Pages

Monday, April 23, 2012

Mohon Maaf Kepada Semua Followers

Mohon Maaf Kepada Semua Followers


بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده

Saya penulis Blog Bicara Hati Ibu @ myukhuwwah.com memohon maaf jika sepanjang saya berblog ini mengguris hati pembaca blog terutama kepada rakan followers/ add url blog.

Saya memohon maaf kerana saya tidak dapat meninggalkan jejak di  blog rakan followers.

Terima kasih di atas sokongan rakan followers dan rakan blogger yang sudi mengikuti blog ini.

Sekian, wassalam.

Tuesday, April 17, 2012

Subhanallah Bayi Baru Lahir Berkaki 6

 Subhanallah Bayi Baru Lahir Berkaki 6 Perlu Bantuan




Indeed, within the heavens and earth are signs for the believers. 



And in the creation of yourselves and what He disperses of moving creatures are signs for people who are certain [in faith].



And [in] the alternation of night and day and [in] what Allah sends down from the sky of provision and gives life thereby to the earth after its lifelessness and [in His] directing of the winds are signs for a people who reason.  

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkannya terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga pada rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit lalu ia hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya serta (pada) peredaran angin (semuanya itu) mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan) KeEsaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya serta keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

 (Al-Jaathiyah: 3-5)

Kelebihan manusia berbanding dengan makhluk yang lain ialah dikurniakan akal sebagai neraca menilai antara kebaikan dan keburukan, antara kebenaran dan kepalsuan. Daripada akal jugalah lahirnya keyakinan dan keimanan. Lantaran itu, Allah s.w.t. menyuruh manusia menggunakan akal bagi menilai dan menyelidik rahsia di sebalik kejadian alam semesta.


Seorang bayi lelaki yang baru lahir dengan enam kaki di wad unit rawatan rapi
  di sebuah hospital di Karachi, Pakistan.

Doktor di Pakistan sedang berusaha  untuk menyelamatkan bayi lelaki yang dilahirkan dengan enam kaki kerana penyakit genetik yang jarang berlaku.

Bayi  ini telah dilahirkan pada minggu lepas. Bayi anak kepada pasangan ibu bapa di Sukkur, sebuah bandar di Sindh sebuah negeri di tenggara Pakistan. 

Bayi ini sedang dijaga oleh doktor di Institut Kesihatan Kanak-kanak di Karachi.

Jamal Raza, pengarah institut itu, berkata , kanak-kanak itu mempunyai kembar berkumpul, yang terlalu awal, menyebabkan anggota tambahan terjadi.

"Salah satu daripada bayi kembar tersebut tidak berkembang sepenuhnya. Ini menyebabkan struktur fizikal kaki tambahan itu seolah-olah  hadir untuk bayi," Raza kepada  The News Tribe, sebuah laman web yang berpangkalan di UK yang meliputi Asia dan Timur Tengah.

Bapa bayi berkenaan, Imran Shaikh, merayu bantuan  daripada kerajaan dan badan amal untuk membayar untuk pembedahan kanak-kanak.

"Saya tidak mampu untuk melawat Karachi  dan mendapatkan rawatan untuk bayi saya," kata Shaikh, seorang juruteknik sinar-X.

Budak 2 Tahun Tinggal 5 hari Dengan Mayat Ibu

Budak lima hari bersama mayat ibu

Gambar Rumah di mana anak kecil berusia 2 tahun ditemui hidup tetapi kekuarangan banyak air, setelah ibunya meninggal dunia 5 hari.

SYDNEY: Seorang kanak-kanak perempuan Australia berusia dua tahun menghabiskan masa lima hari bersendirian bersama mayat ibunya dengan hanya makan coklat telur Hari Easter, kata pegawai semalam.

Kanak-kanak yang mengalami kehilangan air badan serius itu, ditemui pada Jumaat selepas jiran mendapat tahu dan membawa kepada penemuan mayat wanita berusia 30-an di sebuah rumah di Wagga Wagga, kira-kira 400 kilometer barat daya Sydney.

