Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Monday, June 29, 2009

Anak Demam HFMD




Anak demam dan kena virus HFMD



Semasa lihat kaki anak saya mula keluar bintik2 merah 5 hari lepas, saya sangkakan ia kerana ia kena gigitan nyamuk atau semut. Maklumlah, di situ banyak nyamuk-nyamuk. Petang-petang aje, banyak lah nyamuk2 beterbangan mencari mangsanya. Anak saya ni pula, baru 'dapat kaki'. Seronok tak terkepalang dia bila dapat berjalan dan berlari. Habis semua diredahnya.

Saya cuba sapukan minyak tapi ia masih ada. Hati saya rasa tak sedap bila kaki anak semakin bertambah bintiknya tu pada tapak kaki dan tapak tangan.. Isk mula kat kepala fikir, kenapa pula lah si kecil ni?apa kena gigit semut besar di sini? atau digigit nyamuk?janganlah kena demam bawaan nyamuk.

Saya belek2 lagi tangan anak. Seperti melepuh pada tangannya. Saya cuba lihat lidahnya. Ada bintik2 merah pada lidahnya. Patutlah dia meragam. Beri nasi tak nak. Dia cuma nak keropok ikan tapi lepas itu, dia mengamuk. Saya sangkakan anak mengamuk kerana keropok keras dan sedikit 'geseng'. Biasanya bila anak demam, dia cuma mau makan tempe dan keropok ikan.Pada malamnya, anak menggaru sahaja dan menangis kerana tak dapat tidur. dia asyik garu sahaja.

Saya pujuk suami bawa anak check doktor. Suami selalu suruh saya jangan berfikiran negatif. masalahnya, sebagai ibu, hati saya tak boleh nak terasa positif aje pada setiap benda atau peruabahan tingkah laku yang ditunjukkan oelh anak-anak. Bukan maknanya saya membela anak-anak. Tidak. Tetapi itulah perasaan seorang ibu, bila melihat kelainan anak-anaknya. Samada kelainan dari fizikal dan kelainan emosi yang ditunjukkannya. Walaupun anak2 itu tidak pandai berkata-kata, tetapi anak2 biasanya ingin menyuarakan sesuatu yang berlaku dgn caranya yang Allah izinkan.

Alhamdulillah, suami bawa juga anak petang semalam ke doktor. Susah juga nak cari klinik yang buka pada hari Ahad. Alhamdulillah Klinik Sulaiman buka tetapi pesakitnya ramai. Alhamdulillah,suami seorang yang sabar dalam membawa saya mendapatkan rawatan di hospital dan anak2.

Doktor mengesahkan anak saya kena penyakit kaki,kuku,mulut dan tangan (virus HFMD). Ya Allah,mudah-mudahan Engkau sembuhkan sakit anak-anakku ini ya Allah. amin.

saya cuba ambil gambar keadaan lepuhan anak tetapi tak dapat...

Saturday, June 20, 2009

Permata ayah

gambar Encik Muhamamad Benny Iman Sinis


Membaca Berita harian Sabtu 20 Jun 2009,
saya tertarik pada sebuah artikel . Lalu saya muatkan di blog ini kisah Saudara Muhammad Benny Iman Sinis sebagai inspirasi diri ini. Semoga saya dapat menjadi ibu yang baik buat anak-anak tanpa menjadikan keadaan diri sebagai bebanan semua pihak tetapi momentum kembalikan kecemerlangan diri sendiri.
teringat pada kata-kata motivasi di sebuah tempat kerja saya suatu ketika dulu, "Saya tidak kalah apabila berada di bawah". Saya hanya kalah jika saya jatuh tergolek tapi tak nak bangun semula. Sekali jatuh, tak bangun itulah kekalahan. Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun; itu bukan kekalahan. Setiap orang pernah jatuh. hanya mereka yang bangun dan terus bangun pada setiap kali kejatuhan, akhirnya insyaAllah akan berjaya jua. Bila? Hanya Allah menentukan. Yang penting, saya , kena berusaha dan terus berusaha. Biar perit, sakit dan payah. Bangun dan cuba berdiri, kemudian berjalan ....insyaAllah pasti kapilari-kapilari darah pasti berjalan jua. opsss saya kaitkan dengan kapilari darah pula erk...

