Faktor Songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)
Sejak akhir-akhir
ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin
ketara dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia sering menimbulkan
pelbagai reaksi anggota masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik
sesama mereka.
Hakikatnya, telah wujud sekelompok anggota masyarakat
yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri mereka
sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai
lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT. Dalam menangani
gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan masyarakat yang membantah,
mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak.
Namun bagi masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah
juga bagi kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat
resam kehidupan, sudah pasti menolaknya dan melihat ia sebagai satu
gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama, dan menyalahi aturan
fitrah dan tabi’i.
Agama
Islam sudah jelas dan nyata dalam ajaran dan pendiriannya terhadap isu
ini. Apa yang amat malang, terdapat semakin ramai umat Islam yang
terlibat dalam gejala ini, malah tanpa segan serta bangga menjadi
sebahagian dari kumpulan ini.
Manakala bagi masyarakat yang majoriti
datang dari dunia Barat dan negara yang telah lama maju, aktiviti LGBT
dilihat bukanlah sebagai satu gejala atau penyakit, malah menjadi
kesalahan pula jika menganggapnya sebagai satu gejala atau penyakit. Dalam masyarakat ini, aktiviti dan kehidupan LGBT merupakan satu pilihan
peribadi.
Pilihan ini perlu diiktiraf dan disokong oleh semua ahli
masyarakat walau di mana mereka berada sebagai satu hak peribadi
individu terbabit. Sebarang penolakan atau bantahan merupakan penafian
terhadap hak asasi mereka yang mana akhirnya dilihat melanggar piagam
Hak Asasi Manusia Sejagat.
Sesuatu yang janggal juga di mana kumpulan
yang membantah ini pula yang sebaliknya akan terus dicerca dan
dipulaukan secara besar-besaran dan menerima tekanan demi tekanan dari
kumpulan tertentu sehingga ke peringkat global.
Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender berpunca daripada cara hidup yang permisif dan terbuka mendorong kepada penularan
kehidupan yang songsang.
Fahaman sekularisme dan
liberalisme merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penularan
gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Mereka melabelkan agama sebagai tidak progresif dan kalut kerana tidak menerima
serta memperakui cara hidup yang mereka pilih.
Mai singgah sat di sini, Supervalcona Vesuvius Itali, di sini. Jom ikuti lanjut huraian dari IKIM, Faktor dorong kehidupan songsang dan Sekolah asrama lahirkan golongan LGBT. Juga artikel berkaitan KGBT Oleh Institut Kefahaman Malaysia yang dimuatnaik ke blog ini.
Sekolah asrama lahirkan golongan LGBT?
KUALA LUMPUR, SELASA, 04 September, 201: Kementerian Pelajaran diminta
memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi
melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara
(transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira
lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.