Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Showing posts with label Civil Servant. Show all posts
Showing posts with label Civil Servant. Show all posts

Saturday, February 02, 2013

Berita Ekonomi PETRONAS tawar RM8.8b beli baki saham MISC

Berita Ekonomi PETRONAS tawar RM8.8b beli baki saham MISC 

MISC pengendali kapal tangki gas asli cecair kedua terbesar di dunia. - Foto Hiasan 
 MISC pengendali kapal tangki gas asli cecair kedua terbesar di dunia. - Foto Hiasan
 
 
PETRONAS membuat tawaran bernilai RM8.8 bilion untuk membeli semua baki saham yang tidak dimilikinya dalam MISC Bhd.

Ia menawarkan membeli saham syarikat perkapalan itu pada harga RM5.30 sesaham dan bercadang menjadikannya sebagai sebuah syarikat persendirian.


Harga yang ditawarkan itu adalah 18.04 peratus atau 81 sen lebih tinggi berbanding harga penutup saham MISC pada Rabu lalu iaitu RM4.49 sesaham. 



Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zaman Siber

Cabaran Pendidik Mendidik Pelajar Zaman Siber



Cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang cukup terkenal yang berbunyi;

“…Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
 Segalanya dimulakan oleh seorang guru biasa,
 Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.”


Sajak ini tentunya sudah biasa kita baca malah sering dideklamasikan setiap kali Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. 

Sajak yang dihasilkan oleh Allahyarham Datuk Usman Awang, pasti membuatkan setiap insan yang bergelar guru terasa dihargai. Dr Novandri Hasan Basri dalam tulisannya “Buli Dan Masalah Sosial Pelajar : Satu Penyelesaian” menyatakan bahawa dahulu masyarakat memandang tinggi terhadap guru-guru sekolah. 


Guru-guru ketika itu dianggap sangat istimewa kerana mereka mempunyai ilmu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ketika itu, ilmu pelajaran adalah hak eksklusif guru-guru. Segala teknik pengajaran, buah fikiran guru-guru ataupun cara mereka menghukum pelajar-pelajar diterima baik oleh ibubapa. 

Mereka percaya bahawa guru-guru melakukannya supaya anak-anak mereka akan menjadi lebih pandai. Secara tidak langsung, pengiktirafan tinggi masyarakat ini akan menyebabkan mereka menjadi lebih bersemangat dan bangga menjadi seorang guru.

Tegas Dr Novandri lagi, dahulu, kita mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan berfungsi. Ibu bapa mempunyai masa dan tidak perlu sangat memikirkan soal wang. Mereka berjaya bertindak sebagai ‘penyerap’ kepada permasalahan anak-anak mereka samada di rumah mahupun di sekolah. Dalam masa yang sama, sebahagian besar ibubapa tidak berpelajaran, maka dengan itu anak-anak yang berkebolehan untuk belajar di sekolah ketika itu adalah sesuatu yang amat dikagumi dan dibanggakan oleh mereka. Bagi mereka, nilai sekolah rendah dan menengah ini dirasakan amat tinggi dan sangat penting.

Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003). 


Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar Bermula di Rumah” pula menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. 


Sunday, December 30, 2012

Cuepacs mahu kerajaan umum segera Jadual Gaji

Cuepacs mahu kerajaan umum segera Jadual Gaji


KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
  
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.






   

Friday, September 07, 2012

CUEPACS kemuka 26 pindaan dalam dua dasar baru SPA

CUEPACS kemuka 26 pindaan dalam dua dasar baru SPA 

Presiden Cuepacs
 Yang Berbahagia Dato' Hj. Omar Osman
 
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan 26 pindaan bagi menambah baik dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pindaan-pindaan tersebut akan dikemukakan sama ada pada hujung bulan ini atau pertengahan bulan depan selepas diberi masa tiga bulan oleh SPA untuk berbuat demikian.

Tuesday, September 04, 2012

Samsiah Awang Wanita Pertama Dilantik Pengarah JHEAT

Samsiah Awang Wanita Pertama Dilantik Pengarah JHEAT



Samsiah Awang

 SAMSIAH (kiri) bersama ahli keluarganya di rumah mereka di 
Kampung Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Seorang pegawai agama, Puan Samsiah Awang mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui jabatan agama apabila dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sejak 26 Ogos lalu.


