Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, September 05, 2012

Faktor Songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

 Faktor Songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. 

Hakikatnya, telah wujud sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri mereka sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT. Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan masyarakat yang membantah, mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak. 

 Namun bagi masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat resam kehidupan, sudah pasti menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama, dan menyalahi aturan fitrah dan tabi’i. 

Agama Islam sudah jelas dan nyata dalam ajaran dan pendiriannya terhadap isu ini. Apa yang amat malang, terdapat semakin ramai umat Islam yang terlibat dalam gejala ini, malah tanpa segan serta bangga menjadi sebahagian dari kumpulan ini. 

Manakala bagi masyarakat yang majoriti datang dari dunia Barat dan negara yang telah lama maju, aktiviti LGBT dilihat bukanlah sebagai satu gejala atau penyakit, malah menjadi kesalahan pula jika menganggapnya sebagai satu gejala atau penyakit.  Dalam masyarakat ini, aktiviti dan kehidupan LGBT merupakan satu pilihan peribadi. 

Pilihan ini perlu diiktiraf dan disokong oleh semua ahli masyarakat walau di mana mereka berada sebagai satu hak peribadi individu terbabit. Sebarang penolakan atau bantahan merupakan penafian terhadap hak asasi mereka yang mana akhirnya dilihat melanggar piagam Hak Asasi Manusia Sejagat.

 Sesuatu yang janggal juga di mana kumpulan yang membantah ini pula yang sebaliknya akan terus dicerca dan dipulaukan secara besar-besaran dan menerima tekanan demi tekanan dari kumpulan tertentu sehingga ke peringkat global.

Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender berpunca daripada cara hidup yang permisif dan terbuka mendorong kepada penularan kehidupan yang songsang. 

 Fahaman sekularisme dan liberalisme merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). 

Mereka melabelkan agama sebagai tidak progresif dan kalut kerana tidak menerima serta memperakui cara hidup yang mereka pilih.

Mai singgah sat di sini, Supervalcona Vesuvius Itali, di sini. Jom ikuti lanjut huraian dari IKIM, Faktor dorong kehidupan songsang dan Sekolah asrama lahirkan golongan LGBT. Juga artikel berkaitan KGBT Oleh Institut Kefahaman Malaysia yang dimuatnaik ke blog ini.
 
Sekolah asrama lahirkan golongan LGBT?

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 September, 201: Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.

Ujarnya, remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama.

‘‘Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama, pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang ‘jambu’. Malah perkara ini juga berlaku di sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz," katanya. - UTUSAN

Faktor dorong kehidupan songsang

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 September, 2012: Fahaman sekularisme dan liberalisme merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Enizahura Abdul Aziz berkata, cara hidup yang permisif dan terbuka mendorong kepada penularan kehidupan yang songsang.

Malah apa yang merunsingkan, katanya, golongan berfahaman sedemikian melabelkan agama sebagai tidak progresif dan kalut kerana tidak menerima serta memperakui cara hidup yang mereka pilih.

‘‘Golongan berfahaman sekularisme memegang prinsip bahawa agama tidak harus mencampuri urusan duniawi manusia serta meletakkan domain agama sebagai sesuatu yang peribadi.

‘‘Perkara tersebut membawa kepada kehidupan yang berasaskan materialisme semata-mata tanpa bersandarkan kepada aspek kerohanian manusia," katanya. - UTUSAN

ARTIKEL DI BAWAH DIPETIK DARIPADA WEBSITE IKIM:

Gejala LGBT dan Peranan Institusi Agama 
Khairul Azhar Bin Idris

Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. Hakikatnya, telah wujud sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri mereka sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT. Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan masyarakat yang membantah, mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak. Namun bagi masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat resam kehidupan, sudah pasti menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama, dan menyalahi aturan fitrah dan tabi’i.