“Kanak-kanak itu kelihatan lesu dan pucat. Beliau tidak bercakap dan tidak menunjukkan sebarang emosi,” kata Inspektor Ambulans Wilayah, Eamonn Purcell merujuk kanak-kanak itu

Pihak berkuasa mengaku banyak perkara yang tidak diketahui dalam kes itu termasuk bagaimana ibu kanak-kanak itu mati. Walaupun kehilangan air banyak, tahap gula kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

“Kejadian berlaku tidak lama selepas sambutan Hari Easter, jadi kanak-kanak ini mungkin makan coklat telur yang masih disimpan,” kata Purcell memberitahu wartawan. – AFP

Manfaatkan PDK Latih kemahiran anak OKU

Manfaatkan PDK Latih kemahiran anak OKU

 


 


Di seluruh negara, terdapat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

PENGENALAN

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya dibei peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. 

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). 

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di FELDA

Terdapat 62 buah pusat PDK di tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara termasuk Sabah yang terlibat dalam Program Semai Bakti PDK. 

Pahang adalah negeri terbanyak mempunyai pusat PDK di tanah-tanah rancangan. Dari segi pentadbiran dan struktur, prasarana pusat PDK di tanah rancangan disediakan oleh pihak FELDA.

Manakala kewangan atau geran tahunan disalurkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Dari segi struktur organisasi, PDK mempunyai Pengerusi dan barisan jawatankuasa manakala urus tadbir pula diketuai oleh seorang penyelia dan beberapa orang petugas serta pembantu bergantung jumlah pelatih OKU..

Latih kemahiran anak OKU
KUANTAN – Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) mempunyai potensi yang luas untuk maju jika mereka dididik dengan baik serta dapat menguruskan diri sendiri

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Shamsiah Hussin berkata, ibu bapa atau penjaga disaran menghantar anak masing-masing ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) untuk melatih mereka supaya mahir dalam sesuatu bidang.

5 Musuh Utama Android telefon pintar

5 Musuh Utama Android telefon pintar 


Ancaman keselamatan Android

Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya.
Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi.

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku?

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.

Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.

Saturday, April 14, 2012

Ribut di Skudai Johor petang tadi

Ribut di Skudai Johor petang tadi



Petang tadi berlaku Ribut di Skudai Johor.Waktu kejadian lebih kurang selepas Zuhur. Pukulo 2pm lebih kurang.

 Terdapat pokok-pokok yang tumbang dan patah. Ada pokok kena patah petir. Bumbung kediaman juga ada yang tercabut di beberapa kawasan perumahan.

Alhamdulillah keadaan beransur tenang. Lebih kurang pukul 4pm hujan masih turun. Namun ribut sudah reda.

Situasi ini menyebabkan beberapa batang jalan di Skudai jammed.

Pukul 5.55 pm, di kawasan yang terjejas seperti di Mutiara Rini, Penduduk ada yang berdiri dan duduk di luar rumah sebentar tadi sementara tukang rumah/pekerja construction berhampiran membaiki bumbung yang rosak. Di Taman Ungku Tun Aminah juga terdapat beberapa buah pokok tumbang disambar petir.

Maha Suci Mu Ya Allah. La haula wala quwwata illa billahil aliyyil a'zim.

Pasti ada hikmah atas kejadian ini.InshaAllah.

p/s:Gambar kawasan kejadian tak dapat nak upload ke sini.

Update:

Difahamkan, ribut kencang yang berlaku di situ dikenali sebagai angin ‘langkisau’ dengan kelajuan luar biasa sekali gus mampu untuk menerbangkan bumbung-bumbung rumah dan sekolah di kawasan terlibat.

Berdasarkan laporan portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir akan melanda beberapa tempat di negeri ini pada sebelah petang, namun tiada hujan dilaporkan pada sebelah pagi dan malam.

Malah, mengikut portal rasmi jabatan itu di www.met.gov.my ribut petir akan terus berlaku di beberapa tempat di negeri ini hingga 20 April ini. (Petikan daripada Sinar harian)

Thursday, April 12, 2012

Duhai Wanita Usah Sekali Kau Berkata

Duhai Wanita Usah Sekali Kau Berkata


Jom Kita Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam




Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah umpama mawar berduri


Tapi katakanlah…
diriku seorang wanita yang berusaha menjadi sekuntum mawar berduri
Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah wanita solehah
Tapi katakanlah…
diriku seorang wanita yang berusaha menjadi seorang wanita solehah

Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah seorang mujahidah sejati

Tapi katakanlah..
Diriku adalah seorang wanita yang berusaha menjadi mujahidah sejati
Jangan pernah sesekali berkata…
Diriku adalah wanita berakhlak mulia


tapi katakanlah…
Diriku adalah seorang wanita yang berusaha untuk berakhlak mulia



