Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, September 28, 2013

TIP DAN ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

 TIP DAN ADAB MENJAGA ORANG SAKIT


Lebih kurang 1 dekad lalu, sewaktu saya masih belum berumahtangga, seorang kawan saya begitu setia menjaga ibunya yang sakit. Pantang ada curi semester, pasti dia akan berusaha kembali ke sisi ibunya. Mujur saja IPT itu senegeri dengan kampungnya.

Kemudian pengalaman saya sendiri menjaga allahyarhamah nenek kesayangan saya sewaktu arwah sakit tua. Selepas berumahtangga, sesekali saya melihat ibu mertua menjaga ibu mertuanya yang sakit tua sehingga ibu mertuanya meninggal dunia.

Kesabaran dan adab dalam menjaga orang sakit ini kita kena jaga. Ya,dengan orang sakit pun, adab dan tatasusila mestilah kita jaga.

Contohnya, tidak perlu membuka radio atau peti telivesyen sekuat-kuat hati. Selalulah di sisi pesakit dan mendoakan yang baik-baik untuknya. 

Selain itu tidaklah salah membacakan ayat Al Quran di sisi pesakit. Contohnya Surah Al Fatihah, Surah Yaasin, Surah Al Mulk, Surah Al Ikhlas atau lain-lain surah. Jika pesakit itu memang seorang yang sering membaca Quran semasa sihatnya, biasanya InshaAllah tiada masalah si pesakit ikut membaca juga surah yang kita bacakan itu.

Jika si pesakit telah sampai umur pikun/ nyanyuk dan mungkin banyak yang dia lupa. Paling mudah, ajaklah si pesakit berselawat selalu. InshaAllah, selawat ke atas Rasulluah SAW itu sangat indah bagi sesiapa yang selalu mengamalkannya.

 Seorang sahabat suatu masa dahulu pernah memberitahu saya bahawa orang yang menjaga orang yang sakit adalah orang yang beruntung,kerana mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menghadapi ujian kesabaran.

Begitu juga dengan pesakit itu sendiri.Fizikal dan mental mereka diuji Allah. Mungkin kesakitan yang mereka hadapi ini adalah kafarah menghapuskan dosa. 

Bagi orang mukmin pula, usahlah berdukacita. Ya, dukacita itu bisa mengheret orang mukmin kepada bisikan syaitan laknatullah. Saya pernah mendegar seorang hamba Allah berkata kepada saya, "Kadangkala kakak sedih Ummu. Sedih lalu berkata, Ya Allah, Aku sudah ikut perintahMu. Aku jauhi laranganMu. Namun mengapakah Kau masih berikan aku sakit ini? "

Cepat-cepatlah kita Istighfar (meminta ampun) dan taubat

 

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

Selain itu, kesakitan itu jua adalah untuk meningkatkan darjat seseorang hamba yang beriman disisi Allah hasil daripada kesabaran terhadap penyakit atau ujian yang ditimpakan.

Sebenarnya, banyak tip yang boleh kita pelajari dari insan-insan tabah di luar sana.  Oh iya. Ada juga yang bertanya dengan saya bagaimana saya menghadapi situasi dari insan normal kepada insan OKU. Erm nanti saya cuba tuliskan ya. Mungkin boleh singgah sini, Usah sedih dengan kekurangan diri.

TIP MENJAGA ORANG SAKIT

 

MEREKA yang menjaga orang sakit perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi terutama dalam menghadapi kerenah pesakit.

Antara panduan yang boleh diikuti untuk menjaga golongan sakit:


Ubah prasangka negatif

Kita harus yakinkan diri bahawa semua penyakit bukan satu bentuk musibah ke atas pesakit. Malah, pesakit juga tidak boleh beranggapan penyakit dialami sebagai satu bebanan, sebaliknya menerima ketentuannya dengan rasa terbuka dan reda.

