Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, January 29, 2010

Terima kasih

Terima kasih, Orang Berbudi,Kita Berbahasa


Bunga hiasan yang menarik di ruang legar Pusat Klinik pakar HTAA

 
Pameran Pendidikan pada 3 bulan lalu;Pencegahan H1N1


Pameran pendidikan yang kulihat semalam

  
Penerangan Yang Jelas


Alhamdulillahirabbila'lamin. Syukur pada Allah SWT, kita dapat menikmati nikmat terbersar dalam hidup ini iaiatu nikmat Iman dan Islam. Pagi Jumaat yang cerah. baru sahaja selesai mendengar Tazkirah Al Fadhil ustaz Hamizi Jamaludin di Radio Pahangfm. Menarik tajuknya, berkisar tentang Takabbur.AlFadhil Ustaz banyak meberikan contoh-contoh dalam realiti kehidupan manusia. 

"Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari yang mereka sangkakan,"antara doa yang diajar oleh Al Fadhil Ustaz apabila ada insan menghina diri kita.

OKlah ini pula catatan saya....

Ketika ingin menuju ke Klinik Pakar bagi menghadiri temujanji rutin, saya disapa pengawal wanita,"Tebal fail adik?Macam-macam kad ada." 

Jawabku,"Erm,kena bawa dan simpan kak. Untuk rujukan jika berlaku masalah berbangkit,"jawabku.Hu hu. Perhi hospital pun bawa fail. Macam nak pergi temuduga kerja pula rasanya. Sampai kakak pengawal di kaunter pun menegur.

"Eh,adik nak naik atas sendiri ke? Takde keluarga ke nak temankan?"tanya kakak di kaunter lagi.
"Suami sedang cari parking kereta kak. Takpe,saya dah biasa. InsyaAllah boleh,"jawabku lagi.

"takpe,biar akak bantusampai di lif ya,"kakak di kaunter menawarkan diri.

"Takpe,kak. saya OK,"tutur saya.Risau juga nanti akan menganggu tugas hakikinya.

"Takpe,sekejap. Sementara takde orang,"kata kakak pengawal lagi.

Lalu,dia bantu saya sehingga ke lif terbuka. Saya sebenarnya tidak mahu menyusahkannya. Namun apabila kakak ini sanggup mennawarkan dirinya, saya sambut dengan tangan terbuka dan senyuman untuknya. Iyalah,takkan saya nak marah kakak ini apabila dia sendiri beriya-iya mahu membantu saya kan.Walaupun sebenarnya saya sudah biasa lalui kehidupan baru saya kini. Dan sedang menyesuaikan diri dengan situasi baru ini.

Kemudian semasa dalam lif dan menuju ke Klinik Pakar, saya turut dibantu oleh pengunjung temujanji dan keluarga mereka. Terima kasih kepada kalian. semoga Allah memberkati bantuan kalian.



 gambar di Sekitar Klinik Kesihatan Mentakab pada 27/01/2010

Saya juga ingin merakamkan terima kasih buat kakak 'aci' pengawal dan 'uncle' pengawal di Klinik Kesihatan Mentakab di atas keprihatinan mereka. Setiap kali ke sana, pasti salah seorang dari meraka akan membantu saya sehingga ke kaunter pendaftaran sementara en hubby mencari parking kereta. pernah sehari sewaktu saya datang ke sini, akak 'aci' takde.Rasa macam ada yang kurang. rupanya, kakak 'aci' cuti bagi menjaga ibunya yang sakit di kampung. "uncle' ini pun rajin membantu pelajar-pelajar yang adik saya bawa ketika membawa pelajar mendapatkan rawatan kecemasan waktu malam.

 Orang berbudi,kita berbahasa. 
Yang indah itu Budi, Yang cantik itu bahasa.

p/s:maaf ya kawan-kawan. saya tak dapat menziarahi blog kawan-kawan dan membalas komen akwan-kawan. InsyaAllah, ada izinNya, saya akan pergi ziarah blog teman-teman sekalian.
sekian wassalam.

Amukan pelajar

Amukan Pelajar?

Artikel ini saya petik untuk rujukan saya pada masa akan datang.