Kenapa duhai wanita..
Kerana kutakut dirimu akan berhenti berusaha


dan berdoa serta merasa puas dengan pujian manusia
Ku khuatir di sisi Allah dirimu belum mencapai tahap itu


Walau seribu insan mengatakan dirimu
Sekuntum mawar berduri,wanita solehah


Mujahidah sejati mahupun wanita berakhlak mulia


Bukankah  penilaian Allah terhadapmu paling utama


Jangan dirimu harapkan pujian insan
Usah dukacita bila dipulauinsan
hanya kerana ketegasanmu mempertahankan syariat Islam dalam dirimu

Usah dukacita dengan kejian insan
Kata nisata itu takkan memebri kudis sedikit pun padamu
Jika kamu sentiasa berpegang teguh pada tali Allah

Harapkanlah pujian di sisi Allah pencipta sekalian jagat raya

dan penduduk langit....

Bukankah apabila Allah mencintai hambaNya
Maka dia juga dicintai seluruh penduduk langit dan bumi


Carilah redha Ilahi
jangan dicari redha manusia


kerana apabila redha ilahi yang dicari
Pasti manusia turut redha padamu…

Doktor Pelatih Meninggal Di Tandas Wad

Doktor Pelatih Temui ajal Setelah bekerja selama lima hari berturut-turut akibat lebihan dos

KAJANG – Kakitangan Hospital Kajang di sini semalam gempar apabila seorang doktor pelatih yang telah bekerja selama lima hari berturut-turut tanpa cuti ditemui mati di dalam tandas di Wad Pediatrik hospital itu selepas dia disyaki terlebih dos setelah menyuntik sejenis ubat ke dalam badannya.

Mayat Lee Chang Tat, 29, ditemui pada pukul 7 pagi oleh rakan setugasnya dalam keadaan terbaring dan pucat di dalam tandas wad berkenaan. Sebatang picagari turut ditemui di sisi mayat doktor pelatih itu yang telah berkhidmat selama tiga tahun di hospital tersebut.

Belum dipastikan lagi motifnya tetapi ada kemungkinan mangsa bertindak menyuntik cecair itu ke dalam tubuhnya akibat keletihan.

Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan pegawai perubatan siswazah bertugas pada syif malam bermula pukul 9 malam di wad tersebut. Dia telah berkahwin sejak tiga tahun lalu.

Seorang pengawal keselamatan Hospital Kajang memberitahu, dia bergegas ke wad berkenaan sebaik terdengar bunyi kecoh sekumpulan kakitangan yang menyedari mengenai kematian doktor pelatih tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 p/s: Mempunyai beberapa keluarga dan rakan yang bekerja sebagai doktor. Jadi, saya tahu besar pengorbanan mereka. Kadang tu, mereka tak sempat nak makan lagi, dan tak cukup tidur. 

Pengalaman di lantai wad hospital kerajaan selama beberapa ketika, telah membuka mata saya bagaimana para doktor ini berusaha membantu pesakit mereka. 

Ada juga doktor yang sakit, tetap datang merawat saya atau bertanya khabar perkembangan saya.

Resolusi bantu peminjam PTPTN

Resolusi bantu peminjam PTPTN

KHAIRY (kanan) menerima resolusi daripada wakil mahasiswa, Wan Ahmad Hazman Wan Daud (kiri) sambil disaksikan Shahrin pada majlis penutup Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO berjaya menggariskan satu resolusi bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

KUALA LUMPUR - Berikut adalah 11 resolusi yang dicapai pada Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 anjuran Pemuda Umno.

Dari aspek pinjaman:

1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.

2. Bagi menampung keperluan Meja Bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syarikat-syarikat utama dalam Negara

3. Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.

4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara khasnya di Timur Tengah.

Ustazah hamil rayu suami pulang

 Ustazah hamil rayu suami pulang



SITI KHOLIJAH bersama Ainun Mardhiah (kanan) dan Adni Nawar melihat gambar Nasrul yang hilang sejak Disember tahun lalu di Kuala Nerang semalam. 

Salam ketabahan buat Ustazah Siti Kholijah. Semoga ustazah selamat menajalani tempoh kehamilan dan kelahiran nanti. Allah melapangkan jiwamu di atas ujian berat ini, dan smeoga suaminya segera pulang dengan selamat.

KUALA NERANG - Seorang ustazah bimbang dengan nasib suaminya yang tidak pulang selepas keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital di Alor Setar pada Disember lalu.