Hmm.. kalau lihat Sirah Nabi Muhammad Sallagu Alaihis salam, Bukankah Nabi Muhammad SAW diuji dengan ujian yang lagi berat? Dibaling dengan najis unta, dibaling dengan batu, ditohmah dan dicaci. Selalu menahan lapar dan dahaga. Namun cintanya Nabi Muhammad SAW pada umatnya amat mendalam. sehingga pada saat-saat akhir kehidupannya pun Nabi Muhammad SAW bersabda, "Ummati, Ummati, ummati". Sedangkan saya? Ada fikir tentang Nabi Muhammad SAW?
Nabi Ayub Alaihis Salam pun diuji dengan kesakitan dan bertahun2 sehingga kehilangan harta, anak2 dan isteri. Namun Keihklasannya dan kesabarannya tetap jitu pada Allah SWT. Nabi Zakaria dan isteri diuji Allah selama bertahun-tahun tidak dikurniakan zuriat. namun mereka tidak putus asa merayu pada Allah.

Syaidatina Fatimah Az Zahra dan ahli-ahli keluarga Baginda SAW yang lain pun diuji dgn ujian berat. Para sahabat as sabiqu nal awwalun diuji dengan pelbagai seksaan, tohmahan dan kesusahan hidup. namun kecintaan Kepada Allah dan Rasul mengatasi segalanya. Lalu, jika nak dibandingkan dengan saya nih, yang tiada apa2 sumbangan pun dan yang cuma sikit aje sekelumit kuman ujian dibanding mereka semua, seharusnya saya menjadi insan yang bersyukur atas kurniaan Allah SWT.
Saya dedikasikan kasih sayang dan doa buat suami yang tidak jemu memberi sokongan moral pada diri ini dan sudi menerima diri yang serba kekurangan ini seadanya meski dia berhak punya pilihan terbaik yang lain.
Berikut artikel permata Ayah:

Permata Ayah Oleh Fairuz Zaidan




ABAH, papa, daddy, bak atau fu-cin - apa saja panggilannya, esok adalah detik istimewa bagi lelaki bergelar bapa. Meraikan Hari Bapa, XY - Ikon Lelaki menyelami suka duka kehidupan bapa cacat penglihatan, Muhammad Benny Iman Sinis.




Tidak kupinta lahir ke dunia,
Tidak kuduga cacat begini,
Bukan kuminta kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.


Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa kupergi jua.





SAYU bait lagu 'Namun Ku Punya Hati' ini membelai jiwa, syahdu lagi hati melihat gelagat seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan di Taman Tasik Permaisuri, di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, petang itu.

Dalam cuaca mendung, Muhammad Benny Iman Sinis leka melayan permata hatinya, Nur Shahira yang mencecah usia setahun sembilan bulan. Berbekalkan tongkat, Muhammad Benny Iman memeluk erat puteri kesayangannya tanpa sedikitpun menunjukkan rupa-rupanya ada kekurangan di sebalik tubuhnya itu.

Disahkan buta peringkat ketiga (B3) sepanjang hayat, lelaki berusia 30 tahun ini menempuhi kehidupan penuh semangat. Bagi Muhammad Benny Iman, kekurangan diri bukan penghalang menjadi ayah 'sempurna' kepada dua permata hati, Nur Shahira dan Nur Diana yang berusia sembilan bulan.
Bagi lelaki tabah ini, nasib yang menimpa dirinya adalah hikmah untuk menjadi insan mulia serta berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

"Biarpun saya buta, ia bukan penamat dan titik noktah dalam hidup. Saya bersyukur berpeluang mengecapi kehidupan 'sempurna' dan memiliki keluarga bahagia," katanya penuh bermakna.

