Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, July 27, 2011

Ting Tong, Pukul 3 Pagi, Siapa Tu?

Ting Tong, Pukul 3 Pagi, Siapa Tu?


Ting Tong, ting tong. Pukul 3 Pagi. Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Telinga ini diamati sungguh-sungguh. Terasa sayup kedengaran. Ketidak pastian bersarang di hatiku. Adakah itu loceng di rumah jiran sebelah? Atau rumahku sendiri?

Betul kah yang kudengar ini? Anakku yang paling kecil pula, sedang merengek dahagakan air.

Ting, tong, ting tong.

Eh, bunyi lagi. Lalu, suami menuju ke pintu. Anakku yang merengek minta air susu, pun turut mengekori ayahnya.

"Encik, encik, ada kecemasan encik. Tolong kami, encik," kedengaran suara seorang wanita dari luar, setelah memberi salam.

"Kenapa tu, kakak?" tanya encik suami.

Lalu, wanita itu menceritakan serba sedikit. Serta tujuan dia dan kawannya datang ke rumah kami pada dinihari itu, "Fellow minta tolong ustaz,"

"Oh, saya bukan ustaz kakak. Kakak, rumah ustaz bukan di sini. Rumah ustaz di sebelah sana," ujar suami, lalu menunjukkan rumah yang dicari oleh kakak guard.

Rupa-rupanya, histeria berlaku. Alhamdulillah, situasi kembali stabil.....

"Mungkin ini latihan awal untuk kita menghadapi bulan ramadhan<" cetus saya.

"Maksudnya?" tanya suami.

"Bangun awal untuk sahur," jawab saya.

Dan syukur alhamdulillah, keadaan kembali terkawal.

8 comments:

Acik Erna said...

ummu..masih berlaku lagi histeria kan.
memang betul latihan..tapi pukul 3 pagi tu awal lagi ummu..

ummu said...

ya kak. masa tu, memang rasa pening kepala.awal pagi begitu,yang terkejut.

shameel Iskandar said...

salam alaik.
Teringat masa mengajar kt sabah dulu. Sekolah trpaksa cuti hampir seminggu sbb masalah histeria.

ummu said...

waalaikumussalam.bila dah serius, memang terpaksa dicutikan, kan shameel?penat dan letih bila jadi cenggini, bagi org yg terpaksa mengendalikannya,sbenarnya.

mamawana said...

Assalam Ummu,

Latihan bgun tahajjud tu... Pasal histeria tu ada di mana2 kolej atau Universiti kan. Student baru masuk kena sedia dgn amalan dan jati diri yg mantop. Kalu manja sangat, lembik ka, emo ker memang senang kena histeria tu.. Wallahu alam.

ummu said...

waalaikumussalam mamawana
ya, kpd pelajar baru kolej/ universiti, bersedia menghadapai situasi bergelar mahasiswa/i.
betul kata mamawana , latihan tahajjud malam,tu.tapi kalau dah histeria memanjang, susah juga.

Aina said...

suspen gak di awal citer.ingatkan apsal lah tadi...heee...

littlehumblelynn said...

ummu

masa kat um dulu,masa awal2 masuk..ada je kes histeria.sbnrnya stress induksi jer..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design