Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, November 17, 2012

CARA SOLAT QADA NIAT DAN PERSOALAN

CARA SOLAT QADA NIAT DAN PERSOALAN

 

PERSOALAN SOLAT QADA  NIAT DAN CARA

 Memandangkan ramai yang bertanya saya cara menggantikan solat fardhu yang telah ditinggalkan. Bagi saya, kita sebagai Umat Islam sewajibnya mesti mendirikan Solat 5 waktu sehari semalam.

Bagaimanapun terlalu ramai orang yang berjumpa saya bagi menyatakan kekesalan di atas dosa mereka meninggalkan solat fardhu.Saya muatnaik artikel ini di sini sebagai rujukan saya sahaja. Untuk permasalahan tuan puan sebaiknya jumpalah alim ulama untuk bertanyakan permasalahan tuan puan. Saya ambil daripada ruangan soal jawab agama di Harian Metro dan Berita Harian.

SETIAP umat Islam hendaklah menjaga solat pada setiap hari dan masa. Meninggalkan solat dikira berdosa besar. Sesiapa yang meninggalkan solat hendaklah bertaubat dan memohon keampunan Allah. 

Untuk cara menunaikan solat sunat taubat sila klik Solat Sunat Taubat di sini.


Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita. Sebenarnya, qada solat tidak dapat menggantikan solat yang pernah ditinggalkan kerana masanya sudah luput kecuali kerana tidak sengaja atau tertidur. 

SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.


Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

  Artikel ini memuatkan sekitar persoalan solat qodho'. Artikel dipetik dari Harian Metro, Berita Harian dan sumber blog lain. Dimuatnaik di sini sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan

 Niat Dan Cara Qadakan Solat Fardhu 5 Waktu 

Soalan
Bagaimanakah cara meng qada kan solat fardhu 5 waktu yang terlepas atau tinggal dengan sengaja.. 





1 ) apakah cara qada kan solat tersebut?
2) niat qada kan solat??
3) saya terlepas solat subuh?? bagaimana mana qada kan?? apa waktu yang sesuai?? harap ustaz jelas satu per satu... mudah bagi saya faham..
Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

1.         Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. 
Sebagai contohnya, jika tertinggal Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).


2.         Niat Qadha’ bagi solat fardu lima waktu:

1.   maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

 
2.     Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”



3.Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”


4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”


5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”


3.         Jika anda tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.
 

Selamat beribadat. Wallahu 'alam

SUMBER

PETIKAN HARIAN METRO

BAGAIMANAKAH cara untuk qada solat yang ditinggalkan selama hampir 10 tahun?

AMIR,
Johor



SETIAP umat Islam hendaklah menjaga solat pada setiap hari dan masa. Meninggalkan solat dikira berdosa besar. Sesiapa yang meninggalkan solat hendaklah bertaubat dan memohon keampunan Allah.

Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita. Sebenarnya, qada solat tidak dapat menggantikan solat yang pernah ditinggalkan kerana masanya sudah luput kecuali kerana tidak sengaja atau tertidur.

Waktu solat ialah pada masa itu juga. Ada pendapat menyatakan solat itu tidak dapat diqadakkan lagi. Lebih-lebih lagi apabila sudah sampai 10 tahun lamanya.

Bagaimanapun, sekiranya solat yang ditinggalkan diqadakkan juga, ia tentu dapat menampung kelalaian lalu. Segala amalan baik tentu diterima Allah apabila datang daripada hati yang penuh ikhlas.

Justeru, qada solat boleh dilakukan sedaya yang mampu saja tanpa ada cara yang afdal. Anda juga boleh melakukan amalan sunat lain seperti membaca al-Quran, sedekah dan sebagainya bagi menampung dosa lalu.

SUMBER



UMAT Islam hari ini masih ramai yang keliru dan tidak tahu mengenai solat qada. Ada kala kita terlalu letih sehingga tidak sedar atau terlupa untuk solat, tetapi itu tidak bermakna kita boleh meringankan soal kewajipan menunaikan solat.

Oleh itu, setiap solat yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan solat yang perlu diqada kepada dua iaitu solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran dan kedua, solat yang tertinggal tanpa keuzuran.

Ulama fiqah dalam Mazhab al-Syafie, al-Maliki, al-Hanafi dan al-Hanbali sepakat mewajibkan segera mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa.

Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat".

Maka dituntut untuk bertaubat dengan segera. Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah SWT selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqada solat yang tertinggal.

Abu Hurairah meriwayatkan satu peristiwa, Rasulullah SAW ketika pulang menunggang unta dari peperangan Khaibar merasa mengantuk sangat sehingga Baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam.” Maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya beliau, manakala Rasulullah SAW dan sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar, Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang daripada kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari, Rasulullah SAW adalah yang terawal bangun lalu Baginda terkejut.

Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jugalah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah.” Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat, Rasulullah SAW berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu Baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat, Baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat.

Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku.” (Surah Tahaa, ayat 14)

Qada solat boleh dilakukan pada bila-bila saja kerana wajib itu kekal. Malah, orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur atau terlupa, wajib segera mengqadanya . Selagi tidak diqada selagi itulah hutang solat tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat saja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat bermakna kita berjanji dengan Allah tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh memelihara solat.

Solat tidak boleh dipandang ringan, dalam keadaan penat sekalipun solat wajib diutamakan dulu. Apabila kita mengutamakan perkara lain dulu sebelum solat kemungkinan besar boleh menyebabkan kita lupa untuk menunaikan solat.

Mengenai persoalan bolehkah mengqada solat Subuh selepas habis waktunya sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat.

Hadis Rasulullah SAW daripada ‘Uqbah bin Amir’ yang bermaksud: “Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengebumikan jenazah pada tiga waktu berikut iaitu ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada di ufuk dan ketika terbenamnya matahari” (Hadis riwayat Muslim)

Solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah daripada melakukannya kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh.

Fuqaha kalangan mazhab al-Syafie, al-Maliki dan al-Hanbali mengharuskan qada solat pada waktu ditegah.

Dr Wahbah al- Zuhailiy menukilkan pandangan fuqaha dengan menyimpulkan, “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, ia bermaksud qada’ solat boleh dilakukan bila-bila saja” 
SUMBER

Qada mesti dilakukan segera selepas halangan selesai


Soalan:
AYAH saya sudah meninggal dunia. Ketika arwah sakit tenat, beliau meminta ibu saya membayarkan fidyah sebagai qada solatnya. Ayah saya mengalami sakit lumpuh selama lapan tahun dan tidak dapat bercakap dengan jelas. Persoalan saya, apakah dia wajib mengqadanya.

INGIN TAHU, Kelana Jaya.


Jawapan:
MENGERJAKAN suatu kewajipan sesudah berlalu waktunya disebut sebagai mengerjakan qada. Seorang Muslim mestilah melaksanakan kewajipannya termasuk solat pada waktu yang ditetapkan oleh Allah. Seorang itu dikira berdosa sekiranya menangguh solat sehingga terlepas waktu tanpa ada sebarang uzur.

Dalam Perang Khandak, Nabi Muhammad SAW berada dalam situasi yang sangat mencengkam, sehingga tidak sempat mengerjakan empat fardu solat sehinggalah jauh malam. Akhirnya, Baginda melaksanakan solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak secara berturut-turut diselangi iqamah. Demikian riwayat daripada at-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ahmad. Setiap orang yang mempunyai kewajipan sudah semestinya ditunaikan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Abbas yang bermaksud, “(Hutang kepada) Allah adalah lebih patut ditunaikan.”

Kalangan ulama sudah sepakat bahawa wanita yang sedang haid dan baru melahirkan (nifas), orang kafir yang belum pernah memeluk Islam atau orang gila, semuanya tidak wajib untuk qada solatnya. Orang yang tertidur, terlupa, atau dalam situasi yang tidak mengizinkan (bimbang yang berkaitan dengan diri atau orang lain seperti doktor yang menjaga pesakit yang dalam keadaan kritikal) dituntut untuk qada solatnya. Ketika itu mereka tidaklah dikira berdosa.
Qada mestilah dilaksanakan segera sesudah uzur atau halangan itu selesai. Jika seseorang itu sudah berkali-kali meninggalkan solat sama ada uzur atau tidak, maka hendaklah ia menghitung kembali atau hendaklah dia menduga dengan sungguh-sungguh atau penuh yakin berapa kali ia sudah meninggalkan solat, kemudian hendaklah ia qada.

Adapun orang sakit yang sudah meninggal dunia dan ketika sakit tidak mampu untuk melaksanakan solat, walaupun dengan isyarat, maka dalam mazhab Abu Hanifah, dia tidak wajib memberi wasiat untuk membayar kafarah atau fidyah. Adapun orang yang mampu mengerjakan solat walau dengan isyarat tetapi tidak melaksanakannya, maka dalam kes seperti ini hendaklah dia berwasiat agar keluarganya membayar kafarat iaitu daripada harta yang ditinggalkannya. Sekiranya ia tidak berpesan atau tidak memiliki harta, keluarga boleh saja secara sukarela membayarkan fidyah atau kafaratnya. Wallahua’lam. 
SUMBER


SOALAN:
SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.

Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.

JAWAPAN:
SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat.
Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.

Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solAT,
SUMBER; QADA SOLAT @ HALAQAH.NET




3 comments:

Unknown said...

sy nak tahu kalau org tu kejap sembahyang ke tidak . Terlalu lama dan kebanyakkan nye memang tidak sembahyang bole ke dia qada ?

Unknown said...

sy nak tahu kalau org tu kejap sembahyang ke tidak . Terlalu lama dan kebanyakkan nye memang tidak sembahyang bole ke dia qada ?

Unknown said...

Sya nk tnya ...klau kita tertggal solat asar,magrib dan isyak...sdgkn jm sdah 12 tgh mlm...mcm mna cara nk qadakn solat tersebut...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design