Memimpin Nur Shahira sambil tangan kanan memegang tongkat, Muhammad Benny Iman gigih mencari laluan ke taman permainan demi puteri kesayangan.

Puas si kecil bermain gelungsur dan buaian dengan sesekali terdengar helai tawa manjanya, Nur Shahira mungkin tidak tahu ayahnya buta.




"Saya tidak pasti apa persepsi anak apabila menyedari ayah dan ibu buta. Menjelang tengah malam apabila Nur Shahira dan Nur Diana lena dibuai mimpi, hati saya mula terasa sayu.



"Jiwa kecil saya sedih mengenangkan saya tidak mampu menjadi ayah yang sempurna kepada mereka. Tetapi apabila difikirkan inilah ketentuan Allah, saya redha," katanya.


Istimewa sempena Hari Bapa, XY - Ikon Lelaki berkongsi cerita bersama ayah istimewa ini...

Boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?
Saya dilahirkan buta dan dikategorikan sebagai buta peringkat ketiga (B3). Ini kerana saya hanya mampu melihat pada jarak kurang dari tujuh meter.
Sehubungan itu, saya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Saya perlu menggunakan tongkat bagi membantu saya berjalan. Namun, saya bersyukur kerana mampu membaca pada jarak dekat.

Bagaimana pula dengan isteri dan anak-anak?
Isteri saya, Raziha Abdul Wahab juga buta. Beliau dikategorikan buta peringkat kedua (B2) di mana beliau hanya mampu melihat pada jarak kurang tiga meter.
Isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Buta Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perkahwinan kami pada 2006, saya dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing disahkan normal.

Apa pekerjaan anda sekarang?
Selama lebih 10 tahun, saya bekerja di jabatan pentadbiran di Syarikat UTSB Management Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Sejak bila anda tidak boleh melihat?
Saya tidak boleh melihat sejak kecil. Selain saya, kakak juga mengalami nasib sama walaupun ibu dan ayah normal. Ketika dalam darjah satu, saya belajar di sekolah kebangsaan. Tetapi ketika itu, saya tidak boleh melihat apa-apa biarpun diletakkan di barisan depan dalam kelas. Disebabkan itu, saya berpindah ke sekolah buta di Kuching.
Seperkara, saya tidak terlalu bergantung kepada tulisan braille. Ini kerana saya boleh membaca biarpun pada jarak dekat.

Bagaimana anda menjalani kehidupan dalam kekurangan ciri fizikal ini terutama selepas menjadi ayah?
Bagi saya, tidaklah terlalu sukar. Ini kerana semua perkara sudah biasa dilakukan dari kecil. Cuma ketika mula-mula bergelar papa, saya agak kekok untuk menguruskan bayi kecil.
Ini kerana saya tidak dapat melihat apa yang berlaku atau reaksi pada diri anak. Namun, lama-kelamaan semua itu menjadi perkara biasa.

Boleh anda ceritakan cabaran menjadi insan istimewa dalam situasi persekitaran sekarang?
Tidak dinafikan dalam ramai yang bersimpati, ada juga yang masih memandang rendah golongan OKU. Bagi segelintir pihak, orang buta hanya boleh menjadi peminta sedekah dan golongan yang tidak mahu berusaha memperbaiki kehidupan.


Boleh anda jelaskan situasi di mana persepsi negatif masyarakat mengecewakan anda?
Ambil saja contoh ketika menaiki LRT. Orang buta seperti saya memang menjadikan pengangkutan awam itu sebagai pengangkutan alternatif. Sudahlah tidak memberi tempat duduk OKU kepada kami, apabila kita bertanya destinasi hentian seterusnya, ia langsung tidak diendahkan.
Mungkin ada yang tidak tahu ada beberapa kategori cacat penglihatan. Mata yang celik mungkin dikatakan berpura-pura buta... Sebab itulah agaknya mereka tidak mahu menjawab pertanyaan.