Bernama melaporkan, Samsiah, 54, ibu tunggal kepada sembilan anak dan memiliki sembilan cucu itu berazam untuk memberikan khidmat terbaik bagi membuktikan wanita juga berkemampuan memimpin jabatan yang menjadi tradisi diterajui lelaki.

LAPORAN DI KOSMO:

Thursday, July 26, 2012

Bonus Raya Penjawat Awam CUEPACS Sambut Baik

Bonus Raya Penjawat Awam CUEPACS Sambut Baik

CUEPACS sambut baik bonus raya

CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Kesatuan yang mewakili kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di negara ini, turut menyifatkan bonus itu sebagai hadiah Aidilfitri selain mampu mengurangkan beban kewangan mereka yang berpendapatan rendah.

Manfaat bonus

Presidennya, Datuk Omar Osman, menggesa kakitangan kerajaan yang bakal menikmati bonus itu supaya memanfaatkan imbuhan berkenaan dengan merancang perbelanjaan mereka.

Wednesday, June 20, 2012

NUTP syor bendung segera remaja samseng

NUTP syor bendung segera remaja samseng
2012/06/20

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu tindakan segera diambil bagi membendung kegiatan remaja samseng menyerang sekolah supaya kejadian buruk seumpama itu tidak berulang.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap insiden di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana di sini tengah hari kelmarin, NUTP juga mahu aspek keselamatan di sekolah diberi perhatian serius.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata usaha untuk mengekang kegiatan seperti itu daripada berulang tidak hanya terletak pada pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya tanggungjawab sama harus dipikul ibu-bapa untuk mengawasi pergerakan anak mereka.

Friday, May 18, 2012

CUEPACS dan MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM

CUEPACS, MTUC kemuka 4 tuntutan kepada PM

CUEPACS, MTUC 

kemuka 4 tuntutan kepada PM

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Empat tuntutan itu - mewujudkan Skim Dana Pencen, memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran saguhati tamat perkhidmatan, dan penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan - akan dikemukakan kepada Najib dalam tempoh terdekat.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata agensi terbabit ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat). 

"Tujuh agensi ini, dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak.

Monday, April 02, 2012

Kakitangan Awam Semak gaji baru di web JPA

Kakitangan Awam  Semak gaji baru di web JPA

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM). 

Pekeliling yang dimuat naik ke laman web JPA www.jpa.gov.my Jumaat lalu membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Gaji baru itu berkuat kuasa 1 Januari 2012. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. - Bernama

Wednesday, March 07, 2012

NUTP rayu laksana skim khas, Kenaikan pangkat secara ‘time base’

NUTP rayu laksana skim khas,

Kenaikan pangkat secara ‘time base’ pertingkat profesion perguruan


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu kerajaan melaksanakan skim perkhidmatan khas untuk penyandang (KUP) iaitu kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ membabitkan kira-kira 450,000 guru di negara ini seperti diumumkan kerajaan pada Bajet 2012.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata NUTP menyokong skim perkhidmatan itu yang dilihatnya laluan kerjaya terbaik untuk warga pendidik serta menjadi pemangkin kepada guru meningkatkan mutu kerja masing-masing.

“Maksud ‘time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan dan guru itu akan mendapat kenaikan pangkat.
Contohnya, mengikut sistem baru ini, guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.

“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun, akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat tetapi kini hanya lapan tahun saja.

Tuesday, February 21, 2012

CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

Jadual Gaji Kakitangan Awam, 2012

Jadual Gaji Kakitangan Awam, 2012



Download jadual di atas saiz besar dan pekeliling asal.
Jadual Gaji tahun 2011, 2010, 2009 dan 2008 untuk rujukan.
Terima kasih kepada IbnRajab, klik di sini. 
Sekian, untuk perkongsian…

Wednesday, February 15, 2012

Pencen Umur 64 Tahun, OK Ke?

Pencen Umur 64 Tahun, OK Ke?

