Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, January 30, 2013

Tayar KL Monorail Meletup Tiada Penumpang Cedera

Tayar KL Monorail Meletup Tiada Penumpang Cedera

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan monorel di ibu negara tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.


Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali berkata, tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.

"Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat.


TIP DAN PETUA PENJAGAAN TULANG BELAKANG

 TIP DAN PETUA PENJAGAAN TULANG BELAKANG



Tulang belakang rasa nyeri? Nyeri atau sakit pada tulang belakang biasanya berlaku pada tulang belakang di sekitar bahagian pinggang. Nyeri atau sakit pada bahagian tulang belakang ini berpunca daripada gangguan yang terdapat pada struktur tulang belakang dan otot-otot yang terlibat pada bahagian tersebut. 

 Kajian yang dilakukan oleh pihak American Pain Sosiety dan American College of Physician mendapati bahawa rasa sakit atau nyeri pada tulang belakang boleh dikurangkan tanpa melakukan pembedahan. Antara kaedah untuk mengurangkan sakit tulang belakang termasuklah kaedah manipulasi tulang belakang atau akupuntur. 

Kaedah terapi seperti ini adalah alternatif terhadap penggunaan ubat-ubatan. Saranan supaya pesakit berbaring di tempat tidur untuk merehatkan tulang belakang selama bebarapa hari bukanlah cadangan yang baik. 

Berbaring terlalu lama akan menyebabkan tulang belakang menjadi lemah kerana tidak digunakan. Pesakit digalakkan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sinar-X ray juga cuma akan dilakukan ke atas pesakit untuk mengesahkan andaian doktor terhadap punca atau faktor rasa nyeri atau sakit belakang yang berlaku ke atas pesakit.

Cara-cara menjaga tulang belakang:





SAKIT BELAKANG KRONIK Bukan sakit belakang biasa

SAKIT BELAKANG KRONIK
Bukan sakit belakang biasa



DISCLAIMER:

Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

Nota Kaki:

Untuk info lanjut sila hubungi:
Dr Nizar Abdul Jalil
HP no; 6 013 9803389
Office; 6 -09-7673000 Ext. 6095/3866
Email: nizar@kb.usm.myklik http://drnizarabduljalil.blogspot.com/2010/05/kenali-dr-nizar.html


Bukan sakit belakang biasa

Asalamualaikum Dr Nizar,
Saya ingin bertanya beberapa soalan. Begini, saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Ketika itu pinggang saya seakan berbunyi (meletup) dan saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu setiap kali mendapatkan rawatan fisioterapi, badan saya jadi lemah dan sakit.

Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Saya juga terasa sakit di bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk.

Soalan saya:

1) Adakah rawatan cara lain tanpa perlu memasang plate?

2) Sekiranya Dr. Nizar mengesyorkan cara rawatan lain, berapakah pula anggaran kos yang diperlukan?

Untuk pengetahuan Dr, laporan MRI tulang belakang saya menyatakan:

1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe narrowing of the neural foramine.”

2. “Posterior bulge of C4/5, Tanya Dr Nizar Bukan sakit belakang biasa Cakera tergelincir boleh menyebaban sakit belakang yang turun ke kaki dan terasa seperti renjatan elektrik. C5/6 and C6/7 disc that moderately indent the central canal at level of C5/6 and mild indentation at the other levels.”

Diharap Dr Nizar dapat mengesyorkan rawatan terbaik untuk mengubati penyakit saya.

Sekian, terima kasih.


Abdullah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang


JAWAPAH: Sakit belakang pinggang boleh berpunca daripada beberapa sebab. Sebab paling kerap berlaku ialah sakit urat yang dikenali sebagai muscle sprain atau strain. Biasanya keadaan ini berlaku jika kita membuat kerja berat atau pergerakan melebihi julat biasa.
Sakit biasanya sederhana atau boleh juga menjadi teruk. Apa yang pasti, semua sakit ini akan beransur pulih dalam masa satu minggu dan berkesan dengan memakan ubat penahan sakit biasa seperti celebrex dan ponstan. Tapi jika sakit berlarutan hingga lebih dari tiga bulan, ada kemungkinan anda mengalami penyakit tulang belakang yang lebih serius.

Penyebab utama sakit belakang yang kronik ini ialah sakit sendi faset, cakera tergelincir (slipped disc), tulang belakang tersumbat (spinal stenosis), sakit discogenic, sakit sendi pinggul (sacroiliac joint) dan lain-lain. Jika anda mengalami sakit belakang yang rasa turun ke kaki terutama jika berasa seperti mencucuk atau renjatan elektrik, besar kemungkinan anda mengalami sakit cakera tergelincir atau spinal stenosis pada tulang pinggang anda.