Siti Kholijah Ramli, 31, memberitahu, kebiasaannya suaminya, Nasrul Mohd. Fadli Saat, 33, sampai di rumah kira-kira pukul 5 petang, namun pada 20 Disember tahun lalu dia tidak pulang.

"Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sempat bersalam dengan saya dan anak-anak sebelum pergi bekerja dengan menunggang motosikal kira-kira pukul 7.15 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambutan di sini semalam.

Siti Kholijah mendirikan rumah tangga dengan Nasrul yang berasal dari Selayang, Selangor pada tahun 2005 dan mempunyai dua orang anak iaitu, Ainun Mardhiah, 6, dan Adni Nawar, 2.

Wednesday, April 11, 2012

Berita Gempa Bumi di Aceh 2012

Berita Gempa di Aceh 2012 Hingga 9:13pm 
Hingga 9:13pm 11/4/2012

Gambar kesesakan lalu lintas di Banda Aceh selepas gempa petang tadi.


Penduduk Banda Aceh berkumpul di Masjid Baiturrahman sesaat setelah gempa berkekuatan 8.5 SR menggegar. REUTERS



Salam ketabahan buat saudara SeIslam di sana yang sedang diuji dengan ketakutan dek gempa bumi ini. 

Penduduk Aceh Menyelamatkan Diri ke Masjid Baiturrahman
 
Gempa 8,5 SR yang melanda Aceh membuat warga di Bumi Serambi Makkah itu panik. Di pusat Kota Banda Aceh, sejumlah warga tampak berbondong-bondong menuju Masjid Raya Baiturrahman, Rabu (11/4).

Warga tampak berdesakan masuk ke pintu utama masjid yang dulunya adalah bagian Kesultanan Aceh ini. Beberapa warga yang sudah masuk ke dalam masjid juga tampak menangis. Beberapa ada juga yang sudah naik ke jendela masjid.

Pada 26 Desember 2004 lalu, masjid Raya Baiturrahman tetap kokoh meski diterjang tsunami. Beberapa warga yang berlindung di masjid besar itu juga selamat dari maut.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) melakukan pemutakhiran data gempa menjadi 8,5 SR. Gempa yang terjadi pukul 15.38 Wib itu berpotensi tsunami di Aceh, Sumut, Sumbar, Bengkulu dan Lampung. Pusat gempa berada di Kabupaten Kabupaten Simeleu, Aceh, dengan kedalaman 10 Km.[ren]


Berita Terkini Gempa di Aceh 11/4/2012 Hingga 9:13pm

Gempa di Aceh: Amaran tsunami ditarik balik
11/04/2012 9:13pm

WASHINGTON 11 April - Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala Richter yang menggegarkan Aceh petang ini. - REUTERS

Gempa di Aceh: Gempa susulan 8.8 skala Richter berlaku

11/04/2012 7:11pm

Video Berita Aceh Gempa 11/4/2012

Video Berita Aceh Gempa 11/4/2012

Kehidupan manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari ujian, kerana ujian adalah sunnah Allah, sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2--3).

Dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan bahawa keimanan yang telah kita ikrarkan akan diuji oleh Allah SWT. Ujian itu mungkin berbentuk sakit, miskin, kematian, rasa takut, bencana alam, godaan kekafiran, dan lain sebagainya. Dari ujian yang diberikan ini akan dapat diketahui apakah keimanan yang kita ikrarkan itu benar atau dusta.

Keimanan bagi seorang muslim adalah sesuatu yang sangat bernilai harganya. Dengan keimanan, amalan dan perbuatan seseorang menjadi bernilai di hadapan Allah SWT.

Umat Islam tatkala menerima kebaikan dari Allah pasti akan melahirkan rasa kesyukuran, seperti Nabi Sulaiman ketika menerima penyerahan singgahsana kerajaan Saba’ dari puteri Balqis, lalu Baginda mengucapkan:

“Inilah sebahagian dari kurnia Tuhanku, sebagai ujian-Nya kepadaku, apakah aku bersyukur atau bersikap kufur.’ (Surah An-Naml, ayat 40)

Selain itu, Allah juga menguji manusia dalam bentuk kesusahan seperti sakit, miskin, gagal mencapai matlamat, kerugian dalam perniagaan, kebakaran dan lain-lain.