Amuk samseng junior

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/01/28
KUALA LUMPUR: Tiga pelajar parah di kepala akibat dihentak dengan pasu bunga dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan ‘samseng junior’ yang mengamuk di sebuah sekolah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, sekumpulan 20 pelajar menceroboh sekolah berkenaan menggunakan motosikal sebelum menyerang beberapa rakan sebaya di kantin. Difahamkan, semua pelajar samseng yang menceroboh sekolah itu penuntut dari sekolah menengah berhampiran. Menurut sumber, kejadian bermula selepas berlaku pergaduhan kecil antara pelajar dua sekolah berjiran itu. “Akibat tidak puas hati, seorang daripada pelajar terbabit menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan.

Kumpulan itu kemudian bertumbuk sesama sendiri sehingga menarik perhatian pelajar lain untuk turut sama,” katanya. Difahamkan, pengawal keselamatan sekolah yang berseorangan gagal menghalang kumpulan pelajar terbabit kerana jumlah mereka terlalu ramai. Sumber berkata, kumpulan pelajar yang menceroboh masuk sekolah itu dengan menaiki motosikal didakwa memakai topi keledar dipercayai untuk mengelak identiti mereka terdedah. “Sebaik tiba di kawasan kantin, mereka terus menyerang beberapa pelajar yang dikatakan mengganggu ahli kumpulan terbabit sebelum ini. “Pergelutan itu berlaku hampir 30 minit.

Wednesday, January 27, 2010

HATI WANITA

Hati Wanita: Perkongsian rasa
bahagian i





 Hati wanita saya berdegup kencang apabila persoalan ini dilontarkan kepada saya,

"Mas,akak rasa diri ini amat malang kerana dilahirkan sebagai wanita. Kenapa mesti akak lahir sebagai wanita? Bukankah beruntungnya kaum lelaki? Mudahnya menjadi lelaki. Soal hati, perasaan, pengorbanan dan cinta yang pernah dipateri ditolak ke tepi apabila mendapat pucuk muda".

Persoalan tentang rasa menyesal dilahirkan sebagai gadis   adalah antara jenis permasalahan krisis identiti yang biasa saya hadapi semasa bekerja dahulu (kes pelajar saya). Individu yang mengalami situasi ini biasanya sedang dilanda kekecewaan yang amat mendalam, mempunyai trauma, dan sudah buntu memikirkan jalan keluar. Individu ini perlu dibantu segera.

Perlu dipulihkan semula dan disedarkan segera dari kekecewaan melampau.  Jika tindakan segera tidak diambil, bimbang perkara-perkara tidak diingini berlaku seperti cubaan bunuh diri, halunisasi, skizofrenia dan enggan ke sekolah.Walau bagaimanapun jika krisis yang dialami menjurus kepada masalah psikiatri, individu ini perlu dirujukkan kepada doktor psikiatri. Rawatan holistik diperlukan dalam situasi ini.

Namun kali ini apabila yang saya hadapi adalah realiti kehidupan seorang sahabat, (walaupun isu ini pernah jua saya hadapi dengan individu dewasa lain,namun apabila yang menjadikan diri ini sebagai pendengar setia adalah daripada sahabat sendiri, memberi sentuhan perasaan yang agak berlainan kepada saya).

Saya terharu dengan kepercayaan sahabat saya. Dalam keadaan saya sekarang, beliau sudi berkongsi dengan saya. Teringat buku "Cerita-cerita Motivasi Untuk kekuatan Diri". Ditulis oleh Cikgu Hamedah Wok Awang(klik sini), seorang pesara guru. Tempat bertugas terakhir beliau sebelum tragedi ialah sebagai Pengetua di SMKT, Temerloh. Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku beliau, boleh didapati di penerbitnya, PTS Publications & Distributors.

Baiklah berbalik kepada perkongsian sahabat saya. Hati saya berdegup kerana frasa , "diri ini amat malang kerana dilahirkan sebagai wanita'... Bagai isu gender membelenggu dirinya.

Kutatap sahabatku,"Kak, Rasululluah SAW  diutuskan oleh Allah SWT bagi mengembalikan martabat kaum wanita. Islam memuliakan wanita. Anak-anak perempuan tidak lagi ditimbus hidup-hidup. Wanita juga boleh memperolehi pahala sebagaimana lelaki memperolehi pahala. Telah Allah ciptakan, wanita dan lelaki mempunyai peranan dan tanggugjawab masing-masing. Wanita beruntung kak, bila wanita muslim mukminah masuk syurga,kecantikannya berkali-kali ganda dari bidadari tau kak". Ujarku cuba membantu mententeramkan jiwanya yang goncang.


