Doa Buat Saudara SeIslam Rohingya dan Lain-lain
Mari Kita Doa Buat Saudara SeIslam
بسم الله الرحمن الر حيم
اللهم صل على سيدنا محمد
يا رب صل عليه وسلم
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku berikanlah Rahmat dan Kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w
اللهم صل على سيدنا محمد
يارب فارحم والدينا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah IbuBapa-IbuBapa kami sekalian
اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحمنا جميعا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah kami semua ini (sekalian kami)
اللهم صل على سيدنا محمد
يارب وارحم كل مسلم
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Belas Kasihanilah Segenap / Seluruh orang Islam ( Saudara kami )
اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واغفرلكل مذنب
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Ampunilah setiap mereka yang berdosa
اللهم صل على سيدنا محمد
يارب واصلح كل مصلح
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Perbaikilah diri setiap mereka yang ingin memperbaiki diri mereka kepadaMu
اللهم صل على سيدنا محمد
يارب يا سامع دعانا
Allah Kurniakanlah Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Muhammad
Wahai Tuhanku Wahai Dzat yang Maha Mendengar akan doa-doa kami.
( perkenankan doa kami)
Amin
Allahumma Amin ya Lathiff
(Entry
ini yang di publish pada 25/7/2012 akan berada pada post pertama blog ini sehingga 29/7/2012. Untuk
post terbaru, sila skrol blog ini ke bawah.
Terima kasih atas kesudian
tuan tuan dan puan puan melayari blog ini)
Qunut Nazilah Buat Rohingya
Selawat
dan salam dan Al Fatihah dihadiahkan khas buat baginda Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga ahlul bait Baginda SAW, sahabat-sahabat baginda, para pejuang Islam,
para kekasih Allah, kepada semua Umat Islam di dunia ini walau di mana sahaja mereka itu berada, khususnya yang sedang dalam kesusahan dan penganiayaan ya Allah,
juga disertakan sekalung Al-Fatihah
buat ahli keluarga kita dan sahabat-sahabat kita semua sama ada yang masih hidup atau sudah
tiada yang mana mereka itu beriman.. Al-Fatihah
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH SWT, negara kita tahun ini mengecapi nikmat merdeka selama 55 tahun. Marilah
kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat saudara seIslam kita baik
yang masih hidup dan juga yang telah meninggal dunia.
Hari ini kita
mendoakan mereka yang telah tiada mungkin saat kita tiada nanti ada
orang lain pula yang mendoakan untuk diri kita.
Allah...Alhamdulillah kami bertemu lagi Ramadhan kali ini. Ramadhan 1433 Hijriah yang telah dilewati beberapa hari. Allah...kasihanilah kami, Ya Allah. Kami umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman, memohon belas dan kasih sayangMu serta pembelaanMu.
TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir
mereka dari bumi Myanmar.
Kini, Saudara seIslam kita di Syiria sedang bergolak. Begitu juga di Myanmar sedang ditimpa musibah dan lain-lain tempat lagi .
Nu’man bin Basyir r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan
antara orang-orang beriman diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu
anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam
serta merasa panas dan gelisah.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Seperti syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah
menggariskan bahawa menjadi sunat (tanggungjawab) seorang Muslim
sekurang-kurangnya mendoakan muslim yang lain sebaik sahaja bertemu dan
sejurus sebelum mereka berpisah.
Apabila seseorang Muslim itu didoakan saudara seiman yang lain tanpa pengetahuannya, orang yang mendoakannya turut didoakan oleh malaikat dengan doa yang sama.