Allah memaparkan beberapa contoh ujian Allah dalam bentuk kesusahan seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Berpandukan ayat itu dapat dirumuskan bentuk ujian Allah iaitu ketakutan untuk menghadapi musuh Islam dan menghadapi hari mendatang.

Kelaparan, kerana ketiadaan makanan atau mungkin juga tidak mampu untuk mendapatkan makanan akibat harganya terlalu mahal, tanam-tanaman tidak menjadi disebabkan musim kemarau atau bencana alam lain.

Islam sudah menunjukkan jalan terbaik bagi menghadapi ujian Allah seperti bersabar seperti pesan junjungan besar Nabi SAW yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh setiap orang beriman.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Di samping itu orang Islam juga harus bertawakal kepada Allah tatkala menghadapi ujian Allah. Bertawakal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah yang menentukan.
Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)

Cubaan yang dihadapi Nabi Ya’kub kerana kehilangan Nabi Yusuf atas perbuatan busuk saudaranya, baginda bertawakal kepada Allah dengan penuh kehambaan sebagaimana tergambar dalam sepotong ayat yang bermaksud:

“Ia berkata: Hanya kepada Allah kesusahan, keresahan dan keperihanku ini aku adukan.” (Surah Yusuf, ayat 86)

Setiap orang Islam hendaklah sentiasa berikhtiar dengan penuh hikmah, mengikut syariat Islam, untuk mengatasi ujian yang menimpa dan supaya tidak berulang lagi pada masa depan. Elakkan daripada perasaan sedih, mengeluh, putus asa atau kecewa ketika berdepan dengan ujian Allah, sehingga sanggup menyalahkan takdir.
Seharusnya banyak bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah, itulah penolong yang sejati seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

Kita juga perlu insaf bahawa apapun ujian atau cubaan, semuanya menunjukkan bahawa Allah memelihara hamba-Nya supaya ingat selalu kepada-Nya. Seterusnya bagi orang kuat imannya, ia sangat berbahagia apabila berdepan dengan cubaan Allah kerana itu satu cara Allah menghapuskan dosa seseorang itu, jika dihadapinya ujian dengan kesabaran tinggi dan penuh keimanan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beginilah Allah memilih hamba-Nya untuk menghuni syurga-Nya di akhirat nanti, dengan memberi ujian sama ada kecil atau besar. Hanya orang yang kuat imannya saja yang layak mendapat kesejahteraan yang abadi.
Firman Allah yang bermaksud:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk ke dalam syurga, padahal belum kamu mengalami duka derita yang pernah dialami dan menimpa orang terdahulu sebelum kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Apabila seseorang sanggup menghadapi ujian Allah dengan tabah, sudah tentu imannya bertambah kuat dan mantap, sering bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan demi mencapai insan dikasihi Allah.

Video Pasang Surut Air Laut Pasca Gempa 8.5 SR (SABANG, ACEH-INDONESIA)






Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Stasiun Meteorologi Pekanbaru melaporkan bahwa gempa bumi di Aceh pada Rabu sekitar pukul 15.38.29 WIB mengguncang lima provinsi di Sumatra yakni Aceh, Bengkulu, Lampung, Sumatra Barat dan Sumatra Utara.



Gempa Bumi di Aceh April 2012 Amaran Tsunami dikeluarkan

Gempa Bumi di Aceh Amaran Tsunami dikeluarkan

 Peta Geografi Aceh dan kawasan yang dilanda gempa bumi




 Gambar Suasana masyarakat Acheh semasa gempa petang tadi.

Mungkinkah tsunami akan berulang kerana selepas waktu Asar tadi, ( baca di bawah ) Lihat kawasan yang dilanda tsunami di atas.


Terkini: "Gempa sebesar itu berpotensi menimbulkan tsunami yang boleh membinasakan di sepanjang garis pantai di Samudera Hindia. Namun, belum diketahui apakah saat ini terjadi tsunami atau tidak," demikian peringatan PTWC.


Peringatan tsunami dikeluarkan Pasific Tsunami Warning Center (PTWC) ke seluruh negara-negara di wilayah Samudera Hindia setelah gempa 8,5 SR menggoncang Aceh, Rabu (11/4/2012)...... pukul 15.39 WIB.