Apa yang dikongsikan beliau biarlah setakat itu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini  ialah apabila dilanda masalah, walau hebat bagaimana yang datang melanda, (peringatan untuk yang menulis ini jua) semoga kita cuba tidak menyesali takdir diri. Cuba untuk TIDAK kecewa serta putus asa. Bimbang andai rasa hati seumpama itu membawa kepada putus asa daripada rahmat Allah SWT Yang Maha Esa.

sedikit coretan untuk renungan. Mungkin teman-teman sudah biasa mendengarnya. Saya akan menyalinnya kembali di sini:

KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45 


  Semoga sifat putus asa dapat diatasi dengan terus suburkan bersangka baik kepada Allah. Sesungguhnya kasih sayang Allah amat luas. Allah tak pernah menzalimi hambaNya. sesungguhnya dunia ini hanyalah pentas kehidupan yang sementara sahaja. di sini hanyalah ranjau yang perlu dihadapi dengan sabar kerana nikmat sebenar apabila kita telah lulus melalui ujian itu.

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12
 

Tuesday, January 26, 2010

Pekan Sari Temerloh


Pekan Sari: Antara Memori, harapan dan kenyataan
 
 Sekitar Pekan Sari Temerloh; Macam-macam ada


   Ronda-ronda Cari parking

Pekan Sari yang baru berlalu, sekali lagi meninggalkan puing-puing harapan buat insan sepertiku. Pekan yang luas dengan pelbagai barangan serta jualan ditawarkan, adalah medan sesuai untuk para suri mencari bahan dapur.

Ketika melewati pasar ini, mataku tertancap pada ayam hidup yang dijual. Terdapat ramai penjual yang menjual ayam kampung hidup ini. Suamiku kata, ini senario biasa. Teringat sewaktu menemankan adik ke sebuah pasar di Johor Baharu, lalu bertembung dengan pensyarah adik. Adik sebagai jurubahasa kepada jurual ayam siap proses di pasar itu, kerana gurunya @ pensyarahnya seorang foreigner inginkan ayam kampung dan belum disembelih lagi.Namun penjual itu tidak ada menawarkan permintaan pensyarah adik.

Hatiku melonjak sangat ingin menjelajah setiap sudut pekan sari itu. Itu harapanku semenjak beberapa tahun lalu. Lalu ketika mataku tertancap pada penjual-penjual ayam kampung di Pekan Sari ini..Subhanallah sungguh mudahnya memperolehi ayam kampung masih hidup di sini. Begitulah nikmat Allah yang amat besar maknanya. Maka ketika itu,aku harus sedar, menjadi hamba Allah yang bersyukur adalah lebih baik di sisi Allah. InsyaAllah.

Meletakkan harapan dan keinginan biarlah mengikut kemampuan diri sendiri. Berpijak di bumi nyata, itu adalah lebih baik. Bukan bermakna suami tak sayang apabila suami tak membenarkan saya turun mengikutnya ke Pekan Sari. Tak apelah, rumah ini kan dunia saya. Pasti ada hikmah semua itu kan...

Seorang Peniaga, Sebuah Kesyukuran



Hari masih pagi. Namun telah ramai manusia yang melewati lorong itu menuju ke destinasi yang sama, Pekan Sari. Mereka melewati lorong itu, kemudian memandang sekilas meneruskan perjalanan. Di bawah sebuah bangunan, terdapat lelaki yang juga sibuk membuka perniagaan masing-masing. Lelaki itu kelihatan tenang walaupun tiada seorang pun yang singgah ke kiosnya sedangkan  ramai yang melalui hadapan kedainya.

Lelaki itu mengucup Mushaf Al Quran dan dijunjungnya di dada dengan penuh hormat. Disusunnya mushaf Al Quran dengan tertib dan sopan di atas meja jualannya. Dia menanti dengan sabar. Ada suatu waktu, dia beredar  pergi. Kembali ke kiosk dalam wajahnya masih ada kesan basah air.

Dia menanti lagi. Datang seorang lelaki separuh baya berbual-bual dengannya. Dilayannya dengan baik,meskipun lelaki itu bukan bertujuan untuk membeli. Tiada riak kecewa di wajahnya, malah senyuman diukir.

