberitahu wartawan Arab News, Kikim didera sebelum dibunuh dan mayatnya dicampakkan di tepi jalan oleh majikannya pada 11 November lalu. 
 
 berita lanjut, silakan ke Harian Metro ya, tak sanggup nak tempek kat sini. Sedih.

Saturday, November 20, 2010

Bilalah Nak Pandai

Bilalah nak Pandai ni

Alhamdulillah, ibu nak catatkan sesuatu di sini.

Ibu sedih, bilalah ibu nak pandai buat ketupat daun palas ni.

Padahal dari umur 13 tahun semasa bersekolah di utara tanahair, ibu dah belajar buat ketupat ni. Tapi tak pandai-pandai juga.

Ketupat dari daun kelapa, bolehlah ibu tolong buat walau tak pakar tapi alhamdulillah, menjadi.

entry ini ibu buat sebab ibu Rindu ayah bonda... yang suka dengan ketupat dari daun kelapa
lagipun leluhur ibu memang dengan ketupat jenis ini je

 Yang ni, tak mahir lagi. Untuk makan sendiri, boleh,kalau dengan mertua, tak lulus lagi.



...Ketupat yang ni, ibu reti....


Kek keju nanas dan kerepek bawang yang sedap...
Entry ibu tentang sambutan Aidil Adha, klik sini.

Sekian, Wassalam...

Kenapa Search Engine Tak Jumpa URL

Kenapa Search Engine Tak Jumpa URL Kita?

Alhamdulillahirabbilalamin, bersyukur ke hadrat Allah SWT Yang Maha Esa, atas rahmat dan nikmat yang diberikanNya kepada kita.

"url saya macam susah nak cari di google search.. pada pendapat Ummu,  kita kena pakai url yang 'lain dari yang lain' ke? atau memangg ambil masa untuk muncul di google search? "

Alhamdulillah pagi ini myukhuwwah curi masa yang ada untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Maklumlah, myukhuwwah pun ilmunya dalam blogsphere ini sangatlah cetek. Apabila myukhuwwah menerima soalan seperti di atas, myukhuwwah teringat pengalaman masa mula-mula berblog dahulu.

Seorang hamba Allah yang baik hati dan kasihan kasih melihat myukhuwwah, lalu hamba Allah itu menunjukkan cara-cara supaya blog myukhuwwah ini wujud bila pakcik gugel search. Terima aksih atas tunjuk ajar hamba Allah itu.

Untuk menjawab soalan di atas, myukhuwah tak berapa reti nak terang. Malu pun ada dengan otai-otai bloggers. Maklumlah blog myukhuwwah baru setahun jagung. Tapi demi sebuah persahabatan, walaupun tak pernah bertemu mata, myukhuwwah cuba jawab ya.

Untuk pakcik gugel dapat track url kita, memang ambil masa. Selain itu, kalau lebih banyak url blog kita ditempekkan di blog kawan-kawan, maka ia lebih banyak membantu mempercepatkan blog kita dikenali search engine. Kalau kawan-kawan perasan, di atas side bar blog ibu ini, ada My-RU-Link, klik sini,di situlah link blog yang pernah meng link kan blog myukhuwwah ini di blog mereka pada suatu masa dahulu masa blog ini masih aktif sebelum terbeku seketika.:)

Ada salah satu blog myukhuwwah yang walaupun dah dibuat sejak setahun lebih yang lalu, tetapi agak lama untuk terpapar di search engine. Setelah ibu buat sedikit perubahan, bolehlah sikit-sikit terpapar di searh engine. Mungkin sebab tak ramai yang add blog ibu itu di blog mereka, maka lambatlah sikit.

Alhamdulillah teratak buruk baru myukhuwwah ini mudah pula dikesan encik gugel pada permulaan kewujudannya di alam maya walaupun masa itu tidaklah mempunyai ramai followes. Terima kasih kepada semua followers myukhuwwah yang sudi follow teratak merapu ibu ini.

Ok, back to topic.

  1. Kalau kita belum submit url blog kita di searh engine, silakanlah submit url blog kita.
Add your URL to Google. Klik sini. 

Boleh juga submit di Bing, klik sini. 

Yahoo site Explorer . Klik sini.