Jika tsunami terjadi, negara yang mungkin terkena kesannya adalah Indonesia, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Inggris, Malaysia, Mauritania, Seycheless, Pakistan, Somalia, Oman, Madagaskar, Iran, Emirat Arab, Yaman, Komoro, Bangladesh, Tanzania, Mozambik, Kenya, Croizet Island, Kerguelen Island, Afrika Selatan, dan Singapura

Aceh gempa bumi, Indonesia keluar amaran tsunami

BANDA ACEH - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, pada magnitud 8.9, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.30 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

Istiadat Pertabalan Yang diPertuan Agung ke-14, Daulat Tuanku

Istiadat pertabalan Agong ke-14 bermula



KUALA LUMPUR 11 April 2012 - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah menyampaikan titah diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara di sini, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. - BERNAMA
 

KUALA LUMPUR 11 April 2012 - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengucup al-Quran yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara di sini hari ini. - BERNAMA
 

  ISTANA Negara Jalan Duta mencatatkan sejarah tersendiri apabilaTuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah buat julung-julung kalinya ditabalkan di istana ini. 

 ANGGOTA kumpulan Nobat Diraja Kedah berlatih sebagai persiapan menjelang istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. 

AZUAN memikul tanggungjawab mengetuai istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim. 


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini Rabu, 11 April 2012, bersamaan 19 Jumadil Al Ula 1433 Hijriah,  buat julung kalinya di tanahair kita, diisytiharkan sebagai Hari Cuti Umum. 
Ini adalah kerana, Sempena Istiadat Pertabalan Yang diPertuan Agung Malaysia. 

Pada kali ini, Istiadat Pertabalan Yang diPertuan Agung di Malaysia sudah memasuki kali ke 14. 
Sembah tak'zim dan tahniah, patik dari Blog myukhuwwah zahirkan kepada  Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14.
 Semoga Negara Malaysia yang tercinta ini semakin bertambah makmur dan selamat sejahtera hendaknya di bawah pimpian  Yang diPertuan Agung Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah.
Berita dipetik daripada BERNAMA, 11/04/2012 10:37am

KUALA LUMPUR – Istiadat pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Bloglist Followers, Sila Tinggalkan Link

Bloglist Followers, Sila Tinggalkan Link



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 



 Pada Hari Rabu 11 April 2012 yang indah,
Bersamaan 19 Jumadil Al Ula 1433 Hijrah,
Saya harap rakan-rakan followers Blog Myukhuwwah,
Bicara Hati Ibu, Catatn sang perantau di Bumi Allah.

Para pembaca blog yang mengikut,
yang terdiri daripada kenalan terdekat,
 saudara jauh dekat, 
bekas pelajar lebih 1 dekad,
 dapat meninggalkan url blog followers di ruang ini.
Dengan meninggalkan url blog di ruang komen pada post ini

Saya minta maaf atas keterbatasan waktu,
 ...untuk saya membalas komen ,
 ....dan meninggalkan jejak di blog teman-teman.

Sekian, wassalam.

Tuesday, April 10, 2012

Kenangan Karnival Mahabbah IKIMfm Yang Best

Karnival Mahabbah IKIMfm Yang Best

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketika ini, saya sedang melalui satu fasa dalam kehidupan saya. Saya berehat buat seketika dari tugas hakiki saya, memandangkan tahap kesihatan berstatus OKU Fizikal, memerlukan tempat kerja yang kondusif untuk orang berkerusi roda seperti saya.

Walaupun kini saya telah melepasi fasa Bed Ridden- Kerusi Roda, DAN Alhamdulillah sedang melalui fasa positif setererusnya, namun jika situasi tempat kerja berbukit dan curam, saya rasa ia tidak kondusif untuk fizikal saya.

Ini bukanlah maknanya saya hendak meninggalkan terus tugas hakiki saya. Tetapi ingin beri peluang buat diri sendiri...Susahnya saya nak tulis di sini.

Dalam pada tempoh berehat ini, sempatlah saya menjenguk Karnival Mahabbah IKIMfm di Bandar Dato' Onn Johor Bharu Johor pada 30 Mac 2012 hingga 1 April 2012 lalu. Ternyata ia  memang best.

Banyak pengetahuan baru dan pengalaman menarik yang saya timba sepanjang karnival berkenaan. Bergaul dengan lebih ramai orang membuatkan saya menjadi insaf.

Ada pengunjung karnival berkenaan yang OKU Penglihatan dan OKU Fizikal, tetap datang memberi sokongan.

Macam-macam aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ni. Cuma saya rasa, macam kurang promosi banner atau bunting tentang karnival ini di sekitar bandaraya selatan tanahair itu.