Subhanallah, sabarnya dia menanti pelanggan, menanti hasil jualannya dibeli orang, menanti rezeki halal untuknya pada hari itu. Dan wajah tuanya itu tak sekelumit menampakkan wajah kecewa. Cekalnya dia. Merantau di bumi serba asing demi meneruskan kelangsungan hidupnya dan generasinya.

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor Mangkat

 JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Sembah takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini 
klik sini; 

Thursday, January 21, 2010

Anak Terbuang, Ibu Terbela

Rangkuman Kisah Ayah Ibu

Ayah, Istimewa



Iklan Petronas Raya; mesej yang menyentuh hati

Bonda, Syurga di bawah telapak kakimu


Jasa Bonda - Warisan. Video klip oleh pelajar UPSI


 (Gambar Kanan) Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60 (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di Pejabat JKM Perlis baru-baru ini.

 
Buku Kisah Kembara Atiq Wazif; Satu Anugerah Oleh Hassan Suyut. Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd Terbitan : 2008. Kasih dan pengorbanan ibubapa yang tak penah membuang anaknya walaupun anaknya anak istimewa.


Oh Anak...Kalaulah Kau tahu...bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur..


Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan  anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan.Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

Allah telah berfirman:

"Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu".


                                                                              (Surah Luqman:14)


 Anak Terbuang, Ibu Terbela.

Saya ingin kongsikan pengalaman benar yang saya saksikan sendiri.

Apakah perasaan anda jika ibu yang melahirkan anda membuang anda dan adik beradik lain jauh dari dalam diari hidupnya? Ibu kandung yang hanya melahirkan kemudian langsung tidak memberi walau setitis air susunya dan terus membiarkan si anak terkotang kating sedangkan masih lagi bayi?

Bayi yang baru lahir itu diberikan kepada suaminya dan anak yang lebih besar untuk diuruskan. Lalu apabila si bapa meninggal dunia, si anak dan adik beradiknya yang lain menjadi anak yatim. Ibu kandung masih ada tetapi tidak diketahui khabar beritanya. lalu anak yatim yang kala itu berusia 6 tahun diasuh dan dipelihara oleh ibu tiri dan suami baru ibu tirinya sehinggalah ibu tirinya meninggal dunia ketika anak ini berusia lebih kurang 10 tahun.


Bermulalah kembara anak ini dari satu tempat ke satu tempat demi meneruskan kelangsungan hidupnya. Walaupun pelajar cemerlang di sekolah terutama dalam matematik, sehingga guru datang ke rumah orang yang manjaganya supaya membenarkan anak ini ke sekolah..Namun, anak ini terpaksa berhenti sekolah demi sesuap rezekinya.


Dewasalah anak ini. Ketika dia sudah memiliki kehidupan bekerluarga dan pekerjaan tetap, dia mendapat khabar berita, ibu kandungnya dibuang oleh anak kandung kesayangannya sendiri. Anak kandung yang dijaga sejak kecil telah membuangnya.

Lalu, anak ini, tekad mencari ibunya dan mengambil ibunya. Walaupun dirinya sendiri bukanlah orang kaya dan tidak berharta, hidup kais pagi, makan pagi...anak lelaki ini tetap menjaga dan memelihara ibu kandungnya di rumahnya. Menjaga orang tua, yang mempunyai pelbagai karenah dan kembali bersikap seperti anak kecil, memang benar-benar mencabar keimanan.

Lelaki ini tabah dan sabar meladeni ibunya ini. Ibu yang dahulunya membuangnya. Kini, dialah yang menjaga orang yang membuangnya.Tidak sekelumit dendam bersarang di dada anaknya. katanya, biarlah,mungkin ibubapanya ada masalah suami isteri,mungkin ibunya tertekan jadi ibunya tak dapat menjaganya.

Subhanallah,baiknya lelaki ini. Kala si ibu kandung sudah tua pikun,karenah mengalahkan anak kecil, tidak kenal lagi najis atau tidak,dan tak kenal lagi  waktu siang atau  malam,lelaki ini dan isterinya sabar menjaga ibu tua ini. Malah anak lelaki kepada lelaki ini sering menasihatkan ibunya agar bersabar menjaga dan meladeni ibu mertuanya itu walau sehebat mana hatinya disakiti.