Kesedaran sivik nampaknya masih berkurangan di kalangan masyarakat. Insiden lain yang pernah anda hadapi?
Jika hendak dihuraikan satu persatu, banyak insiden mengecewakan saya. Saya pernah ditipu pemandu teksi, tidak dihiraukan penumpang pengangkutan awam hinggalah tidak diberi bantuan oleh kakitangan hospital.
Namun, siapalah saya untuk mempersoalkan semua ini. Ia terpulang kepada individu itu sendiri. Daripada insiden menunggu nombor giliran hinggalah bertanya pusat rawatan yang perlu dituju, saya terfikir sendiri apakah mereka tidak tahu bahawa saya buta. Tidakkah mereka tahu saya tidak mampu melihat angka dan cara menuju ke tempat rawatan?

Anda tentu kecewa diberi layanan sebegini terutama di kosmopolitan Kuala Lumpur?
Golongan OKU tidak diminta diberi layanan melampau atau berlebih-lebih. Cukuplah andai ada rasa prihatin dan ruang untuk memudahkan insan seperti kami.

Boleh anda kongsi perasaan pertama kali bergelar bapa?
Sukar untuk diterjemah perasaan itu. Ia sungguh berbeza daripada apa yang dilalui pada zaman bujang. Sebenarnya, sebelum kelahiran Nur Shahira, isteri saya hamil anak sulung tetapi malangnya tidak cukup bulan.
Sedih mengenangkan saat kehilangan anak sulung. Namun, kehadiran Nur Shahira mengubat kedukaan. Biarpun Nur Shahira lahir ketika berusia tujuh bulan dalam kandungan, saya bersyukur anak saya itu sihat dan sempurna.

Bagaimana anda mengurus anak-anak kerana masing-masing bekerja?
Saya bersyukur memiliki seorang pengasuh yang cukup prihatin. Beliau banyak membantu kerana kami tidak sempurna. Pengasuh anak saya juga mengambil berat dan memahami kekurangan diri saya dan isteri.

Boleh ceritakan rutin harian anda?
Saya dan isteri akan bangun seawal jam 5.30 pagi. Kami akan menghantar anak-anak kepada pengasuh seawal jam 6.15 pagi sebelum menaiki tren LRT Salak Selatan menuju ke Masjid Jamek.
Isteri saya kemudian pergi ke sekolahnya manakala saya bertukar tren menuju ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Saya tiba di pejabat awal dan menikmati sarapan pagi sebelum memulakan kerja di pejabat pada jam 9 pagi.
Kelazimannya, jika tidak bersenam atau berjogging di Taman KLCC pada sebelah petang, saya pulang ke rumah untuk bersama anak-anak. Sebelah malam dihabiskan bersama isteri dan anak-anak.

Nampaknya ada aktif bersukan. Apakah ini hobi anda?
Jika bercerita soal minat dan hobi, saya menggemari sukan permotoran. Tetapi apa daya, saya tidak mampu menyertai bidang ini. Ketika bujang, saya aktif dalam sukan olahraga. Malah, saya pernah mewakili Kuala Lumpur bagi sukan OKU bagi acara larian 100 meter dan 200 meter.
Saya juga pernah menyertai maraton sejauh 10 kilometer. Adalah menjadi impian saya untuk menyertai acara maraton sejauh 40 kilometer pada masa depan.

Bagi anda, apa agaknya ciri-ciri bapa ideal?
Pertama, bapa ideal perlulah beriman kepada Allah. Kedua, meletakkan anak-anak sebagai rakan yang mampu berkongsi suka dan duka. Ketiga, kasih dan sayang haruslah dipupuk sejak mereka kecil lagi.
Bagi saya, hubungan erat yang dipupuk sejak anak masih kecil menjamin kemesraan pada kemudian hari.

