Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, November 15, 2009

PJJ

Tips Mengekalkan Ikatan Perkahwinan Jarak Jauh


Pepatah ada mengatakan, "Sayangkan Isteri Tinggal-tinggalkan, sayangkan anak, tangan-tangankan", menjadi senda gurauan bagi pasangan suami isteri. Bagaimanapun, sejauh manakah kebenarannya, terutama bagi pasangan suami isteri yang terpaksa melalui PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)? Mungkinkah akan menjadi "Pasangan Pi Jauh-jauh?"

Walau apa pun jua situasi pasangan suami isteri itu, yang penting menjadi teras perkahwinan itu adalah kasih sayang yang suci, kepercayaan dan komitmen yang tinggi terhadap ikatan perkahwinan yang dibina. Berdasarkan tulisan Prof Madya Dr Rusinah Siron di Majalah MIDI,1 April 2009, beliau gariskan Prinsip 5T bagi mengekalkan ikatan kasih sayang pasangan suami isteri yang terpaksa melalui PJJ ini.

1)   TAHAN

 TIPS pertama daripada Prof madya Dr Rusinah Siron ialah TAHAN. Adat berjauhan sudah tentu banyak cubaan dan dugaan dari persekitaran pasangan. ada orang yang senang dan tidak senang dengan pasangan anda. Ia mula menabur fitnah dan hasad dengki yang ingin memecah belahbelahkan perhubungan tersebut. Ada cubaan dari keluarga dan rakan. Selain cubaan dari dalam diri pasangan tersebut, iaitu keperluan, kehendak biologi serta psikologi. Jadi bertahanlah dari cubaan tersebut demi mengukuhkan perhubungan sedia ada.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya pernah melalui PJJ walaupun tidak merentasi lautan. Namun ia tetap meninggalkan memori dalam fasa kehidupan saya. Ini adalah kerana, saya melalui fasa kehamilan sulong saya tanpa suami jua keluarga di sisi. Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai kawan-kawan yang sangat membantu samada rakan sekerja dan majikan yang memahami.

2)   TABAH
Tabah, di atas segala cabaran dan dugaan yang boleh menggugat perhubungan jarak jauh ini. Semua pasangan perlulah tabah menghadapinya dengan tabah dan sabar dalam menjayakan hubungan ini.Jika sudah ada anak-anak,masih kecil dan banyak yang perlu diuruskan sendirian,ketabahan itu perlu sangat digilap.

Ibubapa saya terpaksa melalui PJJ atas tuntutan tugas. Sebagai anak sulong dan telah remaja, saya lebih banyak membantu ibu dalam menguruskan hal rumahtangga, hal persekolahan adik-adik dan menjadi kawan bicara ibu yang sendirian membesarkan anak sementara menunggu bapa pulang hujung minggu.


3)   TEKNOLOGI
Walaupun berjauhan tidak bermakna pasangan jarak jauh ini berasa jauh hati. Teknologi sedia ada boleh dijadikan pengikat kasih. Sistem SMS yang lebih murah boleh menjadi penghubung kasih dan menyatkan "Saya Masih Sayang".Sistem MMS juga praktikal kerana ia menyatakan Masing Masing Sayang. tetapi kedua belah pihak perlu saling menghubungi. Jika tidak ia menjadi Saya Syok Sendiri (SSS).

Pengalaman saya sendiri,saya pernah melalui fasa PJJ  di tempat yang tiada kemudahan teknologi. Pada masa itu, di tempat itu, langsung tiada signal talian selular di situ walaupun satu. Ini memang menyukarkan saya untuk berhubung dengan suami, dan ibubapa yang jauh di mata.

Walaupun saya sudah berumahtangga, 2 hari sekali saya kan telefon ibubapa saya, tetapi apabila berada di tempat serba baru dengan tiada kemudahan teknologi, Mula-mula saya mati kutu dibuatnya. Nak telefon guna telefon rumah pun takde juga. Nak tanya dengan mak tentang masalah kehamilan dengan mak pun payah. Kawan-kawan serumah pun bujang lagi. masing-masing gabrah bila tengok saya dok tahan sakit..

Pernah malam-malam,saya keluar ambil angin di luar rumah.Beraninya saya? Sedangkan saya penakut. Rumah itu dekat dengan hutan simpan. Saya lihat bulan dan bintang di luar. Dalam rumah saya rasa sangat panas. Saya berdoa kepada Allah kerana pada masa itu saya tidak tahu kenapa badan saya terasa sangat panas. Syukurlah kerna housemates dan jiran sangat prihatin. Mereka cepat-cepat panggil saya masuk kalau tengok saya keluar dari rumah. Kalau saya kena gi medical check up ibu hamil,di pekan, mereka sedia membantu mencarikan kenderaan.



4)   TUNGGU
Kesetiaan dan kepercayaan adalah tunggak utama perhubungan jarak jauh. janganlah mudah berubah hati dan bersikap curang. tunggulah pasangan kita dengan sabar, setia dan sayang padanya.