Istimewanya lelaki ini, baginya, tiada dendam antaranya dengan ibu kandung. Asuhan ibu tiri yang menitik beratkan nilai-nilai Islam, nilai kemanusiaan dan kasih sayang, menjadikan lelaki ini cekal, bertanggungjawab, pemaaf dan mengasihi ibu kandungnya. Syukurlah lelaki ini dikurniakan ibu tiri yang berhati mulia yang sehingga kini nama allahyarhamah ibu tirinya sentiasa diceritakan kepada anak menantu dan cucunya...

Thursday, January 14, 2010

Kasih sayang

kasih sayang sejati


Melewati fasa sebagai isteri dan ibu, saya tersentuh pada bicara 2 orang followers saya tentang ibu. Samada perasaan seorang ibu dan perasaan seorang anak terhadap ibunya.

Coretan seorang ibu, Ita  membuatkan hati keibuan saya tersentuh. Bagaimana ingin saya luahkan? Tak terluah untuk saya lafazkan. Namun perkongsian Ita membuatkan saya semakin memahami, bahawa hidup ini hanyalah pentas dunia yang penuh dugaan dan cabaran; samada berbentuk kegembiraan mahupun kesempitan rasa.

Walau apa yang berlaku, kasih ibu kasih sejati. Kasih ibu membawa ke syurga. kasih ibu bukan hanya waktu kaya raya malah ketika ditimpa bala bencana. Kasih ibu tak mengenal waktu dan situasi. Subhanallah. Hebatnya ciptaan Allah terhadap Hawa ini....

Pernah berhadapan dengan para ibu dan penjaga yang mempunyai anak istimewa anugerah Allah Yang Maha Esa, membuatkan kadang kala saya tersasar dari rasa emphati menjadi simpati. ya,kerana saya pun manusia biasa ciptaan Allah Maha Esa.Betapa tabah dan kuatnya hati ibu-ibu ini. Pernah juga saya saksikan dalam satu kelas itu, terdapat 2 pelajar istimewa dari seibu dan sebapa. Ketika saya melihat wajah ibubapa ini...walau terukir senyuman, namun kepahitan hanya mereka yang mengerti.Allah Maha Mengerti akan hati ibu ini...

Coretan hati kawan-kawan, Ita dan Maiyah mengimbau kenangan lalu saya. Hati seorang ibu...yang sukar digambarkan. Samada kasih ibu kandung, kasih ibu tiri dan kasih ibu angkat atau kasih ibu saudara. Ibu-ibu ini yang sudi berkongsi rasa dan cerita pada saya kala itu meski saya masih belum bertitle 'isteri orang' jauh sekali berpengalaman sebagai ibu. Walaupun atas tuntutan tugas, namun hubungan rappo yang dibina berkekalan di luar ruang rasmi, mengukuhkan perhubungan kami. Perkongsian rasa para ibu ini membuatkan kadang kala saya merasa betapa mencabarnya menjadi isteri dan ibu pada zaman mutakhir ini....

Entry Maiyah, 'tima kacih,mak..muah'    membuatkan saya merasa terpanggil untuk mencoretkan sedikit catatan...


ini adalah komen saya pada entry Maiyah.


kasih ibu kasih sejati
kasih ibu tiada ganti
walau segunung emas diberi
ibu relah memilih zuriatnya sendiri

kasih ibu kasih sejati
takpernah kenal jemu dan geli
hanya ingin yang terbaik memayungi
perjalanan anakanda menuju Ilahi

kasih ibu kasih sejati
tak terbalas segala dunia dan isi
moga Ilahi memberkati
kesabaran ibu menjaga dan meladeni
anaknya yang tidak sepertinya dulu lagi

alhamdulillah syukur padaMu tuhan
setiap keperitan yang dikau anugerahkan
dikirimknya seorang makhluk berhati mulia
di sisi...
meski seorang..
dia istimewa...



Lalu sebenarnya,saya kala ini walau tidak bersama seorang ibu kandung di sisi, dan situasi yang dilalui kini, apa jua yang berlaku, syukur pada Allah atas kurniaan Allah Yang Maha ESA, kerana saya masih mempunyai seorang insan yang dihantar Allah untuk mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu sebentar untuk menangisi takdir sebaliknya hidup mesti diteruskan,kerana Allah tak pernah menzalimi hambaNya. Allah terlalu baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design