Agama Islam sudah jelas dan nyata dalam ajaran dan pendiriannya terhadap isu ini. Apa yang amat malang, terdapat semakin ramai umat Islam yang terlibat dalam gejala ini, malah tanpa segan serta bangga menjadi sebahagian dari kumpulan ini. Manakala bagi masyarakat yang majoriti datang dari dunia Barat dan negara yang telah lama maju, aktiviti LGBT dilihat bukanlah sebagai satu gejala atau penyakit, malah menjadi kesalahan pula jika menganggapnya sebagai satu gejala atau penyakit. Dalam masyarakat ini, aktiviti dan kehidupan LGBT merupakan satu pilihan peribadi. Pilihan ini perlu diiktiraf dan disokong oleh semua ahli masyarakat walau di mana mereka berada sebagai satu hak peribadi individu terbabit. Sebarang penolakan atau bantahan merupakan penafian terhadap hak asasi mereka yang mana akhirnya dilihat melanggar piagam Hak Asasi Manusia Sejagat. Sesuatu yang janggal juga di mana kumpulan yang membantah ini pula yang sebaliknya akan terus dicerca dan dipulaukan secara besar-besaran dan menerima tekanan demi tekanan dari kumpulan tertentu sehingga ke peringkat global.
Dari segi sejarahnya, kedudukan LGBT telah mula mendapat perhatian dunia perubatan dan kesihatan atas inisiatif Persatuan Psikiatri Amerika atau APA melalui satu manual kesihatan dan penyakit mental yang mereka terbitkan. Manual itu dikenali sebagai Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders atau DSM. Pada peringkat awal penubuhan manual ini iaitu pada tahun 1952, isu LGBT pada ketika itu lebih menjurus kepada perbincangan berkaitan homoseksualiti yang telah dikategorikan sebagai sejenis gangguan atau penyakit mental, di dalam klasifikasi penyimpangan psikoseksual, yang mengandungi beberapa gangguan identiti seksual lain termasuklah parafilias seperti fedofilia, fetisisme, seksual sadism dan lain-lain berdasarkan kepada naluri dan orientasi seksual yang abnormal individu terbabit.
Akibat dari keabnormalan yang dihidapi, ia mengakibatkan wujudnya rasa kebimbangan dan ketakutan individu terbabit yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan penderitaan dalam kehidupan mereka. Ditambah pula dengan perasaan malu dan stigma yang tidak boleh diterima oleh mereka dari masyarakat pada ketika itu. Namun kedaan telah berubah apabila pada tahun 1974, pada revisi ketujuh manual tersebut bagi edisi kedua (DSM-II) ia telah mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai kategori penyakit mental, walaupun tanpa sebarang justifikasi yang munasabah, baik dari sudut perubatan atau pun saintifik. Apa yang ada pada ketika itu hanyalah beberapa tekanan dan tuntutan-tuntutan dari puak pelobi hak asasi tertentu yang mewakili kumpulan gay dan homoseks. Usaha dan desakan mereka ini akhirnya membawa kepada kejayaan di mana ia akhirnya dikeluarkan dari senarai manual terbabit dan tindakan yang sama seperti ini disusuli pula oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.
Apa yang menarik, manual APA pada ketika itu hanyalah mengeluarkan terma atau istilah homoseksualiti sahaja, manakala pemahaman yang ada ialah ia tetap tidak mengiktiraf bahawa homoseksualiti itu adalah sesuatu yang normal atau bukan penyakit, memandangkan gangguan atau gejala homoseks itu telah secara tidak langsung digantikan sebagai “sexual orientation disturbance” dan istilah ini masih lagi wujud sehinggalah ke hari ini. Oleh yang demikian, sebarang bentuk gangguan atau penyakit perlu kepada intervensi tertentu dan rawatan bagi memulihkannya, dan tidak terkecuali juga bagi gejala ini. Bagaimanapaun, atas dasar hak asasi individu dan beberapa alasan politik sempit kumpulan tertentu, pemahaman terhadap gejala ini telah menyimpang dari matlamat asal dan mula diterima secara berleluasa bahawa ia sebagai sesuatu yang normal kerana telah tidak lagi dilihat sebagai satu penyakit dan wajar untuk dipertahankan, yang akhirnya telah menjadi trend dan ikutan sekelompok puak tertentu di peringkat global.
Seterusnya, memandangkan Islam telah mempunyai alasan yang amat kukuh dengan melihat amalan ini sebagai satu gejala yang jauh menyimpang dari fitrah kejadian manusia yang beradab dan berakhlak mulia, tindakan mantap perlu dilaksanakan tanpa lengah lagi. Atas dasar tersebut juga, institusi berkaitan agama Islam, khususnya yang berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan memperluaskan lagi skop dan bidang tugasan dengan turut memfokuskan gejala ini agar ia dapat dibendung dari terus merebak. Manakala institusi agama Islam yang berkaitan dengan penyelidikan dan latihan pula  wajar mengukuhkan lagi maklumat dan fakta berkaitan isu ini dan seterusnya merangka pelbagai kaedah intervensi dan latihan yang sesuai agar gejala ini dapat dibanteras di peringkat akar umbi lagi.
Di samping itu, institusi-institusi seperti ini juga wajar mengambil peluang yang ada dengan mengadakan pelbagai kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta NGO lain agar usaha membanteras dan mengawal gejala ini dapat dilaksanakan secara lebih mantap. Usaha ini, serta kerjasama pelbagai agensi, bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan telah ada beberapa contoh yang baik telah dilakukan. Umpamanya, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah berjaya mewujudkan satu manual rawatan dan latihan yang dikenali sebagai Manual Islam dan HIV/AIDS bagi mengendalikan pelbagi isu berkaitan HIV/AIDS. Usaha murni ini boleh diperpanjangkan dan diperluaskan pula bagi menangani gejala berkaitan LGBT.

1 comments:

C'Jai said...

situasi masa kini yang cukup membimbangkan ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design