Di Bandar Baru Uda misalnya, bunting cuma boleh dibilang dengan jari.

Kumpulan Rabbani dan Ustaz Syed Noorhishan Syed Tuan Padang semasa Mawlid @ JB Karnival Mahabbah IKIKMfm malam 31 Mac 2012. 

Terus terang, saya rasa sungguh tersentuh dengan dendangan mawlid dan penceritaan yang santai pada malam tu. Walaupun dari jauh sahaja saya mendengar dan menonton mereka, tetapi terasa sentuhan nurani malam tu. Rasa rindu pada Rasululluah SAW terasa sangat...




Kumpulan Akhdan semasa Konsert Mahabbah IKIKMfm 1 April 2012.


Kumpulan Saujana

Lagu Penerang Hati dan Patah Hati



Boboi pun ada



DJ fAIZ YANG PERAMAH

Batu nisan 600 tahun ditemui di Johor

Batu nisan 600 tahun ditemui di Johor



Batu nisan 600 tahun

BENUT – Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kubur lama oleh penduduk Kampung Parit Hassan Benut di sini berjaya membawa kepada penemuan mengejutkan apabila mereka menjumpai sebuah kubur lama dengan batu nisan dipercayai berusia lebih 600 tahun.

Batu nisan yang terukir dalam tulisan Bugis lama ini turut mencatatkan tahun 1350 pada batu berkenaan dan sekiranya ia benar, penemuan itu perlu diangkat sebagai bahan sejarah seperti penemuan Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun.

Imam Surau Parit Hassan, Milok Woddi, 63, berkata, dia tidak menyangka menemui batu nisan tersebut memandangkan tanah perkuburan lama itu sebelum ini dipenuhi semak dan terbiar sehingga ramai penduduk tidak mengetahui kewujudan kawasan kubur terbabit.

“Saya sendiri yang berketurunan dan fasih berbahasa Bugis, turut tidak dapat memahami tulisan pada batu nisan ini berikutan tulisan yang digunakan adalah tulisan lama,” katanya.

Katanya, tanah perkuburan lama seluas dua hektar itu mempunyai kira-kira 200 kubur berdasarkan kepada cerita orang-orang lama di kawasan itu dan ia terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit, agak jauh dari rumah penduduk serta kerap dinaiki air sekiranya hujan lebat.

“Batu nisan yang digunakan bukan dari sembarangan batu dan berdasarkan kepada bentuk dan warna, ia betul-betul batu asli yang tidak akan rosak walau sudah terendam dengan air banjir berulang kali,” katanya.

Seperti dunia hendak kiamat

Seperti dunia hendak kiamat



PONTIAN - “Bunyinya cukup menakutkan dan pak cik rasa seperti dunia hendak kiamat,” kata Zainal Abdullah, 67 ketika menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya di Pekan Sanglang dihujani dengan hujan air batu sebesar ibu jari kaki, di sini, petang kelmarin.

Berikutan kejadian kira-kira jam 5 petang itu, keadaan bumbung zink rumahnya berlubang-lubang dan kelihatan seperti dibaling batu.

Sunday, April 08, 2012

Sheikh Abdul Aziz di IKIMfm

Sheikh Abdul Aziz Fredericks di IKIMfm bermula 8 April



Alhamdulillah, selepas Imam Suhaib Webb mengisi slot Inner Dimension, seorang lagi ulama tersohor khususnya di kalangan umat Islam sebelah Barat, telah bersetuju untuk menyumbang kepada rancangan di radio IKIMfm. Kali ini tokoh yang dimaksudkan adalah Sheikh Abdul Aziz Fredericks
 
Sheikh Abdul Aziz merupakan anak kelahiran Nottingham, England mendapat pendidikan di Leicester, London dan beberapa tempat lagi. Bagi mendalami ilmu Islam, Sheikh Abdul Aziz telah merantau ke serata tempat mencari guru yang mursyid dan pernah berguru dengan Almarhum Habib Mashur Al-Haddad r.a  yang merupakan salah seorang tokoh ulama tasawwuf yang terkenal di abad ke-20 dan juga dengan Sheikh Abdul Rahman al-Khitami dari Kenya. 

Beliau kini berkhidmat sebagai guru di Glasgow Scotland United Kingdom dan kerap diundang ke luar negara untuk menyampaikan syarahannya. Beliau berada di Kuala Lumpur pada minggu lepas atas undangan Al-Wariseen untuk program Maulidur Rasul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 31 Mac lalu.