         2.   Masukkan Tips dari Maribinablog, "TIngkatkan Traffic dari searh engine"

Myukhuwwah akui kalau wordpress selfhosting, SEO agak cepat menemui blog kita. Contohnya, blog Jurnal Kehidupan, klik sini.   Mungkin sebab wordpress mesra SEO kot. Apapun, eloklah kita yang menggunakan blogspot ini ikut petua yang diberikan oleh Maribinablog ini.

Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.

<data:blog.pagetitle/>
Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah titlemeta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.
<data:blog.pageName/> | <data:blog.title/&
<data:blog.pageTitle/&g
Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1


Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <data:blog.pagetitle/> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod (Sila ke maribinablog ya) <data:blog.pagetitle/>


Petua Tingkatkan Traffic di atas, myukhuwwah copy bulat-bulat sebiji-sebiji dari Maribinablog, klik sini.

Harap entry ini dapat membantu. Sekian,wassalam.


Friday, November 19, 2010

Korban kasih, Korban sayang

Korban kasih, Korban Sayang



situasi 1:

Kak M: U, nanti U.jangan terkejut, bila U datang sini lagi, Abang H tiada di rumah akak dan tak dapat melayan suami U macam dulu-dulu.

U: Tak pelah kak. Kalau abang H sibuk,nak buat macam mana. saya faham Abang H kan sibuk.

Kak M: takdernya sibuk, U. Jangan terkejut kalau Abang H kahwin lagi...

U: (terdiam. Merenung wajah kak M. Ada jujur kata di situ. U terkejut, sebab Kak M dan Abang H very loving couple di mata kawan-kawan. Tapi dalam dunia ini tiada yang mustahil. Pantai lagikan berubah. Inikan pula hati manusia)

U: Maksud akak?

Kak M: Abang H ada kekasih. Dah rancang nak kahwin. Akak terbaca SMS Abang H masa Abang H demam. Rupanya Dah lama mereka berkasih. Wanita tu beritahu, Abang H mengaku duda. Abang H cakap dengannya yang kami dah bercerai. Kami dah lama tak tinggal bersama. Katanya lagi Abang H beritahunya yang anak-anak kami duduk dengan akak.

U: MasyaAllah, sampai macam tu sekali ke Abang H cakap dekat akak?

Kak M; Itu yang akak sedih. Selama ni kami takde gaduh-gaduh. OK je. Dia layan kak ok, akak layan dia OK. dengan nak-anak dia layan baik. Cuma sejak beberapa bulan ini masa untuk mengajar anak-anak mengaji dah takde. kalau tak, dulu, dialah yang mengajar anak-anak mengaji Quran. Dia tak beri hantar anak kepada orang lain. Katanya, dia nak ajar anak sendiri. Bila akak tegur, dia marah akak. U tahulah kan macam mana garangnya Abang H?

Bila kantoi, dan akak hubungi wanita tu, suami akak balik kerja terus marah akak. Beri warning jangan hubungi wanita itu lagi.

Puas akak bertanya, apa kurangnya akak? Abang H kata akak terlalu sempurna sebagai seorang isteri dan wnaita. Kata Abang H,akak cantik, bekerjaya, pandai bawa diri dan yang penting, selama ini, alhamdulillah dnegan duit hasil gaji akaklah yang dapat menampung perbelanjaan anak-anak. Abang H akui smeua itu. Cuma katanya, dia cuma nak tambah je cawangan. Lagipun, Islam membenarkan.

U: MasyaAllah.Beratnya dugaan akak. Ini melibatkan soal hati. Soal perasaan. Kalau saya, saya tidak mampu.

Kak M: Cuma, akak terasa,kalau kita ,para isteri yang bercinta dengan lelaki lain  adalah dosa. dianggap isteri derhaka. Tetapi kalau lelaki buat, tak apa pula? Mana keadilan di sini? kalau macam tu senanglah jadi lelaki. Boleh poligami. kenapalah akak tak dilahirkan sebagai lelaki.

U:MasyaAllah, kak. Bertenang kak. Bertenang...Kita sebagai isteri, memang berdosa besar jika mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki lain. tak kiralah  dengan suami orang ke, bujang ke. Begitu juga suami yang mempunyai hubungan lain dengan perempuan lain. Ianya tetap berdosa.

Nak-nak pula kalau hubungan suami tu sampai melampaui batas agama..Mungkin sebab itu suami akak nak berpoligami...

Kak M: Tapi wajar ke dia kata kat perempuan tu yang dia dah bercerai dengan kak? Eh ni bab nikah kahwin cerai berai ni bukan boleh buat main-main tau...