Bercerita mengenai Hari Bapa, siapa agaknya tokoh lelaki idola anda?
Idola saya, tidak lain tidak bukan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menjadi idola saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya teringin bertemunya tetapi masih belum berkesempatan.

Anda merancang menyambut Hari Bapa bersama keluarga?
Belum merancang lagi... Lagipun anak-anak masih kecil dan tidak mengerti. Mungkin saya menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak saja.

Semangat kental anda dilihat menutup semua kelemahan diri. Apa harapan anda untuk masa depan?
Tiada yang lebih menggembirakan daripada melihat anak-anak membesar menjadi masyarakat berguna kepada bangsa, agama dan negara.
Sebolehnya, saya mahu melihat mereka berjaya dalam bidang akademik kerana tiada apa yang boleh mengubah nasib seseorang melainkan pendidikannya.
sumber: klik sini






Thursday, June 18, 2009

Tungku Oh Tungku


Tungku Oh Tungku


Gambar di atas ialah gambar besi tungku yang ada di rumahku. Tak digunakan lagi. Yang akud ah gunakan, ia dah bewarna gelap. Selalu aku gunakan tungku ni masa lepas bersalin dulu. Ibu mertuaku yang ajarkan aku bertungku selepas melahirkan bayi. Kiranya bertungku ini bagus untuk wanita selepas melahirkan anak. badan rasa segar.


Monday, June 08, 2009

Sahabat: Apakah ada Perbezaan




Sahabat: Apakah Ada Perbezaan
Semasa Belajar dan selapas alam belajar?



Persahabatan adalah fitrah semulajadi setiap bernama insan. Mereka yang berhati nurani pasti mempunyai rasa ingin berkawan dan bersahabat.

Setiap individu dijadikan Allah mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Individu juga adalah berbeza antara satu sama lain. Ia terbentuk dari persekitaran yang dilalui oleh individu. Bermula dari gelanggang yang kecil, dunia kecil di rumah hinggalah ke tengah komuniti masyarakat. Individu-individu ini bertemu dan kemudian merasakan keserasian terjalin antara mereka.

Meskipun berbeza latar belakang, berbeza sosio budaya dan segalanya berbeza tetapi ada tarikan tertentu yang membolehkan individu yang datang dari pelbagai latar ini menjadi kawan seterusnya sahabat.
Yang pastinya, menghormati perbezaan individu lain dan ada ciri2 kesamaan yang ada membuatkan individu-individu boleh serasi bersahabat.

Alam menuntut ilmu, sentiasa sahaja tidak sunyi dari teman dan rakan. Dan sudah tentulah banyak susah senang dan segala rahsia dikongsi bersama. Kalau ada sepotong kuih,sanggup berkongsi ramai2. Air segelas dikongsi juga. Alam belajar sebenarnya indah dan mewah dengan erti persahabtan. Meskipun pelbagai halangan menghadang perjalanan, itu semua adalah cabaran.

Setelah bertahun berpisah dan kemudian bertemu kembali. Samada di alam maya atau di alam nyata. Entah mengapa terasa seperti momen indah itu bagaikan angin lalu yang tiada maknanya. Benarkah ada perbezaan persahabtan semasa di alam belajar dan selepas perpisahan itu?

Mungkin sahaja iya. Mungkin sahaja tidak. Semalam kumenerima 2 situasi. situasi dari 2 sahabat ketika belajar dahulu. 2 individu, 1 momen indah: sahabat rapat;sahabat ketawa,sahabat menangis semasa di kampus Ibu Kandung Suluh Budiman. Namun dua interpretasi pertemuan semula yang berbeza.

Nanti kusambung bila berkesempatan. Anak-anakku demam panas. Agaknya nak tumbuh gigi kot. Ditambah mungkin "kangen" dengan "ngempeng". "Amboi, Merab nih. Nak kena tibai ni," ujar suamiku secara berjenaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design