Perbezaannya, cakera tergelincir lebih kerap berlaku pada orang muda dan spinal stenosis pula lebih kerap berlaku pada orang berusia 50 tahun ke atas. Biasanya (lebih 50 peratus) sakit cakera tergelincir ini tidak datang sendirian, kerap kali ada sakit secondary lain menyusul pada masa sama seperti sakit sendi faset atau sakit sendi pinggul. Ini akan menambah rasa sakit dan ketidakupayaan untuk bergerak.

Jika sakit anda mula berjangkit pada eher, itu tidak pelik kerana penyakit cakera tergelincir dan faset memang kerap berlaku pada leher atau pinggang. Biasanya kedua-dua bahagian ini berlaku serentak, cuma salah satu lebih ketara. Ini disebabkan tengkuk dan pinggang
merupakan bahagian tulang belakang yang paling banyak bergerak, maka lebih cenderung berlaku proses penuaan disebabkan oleh proses 'wear and tear'.

Siasatan MRI boleh memastikan penyakit cakera tergelincir di samping menilai darjah keterukan penyakit tersebut. "Disc protrusion" atau "extrusion” bermakna cakera tergelincir yang serius, manakala “disc bulge” tidak memberi makna apa-apa yang serius. Kalau ada
“spondylosis”, itu hanyalah istilah umum untuk merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang.

Istilah ini tidak menolong dalam merawat pesakit secara tepat. MRI juga penting untuk mengagak peratus kejayaan jika anda memilih rawatan suntikan Radiofrequency yang saya lakukan sebagai opsyen kepada pembedahan. Suntikan Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression (IDRFDD) ini bertujuan untuk mengecutkan disc yang tergelincir agar masuk ke dalam semula.

Secara umumnya jika sakit yang turun ke kaki masih di peringkat sederhana (ubat makan berkesan) dan boleh dibawa berjalan (tapi terbatas) kejayaan melalui rawatan suntikan Radiofrequency boleh mencapai 80 peratus. Tapi jika ada penyakit sendi faset, adalah perlu rawatan pada masa sama kerana gejala kedua–dua masalah tulang belakang ini berkait dan mirip antara satu sama lain.

Anggaran kos rawatan Radiofrequency sekitar RM3,500 hingga RM10,000 dan turut bergantung pada beberapa faktor. Berapa banyak diagnosis sakit belakang yang ada, di hospital mana suntikan itu dibuat, sama ada anda memiliki polisi insurans atau tidak dan berapa hari anda masuk wad turut menentukan jumlah kos yang perlu dibayar.



PUNCA SAKIT BELAKANG BADAN


PUNCA SAKIT BELAKANG BADAN


 

BANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.

Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk. 




Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.
Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.





Sakit tulang belakang cakera tergelincir

Sakit tulang belakang cakera tergelincir

Rawatan cakera tergelincir- Suntikan epidural steroid dan epidurolisis 

 

 

SAKIT tulang belakang yang kronik sama ada di pinggang atau di tengkuk adalah kesakitan yang sering dialami ramai orang. Tidak kira orang muda atau tua; semuanya terdedah kepada penyakit ini.

Penyebab sakit tulang belakang ada pelbagai, kebanyakannya disebabkan proses penuaan membabitkan cakera yang lemah, artritis sendi faset, lubang tulang belakang yang tersumbat (stenosis spina) dan juga osteoporosis.

Oleh kerana tulang belakang membabitkan saraf tunjang maka ramai orang menjadi bimbang jika sakit belakang mereka akan menjadi serius dan bakal menyebabkan kelumpuhan dan kecacatan.

Ramai runsing jika kesakitan akan menjadi kronik seumur hidup dan menjejaskan fungsi harian sama ada bersama keluarga, aktiviti sosial dan juga tugasan di tempat kerja. Atas alasan itu jugalah ramai pesakit rasa takut untuk menjalani pembedahan tulang belakang.

Hari ini, saya akan membincangkan rawatan untuk penyakit cakera tergelincir dan stenosis spina, iaitu dua jenis kesakitan tulang belakang yang paling popular di mana kaedah rawatan suntikan epidural selalu dilakukan sebagai pilihan kepada pembedahan.