Sheikh Abdul Aziz akan mengisi slot "Commentary on Forty Hadith" dengan mensyarahkan kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi r.a. Rancangan  30 minit ini akan disiarkan setiap hari Ahad jam 5 petang waktu tempatan (+8 GMT) dalam segmen English Section dan diterbitkan oleh Mazlina Ismail. Siri pertama dijangka bersiaran pada Ahad 8 April 2012.

Maulid Perdana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Maulid Rasul Perdana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 
(Masjid Besi)


Mawlid Perdana di Masjid Besi Putrajaya

Jom ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Mawlid Ar rasul Perdana ini diadakan pada:


Hari    :    Ahad
Tarikh  :   8 April 2012
                16 Jumada al Ula 1433 Hijriah 
Masa   :    5 petang hingga 10 Malam

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

 
 Pemandangan masjid yang indah ini. Gambar dari google.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. 
 
 Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit,
 
Maklumat lanjut mengenai:

1) Perasmian Masjid oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (Disini)
2) WikiMapia (Disini)
3) Wikipedia (Disini)
 

Monday, April 02, 2012

Alhamdulillah An Nuur Sudah Boleh Gerakkan Kaki

 Alhamdulillah An Nuur Sudah Boleh Gerakkan Kaki

 Hope 2 Walk (untuk ke blog sila ke http://hope2walk.blogspot.com/) dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.

Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/

 Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Maybank
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 162021363678


Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin
Account number : 39 919 49 92754
 
Untuk ke blog peribadi An Nuur dan ALlahyarhamah An Nisaa, http://akuoku.blogspot.com/


Saat manis lihat An-Nur gerak kaki

Petikan daripada Akhbar Harian Metro, Isnin, 2 April 2012



PUTRAJAYA: Melihat anak kesayangan, An-Nur Mohd Affandi, 9, yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease sejak lahir mampu mengangkat dan menggerakkan kaki sendiri saat paling menggembirakan pasangan Mohd Affandi Ramli dan isterinya, Raja Rohaisham Raja Muhaiddin.
Ia berlaku beberapa hari lalu, selepas lebih sebulan kanak-kanak itu mendapatkan rawatan latihan fisioterapi dan program pemulihan intensif di Hospital Erkang, Beijing, China.

Mohd Affandi berkata, mereka gembira dan bersyukur dengan perkembangan positif ditunjukkan anak bongsunya itu.
“Setiap hari An-Nur diberi rawatan akupuntur, urutan dan herba bagi memulihkan kesihatan dalamannya. Alhamdulillah selepas dua minggu, kaki An-Nur yang sebelum ini lurus menegang lembut dan boleh dibengkokkan perlahan-lahan tanpa dia merengek seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi menerusi SMS dari Beijing, China di sini, semalam.

“Kami bersyukur selepas melihat An-Nur menggerakkan kaki sendiri selepas sekian lama kakinya hanya lurus menegang.

“Alhamdulillah, perkembangan ditunjukkan An-Nur sangat positif,” Mohd Affandi, Raja Rohaisham dan An-Nur berlepas ke China pada 13 Februari lalu selepas badan bukan kerajaan (NGO) Hope2Walk melancarkan Tabung Harapan Annisa dan An-Nur tahun lalu, untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak itu.

Tabung itu pada mulanya dilancarkan untuk membantu dua anak pasangan berkenaan yang mengalami penyakit sama iaitu Annisa dan An-Nur, namun Annisa meninggal dunia hanya selepas sebulan tabung dilancarkan.

Katanya, tiga bulan pertama rawatan lebih kepada usaha merangsang luahan emosi dan kesihatan dalamannya.
Katanya, kini An-Nur lebih aktif dan anggota badannya semakin lembut, malah sistem perkumuhan bertambah baik dan mampu membuang air besar setiap hari berbanding seminggu sekali, sebelum ini.

“Lebih menggembirakan, berat badannya naik dua kilogram (kg) dalam sebulan. Ini memudahkan proses rawatan, sekali gus mengelakkan tulangnya patah.

“Emosinya juga semakin peka dan mampu menzahirkan emosi, apabila ketika menangis dia mengeluarkan air mata,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Hope2Walk, Nashita Md Noor berkata, melihat perkembangan positif ditunjukkan An-Nur memberi semangat kepada badan itu terus berusaha mendapatkan bantuan orang ramai.