Kita harus yakin bahawa semua penyakit bukanlah sebagai musibah ke atas pesakit. Sebagai seorang muslim,sebaik-baiknya kita banyakkan berdoa moga-moga pesakit dapat bersabar dengan penyakit yang dideritainya.

Usah mem blame pesakit dengan kata-kata, sebab dosa kamu lah, maka kamu ditimpa sakit ini. Boleh lohat entry blog ini sebelum ini,

Perlu percaya dan turut meyakinkan pesakit bahawa setiap penyakit pasti ada ubat

Pesakit harus diberi kata-kata semangat dan meyakinkan mereka bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Mereka juga perlu tabah serta positif menanganinya bukan sekadar berserah.

Kita perlu berusaha mencari penawar kepada sesuatu penyakit dan pesakit juga tidak boleh berputus asa dengan apa yang sudah dan bakal berlaku.




Kita juga perlu percaya dan turut meyakinkan pesakit bahawa SETIAP PENYAKIT PASTI ADA UBAT.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

"Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"

Ini memberi maksud,bahawa usaha mencari penawar kepada sesuatu penyakit perlu diteruskan,dan pesakit tidak boleh berputus asa dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadapnya.


Tanggungjawab menjaga pesakit bukan suatu tugas mudah

Tidak dinafikan menjaga mereka yang sakit bukan satu perkara mudah tetapi paling penting adalah menanamkan dalam diri semangat kesabaran yang tinggi terutama sepanjang menjaga kebajikan mereka.


Tanggungjawab menjaga pesakit bukanlah suatu tugas yang mudah.Maka,banyakkan BERDOA agar Allah SWT kembalikan nikmat kesihatan kepada pesakit,dan moga-moga Allah kurniakan kita kekuatan dan kesabaran yang berterusan sepanjang menjaga kebajikan mereka.


BERSIHKAN HATI,PERKUKUHKAN AMALAN.Hanya dengan mengingati Allah,hati ini akan menjadi gembira dan ikhlas dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ubah keadaan persekitaran untuk menceriakan pesakit

Kita perlu menempatkan pesakit di bilik yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik ataupun hias bilik dengan pokok atau bunga kegemarannya.

Ia boleh membantu meningkatkan perasaan pesakit dan tidak hanya tertumpu dan memikirkan mengenai penyakit dihadapi saja.


Senyum dengan ikhlas

Tidak ada sesiapa mahu melihat rupa kita yang masam. Oleh itu, penting sebagai penjaga untuk memberikan senyuman yang ikhlas terhadap pesakit agar hari dilalui mereka juga akan sentiasa ceria.


Buat lawak untuk menceriakan harinya

Walaupun adakalanya ia sukar dilakukan, cubalah berjenaka dengan pesakit tetapi bukanlah lawak yang keterlaluan kerana dalam keadaan sebegitu, emosi mereka agak kurang stabil.


Sentuhan

Pada saat ini, emosi mereka amat lemah. Oleh itu, sokongan dan perhatian amat diperlukan. Mungkin melalui sentuhan, ia boleh memberikan keyakinan kepada pesakit untuk terus tabah melalui dugaan hidup.

TIP MENJAGA ORANG SAKIT INI SAYA TERJUMPA DI BLOG INI.

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT

· Hukum menziarahi orang sakit adalah SUNAT sementara menjaga orang sakit adalah Fardhu Kifayah


2. ADAB-ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu
Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperitannya menanggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis
Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan


HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT

· Mewujudkan silaturrahim sesama Islam
· Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
· Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
· Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah



 

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

Alhamdulillah
terima kasih

insan_marhaen said...

Betul tu...menjaga org sakit jg ada adab tertentu..lebih2 lagi org yg sedang sakit ni biasanya emosi mrk mudah perasa... Ada pengalaman melihat arwah mak menjaga mak dia, mertua dia dan arwah abah..memang cukup sabar...

ummu said...

Atuk
terima kasih ya Atuk

ummu said...

CJai
kadang kala orang yang jaga ni pula kena jadi kaunselor kan Cjai.

Unknown said...

Mgis sya baca...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design