Saya akan menyentuh fakta rawatan suntikan epidural steroid, epidurolisis dan juga masalah salah faham dikalangan pesakit.

Suntikan epidural steroid dan epidurolisis

Rawatan ini diberikan kepada pesakit yang mengalami cakera tergelincir ataupun stenosis spina.

Suntikan epidural steroid bertujuan mengurangkan bengkak dan keradangan yang berlaku pada akar saraf yang tersepit.

Manakala epidurolisis bertujuan untuk membaik pulih ruang epidural dengan cara melarutkan parut yang terbentuk dalam ruang epidural. Dengan ini akar saraf yang tersepit akan dapat kelegaan dan tidak lagi sakit.

Dalam kebanyakan kes jika rasa sakit menjadi masalah utama, maka keberkesanan teknik suntikan epidural dan epidurolisis ini amat tinggi. Tapi jika kelumpuhan menjadi masalah utama, keberkesanannya agak kurang. Kebanyakan pesakit dinasihatkan supaya terus menjalani pembedahan jika tanda kelumpuhan sudah mula berlaku kerana kerosakan saraf yang tersepit akan dimenifestasikan dengan kesakitan dan kebas terlebih dulu sebelum beransur kepada gejala kelumpuhan dan masalah buang air kecil dan besar (sindrom kauda ekuina).




Sakit sendi facet thorasik

Sakit sendi facet thorasik



Sendi facet thorasik ( thoracic outlet syndrome) berada dikiri dan kanan tulang vertebral thorasik. Tulang belakang thorasik terletak pada bahagian tengah menyambungkan vertebral tengkok (cervicel) dan pinggang (lumbar). 

 Setiap segmen mempunyai sepasang sendi facet yang kecil sebesar kacang pis yang berfungsi untuk meyambung dan membenarkan pergerakan putaran diantara segmen vertebral.Vertebral thorasik  ini di lindungi dengan dua belas tulang- rusuk yang dapat berfungsi menyerap dan mengagihkan tekanan pada sendi facet. 






APA ITU SLIP DISC TULANG BELAKANG?

APA ITU SLIP DISC TULANG BELAKANG?

Gambar Tulang Belakang yang sihat

 
Banyak istilah digunakan, antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama prolapsed disc, atau herniated disc kerana bagi sesetengah pakar, isitilah 'slip' itu tidak sesuai. Seperti dalam gambar, kita boleh lihat mana tulang dan mana disc. 
 
 
Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit belakang seperti sengal-sengal sahaja.

Walaubagaimanapun, lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan upaya. 
 
Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5 (L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah.
 
 

Monday, January 14, 2013

Memperkasa kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga

Memperkasa kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga 



‘Kedayusan’ pengurusan keluarga, kecetekan ilmu agama punca pelbagai gejala dalam masyarakat

LELAKI mengalami kepupusan kerana ramai dimasukkan ke pusat serenti sedangkan perempuan pula ramai ke universiti. Kenyataan itu adalah sindiran tajam, sinis dan pedih telinga kepada golongan Adam untuk mendengarnya.



Hakikat itu hendaklah dijadikan agenda utama bagi memperkasakan kepemimpinan lelaki sebagai ketua keluarga, masyarakat dan negara. Memperkasakan golongan lelaki perlu disemarakkan bagi memacu perubahan dan kemajuan sesebuah tamadun serta bangsa dan negara.




Penggemblengan tenaga dan idea semua pihak amat diperlukan dalam memperkasakan lelaki dengan segala kekuatan. Allah menuntut umat Islam memperkasakan kepemimpinan lelaki mengimarahkan bumi ini selaras tuntutan syariat Islam.



Firman Allah yang bermaksud:




Saat yang dinantikan oleh seorang wanita

Saat yang dinantikan oleh seorang wanita



Sunday, January 13, 2013

KAIN KAFAN UTUH Bukti Gus Dur Memiliki Karomah?

KAIN KAFAN UTUH Bukti Gus Dur Memiliki Karomah?



Tidak rusaknya kain kafan Mantan Presiden keempat KH Abdurrahman Wahid atau Gus Dur meski sudah dimakamkan selama satu tahun masih menimbulkan tanda tanya. Banyak pihak yang tidak percaya, namun tidak sedikit pula yang yakin bila kejadian tersebut nyata adanya karena karomah yang dimiliki mendiang mantan Ketua Pengurus Pusat Nahdatul Ulama (PBNU) itu. Lalu apa yang dimaksud karomah?







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design