5)   TAKDIR
Jika semua telah dilakukan sebaik mungkin terhadap pasangan kita bagi mengekalkan  hubungan dengan kasih sayang,jika berlaku apa jua pada perhubungan seperti keretakan, perhubungan bermasalah, bertawakkallah kepada ALLAH kerana setiap manusia telah ditakdirkan oleh Allah akan nAsib dan masa depannya. Apa yang perlu dilakukan ialah berusaha untuk yang terbaik.


6)   TELUS
Saya tambah T yang ke6; iaitu TELUS. Berdasarkan pengalaman saya yang pernah melalui PJJ ini, sifat telus memang perlu. Telus dalam komunikasi dan interaksi di antara suami isteri. Telus dalam hubungan hati walaupun berjauhan itu bukan alasan berubah kasih. Telus dalam memegang status sebagai suami atau isteri orang. Telus dan tulus memegang amanah Allah sebagai isteri orang khususnya dan suami orang juga. Telus dengan suami kita apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita sepanjang suami tiada di sisi.


Saya sendiri pernah orang menyangka saya belum berumahtangga lagi memandangkan saya tinggal di rumah bujang bersama kawan-kawan serumah yang semuanya masih bujang juga. Dalam hal ini, saya perlu telus menyatakan bahawa saya sudah menjadi isteri orang.


7)   TEKAD

Saya juga tambah T yang ke 7; iaitu Tekad. Tekad untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina atas dasar mencari redha Allah, walau apa cabaran dan halangan menimpa semasa melalui PJJ ini mahupun selepas nya. Tekad untuk menjadi pasangan yang soleh dan solehah agar rumahtangga kita diberkati Allah, kerana kita tentu ingin bercinta hingga ke syurga.InsyaAllah.

Demikianlah sedikit perkongsian saya kali ini, disertakan bersama Tips daripada Prof Madya Dr Rusinah Siron  . Di luar sana, pastinya kawan-kawan tentu mempunyai pengalaman PJJ juga?

17 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

alhamdulillah , saya belum lagi melalui fasa PJJ.
apa pun, tips yang sangat baik

maiyah said...

mmg bagus amalkan pd yg jejauh tu :)

mOEha Aziz said...

salam ,

tips yg bagus... tp bila nak apply tak tau la... hehehe

abu muaz said...

Sangat menarik.Satu ilmu yg baru saya perolehi.T.kasih sudi singgah dirumah saya.

Werdah said...

Salam Ummu Masyitah.

Kak pernah berjauhan selama setahun stgh belajar buat first degree bw 2 anak.. asband jaga 3 anak.. alhamdulillah. 2 minggu sekali jumpa..

asband kak masih dirawat.. boleh boleh keluar lg.

noor said...

Salam.
wahh bagus nie, suka tips tu...

noor said...

wah
bagusnye tip nie..sukee

damaiinx said...

salam..
ummu....
nak...copy laa
end3 neh...
he3.....
PJJ...wahahah

Mummy_nad said...

tips yg bagus..specially 4 nad coz i memang couple PJJ since nikah dlu. n da masuk 2 yeras pon..
really agree with all the point!

um. masyitah said...

a kl citizen;
Waalaikumussalam,terima kasih Cikgu sudi tinggalkan jejak di sini.

Maiyah;
Yang jauh kena didekat-dekatkan selalu kan Maiyah...

Moeha;
waalaikumussalam. PJJ yang mahal harganya dalam kehidupan ini bagi sesiapa yang merasainya.

AbuMuaz;
Terima kasih kembali atas entry AbuMuaz tuu.

um. masyitah said...

Werdah;
waalaikumussalam.Oh akak siap bawa anak?Subhanallah..Ayah saya dulu masa sambung belajar, kami semua pilih nak duduk dengan emak je.

Noor;
waalaikumussalam. Hu hu siapa yang melaluinya pasti tahu jerih perihnya PJJ kan..

Damainnx;
Waalaikumussalam,Tafaddhol.Erk,Damainnx pun sedang PJJ ke?

Munnmy_Nadz;
Masyaallah..2 tahun?Respect saya kat Mummy_Nadz.

LanaBulu said...

Kena kuatkan semangat..

um. masyitah said...

LanaBulu;
Betul tu.Tabah hati dan tak boleh sedih nanti ganggu emosi.

haniff said...

Salam ziarah..

wahh..menarik entry nie..
walaupun tidak melalui detik2 itu..
tp mmg cukup memahami jua akan diperkatakan itu..

ermm..terima kasih atas perkongsian ini ye..huhu

p/s:-
urmm..ada rezki adala nnt kan..hohoho

um. masyitah said...

Haniff;

Nanti bila masa Hanif tiba,jangan lupa jemput akak erk. Hu hu

azril said...

Asalamualaikum.....

Rencana yang sungguh bagus.....

Pengalaman saya mengharungi dunia PJJ dari 1 1/2 tahun yang lepas sehingga sekarang cukup membuatkan saya menjadi lebih tabah dan mematangkan diri saya

um. masyitah said...

Azril
waalaikumussalam.Lama dah tu...Semoga Azril dan isteri bahagia selalu hendaknya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design