Sokongan berbelah bagi pencen lewat

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong hasrat kerajaan menaikkan umur persaraan mandatori pekerja swasta dari 55 tahun kepada 60 tahun.

Timbalan Presiden MTUC, Mohd. Jafar Abd. Majid berkata, langkah itu dapat membantu kira-kira 6.1 juta pekerja swasta menjana pendapatan yang lebih baik sebelum bersara.

"Langkah ini juga wajar kerana jangka hayat purata rakyat Malaysia telah meningkat kepada 70 tahun berbanding 50 hingga 60 tahun pada era 1960-an," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, dua badan pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (MPPUPNM) menyifatkan langkah melanjutkan umur persaraan pekerja itu hanya akan mengurangkan peluang golongan muda memperoleh pekerjaan.

Presiden MPP UIAM, Muhammad Adib Hatim berkata, undang-undang itu akan memberikan cabaran besar kepada lulusan sekolah menengah dan universiti.

"Peluang pekerjaan semakin terhad kerana mereka yang sudah bekerja akan dapat memegang jawatan masing-masing lebih lama," katanya.

Yang Dipertua MPPUPNM, Wan Azizul Faiz pula berkata, peluang yang terhad di dalam negara akan mendorong graduan untuk bekerja di luar negara.(SUMBER; KOSMO)

Had usia bersara sektor swasta ke Parlimen

PUTRAJAYA: Penggubalan Rang Undang-Undang Persaraan Pekerja Swasta untuk menaikkan umur persaraan mandatori daripada 55 kepada 60 tahun dengan pilihan dilanjutkan sehingga 64 tahun, kini pada peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di sidang Parlimen yang bermula 12 Mac ini.

Ia bertujuan menyelaraskan had usia bersara sektor swasta dengan had persaraan kakitangan awam, berikutan peningkatan jangka hayat rakyat yang kini mencecah purata 75 tahun berbanding 55 tahun ketika zaman kemerdekaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ia bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2012, yang mengumumkan had persaraan kakitangan awam dinaikkan kepada 60 tahun berbanding 58 tahun sebelum ini.

“Bagaimanapun, ada satu atau dua perkara yang perlu diteliti. Selepas ia selesai, kita akan bentang pada sidang Parlimen akan datang,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membolehkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mendapatkan pengiktirafan berkembar, di sini, semalam.

MoU antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Persatuan Teknologi Industri Pengkomputeran (CompTIA), London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) dan Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) itu mewujudkan kerjasama serta pengiktirafan berkembar bagi SKM pada peringkat antarabangsa.

Berikutan itu, pelajar yang mengikuti latihan kemahiran dalam negara, sama ada di institusi awam atau swasta, kini boleh memperoleh sijil berkembar iaitu SKM dan sijil setaraf dengannya yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

“Pendekatan ini selaras dengan tujuan kerajaan meningkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan, bertepatan dengan wawasan menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Selain itu, pengiktirafan seumpamanya akan memudahkan syarikat multinasional yang beroperasi di sini memilih pekerja tempatan, terutama yang memiliki SKM kerana sudah ada sijil berkembar yang merujuk kepada tahap kelayakan setaraf yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa,” katanya.

Mengenai proses pemadanan kerja dalam Program 6P, Dr Subramaniam berkata, ia sudah dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan beberapa kementerian berkaitan tetapi hanya boleh dimuktamadkan selepas proses pemutihan berakhir pada 10 April ini.

Katanya, bagi menyegerakan proses di bawah Program 6P, Kementerian Sumber Manusia bersetuju dengan permintaan KDN supaya menguruskan sendiri pendaftaran pekerja asing yang mana majikan yang sudah mendaftar pekerja mereka sebelum ini boleh melakukan pemutihan terus di KDN. (sumber; BERITA HARIAN)

Isu SBPA, Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam,

Isu SBPA: CUEPACS lega

 
 
PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid(Berita Harian)


  • Kerajaan pada dasar setuju dengan 5 tuntutan kesatuan

  • Isu skim saraan baru dijangka dapat selesai lebih awal


  • PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan

    . Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

    Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

    Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

    "Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design