Dan bermulalah diskusi dan perbincangan kami. Berat dugaanmu kak M...

Kak M: Demi anak-anak, akak telan semua kepahitan ini.Akak kena korbankan diri buat sementara... Akak tak mahu pelajaran anak-anak terjejas disebabkan hal kami suami isteri, U. Tahun ni saja, anak akak si abang nak ambil SPM, si tengah nak ambil PMR, si kakak UPSR.

Terima kasih, U. Sudi dengar masalah akak. Benar amat pahit dugaan ini. Namun akak mohon ampun kepada Allah andai akak ada menyalahkan takdir atas apa yang berlaku ke atas bahu ini. Alhamdulillah, lega sikit hati kak.InsyaAllah nanti akak tanya orang alim atau pejabat agama tentang jatuh atau tidak talak bila suami akak cakap kami dah bercerai tu. (Kak M memeluk erat anak bongsunya yang berusia 2 tahun yang
sedang menyusu dengannya).

Sempena hari raya Korban ini, myukhuwwah selitkan salah satu catatan cebisan  sesi kaunseling myukhuwwah. Situasi dalam sesi berikut akan menyusul jika ada rezeki daripadaNya.

Di sini juga saya selitkan sedikit artikel "Tidak rujuk tapi tidur sama" yang dipetik dari Harian Metro.

SAYA sudah bercerai dengan suami lebih setahun lalu, tetapi baru-baru ini aduan kemusykilan saya dijawab pakar agama dengan memberitahu saya masih isteri yang sah dan menyuruh membatalkan perceraian dengan mendaftar di mahkamah.

Saya melakukan itu dan sepanjang perbicaraan suami tidak pernah hadir. Untuk pengetahuan Dr, sejak bercerai, kami selalu tidur bersama seperti dulu walaupun suami tidak mengucapkan rujuk tapi dia menyetubuhi saya sehingga sekarang.

Sekarang dia tinggal berasingan dan akan pulang seminggu sekali. Setiap bulan dia memberi nafkah kepada saya.

Kami berbincang dan bersetuju merahsiakan status kami daripada pengetahuan ibu bapanya.

Itu disebabkan bapanya tidak pernah menyukai saya selama empat tahun menjadi menantunya. Kami reda dengan jodoh ini walaupun pada mulanya tidak berniat untuk berkahwin.


Masalahnya Dr, suami sekarang seolah-olah tidak mahu ke mahkamah atas alasan sibuk. Saya rasa suami tidak mahu mengahwini saya semula dan cuma ingin melepaskan nafsu saja.

Saya terasa dipermainkan dan sehingga sekarang masih dapat bertahan kerana terlalu cintakan suami malah sanggup mengambil risiko membenarkannya berkahwin lagi jika gagal memberi zuriat.

Baru-baru ini, saya mula syak perubahannya. Apabila saya menghubungi telefon bimbitnya tertera perkataan 'menunggu', bermaksud dia sedang bercakap dengan seseorang.

Ketika balik ke rumah dia akan menyembunyikan telefon atau mematikannya. Pada suatu malam, hati saya terlalu ingin tahu dan mencari telefon itu dan akhirnya saya melihat gambar perempuan di dalamnya.

Apakah perlu saya lakukan untuk melupakan dia? Daripada segi undang-undang Malaysia kami sudah sah bercerai, tetapi dari undang-undang Islam saya tetap isterinya kerana kami sudah rujuk rajie.

Sekarang saya fikir dia tidak perlukan saya lagi. Dia pernah cakap yang saya memaksanya untuk menyayangi saya. Saya terasa diri diperalatkan.


MURNY
Kuala Lumpur



MEMANDANGKAN perceraian anda sudah disabitkan di mahkamah syariah, status rujuk atau hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tidak boleh dirujuk, iaitu setelah habis edah.

Jika masih tidak dilaporkan, mahkamah perlu memastikan perkara itu berlaku. Mahkamah memerlukan kerjasama suami puan untuk mendapat keterangan perkara berkenaan.

Ini kerana tanpa adanya surat rujuk, anda berdua boleh didakwa bersekedudukan tanpa kahwin. Perkara begini perlu dibincangkan dengan suami kerana ada implikasi undang-undang.

Melakukan persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai adalah satu kesalahan. Hukumannya dalam Akta Undang-undang Keluarga Wilayah-Wilayah Persekutuan ialah denda RM500 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Ahmad Ibrahim, 1999: 247).

