Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, January 29, 2009

Bengkung dan Tungku




Pengalaman Pantang Bersalin

Saya ingin berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak-anak. Budaya Jawa dan Budaya Melayu (Utara dan pantai timur).

Sepanjang tempoh berpantang,salah satunya saya dimestikan memakai bengkung. Masya Allah seksanya tapi sebab ibuku sangat cerewet bab berpantang. Bengkungnya tu adalah dari kain yang sepanjang dari bawah payudara hingga ke lutut. Setiap bucunya diikat kat tiang. Suami pertama kali menemui kaedah ini. Terkial-kial juga dia nak bantu saya memakai bengkung tradisional jawa ini.Lepas tu kena bertangas, dan ungkup wangi.

Pernah menjalani pembedahan semasa melahirkan anak. Dalam tempoh pantang, selepas luka pembedahan sembuh, dalam 2 minggu lepas itu, saya terus pakai bengkung. Barulah rasa selesa pergerakan. bu bapaku membelikan jenis-jenis makanan untuk dibuat macam jamu.

Pahitnya Ya Allah. Teringat dulu msa haid pertama, ibu memaksa saya memakan jamu yang dibuatnya. Saya terpaksa telan tapi adik saya yang sorang lagi,dia buang diam-diam kat sinki. Dia memang tak suka ubat jamu2.saya pun bukan konsisten sangat makan jamu ni. Ingat lagi msa sekolah di asrama pun ibu bekalkan jamu sampai kawan pun naik heran.Muda2 kok dah makan jamu. Jadi, saya segan nak makan. Lagipun,pada saya masa tulah, kalau saya makan jamu pun bukannnya muka saya jadi cantik pun. Jadi saya taknak makan jamu.Sempitnya pemikiran pada masa itu.Sedangkan,apabila tubuh badan sihat,kecantikan setiap individu pasti teserlah. Bukankah setiap ciptaan Allah itu indah. Opss...Ok balik bab lepas bersalin ni.

Mak mertua pula sediakan daun-daun herba dari keliling rumah untuk air mandi yang hangat. Tungku daripada besi dipanaskan dibalut dengan daun-daun yang boleh membantu mengecutkan rahim.Kalau tak silap saya,ia dipanggil tangas kering. Kalau sebelah ibu saya, tungku dengan abu kayu panas dibalut daun pisang.

Pilis dan tapel ada juga dipakai. Tapi keluarga mertua tidak suka akan bau jamu. Mereka tak biasa. Begitu juga suami. Dia pun kata,alah,pantang ringkas2 sudahlah. Tapi saya tetap teruskan cara yang telah ibu dan makcik saya ajarkan. Bagi saya, saya lakukan semua itu untuk saya sihat memandangkan diri saya sendiri sudah tak berapa sihat. Jadi penjagaan pantang selepas bersalin memang kena saya ikut.

Sebab, saya pernah alami bentan atau rengat selepas bersalin. Saya sudah kancing gigi waktu itu. Dek kesibukan berulang alik ke hospital, penjagaan kesihatan sedikit terabai. Bila badan yang sedia uzur tidak dijaga, ia akan mudah diserang penyakit lain. Dari kejadian itu, saya mengambil iktibar agar menjaga badan sendiri sebelum sibuk pada perkara lain.

Saya bagaimanapun tidaklah berpantang sehingga 120 hari seperti lazimnya makcik dan ibu saya lakukan memandangkan sibuk dengan kerja dll. Ada rakan mencadangkan agar saya baring di atas katil yang mana di bawahnya ada bara. Ia biasa dilakukan oleh wanita pantai timur dalam menjalani tempoh berpantang.

Tapi saya tak pernah buat. Sebab baik kluarga saya atau mertua, tak pernah saya lihat mereka lakukan kaedah ini. Cuma saya pernah Nampak kawan di university dulu, ibunya memang mengamalkan kaedah berdiang macam ini.

Alhamdulillah walaupun usianya 40-an,ibunya tetap maintain. Istimewanya kawan saya kata, sepanjang ibunya berpantang, ayahnya langsung tak benarkan ibunya membuat sebarang kerja hatta melipat kain.

Kawan saya kata, waktu ibunya bersalinlah, baru dia Nampak bapanya sibuk di dapur dan melakukan semua tugas rumahtangga tanpa sedikit merungut pun.Kalau tak, bapanya tak sentuh langsung bab dapur ini. Masa ibunya bersalin, Bapanya hanya menyuruh ibunya berehat sampai betul2 sihat. Bapanya akan sediakan alat2 untuk ibunya berdiang di atas bara api dan sebagainya. Ibunya dilayan macam puteri raja.

Manakala makcik saya, seorang yang sangat mementingkan pantang selepas bersalin. Cara memakan jamu juga mesti ada kaedahnya. Bukan pakai hentam je.
Beliau juga mementingkan pemakaian bengkung selain girdle dan macam2 lagi. Kesannya, walaupun anak sulung dah nak amsuk 13 tahun, ramai yang sangka dia msih muda lagi.

Ibu saya pula seorang yang sangat mementingkan pemakaian bengkung. Mungkin sebab itulah, walaupun ada anak 8, dia kelihatan maintain.
Begitulah sedikit catatn cara berpantang bagi wanita selepas bersalin mengikut budaya jawa, budaya utara dan budaya pantai timur serba sedikit yang saya tahu.

Walau macam napun, semasa berpantang,supplement dan makanan bervitamin tinggi tetap diambil mngikut kesesuaian.Terpulanglah kepada setiap individu nak berpantang atau tidak.

2 comments:

RuHiL said...

salam.. ummu masyitah.. cerita lah lagi.. suka saya membacanya..

ummu masyita said...

waalaikumussalam Ruhil
Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan jejak pada entry saya ini. saya sangka tiada yang suka baca entry merapu saya nih.:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design