Soal status perkahwinan anda perlu ditetapkan terlebih dahulu. Persetujuan anda berdua untuk merahsiakan masalah rumah tangga daripada pengetahuan keluarga masing-masing menyebabkan status anda menjadi lebih rumit.

Akhirnya anda berasa seperti dipermainkan suami apabila dia menjalin hubungan dengan wanita lain. Saya berpendapat anda perlu menyelesaikan masalah satu persatu bermula dengan kedudukan status perkahwinan seterusnya masalah lain daripada soal hubungan dengan mentua dan kemungkinan suami ingin berkahwin lain atau hanya sekadar berseronok dengan perempuan lain.



sumber soal jawab ini dari MyMetro, FikrahDr Salam, klik sini.

Thursday, November 18, 2010

Datang & Pergi

Datang & Pergi


Ia datang
kemudian ia pergi

ia datang bersama salam
pergi tanpa pamitan

Datang
dan kemudian pergi

Lumrah alam
Ketentuan Tuhan

Ia datang....
..kemudian pergi

Namun patah tumbuh
kan berganti

meski tak sama

Begitulah alam maya
Blogsphere yang serba baru bagi diri ini
dan diri ini masih di sini

Terima kasih buat teman-teman
meski di alam maya
di papan kekunci ini
di surface ini

terima kasih atas pertemuan ini...

Datang dan pergi..
apapun
salam ukhuwwah...

Monday, November 15, 2010

Ketupat, Kek, dan Rindu

Ketupat, Kek dan Rindu

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerna hari ini kita masih bernafas lagi. Ibu bersyukur kerna kolam yang bersambung dengan sungai utama di belakang rumah ibu ini, airnya telah surut.

Ummu minta maaf sepanjang cuti hujung minggu lalu tidak berkesempatan blogwalking ke blog rakan-rakan.

Di sini myukhuwwah ingin berkongsi sedikit pengalaman. Menjelang Aidil Adha yang bakal tiba sehari sahaja lagi, persiapan hari raya telah dibuat ala kadar sahaja.

Saya membantu mana yang termampu sahaja. Jom kita lihat beberapa gambar persediaan myukhuwwah menjelang Aidil Adha.






Daun palas yang sedang digulung.





Sarong ketupat daun palas.




Kek birthday....

Kek coklat,ops ada pokok kelapa.

Alhamdulillah, saya akui suasana sambutan Aidil Adha di tempat ibu tinggal ini memang meriah. Sekarang ini pun kedengaran lembu mengembok. Ops lembu menguak.


Cuma hati ini dipagut sayu mengenang adik-adik yang akak kasihi. Kakak mendapat khabar cuti sekolah  sempena Aidil Adha u all just for a day only, ada yang 2 days. Kakak doakan adik-adik akak ni tabah ya. Semoga adik-adik yang akak sayangi berjaya dalam peperiksaan awam yang bakal menjelang tak lama lagi.

Untuk kawan-kawan Muslim myukhuwwah, samada kawan di luar mahupun di alam maya, dan saudara mara, saya mengucapkan Salam Aidil Adha. Myukhuwwah mohon maaf lahir batin jika sepanjang perkenalan kita terutama disepanjang berblog dan berblog walking, terdapat kekasaran kata dan bahasa di mana-mana.






Saturday, November 13, 2010

Lambaian Kasih

Lambaian Kasih






Kaabah...lautan manusia...
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Wukuf di Arafah akan tiba. Jamaah haji juga semakin ramai di kota suci ini.
Hati ini rindu, rindu sangat. Hanya Allah Yang tahu. Banyak yang dirindukan di kota suci Makkah dan Madinah ini...terutama waktu ini di Kota Makkah, jamaah haji pun sudah berkumpul untuk persediaan Wukuf di Arafah. Baca juga catatan Ayah Zain.


Semua umat Islam, tidak kira warna kulit, bangsa, ras dan pangkat
Datang dengan satu tujuan
"Labbaikallah humma labbaik...".
Mengabdi diri kepada Allah yang Maha Esa


Ruang solat di depan Reception Hotel pun penuh dengan hamba Allah yang solat. MasyaAllah, indahnya Islam. Di mana-mana pun boleh solat asalkan bersih dan suci.

Semua gambar dalam entry saya ini saya ambil dari blog Tn Hj CL , Pengalaman di Kota Makkah, klik sini.